Anda di halaman 1dari 2

Unit 6 : Mempromosikan Warisan Budaya Malaysia di Dalam dan di Luar Negara

6.1 DUTA KECIL


a. Duta kecil ialah individu yang dilantik sebagai wakil ke negara asing untuk memperkenalkan Malaysia.

b. Duta kecil terdiri daripada :

 Penyanyi dan Pelakon ( contohnya : Zainal Abidin )

 Ahli Sukan

 Pelajar di luar Negara

 Pekerja di luar Negara

 Tukang Masak ( contohnya : Chef Wan )

 Pegawai-pegawai kerajaan
c. Duta kecil memainkan peranan bagi mempromosikan warisan budaya Malaysia dengan :

 Mengedarkan brosur, risalah, poster

 Mengiklankan warisan budaya Negara

 Menceritakan tentang warisan budaya Negara

 Mengadakan rumah terbuka

 Mengadakan pertunjukan atau persembahan seperti tarian, lakonan, nyanyian


6.2 CARA MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA NEGARA

a. Cara mempromosikan warisan budaya Malaysia adalah seperti berikut :

 Duta-duta kecil

 Media cetak dan media elektronik

 Tayangan Filem

 Pameran kebudayaan dan warisan

 Menganjurkan Tahun Melawat Malaysia

 Pakej Lawatan dan Perlancongan

 Persembahan kesenian dan kebudayaan

 Mengadakan pertandingan nyanyian dan tarian yang melambangkan warisan budaya Negara

 Mengedarkan/Menghasilkan kad, risalah, poster dan brosur

 Iklan di televisyen, majalah

 Program khas seperti Tahum Melawat Malaysia, Titian Budaya Malaysia – Singapura
6.3 PERANAN MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK
a. Media Cetak dapat membantu dengan :

 Mengeluarkan brosur yang mengandungi maklumat tentang warisan budaya kita

 Mengeluarkan poskad berunsurkan warisan budaya Negara

 Penerbitan majalah atau bahan bacaan berkenaan warisan budaya Negara ( contohnya : Dewan Budaya )

 Cenderahati yang berunsurkan warisan budaya Negara

b. Media Elektronik berperanan melalui :


1. Televisyen :

 Menayangkan dokumentari tentang pelbagai warisan budaya seperti kesenian, nyanyian, permainan tradisional, pakaian dan makanan

 Mempromosikan warisan budaya Malaysia kepada masyarakat, terutama pelancong asing


 Menyalurkan maklumat tentang warisan budaya Malaysia yang pelbagai

 Menyiarkan berita tentang aktiviti budaya dengan mudah dan berkesan

3. Internet:

 Menyimpan, memproses dan menyebarkan maklumat tentang warisan budaya

 Berhubung secara interaktif untuk mempromosikan warian budaya Malaysia supaya dapat diakses oleh pengguna Internet
seluruh dunia

6.4 KEPENTINGAN MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA


a. Antara kepentingan mempromosikan warisan budaya Malaysia adalah seperti berikut :

 Mengekalkan aset dan khazanah Negara

 Warisan budaya sebagai bukti kepada peristiwa sejarah

 Meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan memelihara dan memulihara warisan budaya Negara

 Memperkenalkan warisan budaya yang melambangkan identiti dan kebanggaan Negara

 Meningkatkan pendapatan Negara

 Sebagai daya tarikan pelancong ke dalam Negara

6.5 PIHAK YANG TERLIBAT MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA


a. Antara agensi yang terlibat dalam mempromosikan warisan dan budaya Negara adalah seperti berikut :

 ISTANA BUDAYA ( IB )

 BALAI SENI LUKIS NEGARA ( BSLN )

 AKADEMIK SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

 JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA ( JKN )

 PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ( FINAS )

 KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA ( KPKKWM )

 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN , KESENIAN DAN PELANCONGAN

 YAYASAN BUDI PENYAYANG ( PENYAYANG )

 JABATAN MUZIUM NEGARA

 JABATAN WARISAN NEGARA

Anda mungkin juga menyukai