Anda di halaman 1dari 31

SEJARAH RINGKAS ORDER OF ST JOHN

Tahun Masihi
600 - Sejarah St. John bermula. Pope Gregory The
Great mengarahkan Abbot Probus membina sebuah rumah
rawatan di Jerusalem untuk para jemaah ke tanah suci dan
dikendalikan oleh anggota-anggota Order Of Hospitallers di
tapak yang berdekatan dengan gereja St John.

Pope Gregory The Great


800 - Maharaja Charlemangne telah membina Hospice
dengan kebenaran Khalifah Harun Al-Rashid.

Khalifah Harun Al-Rashid


Maharaja Charlemangne
1010 - Khalifah El-Halim telah memusnahkan semua
bangunan. Beliau adalah Raja yang zalim.
1023 - Saudagar dari Almalfi telah membeli sebuah
tapak Hospice dan membangunkan semula The Order dengan
mengambil lambang Republik Almalfi iaitu bintang Lapan
Penjuru. Semasa peperangan Salib First Crusade, paderi-
paderi menjadi Panglima Kesatria St John (Knight
Hospitallers Of The Order Of St John).
1099 - Rumah rawatan di bawah The Blessed Gerard
memberi rawatan kepada mangsa peperangan yang cedera dan
menjadi terkenal di seluruh Eropah lalu dihadiahkan dengan
tanah, ladang dan gereja. Oleh yang demikian, lapan
cawangan ditubuhkan untuk menguruskan harta yang
dihadiahi. Order Of The Hospital Of St John Of Jerusalem
ditubuhkan.

The Blessed Gerard


1113 - Pope Paschal LL mengambil Order di bawah
naungannya.
Pope Paschal LL
1118 - Raymond De Puy mengambil alih dengan
gelaran Grand Master Of The Hospital dan berperanan
sebagai rumah rawatan dan memberi perlindungan kepada
jemaah-jemaah Kristian. Menjadi Order Tentera dan Order
Agama. Walaupun terkenal sebagai kuasa tentera namun
kerja-kerja amal masih diteruskan. Akibat peperangan yang
sering berlaku di Timur Tengah, pusat Order Of St John telah
berpindah-randah dari Jerusalem (Acra, kubu kuat kaum
Kristian tewas).

1291 - The Order dihalau dari Jerussalem, Knights


melarikan diri ke Cyprus. Pusat Order Of St John telah
berpindah ke Cyprus (berperang dengan orang Turki).
1310 - Pulau Rhodes telah dijadikan pusat Order Of St
John (menubuhkan angkatan tentera laut yang kuat). Knights
of St. John telah menawan kepulauan Rhodes dan
menjadikannya kubu mereka sambil meneruskan tugas murni
mereka.

1522 - Kepulauan Rhodes ditawan.

1530 - Kepulauan Malta diberi kepada Knights of St


John oleh Maharaja Charles V.

1798 - Kepulauan Malta ditawan oleh Napoleon. Knights


pulang ke negara masing-masing.

1831 - St John Gate (dibina sejak TM 1144) di


Clerkenwell. London dijadikan ibu pejabat St John untuk
England dan negara-negara Komanwel (kini, ibu pejabat
antarabangsa).
1834 - Order telah dibangunkan semula di England
Rev. Sir Robert Peat dilantik sebagai Grand Prior yang
pertama.

1877 - S.J.A Association ditubuhkan selepas merasai


keperluan pertolongan cemas semasa perang Franco-German
(1870-1871) dan berfungsi melatih orang ramai dalam bidang
pertolongan cemas, rawatan dan kesihatan serta menjalankan
peperiksaan dan mengeluarkan sijil pertolongan cemas.

1882 - St John Ophtalmic Hospital ditubuhkan kerana


penyakit mata telah berleluasa di Timur Tengah dan menjadi
hospital mata terunggul di seluruh dunia.

1887 - S.J.A. Briged ditubuhkan dan disertai oleh


mereka yang memiliki sijil pertolongan cemas. Ahli-ahli
memakai uniform dan bersedia berkhidmat secara sukarela
kepada masyarakat sewaktu kecemasan.

1888 - Ratu Victoria mengurniakan order Of St John


dengan Piagam Pertubuhan DiRaja sebagai pengiktirafan ke
atas sumbangan dalam kerja-kerja kebajikan. Lambang telah
ditambah dengan 2 ekor singa dan 2 ekor unikorn dan
menggambarkan Pertubuhan DiRaja.

