Anda di halaman 1dari 2

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis.

Yang dihormati panel juri teguh saksama,


penjaga masa yang setia dengan waktu, guru-guru berdedikasi serta rakan-rakan penerus wawasan
negara. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Sayangi Malaysiaku.

            Dewasa ini, kita seringkali di sogokkan dengan pelbagai kisah jenayah yang terpampang di
dada akhbar dan di media massa yang lain.  Hinggakan kadang-kadang, kita menjadi terlalu takut,
untuk meniti hidup menempuh hari-hari yang mendatang.

 Hadirin Sekalian
Atas kesedaran untuk mengingatkan diri saya dan juga para hadirin, saya memilih tajuk “
MENCEGAH JENAYAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA” sebagai tajuk pidato saya
kali ini.

            Sebelum saya mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, elok kiranya saya mendefinasikan
dulu beberapa frasa penting yang terkandung dalam tajuk pidato ini.  Mencegah jenayah bermaksud,
menghalang atau cuba mengatasi kes-kes jenayah yang bakal berlaku. Manakala tanggungjawab
bersama pula membawa maksud melibatkan semua pihak, bermula daripada anak-anak, ibu bapa,
masyarakat, para pemimpin dan penguat kuasa.

Hadirin sekalian,
Jenayah yang maksudkan untuk sama-sama kita mencegahnya ialah  antaranya penculikan,
rompakan, ragut, penyeluk saku dan penagihan dadah.

            Kita pastinya tidak dapat melupakan tragedi sadis yang menimpa allahyarham Nurin Jazlin.
Diculik, di rogol dan dibunuh. Bagaimana pula nasib adik Sharline yang masih belum ditemui sejak
Januari 2008 hingga kini ?. Serta   nasib puluhan anak-anak yang lain yang dilarikan  atau diculik.
Tidak pernah kita dengar khabar beritanya lagi.
           
Dalam usaha kita untuk mencegah tragedi seperti ini berulang lagi, eloklah kita sendiri
sebagai anak-anak yang meningkat dewasa bersedia dalam apa jua keadaan.  Janganlah sekali-kali
kita berjalan di tempat awam atau sunyi secara berseorangan. Ajaklah orang yang lebih dewasa untuk
sentiasa menemani.     Penjenayah, seringkali saja menanti waktu dan kesempatan untuk mengambil
peluang.

Hadirin sekalian,
Sikap sentiasa berwaspada juga amat penting dalam mencegah jenayah.  Janganlah  kita
menerima pelawaan atau mengikut ajakan seseorang yang tidak kita kenali.  Pepatah ada mengatakan,
rambut sama hitam, hati lain-lain.  Biarlah kita berprasangka  sebelum tragedi menimpa.

                        Menyentuh jenayah pecah rumah dan rompakan pula,  elok kiranya, rumah  kita


dikunci sempurna, sebelum meninggalkannya.  Penjenayah seringkali mengambil kesempatan, atas
kecuaian kita sendiri. Apatah lagi dimusim perayaan.     Maklumkanlah kepada jiran atau kepada
pihak polis apabila kita pulang ke kampung halaman.

            Jenayah ragut pula dapat kita hindari apabila kita sentiasa bersedia.  Janganlah terlalu
memperaga akan kemewahan diri kita.  Beg tangan yang hebat serta barang kemas yang bersinar
menyebabkan penjenayah terliur dibuatnya. 
Hadirin sekalian,  

            Sebagai penutup bicara, melabuh kata-kata, belajarlah sedikit seni mempertahankan diri.
Cukup berguna untuk kita atasi jenayah mungkin tiba-tiba saja berlalku di depan mata.  Sesunguhnya,
tugas mencegah jenayah kita bukan terletak dibahu pihak berkuasa semata-mata, tetapi di bahu kita
bersama. Cegahlah sebelum Parah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai