Anda di halaman 1dari 29

1

PULAU PINANG 2023


27 Julai 2023

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018


Akta A1568
Perakuan Bomba
Dato Edwin Galan Teruki
2

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018

Akta A1568

Tarikh Perkenan Diraja : 27 April, 2018


Tarikh penyiasaran dalam Warta : 4 Mei, 2018
Tarikh berkuatkasa : 1 September, 2018
3

PENGENALAN
 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] merupakan suatu akta
untuk membuat peruntukan yang perlu bagi JBPM berfungsi
dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi nyawa dan harta
daripada risiko kebakaran, kecemasan dan tujuan-tujuan lain yang
berkaitan dengannya.
4

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Bomba
dan Penyelamat berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi
manusia dan harta daripada risiko kebakaran atau kecemasan dan untuk
tujuan yang berkaitan dengannya.
Pindaan seksyen 2 Taksiran 5

“kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan


kebakaran PKK” ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi—
(a) memadam, menentang, mencegah, atau mengehadkan kebakaran;
(b) memberi amaran tentang sesuatu kebakaran;
(c) mengadakan laluan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau ke mana-mana
bahagiannya untuk tujuan memadam, menentang, mencegah, atau mengehadkan
kebakaran;
(d) mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa;
(e) mengadakan lampu kecemasan untuk tujuan melepaskan diri dari bangunan;
(f) menunjukkan arah ke suatu laluan kecemasan atau tempat berlindung; atau
(g) mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat untuk tujuan pengungsian atau
pengeluaran penghuni sekiranya berlaku kebakaran; dan
(h) Mengawal merebaknya asap akibat daripada kebakaran;
Permohonan dan pengeluaran perakuan bomba 6

29. (4) Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sempurnanya, maka Ketua
Pengarah hendaklah menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan
itu, dan apabila berpuas hati adanya PKK berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan
itu, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan
premis ditetapkan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut
dikenakan atau yang ditetapkan.

(5) Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan di bawah
subseksyen (4) ke atas premis yang berkenaan, tidak berpuas hati tentang adanya apa-apa
PKK yang mencukupi berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang
disebut terdahulu, maka dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon,
memberitahu pemohon tentang keperluan yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan
sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon.
Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kemudahan keselamatan diri, 7
dsb.

32. (1) Selagi suatu perakuan bomba ada berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana
premis, Ketua Pengarah boleh menyebabkan mana-mana bahagian premis yang
berkenaan diperiksa pada bila-bila masa yang munasabah bagi maksud memastikan sama
ada terdapat perubahan keadaan yang disebabkan olehnya PKK telah menjadi tidak
mencukupi berhubungan dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan
tersebut.

(2) Jika penghuni mana-mana premis ditetapkan bercadang hendak membuat sesuatu
perubahan material pada premis itu semasa suatu perakuan bomba berkuat kuasa
berkenaan dengannya, maka dia hendaklah, sebelum pelaksanaan cadangan itu
dimulakan, memberi notis mengenai cadangan itu kepada Ketua Pengarah; dan jika
pelaksanaan cadangan itu dimulakan tanpa pemberian notis sedemikian, maka penghuni
itu melakukan suatu kesalahan.
Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kemudahan keselamatan diri, 8
dsb.

(3) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana premis yang
mengenainya notis di bawah subseksyen (2) telah diberikan kepadanya, bahawa
pelaksanaan cadangan yang diberitahu itu akan mengakibatkan PKK yang tersebut dalam
subseksyen (1) menjadi tidak mencukupi berhubungan dengan apa-apa penggunaan
premis yang diliputi oleh perakuan bomba yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh melalui
notis yang disampaikan kepada penghuni itu memberitahunya mengenai langkah-langkah
yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan PKK yang berkenaan itu menjadi tidak
mencukupi sekiranya cadangan itu dilaksanakan, dan jika langkah-langkah tersebut
diambil dengan sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan cadangan itu, maka Ketua
Pengarah hendaklah meminda perakuan bomba itu atau, atas pembayaran fi yang
ditetapkan, mengeluarkan perakuan baru.
(4) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana premis yang 9
mengenainya suatu perakuan bomba ada berkuat kuasa, bahawa apa-apa PKK yang tersebut
dalam subseksyen (1) telah, akibat sesuatu perubahan keadaan, menjadi tidak mencukupi
berhubungan dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan tersebut, maka
Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni—
.”
(a) memberitahunya mengenai fakta itu dan mengarahkannya supaya mengambil apa-apa
langkah yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untuk menjadikan kemudahan
yang berkenaan itu mencukupi; dan

(b) memberitahunya bahawa jika langkah-langkah tersebut tidak diambil, perakuan bomba
itu boleh dibatalkan,

dan jika langkah-langkah tersebut diambil dengan sewajarnya hendaklah, jika perlu, meminda
perakuan bomba itu atau, atas pembayaran fi yang ditetapkan, mengeluarkan perakuan baru.

