Anda di halaman 1dari 10

"Ketahui 20 Langkah Keselamatan

Semasa Melancong Secara Backpackers"

Muiz Misri
Travel Blogger & Aktivis Belia
Penulis : Muiz Misri
idea & rekabentuk : Muiz Misri
penerbit : Malaysia Backpackers Media
email : muiz@malaysiabackpackers.com
website : www.malaysiabackpackers.com
facebook : www.facebook.com/malaysiabackpackers
google plus : www.google.com/+Malaysiabackpackers
instagram : https://instagram.com/malaysiabackpackers
twitter : https://twitter.com/masbackpackers
tumblr : http://malaysiabackpackers.tumblr.com/
flickr : https://www.flickr.com/malaysiabackpackers
website : www.muizmisri.com
twitter : https://twitter.com/muizmisri
google plus : www.google.com/+Muizmisri
facebook : https://www.facebook.com/guabackpacker
instagram : https://instagram.com/muizmisri
tumblr : http://guabackpackers.tumblr.com/

Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua
bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran
maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran bertulis. AMARAN KERAS! Pihak
Malaysia Backpackers tidak akan teragak-agak untuk membawa mana-mana individu atau syarikat
terus ke muka pengadilan tanpa sebarang amaran! : Pengurus
Copyrights Reserved Malaysia Backpackers
Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.
Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.


1. Pastikan anda yakin dengan perjalananan anda atau buat-buat yakin seolah-oleh
anda tahu kawasan di situ tetapi pastikan anda tidak melalui kawasan yang sunyi
atau gelap. Jika anda tidak pasti jauhkan dari kawasan itu. Jika anda berseorangan
pastikan tiada orang yang mengekori anda dari belakang. Ini adalah asas kepada
keselamatan diri!
2. Dari segi pemakaian sebaik-baiknya adalah seolah seperti orang tempatan dan
tidak menunjukkan kita seperti orang luar. Saya tidak menggalakkan anda memakai
t-shirt yang menunjukkan anda dari negara asal seperti I Love KL, T-shirt official
Malaysia Backpackers atau negara luar ini kerana akan mengundang kepada
jenayah ragut, penipuan dan pandangan orang tempatan. Jika hendak pakai
pastikan ketika itu anda sudah pulang atau berada di Malaysia..
3. Pastikan penampilan tidak menjolokkan mata atau menarik perhatian orang ramai
untuk melihat anda secara tidak lansung dapat mencegah dari orang yang tidak
kenali mendekati kita bagi kaum wanita.

4. Jika anda membawa buku panduan (travel book) seperti lonely planet , pastikan
anda balut dengan surat khabar atau apa-apa kertas supaya orang tidak tahu apa
supaya orang disekeliling kita tidak tahu apa yang kita baca kerana apabila mereka
tahu apa yang kita baca secara tidak lansung mereka tahu kita adalah orang luar /
pelancong dan mengundang kepada ancaman luar

Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.


Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

5. Pasti beg yang anda bawa berada dalam kawalan dan pemerhatian anda
terutama apabila anda meletakan beg anda di bas atau ferry. Untuk memastikan beg
anda tidak dibuka, balut dengan cover beg atau ground sheet kemudian ikat dengan
tali yang sesuai. Takut jika ada orang meletak benda yang bukan milik kita seperti
dadah.
Kadang-kadang sesetengah tempat akan ada orang yang datang memberi
perkhidmatan mengangkat beg ke dalam kereta apabila sesudah sampainya di
airport oleh itu berhati-hati takut-takut mereka melarikan beg anda.
6. Jangan sesekali sesekali terlibat dengan masalah kekacauan atau demostrasi di
negara yang anda lawati. Saya pernah melihat sendiri demostrasi Indonesia tetapi
yang berlansung dengan aman di mana mereka mengengelilingi luar kawasan
Menara Nasional (Monas) dan kemudian berhimpun di depan pintu masuk. Untuk
langkah keselamatan saya menjarakkan diri ke kawasan yang lebih selamat.
7. Cuba elakkan dari gaya rasa pelik apabila melihat sesuatu yang asing bagi anda.
Cuba buat seperti biasa dan elakkan dari membuat eye contact ini membuatkan
mereka tidak selesa atau seolah-seolah anda hendak cari pasal dengan mereka
terutama bagi golongan wanita kerana ini mungkin mengundang mereka mengekori
anda dari belakang untuk membuat sesuatu yang tidak baik.

Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.


Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

8. Jika ingin mengambil gambar orang pastikan anda meminta kebenaran mereka
kerana bagi mereka mungkin anda tidak menghormati privasi mereka dan ini akan
mengundang kemarahan mereka terutama di kawasan pedalaman orang asli .
Jangan terkejut jika anda diminta membayar selepas mengambil gambar mereka. Ini
hampir terjadi pada saya semasa di Kota Tinggi , Indonesia di mana maskot Upin
dan Ipin akan cuba menyelit dalam gambar yang saya ingin ambil . Secara tiba-tiba
mereka akan meminta duit pada anda selepas anda mengambil gambar mereka. Ada
juga maskot yang berdiri di tepi jalan yang menulis maklumat pada kad bahawa sila
bayar jika ambil gambar.
9. Jika anda membawa kamera besar seperti DSLR pastikan sentiasa berada pada
tangan anda , jika anda mahu tunjukkan gambar yang anda ambil pastikan tunjukkan
pada skrin sahaja tanpa perlu menyerahkan kamera. Hati-hati apabila anda meminta
tolong orang yang anda tidak kenali untuk ambil gambar anda.

Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.


Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

10. Hati-hati juga semasa mengambil gambar di kawasan bandar kerana boleh
mengundang kepada kejadian samun. Ini berlaku pada sahabat saya semasa
berjalan bersama isterinya di London dan kejadian berlaku secara terancang kerana
semasa sahabat saya mengambil gambar secara tiba-tiba datang seorang lelaki
mengatakan tidak boleh datang ambil gambar. Kemudian datang pula 3 lelaki lain
dari tepi jalan menghampiri mereka. Kawan saya tidak dapat membuat apa-apa dan
menyerahkan apa yang mereka minta. Oleh itu hati-hati kerana anda mungkin
diekori. Anda juga mungkin diminta (diugut) membayar kerana mengambil gambar
mereka.
11. Kejadian samun dan penyeluk saku (pick pocket) boleh berlaku di mana-mana
sahaja hatta kawasan Kuala Lumpur juga boleh berlaku seperti di dalam tandas.
Dulu memang saya takut pergi ke Central Market kerana ketika umur remaja saya
pernah melalui kawasan situ dan secara tiba-tiba saya dipanggil seorang lelaki dari
jauh mengatakan kawan lama saya nak jumpa. Tiba-tiba pula mengaku kawan dan
saya buat tak tahu dan terus berjalan meninggalkan tempat itu.
Pastikan dompet anda letak pada bahagian kocek depan atau beg yang anda bawa
diletak di bahagian depan apabila melalui kawasan orang ramai. Anda juga boleh
membawa dompet tambahan (travel wallet) jika rasa perlu dan ini membolehkan
anda membahagikan wang anda ke dalam dompet yang berbeza. Saya pernah letak
duit backup dalam stokin yang saya pakai , jika apa-apa berlaku pada saya
sekurang-kurangnya ada duit lagi. Secara tidak lansung dapat mengurangkan
kehilangan segala-galanya
Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.
Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

12. Sentiasa membawa dokumen perjalanan seperti paspport dan tiket perjalanan
anda bersama pada setiap masa. Untuk langkah keselamatan sentiasa mempunya
salinan dokumen perjalanan dan dibawa bersama dan diletakkan di dalam beg anda.

13. Pastikan anda mengunakan perkhidmatan awam yang diiktiraf oleh kerajaan atau
orang tempatan supaya anda tidak ditipu dengan harga yang mahal atau dihantar ke
salah tempat. Seperti di Indonesia ada 2 teksi yang diiktiraf iaitu yang berwarna biru
Blue Bird dan lagi satu saya tak ingat. Anda akan rasa lebih yakin jika
menggunakan perkhidmatan awam yang diiktiraf.
14. Tertipu dan ditipu adalah perkara biasa dalam dunia backpackers. Tetapi kita
boleh menjauhkan dari perkara itu apabila kita mempunyai maklumat yang lengkap
tentang sesuatu tempat. Banyakkan mencari maklumat di forum, blog dan groupgroup backpackers di Internet dan cuba belajar bahasa mereka apabila dalam
urusan tawar-menawar harga. Itu satu kelebihan jika kita dapat memahami bahasa
mereka.
15. Pastikan ahli keluarga anda tahu no. telefon anda supaya dapat dihubungi dan
sentiasa mengemaskini maklumat anda apabila berada di setiap negara yang anda
lawati. Jika ada masa atau perjalanan anda memakan masa yang panjang
digalakkan menghantar email dari setiap destinasi yang ada tiba atau menetap.
16. Jangan sekali-kali menawarkan atau menerima untuk membawa apa-apa untuk
sesiapa kerana dikuathiri mereka mempunyi niat tidak baik seperi cerita Keldai
Dadah yang berlaku di Malaysia mahupun di negara luar. Keramahan kita mungkin
disalah erti oleh mereka maka berhati-hati lah menjalinkan persahabatan dengan
Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.
Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

