Anda di halaman 1dari 4

Marcapada,Negara kita iaitu Malaysia semakin terkenal di mata dunia sebagai sebuah Negara yang moden dan mencapai

kemajuan yang tinggi .Konsep satu Malayasia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Razak pula semakin mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat.Malangnya, di sebalik kemajuan itu,golongan remaja dilanda oleh pelbagai gejala social seperti kegiatan membuli,vandalism,lumba haram,melepak dan sebagainya telah mencemarkan imej dan nama baik Negara kita.Pada pendapat saya,berlakunya gejala negative yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan adalah disebabkan oleh generasi muda pada hari ini tiada semangat patriotism yang kental.Isu seperti remaja pascakemerdekaan dikatakan tidak mempunyai semangat patriotism yang kental telah mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas meniti dari bibir ke bibir.Tambahan lagi remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik. Oleh hal yang demikan, prakarsa yang pragmatik haruslah diambil demi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.Justeru,apakah punca-punca yang menyebabkan golongan remaja pascakemerdekaan ini kurang bersikap patriotik? Peribahasa Melayu yang berbunyi di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung telah mengambarkan semangat cinta akan negara.Selain itu,semangat ini juga dikenali sebagai semangat patriotisme.Apakah maksud semangat patriotisme?Semangat cinta akan negara sehingga sanggup berkorban apa-apa sahaja demi negara tercinta dan sanggup mempertaruhkan nyawa untuk membela negara,itulah semangat patriotisme.Tambahan lagi,patriotisme juga diibaratkan maruah diri,keluarga,masyarakat,bangsa,agama dan negara. Patriotisme bukan sekadar mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan. Ia Ia suatu komitmen, suatu perasaan mendalam, suatu semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan. Seseorang yang patriotik sangat prihatin terhadap untung nasib negaranya.Seseorang akan mudah tercuit dengan sebarang bentuk ancaman atau tindakan yang seakan memperlekehkan negaranya dan mudah terpanggil untuk bertindak balas atau melakukan sesuatu.Manakala,remaja pula didefinisikan sebagai golongan masyarakat yang berusia 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun.Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Pada pandangan saya,salah satu punca yang mengakibatkan remaja tidak mempunyai semangat patriotisme yang kental adalah pengaruh budaya Barat. Saban hari ,isu ini acap kali dipaparkan pada dada-dada akhbar dan sering dijadikan perbualan dalam semua strata social. Pengaruh budaya Barat seperti hip hop,black metal.punk.gangstertisme, vandalisme dan sebagainya telah kian mekar disanubari sesetangah anak remaja Malaysia. Tambahan lagi, keadaan ini diburukkan lagi dengan pengaruh budaya kuning dari negara barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom ynag mengamalkan sikap keterbukaan.Seterusnya,cara pemakaian yang kurang bersopan ala Barat turut menjadi kegilaan anak-anak remaja kini. Di samping itu, cara percakapan para remaja juga ditiru daripada orang-orang barat.Malahan,para belia juga akan meniru tingkah laku idola-idola yang mereka sanjungi dan senangi kerana para remaja yang berfikiran mentah beranggapan kelakuan idola mereka sangat bergaya.Keadaan ini telah membuktikan budaya-budaya luar telah diserapkan ke dalam diri remaja dan mempengaruhi minda remaja negara kita.Hal ini juga membuktikan para remaja lebih bangga menjadi rakyat negara barat berbanding dengan menjadi rakyat Malaysia .Maka,para remaja seterusnya akan mengetepikan soal-soal ibu pertiwi dan semangat patriotisme dalam kalangan remaja akan semakin luntur.Budaya barat juga diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan .Remaja merupakan aset dan tonggak negara.Justeru,punca pengaruh budaya luar yang mengakibatkan generasi muda hari ini kurang bersemangat patriotik haruslah ditangani agar aset negara tidak berhijrah keluar dari tanah air yang tercinta. Selain itu,semangat patriotisme dalam kalangan remaja semakin luntur juga disebabkan oleh kecanggihan teknologi maklumat(IT) dan komunikasi.Kini,dalam konteks zaman pascamoden,dunia telah dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi.Maklumat berada di hujung jari. Internet dan teknologi 3G telah menjadi pemangkin komunikasi manusia.Sekadar klik di paparan lama sewawang kita mampu menjelajah ke seluruh pelosok