(5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah di bawah
perenggan (4)(a) melakukan suatu kesalahan.
PERINTAH PERKHIDMATAN BOMBA (PREMIS DITETAPKAN) (PINDAAN) 2020
P.U.(A) 289 10
Premis Saiz Premis saiz
yang yang
Ditetapkan Ditetapkan
Mengikut Mengikut
Kegunaan Kegunaan
1. Perpustakaan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)   (ii) 2 tingkat dan keatas — 2000 meter persegi dan
2. Hospital lebih (keluasan jumlah .”lantai) yang dipasang
(i) 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai);
dan rumah dengan sistem semburan automatik;
(ii) 5 tingkat dan ke atas
rawatan  
(iii) Struktur khas—Proses berbahaya
3. Hotel (i) Koridor terbuka —100 bilik dan lebih bagi setiap blok;
(ii) Reka bentuk lain—
(a) 2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan 8. Tempat (i) Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000
lebih; perhimpuna meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai);
(b) 4 tingkat dan ke atas dengan 51 bilik dan lebih n  
(ii) Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan
lebih (keluasan jumlah lantai)
4. Asrama (i) Koridor terbuka — 10 tingkat dan ke atas atau 5000
dan dormitori meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai); 9. Storan dan (i) Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter
(ii) Reka bentuk lain — 6 tingkat dan ke atas atau 3000 am persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang
meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dipasang dengan sistem semburan automatik;
5. Pejabat Ketinggian 30 meter dan ke atas atau 10,000 meter persegi  
dan lebih (keluasan jumlah lantai) (ii) 1,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah
lantai) atau 7,000 meter padu dan lebih, yang
6. Kedai 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
dipasang dengan sistem semburan automatik
7. Kilang (i) 1 tingkat — 2000 meter persegi dan lebih (keluasan
jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan
automatik;
11
PENUBUHAN ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK)

 Penubuhan OKK akan dapat memberi perkhidmatan mencegah dan memadam


kebakaran di premis ditetapkan. Pada masa ini, terdapat 8,499 buah Premis Ditetapkan
di seluruh negara.

Shopping Complex Bangunan Tinggi Kilang yang berisiko tinggi


Hospital
Statistik Perakuan Bomba 12

PERAKUAN BOMBA TIADA PERAKUAN


BILANGAN PREMIS BERKUATKUASA BOMBA BERKUATKUASA
NEGERI
DITETAPKAN

JUMLAH JUMLAH
JOHOR 2,026 1,057 969
MELAKA 331 265 66
N. SEMBILAN 419 271 148
SELANGOR 1,710 839 871
K. LUMPUR 1,018 682 336
PUTRAJAYA 114 50 64
PERAK 315 194 121
P. PINANG 754 573 181
KEDAH 289 186 103
PERLIS 27 20 7
KELANTAN 79 68 11
TERENGGANU 112 84 28
PAHANG 304 186 118
SARAWAK 483 263 220
SABAH 473 193 280
LABUAN 45 36 9

JUMLAH KESELURUHAN 8,499 4,967 (58.4%) 3,532 (41.6%)


13

 Organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan

27A. (1) Pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke
atas premis ditetapkan hendaklah menubuhkan suatu organisasi keselamatan
kebakaran (OKK).

(2) Mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan


sepenuhnya ke atas premis ditetapkan yang melanggar subseksyen (1), melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penubuhan organisasi keselamatan kebakaran berkenaan 14
dengan premis ditetapkan
Peraturan 6B. (1) Mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan
sepenuhnya ke atas premis ditetapkan hendaklah, atas suatu permohonan yang dibuat di bawah
peraturan 6C, menubuhkan suatu OKK berkenaan dengan premis ditetapkan itu.

(2) OKK itu hendaklah terdiri daripada ;

 seorang pengurus keselamatan kebakaran (Fire Safety Manager –FSM) dan

 sekurang-kurangnya tiga pegawai keselamatan kebakaran (Fire Safety Officer –FSO)

yang dilantik oleh pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas
premis ditetapkan.

(3) FSM dan FSO yang dilantik di bawah subperaturan (2) hendaklah diperakui oleh Ketua Pengarah
mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
15
Permohonan bagi penubuhan organisasi keselamatan kebakaran

Peraturan 6C. (1) Suatu permohonan bagi penubuhan suatu OKK di bawah peraturan 6B
hendaklah dibuat oleh pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan
sepenuhnya ke atas premis ditetapkan kepada Ketua Pengarah dalam borang dalam Jadual
Keempat apabila dibuat pelantikan FSM dan FSO .