1892 - Cawangan pertama di luar England ditubuhkan


di New Zealand dan kemudian berkembang ke Afrika serta
negara-negara
Komanwel.
1922 - Pembentukan kadet SJA.

1968 - SJAA dan SJAB di England telah dicantum dan


dikenali sebagai St John Ambulance
PAKAIAN SERAGAM
Terdapat tiga jenis pakaian seragam yang dipakai
untuk pelbagai acara.

Uniform nombor 1 - Pakaian upacara rasmi

Uniform nombor 2 - Pakaian bertugas dan kawad


kaki
Uniform nombor 3 - Pakaian mess/rasmi

Uniform nombor 2 sering kali digunakan. Kadang


kala ves keselamatan berwarna kuning atau hijau
dikenakan di atas pakaian nombor dua untuk
tujuan keselamatan dan pemudahcam. Terdapat
dua jenis beret untuk ahli dengan pangkat Pegawai.
Beret digunakan semasa bertugas manakala
Peaked Cap (lelaki) dan Bowler's Hat (perempuan)
digunakan selain daripada waktu bertugas.

vest keselamatan
Bowler's
Hat Peaked Cap

Kadet-kadet divisi ambulans dan perawatan perlu


memakai uniform nombor 2 setiap hari Rabu,
acara kawad kaki dan ketika bertugas.

UNIFORM KADET AMBULANS


LELAKI
Kemeja putih wajib dimasukkan ke dalam seluar
hitam.
Strap bahagian bahu perlu dijahit di hadapan
garisan lengan dan disertakan dua butang hitam
kecil. Bahagian atas strap perlu menyentuh kelim
bahu.
Empat butang hitam besar diletakkan di bahagian
hadapan. Jarak antara butang hendaklah di antara
65 hingga 100mm (2.5 hingga 4 inci) dan
bersesuaian dengan ukuran badan.
Dua poket dengan penutup beserta dua butang
hitam kecil dilekapkan di bahagian dada kemeja.
Lencana poket perlu ditempatkan di bahagian
tengah poket sebelah kiri.
Singlet putih perlu dikenakan di sebelah dalam
kemeja.
Tag nama perlu di letakkan di atas poket sebelah
kanan.
Lencana Grand Prior perlu diletakkan di tengah-
tengah antara bahu dan siku sebelah kiri.
Lencana-lencana kecekapan perlu ditempatkan
dalam tiga baris di lengan sebelah kiri, 25mm (1
inci) di bawah lencana bahu.
Lencana kecekapan boleh terus dikenakan oleh
kadet yang bertukar ke divisi dewasa sehingga
berumur 21 tahun.
Lencana-lencana kecekapan tidak perlu
dipamerkan selepas dianugerahkan Lencana Grand
Prior.
Lencana Special Service Shield perlu ditempatkan
di atas poket kanan dengan jarak 13mm (0.5 inci)
antara bahagian bawah lencana dan tag nama.
Lencana Cadet Leader's Strip perlu dipakai di
kedua-dua lengan betul-betul di bawah lencana
bahu.
Lencana Rank Chevron perlu dipakai di bahagian
tengah antara bahu dan siku sebelah kanan.
tempatkan lencana ini di bawah lencana Setiausaha
dan Penjaga Stor.
Lencana Setiausaha dan Penjaga Stor perlu dipakai
di bahagian tengah antara bahu dan siku sebelah
kanan.
Tali penyandang/lanyard hitam hanya boleh
dipakai di sebelah bahu kiri oleh kadet yang
bergelar Pegawai Tidak Bertauliah.
UNIFORM KADET PERAWATAN
PEREMPUAN
(juga terdapat baju berlengan panjang untuk kadet
bertudung)
Lencana poket perlu ditempatkan di bahagian
hadapan dada sebelah kiri.
Aturan pemakaian lencana adalah sama seperti
uniform kadet ambulans lelaki.
Sekiranya bertudung, kadet harus memakai baju
yang berlengan panjang dan tidak boleh
mengenakan penutup lengan bersama-sama
dengan baju berlengan pendek.