dunia dalam masa sesaat.Remaja boleh mengetahui berita yang terkini di seluruh dunia dengan melayari internet melalui komputer dan telefon bimbit.Dengan melayari internet,remaja boleh mencari maklumat atau belajar dengan lebih berefisien dan lebih menjimatkan masa kerana masa itu emas.Selain itu,remaja juga dapat mengisi masa lapang dengan mendengar muzik atau menonton wayang dengan menggunakan internet.Walaupun kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mendatangkan manfaat kepada remaja yang sibuk dalam pembelajaran tetapi di sebaliknya terdapat juga lamanlaman web yang bersifat negatif.Dunia tanpa sempadan terutamanya dalam bidang teknologi,para remaja sering terdedah kepada isu-isu negatif dan budaya kuning.Hal ini telah meyebabkan jati diri dan minda remaja terjejas.Selain itu,kecanggihan teknologi ini telah disalahgunakan oleh sesetengah remaja untuk menyebarkan fitnah,menyampaikan maklumat yang sangat diragui kesahihannya,melayari laman web yang lucah dan membuat tuduhan ynag tidak berasas dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang.Kesannya,ini telah menghuru-harakan sesuatu keadaan dan seterusnya mengancam kestabilan dan keamanan negara. Tambahan pula,media massa seperti televisyen dan radio juga menyebabkan remaja pascakemerdekaan tidak mempunyai semagat yang kental.Hal ini disebabkan oleh media massa yang melancarkan rancangan televisyen yang berunsurkan negatif.Tuntasnya,para remaja tidak seharusnya menggunakan teknologi maklumat dengan sewenag-wenangnya sebaliknya haruslah menggunakannya dengan sesuai. Tambahan pula,punca yang mengakibatkan generasi muda hari ini kurang bersifat patriotik adalah institusi keluarga yang porak-peranda.Keluarga didefinisikan sebagai unit terkecil yang akan membentuk sebuah masyarakat,suatu bangsa,dan seterusnya berperanan dalam pembangunan sesebuah negara.Institusi keluarga juga merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang bahagia dan pembangunan sebuah negara yang maju,bermaruah dan dihormati.Maka,ibu bapa haruslah memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia,berkualiti dan cemerlang. Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing telah lumrah diamalkan dalam kalangan masyarakat.terutama di kawasan Bandar.Ibu bapa telah mengejar kemewahan dunia yang tiada sempadan.Masing-masing tidak mahu tercicir dalam melayari kehidupan yang penuh pancaroba.Hal ini telah menyebabkan ibu bapa semakin sibuk dalam kerjaya untuk mencari kekayaan sehinggalah mengabaikan anakanak sendiri. Anak-anak yang berasa terabai akan mencari hiburan di luar.Hal ini telah menyebabkan remaja yang tidak berfikiran matang mudah terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merokok,vandalisme,gangsterisme dan sebagainya .Di samping itu,ibu bapa yang merupakan suri teladan kepada anak-anak tidak menunjukkan semangat cinta akan tanah air telah menyuruh anaknya bersemangat patriotisme sedangkan diri sendirinya tidak.Keadaan ini boleh diibaratkan dengan peribahasa Melayu seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.Perbuatan-perbuatan ibu bapa akan ditiru kerana mereka adalah golongan yang terdekat dengan remaja.Contohnya,ibu bapa tidak menghormati lagu Negaraku,tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan,berbelanja dalam barang-barang yang berjenama luar negara sedangkan barang-barang buatan Malaysia juga baik-baik belaka dan sebagainya. Tuntasnya,institusi keluarga haruslah kukuh agar semangat patriotisme kian luntur dalam kalangan remaja. Seterusnya,apakah sebabnya yang mengakibatkan kemelut para remaja sekarang tidak lagi bersemangat patriotik?Punca berlakunya kemelut ini ialah pegangan agama yang tidak begitu kukuh dalam kalangan remaja.Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan terdapatnya pelbagai pegangan agama dan kepercayaan seperti agama Buddha,Hindu,Islam,Kristian dan sebagainya,tetapi kesemua agama ini telah mendidik penganutnya supaya sentiasa berbuat baik.Pegangan agama dan kepercayaan berupayaan membantu membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dan berakhlak mulia tetapi pegangan-pegangan ini tidak dituruti oleh penganutnya.Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang kukuh,mereka akan dengan mudahnya terjerumus dalam gejala sosial dan seterusnya semangat cinta akan negara akan kian luntur.Tambahan lagi,para remaja yang kurang menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Moral,Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan turut merupakan faktor tiadanya semangat patriotisme dalam kalangan belia.Pada zaman ini, Generasi muda didapati cetek pengetahuan tentang latar belakang dan sejarah bangsanya. Keadaan ini terjadi disebabkan