(2) Apabila diterima permohonan di bawah subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan penubuhan OKK, dengan atau
tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

(3) Perakuan penubuhan OKK yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah
dalam borang dalam Jadual Kelima.

(4) Ketua Pengarah boleh membatalkan perakuan penubuhan OKK yang dikeluarkan di
bawah subperaturan (2) jika OKK itu tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua
Pengarah berkenaan dengan perakuan itu.
Tugas pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan 16

sepenuhnya ke atas premis ditetapkan


Peraturan 6D.(1) Pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis
ditetapkan yang kepadanya perakuan penubuhan OKK itu dikeluarkan di bawah peraturan 6C hendaklah –

(a) menyediakan OKK itu dengan PKK;

(b) menyediakan maklumat yang berhubungan dengan Pelan Tindakan Kebakaran dan Kecemasan (Fire
and Emergency Response Plan- FERP) kepada OKK itu;

(c) memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai apa-apa perubahan dalam pelantikan FSM atau
FSO dalam masa empat belas hari dari tarikh berlakunya perubahan itu; dan

(d) melantik FSM atau FSO yang baharu, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh peletakan jawatan atau
penamatan mana-mana FSM atau FSO , mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis
ditetapkan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tugas dan kuasa organisasi keselamatan kebakaran 17
Peraturan 6E

(a) untuk bertanggungjawab bagi keselamatan c) untuk mengeluarkan atau menyebabkan


kebakaran premis ditetapkan yang berkenaan dikeluarkan apa-apa bahaya kebakaran yang
dengannya OKK itu ditubuhkan;
ditemukan di dalam premis ditetapkan;
(b) apabila berlakunya kebakaran atau apa-apa kecemasan
d) untuk menyediakan suatu Pelan Tindakan
lain di premis ditetapkan tetapi sebelum ketibaan
Pegawai Bomba –
Kebakaran dan Kecemasan (Fire and
Emergency Response Plan- FERP) dan
(i) untuk memberikan arahan bagi maksud Laporan Keselamatan Kebakaran (Fire
pengungsian atau pengeluaran penghuni Safety Report – FSR); ;
premis ditetapkan; dan
e) untuk memastikan sesalinan FERP dan semua
(ii)untuk memadam, menentang, mencegah dan rekod atau dokumen yang berhubungan
mengawal kebakaran atau kecemasan dengan
dengannya disimpan di pusat pemerintahan
menggunakan semua kelengkapan menentang
kebakaran (Fire Command Center FCC) ;
kebakaran atau pepasangan keselamatan
kebakaran di premis ditetapkan, mengikut mana-
mana yang berkenaan;
Tugas dan kuasa organisasi keselamatan kebakaran 18
Peraturan 6E

f) untuk memastikan semua PKK dan FCC dalam i) untuk menjalankan latihan kebakaran
premis ditetapkan disenggara dan kekal berada (Fire Drill) di premis ditetapkan
dalam keadaan baik; sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun; dan
g) untuk menghadiri apa-apa kursus atau latihan
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
j) untuk menjalankan apa-apa tugas lain
Pengarah;
sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua
h) untuk menjalankan apa-apa kursus atau latihan Pengarah.
yang berhubungan dengan keselamatan
kebakaran dan kecemasan bagi penghuni premis
ditetapkan sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun;
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB FSM
19

a) menyediakan FERP bagi premis ditetapkan; e) untuk menjalankan apa-apa kursus atau latihan yang
berhubungan dengan keselamatan kebakaran dan

b) untuk memastikan sesalinan FERP dan semua rekod kecemasan bagi penghuni premis ditetapkan sekurang-

atau dokumen yang berhubungan dengannya disimpan di kurangnya sekali dalam setahun;

pusat pemerintahan kebakaran;


f) memastikan semua pegawai OKK di premis ditetapkan dan

c) untuk menjalankan latihan kebakaran di premis penduduk premis ditetapkan mematuhi keperluan

ditetapkan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun; keselamatan kebakaran yang terkandung di dalam FERP

dan sekiranya berlaku kebakaran di premis ditetapkan;