orang yang baru kite kenali. Anda harus meletakkan garis sempadan dalam
persahabatan supaya tidak terjerumus dalam perkara yang tidak diingini.
17. 'Merosakkan' barangan anda sedikit
Jika anda menggunakan barangan baru anda kelihatan lebih menarik perhatian
pencuri. Gunakan kasut dan beg anda terlebih dahulu sebelum memulakan
pengembaraan anda supaya kelihatan lama (using) atau sudah digunakan. Di
samping itu anda dilihat seperti pengembara yang berpengalaman. Apabila menaiki
kereta api atau bas lama, tidur di atas beg anda dan ini akan menghalang pencuri
mendekati barang/beg anda
18. Vaksin
Jika percutian anda mengambil masa yang panjang dan pergi ke destinasi yang
berisiko tinggi dengan pelbagai penyakit jangkitan. Antara vaksin yang disyorkan
ialah pelalian taun, pertusis, polio, hepatitis A, hepatitis B, kepialu, dan demam kunin
tetapi vaksin yang diambil bergantung kepada negara dilawati, tempoh penginapan,
dan jadual perjalanan anda. Biasanya jika saya pergi ke tempat outdoor atau
camping saya akan ambil ubat malaria. Saya pernah ambil suntikan H1N1 semasa
pengembaraan saya selama 2 bulan ke Asia Tenggara dengan kapal persiaraan.
Jika anda berada di Jepun dalam keadaan selsema atau batuk, anda diminta
memakai sarung penutup mulut dan hidung. Di sana sudah menjadi budaya apabila
mereka yang tidak sihat akan memakai sarung apabila berada diluar. Untuk
maklumat lanjut anda boleh lihat di website ini http://www.fit2fly.com.my/
19. Insurans
Saya terus-terang cakap yang saya jarang ambil insurans kecuali atas nama kerja
atau tempoh perjalanan yang panjang. Jika anda ingin mengambil insurans selidik
dahulu dan lihat pakej paling sesuai dengan keperluan perjalanan anda adakah
tempat yang anda pergi berisiko tinggi dan tempoh perjalanan yang panjang.
20. Solo atau Berkumpulan
Jika anda pergi dalam berkumpulan keselamatan lebih terjamin tetapi jika anda pergi
secara solo tidak ada masalah untuk berkawan dengan backpackers yang lain untuk
jalan bersama. Elakkan berjalan di waktu malam secara tidak lansung dapat
menjimatkan perbelanjaan anda dan menjauhkan diri anda dari perkara yang tidak
diingini.

Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.


Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

Harapan...

Saya berharap dengan melalui ebook ini sedikit sebanyak dapat membantu anda
mengembara secara backpackers atau sekurang-kurangnya membantu anda untuk
melancong ke luar negara pergi dan pulang dengan selamat. Walaupun anda
menggunakan 1 teknik sahaja sudah cukup menggembirakan saya kerana secara
tidak lansung telah membantu anda dalam membuat keputusan dalam
merencanakan perjalanan pengembaraan anda. Sekian, terima kasih.
Selamat Terbang !
Never Stop Exploring

Muiz
Muiz Misri
www.malaysiabackpackers.com

Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.


Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

Sudah berada di pasaran

Lawati website untuk maklumat lanjut :


http://malaysiabackpackers.com/115teknikmudah/
Malaysia Backpackers | 20 Langkah-Langkah Keselamatan Diri Yang Perlu Anda Tahu.
Hakcipta Terpelihara 2005 -2015 Malaysia Backpackers
Copyrights Reserved www.malaysiabackpackers.com

10

Anda mungkin juga menyukai