Sejarah tidak lagi menduduki tempat yang istimewa seperti sebelum ini. Pengetahuan sejarah tidak dianggap suatu perkara penting di pasaran kerja dan tidak mendapat galakan yang sepatutnya daripada kalangan dewasa. Kegiatan-kegiatan yang dapat mendidik atau mendedahkan generasi muda kepada akar dan sejarah bangsanya seperti melalui pelbagai kegiatan seni dan budaya ternyata amat terhad dan ini tidak membantu memupuk kesedaran dan keinsafan terhadap nasib dan masa depan bangsa dan negara di kalangan mereka. Ingatlah kata-kata George Sabtayana,Orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangi kembali.Oleh sebab itu, kekurangan kesedaran dan kefahaman sejarah tentu tidak membantu memupuk patriotisme di kalangan generasi muda.Tambahan lagi,keadaan ini juga diulangi dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Hal ini trejadi kerana para pelajar berpendapatan mata pelajaran tersebut hanya perkara yang remeh-cemek dan tidak mempunyai nilainya.Ringkasnya,pegangan agama dan kepercayaan serta mata pelajaran yang tertentu haruslah dititikberatkan supaya dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri generasi sekarang. Peribahasa Melayupemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara telah menunjukkan bahawa pemuda-pemudi amat penting sebagai tunggak kepada kemajuan negara.Maka,pelbagai inisiatif yang berefisien,sistematik dan konkrit haruslah dilaksanakan secara berterusan dan berkesan supaya segala usaha ini tidak bagai hujan jatuh ke pasir.Tambahan lagi,pepatah Cina juga ada menyebut,Kalau seseorang itu mahukan seekor ikan,jangan diberikan ikan kepadanya.Sebaliknya,berikan pancing untuknya mengail ikan sendiri.Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kita perlu berusaha.Oleh hal yang demikian,kita haruslah mengambil prakarsa yang berkesan supaya tidak sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna. Dalam memupuk semangat patriotik yang kental dalam kalangan remaja,ibu bapa memainkan peranan yang signifikan. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai berupayaan menghalang segala godaan maksiat . Hal ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. Contohnya,ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan memantau pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi lantaran pelbagai pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya atau pengaruh budaya barat yang akan menghasut jiwa remaja yang setahun jagung daan sterusnya semangat patriotism dalam kalangan remaja akan kian luntur.Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya.Ibu bapa yang sebagai suri teladan kepada anak haruslah menunjukkan semengat patriotisme yang kental dengan merayakan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan.Contohnya,ibu bapa mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa smbutan Hari Kemerdekaan .Sekiranya ibu bapa tidak berkelakuan begini,anak-anak pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Tuntasnya,ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab kendiri untuk mendidik anak remaja supaya bersemangat patriotik. Seterusnya,pendekatan yang berkesan untuk memupuk semangat patriotism yang kental dalam kalangan remaja ialah mewajibkan para remaja menyertai Program Latihan Kidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mulai Februari 2004.Semua lelaki dan perempuan yang berusia 18 tahun wajib menyertai program ini selama tiga bulan.PLKN bukanlah satu program kerahan tenaga bercorakan ketenteraan tetapi ia merupakan program berbentuk latihan untuk menyemai semangat patriotism.Hal ini dapat dibuktikan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankkan semasa PLKN.Aktiviti program tersebut dikategorikan kepada aktiviti fizikal,kenegaraan dan pembentukan perwatakan.Program yang telah dilaksanakan sejak 7 tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan.Melalui aktivitiaktiviti ini, pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.Hal ini dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam

semangat patriotik, bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Tambahan lagi,kebaikan menyertai PLKN termasuklah memupuk ketahanan mental dan fizikal.Melalui PLKN,pelatih-pelatih tidak mudah terjerumus dalam gejala social dan tidak terpengaruh dalam pengaruh budaya barat.Hal ini demikian kerana PLKN dapat membentuk jiwa generasi mudanya menjadi kental dan berani menghadapi cabaran getir.Di samping itu,program ini juga dikatakan sebagai serampang tiga mata kerana masa senggang para remaja dapat diisikan dengan lebih bermanfaat.Para pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah yang dijalankan dalam PLKN sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumunkan.Secara ringkasnya,Program Latihan Kidmat Negara telah membawa banyak manfaat termasuklah pemupukan semangat patriotisme yang kental dalam kalangan remaja. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk memupuk semangat patriotism yang kental dalam kalangan remaja. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru telah menjadi semakin kompleks dan mencabar kerana Pengaruh guru beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak kerana guru kencing berdiri,murid kencing belari.Guru-guru yang mengajar di sekolah haruslah menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral.Tambahan lagi,guru-guru perlu mendorong kanak-kanak melahirkan perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan Negara serta berasa bangga sebagai rakyat Malaysia.Selain itu,para guru perlulah mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada para remaja. Maka, wujudlah semangat patriotisme dalam kalangan belia untuk pembentukan sahsiah insan-insan mulia.Di samping itu,Pihak sekolah juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak.Pertama sekali,pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi.Selain itu,pihak sekolah juga boleh menyiarkan lagu Negaraku pada stiap hari sebelum sesi pembelajaran. Secara tidak langsungnya semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa para remaja semasa mereka melakukan aktiviti tersebut.Tuntasnya,sekiranya semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kecil, kemungkinan mereka akan kurang memberi perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotic.

Sebagai intiha, semangat patriotik mestilah disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak .Hal ini demikian kerana semangat patriotik amat penting demi kelangsungan Negara kita pada masa hadapan.Di samping itu,semangat patriotic juga penting untuk membolehkan Negara kita berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan Negaranegara lain yang maju.Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan rapuh. Untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasa haruslah menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubat yang tiada penawarnya, langkahlangkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang mendalam dan kental. Ayuhlah para remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri kita semua dan berasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Anda mungkin juga menyukai