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB FSM
20

h) menyelia penyelenggaraan PKK di premis ditetapkan; l) menyelia aktiviti Fire Drill yang dijalankan secara
berkala di premis ditetapkan;

i) memastikan setiap masa beban pendudukan premis


ditetapkan tidak melebihi kapasiti yang ditetapkan di m) menyediakan buku panduan keselamatan kebakaran
bawah mana-mana undang-undang bertulis; bagi penduduk premis ditetapkan; dan

j) mengarahkan mana-mana FSO untuk memeriksa n) menjalankan setiap tahun kempen kebakaran, latihan,
semua PKK di premis ditetapkan; kursus, pertandingan, peraduan dan pelbagai aktiviti
yang akan memupuk dan mengekalkan minat penduduk

k) mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan apa-apa di premis dalam mewujudkan persekitaran keselamatan

bahaya kebakaran yang dijumpai di premis ditetapkan kebakaran.

itu;
21

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB FSO 


(a) patuh dengan kehendak keselamatan kebakaran yang terkandung di dalam FERP
semasa sesuatu kebakaran di premis ditetapkan;

(b) untuk memastikan semua PKK dan FCC dalam premis ditetapkan diselenggara dan
kekal berada dalam keadaan baik;

(c) menjalankan pemeriksaan mingguan atau pada bila-bila masa seperti yang diarahkan
oleh FSM, ke atas semua PKK di premis ditetapkan; dan

(d) mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan apa-apa bahaya kebakaran yang


dijumpai di dalam premis itu.
Permohonan bagi perakuan bomba
22

Peraturan 2. (1) Suatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan suatu premis ditetapkan hendaklah
dibuat dalam borang dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertai dengan –

(a) suatu perakuan penubuhan OKK yang dikeluarkan di bawah peraturan 6C;

(b) sesalinan FERP ; dan

(c) sesalinan FSR;

(2) Ketua Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, memberi sesuatu perakuan bomba dengan atau tanpa
mengenakan apa-apa syarat atau syarat-syarat pada perakuan itu atau menolak pemberian sesuatu perakuan
bomba.

(3) FERP dan FSR yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan (c) masing-masing hendaklah disediakan oleh
OKK yang berkenaan dengan premis ditetapkan itu dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Permohonan dan pengeluaran perakuan bomba 23

Seksyen 29. (1) Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis
ditetapkan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk yang ditetapkan.

(2) Apabila menerima permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis
ditetapkan Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam suatu tempoh yang dinyatakan,
mengemukakan kepadanya apa-apa pelan premis tersebut serta apa-apa butir lain yang relevan
sebagaimana yang dinyatakannya.

(3) Jika pemohon tidak mengemukakan pelan yang dikehendaki dan butir-butir relevan tersebut dalam
masa yang dinyatakan, maka permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.

(4) Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sempurnanya, maka Ketua Pengarah
hendaklah menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila
berpuas hati adanya PKK berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu, Ketua Pengarah
hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk
kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan
24

Kesalahan berhubungan dengan


perakuan bomba
33. Jika tiada perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana premis
ditetapkan, maka pemunya premis tersebut melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
25
e-PREMIS

A) Modul Pendaftaran
i. Pendaftaran Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP)
ii. Pendaftaran Fire Safety Engineer (FSEr) dan Fire Engineering Firm (FSE)
iii. Pendaftaran Competent Person dan Fire Safety Contractor (FSC)
iv. Pendaftaran Fire Safety Inspector (FrSI)
v. Pendaftaran Certified Person Fire Safety Installation (CPFSI)
vi. Pendaftaran Fire Safety Manager (FSM) & Fire Safety Officer (FSO) dan
Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)
26
MODUL SISTEM e-PREMIS
B. Modul Perakuan Keselamatan Kebakaran Bangunan

C. Modul Perakuan Bomba

D. Modul Penghapusan Bahaya Kebakaran

E. Modul Perakuan Perlesenan Penggunaan Premis

F. Modul Perakuan Pendaftaran Pepasangan Keselamatan Kebakaran

G. Modul Program Keselamatan Awam dan Keselamatan di Air

H. Modul Piawaian Pepasangan Keselamatan Kebakaran

I. Modul Bayaran

J. Modul Laporan dan Statistik


27

Memberi laporan palsu mengenai


kebakaran
56. Mana-mana orang yang bersengaja memberikan atau menyebabkan diberikan suatu
laporan palsu mengenai kebakaran atau bencana lain melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM20,000atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
28

Kewajipan untuk memberitahu jika berlakunya


kebakaran
61A. Jika berlakunya kebakaran ke atas premis, kenderaan atau vesel, pemunya
atau penghuni premis, kenderaan atau vesel, atau orang yang mempunyai pengurusan
sepenuhnya ke atas premis itu, hendaklah dengan serta merta memberitahu
berlakunya kebakaran itu kepada Balai Bomba yang terdekat.
29

Sekian, Terima Kasih


‘Cepat dan Mesra’

Anda mungkin juga menyukai