UNIFORM AHLI DEWASA PEREMPUAN


(juga terdapat baju berlengan panjang untuk kadet
bertudung)
SELUAR SLACK HITAM LELAKI DAN
PEREMPUAN
Seluar panjang hitam polos berzip hadapan
potongan lurus sahaja yang dibenarkan.
Ukur lilit bahagian bawah kaki seluar tidak boleh
melebihi 480mm (19 inci).
Tujuh gelung tali pinggang perlu ada di bahagian
pinggang seluar.
Panjang seluar mesti 25mm (1 inci) daripada tanah
berserta dengan kasut.
Perlu ada dua poket tepi dan dua poket belakang
berpenutup yang dilekapkan menggunakan butang
hitam kecil.
FORAGE CAP LELAKI
Lencana topi perlu diletakkan di sebelah kiri,
25mm (1 inci) dari bahagian atas dan 75mm (3
inci) dari tepi ke bahagian tengah lencana.
Hanya kadet ambulans yang perlu mengenakan
forage cap.
Pemakaian dua pin perlu di bahagian hadapan
sebelah bawah cap.

NURSING CAP PEREMPUAN


Lencana cap perlu diletakkan di bahagian tengah
sebelah hadapan cap.
Cap perlu dipakai di bahagian atas sebelah
hadapan kepala dan dikenakan di atas tudung
kadet yang bertudung.
Hanya kadet perawatan yang perlu mengenakan
nursing cap.

TOPI PEREMPUAN
Digunakan oleh ahli perempuan dewasa.

BERET
Dipakai oleh ahli dewasa lelaki dan perempuan.
LENCANA BERET DEWASA
Dikenakan di bahagian hadapan beret dan topi
perempuan.

LENCANA NURSING CAP PEREMPUAN

TALI PENYANDANG/LANYARD
TALI PINGGANG
Tali pinggang hitam nilon 30mm (1.2 inci) dengan
gancu berukir logo St John Ambulans Malaysia
yang sama seperti lencana kolar.

LENCANA KOLAR
Dikenakan di bahagian penjuru kolar sebelah
bawah di bahagian hadapan baju.

LENCANA POKET
Hanya perlu dikenakan oleh kadet ambulans dan
perawatan. Ahli Divisi Dewasa tidak perlu
meletakkan lencana ini di bahagian poket kiri.
BUTANG BESAR DAN KECIL WARNA
HITAM UNTUK BAJU
Butang ini hanya dipakai oleh kadet ambulans
sahaja.

TAG NAMA
Berlatar belakangkan warna hitam dan ukiran
nama berwarna putih.

BUTANG WARNA PERAK UNTUK BAJU


Butang ini hanya dipakai oleh ahli lelaki dan
perempuan dewasa.
LENCANA LENGAN

STOKING HITAM
Hanya stoking hitam polos yang dibenarkan.
KASUT HITAM
Hanya kasut hitam bertali yang dibenarkan.
Kasut mesti dikilatkan untuk semua jenis acara.

KEMEJA-T
Hanya boleh dipakai ketika tugasan luar berbentuk
fizikal, kursus atau latihan kawad kaki.

LAIN-LAIN
Pakaian seragam hanya boleh dikenakan oleh
kadet yang telah lulus Program Induksi dan
lulus Kursus Asas Pertolongan
Cemas ataupun Kursus Pertolongan Cemas
Dewasa.
Pemakaian barang kemas dan jam tangan adalah
dilarang.
Pemakaian topi hendaklah bersesuaian dengan
aktiviti ataupun acara yang disertai.
Tudung warna putih polos harus dimasukkan ke
dalam baju bagi kadet perempuan yang bertudung.
Tudung warna hitam polos harus dimasukkan ke
dalam baju bagi ahli dewasa yang bertudung.
PEMBAHAGIAN KAWASAN DAN KEAHLIAN
NEGARA/KEBANGSAAN
Malaysia

