Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C: RUMUSAN

[ 30 Markah ]

TEMA : SEJARAH DAN WARISAN


SOALAN 9 : RUMUSAN

Bahan 1 – Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Warisan seni budaya mencakupi aspek kehidupan setiap bangsa termasuklah


dari segi pemakaian, pemakanan, tarian, nyanyian, permainan tradisional, alatan
muzik, sambutan perayaan, adat resam dan pantang larang. Sebagai negara yang
terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa, Malaysia sememangnya kaya
dengan warisan seni budaya yang dimiliki oleh setiap individu.

Warisan seni budaya merupakan salah satu aspek penting yang


melambangkan identiti bangsa di sesebuah negara. Melalui warisan seni budaya,
keunikan yang dimiliki oleh satu-satu bangsa jelas terpancar dan dapat dikenal pasti
dengan jelasnya. Warisan seni budaya juga mencerminkan corak hidup setiap bangsa
yang berbeza antara satu dengan lain.

Warisan seni budaya setiap bangsa yang bersifat unik dan unggul juga dapat
menarik minat bangsa lain untuk menghayati dan mendalaminya. Hal ini amat
berkesan untuk memupuk perpaduan antara kaum. Warisan seni budaya bangsa
yang lain tetap dapat diterima bersamasama oleh masyarakat majmuk. Oleh sebab
itu, hubungan yang terjalin antara setiap bangsa dapat dieratkan.

Kepelbagaian warisan seni budaya di negara ini turut menjadi pemangkin


kemajuan industri pelancongan sehingga mendorong pelancong luar negara untuk
melawat ke negara kita. Ketika negara sedang mengorak langkah ke era kemajuan,
usaha pengekalan warisan seni budaya perlu dilakukan dengan bersungguh-
sungguh oleh semua pihak termasuklah institusi pendidikan.
Media massa juga perlu memperkenalkan warisan seni budaya setiap bangsa
dari semasa ke semasa untuk memastikannya mendapat pendedahan yang luas
daripada anggota masyarakat yang merangkumi segenap lapisan. Demi menangani
cabaran perkembangan teknologi maklumat, warisan seni budaya setiap bangsa
perlu diasimilasikan dengan teknologi maklumat dengan syarat tidak menjejaskan
acuan warisan seni budaya yang diwarisi sejak turun-temurun.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pentingnya Pengekalan Warisan Seni


Budaya’,
Dewan Siswa, Januari 2015

Bahan 2 – Grafik

CARA MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA


MASYARAKAT

 Kerajaan menggalakkan  Generasi muda haruslah


pameran artifak/kebudayaan mengenali asal-usul sendiri.
warisan pelbagai kaum  Kerajaan mengadakan
 Media massa tempatan perlu kempen
sentiasa menyiarkan  kesedaran
tayangan tentang Pihak sekolah mengadakan
kebudayaan Malaysia pertandingan berkaitan
kebudayaan

Sumber : Internet

Anda mungkin juga menyukai