NEGERI/BAHAGIAN
Pulau Pinang, Perak, Perlis dll

KAWASAN
Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai dll

KOR
Sekolah, Organisasi dll

DIVISI/DIVISI CAMPURAN
AC4, NC12 dll

JENIS-JENIS DIVISI/KEAHLIAN

Divisi Ambulans - ahli lelaki berumur 16 tahun ke atas sahaja


Divisi Perawatan - ahli perempuan berumur 16 tahun ke atas
sahaja
Divisi Campuran Dewasa - ahli lelaki dan perempuan
berumur 16 tahun ke atas sahaja
Divisi Kadet Ambulans - ahli lelaki berumur antara 11 - 18
tahun
Divisi Kadet Perawatan - ahli perempuan berumur antara 11 -
18 tahun
Divisi Campuran Kadet - ahli lelaki dan perempuan berumur
antara 11 - 18 tahun
Divisi Junior - ahli lelaki dan perempuan berumur antara 8 -
11 tahun
STRUKTUR ORGANISASI
PEMIMPIN SJAM KEBANGSAAN

PENAUNG DIRAJA
DYMM Yang DiPertuan Agong

YANG DIPERTUA
YAB Perdana Menteri Malaysia

TIMBALAN YANG DIPERTUA


YB Menteri Kesihatan Malaysia

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT

BENDAHARI KEBANGSAAN KEHORMAT

AHLI-AHLI MAJLIS

AHLI-AHLI DILANTIK

WAKIL-WAKIL DARI KEMENTERIAN/AGENSI

Sila klik di sini untuk paparan Struktur Organisasi


Kebangsaan semasa

PEMIMPIN SJAM NEGERI

PENAUNG NEGERI
TYT Yang DiPertua Negeri
YANG DIPERTUA NEGERI

TIMBALAN YANG DIPERTUA NEGERI

NAIB YANG DIPERTUA NEGERI

KOMANDER NEGERI

TIMBALAN KOMANDER NEGERI

SETIAUSAHA KEHORMAT NEGERI

BENDAHARI KEHORMAT NEGERI

AHLI-AHLI MAJLIS
Ketua Polis Negeri
Ketua Pengarah Kesihatan Negeri
Ketua Pengarah Pelajaran Negeri
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Komander Kawasan Barat Daya
Komander Kawasan Timur Laut
Komander Kawasan Seberang Perai
Timbalan Komander Kawasan Barat Daya
Timbalan Komander Kawasan Timur Laut
Timbalan Komander Kawasan Seberang Perai
Pegawai Negeri
JATA ST JOHN AMBULANS

Empat cabang melambangkan empat nilai-nilai murni

BERHEMAH - berhati-hati dan berfikiran jauh

ADIL - kesamarataan
KESEDERHANAAN - bersederhana dalam semua
perkara

KETABAHAN - keberanian dan ketahanan

Maksud lambang St John Ambulans Malaysia

BINTANG PUTIH BERPENJURU LAPAN -


Republik Amalfi

SINGA DAN UNIKORN - perhubungan dengan


DiRaja England

WARNA PUTIH - kesucian

WARNA HITAM - menanggung penderitaan

WARNA KUNING - warna diraja


VISI DAN MISI ST JOHN AMBULANS
OUR VISION STATEMENT

To be a well-organized body dedicated to the service to mankind


which is highly regarded by all, and which all of us can be truly proud
of in contributing positively and significantly to our nation building.

OUR MISSION STATEMENT

We are committed to the excellence in our work in providing the best


service possible. We will achieve this through:

1. Working as a team in a friendly atmosphere of consultation and


mutual respect;

2. Making greater sacrifice of our time and energy, for a worthy


common purpose;

3. Constantly striving to improve our organization and ourselves;

4. Being willing to face problems squarely and to accept challenges


and to be sensitive to changes;

5. Working hard in building up our resources and finance in order to


further our voluntary and humanitarian services; and

6. Constantly building up our membership and promote the spirit of


volunteerism.

AIM AND PURPOSE

1. To encourage and promote all works of humanity and charity for


the relief of persons in sickness, distress, suffering and danger without
any distinction of race, class, colour or creed;
2. To render aid to the sick and wounded in war or in peace and to
promote such permanent organisations in time of peace so that such
aid may immedietly be available in time of emergency and such aid
shall include the provision of technical reserves for the medical
services of the Government and armed forces of Malaysia;

3. To promote, encourage and co-ordinate the work of the


Corporation in all aspects in Malaysia; and

4. To promote, encourage and co-ordinate contacts between


themselves and similar organisations under the name of St John in
other countries.

COGANKATA ST JOHN AMBULANS


Pro Fide
For The Faith (Keimanan)

Pro Utilitate Hominum


For The Service Of Mankind (Perkhidmatan Bagi Manusia)

Anda mungkin juga menyukai