Anda di halaman 1dari 1

Berdasaran kisah Diatas, saya dapat simpulkan bahawa lumba haram adalah masalah besar dalam

kalangan masyarakat remaja muda. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah
tersebut, jalan penyelesaian perlulah di ambil. Antaranya, saya akan memilih “content – content” yang
saya lihat di sosial media. Sosial media adalah cara yang paling berkesan jika mahu terjebak dalam
sesuatu perkara. Antara platform sosial media yang terkenal adalah TikTok. Kebanyakan remaja zaman
sekarang suka untuk membuat video-video mereka menaiki motor dengan cara yang berbahaya dan
post di sosial media. Mereka merasakan bahawa itu adalah aksi yang akan menarik minat khalayak
ramai. Pada awalnya kita hanya akan memandang endah terhadap perkara ini, tetapi lama-kelamaan
kita akan mula menimbul rasa minat terhadapnya. Jadi, kita perlu menjauhkan diri kita daripada
perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada lumba haram apabila melayari sosial media.
Selain itu, perasaan minat terhadap lumba haram juga boleh muncul di kalangan anak-anak yang baru
sahaja memasuki alam remaja. Ini kerana anak-anak zaman sekarang mendapat telefon pintar pada usia
muda. Oleh sebab itu, apabila saya sudah dewasa, saya akan memberi telefon pintar kepada anak-anak
saya pada usia yang lebih tua. Apabila mereka sudah mendapatkan telefon, saya juga akan pantau
kandungan yang mereka lihat agar tidak terjebak dengan kandungan yang kurang bermoral. Seterusnya,
apabila saya menjadi ibu atau bapa, saya akan memberi kasih sayang yang cukup kepada anak-anak
saya. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya sering terjebak dengan perbuatan-
perbuatan yang bermoral. Ini kerana mereka tidak selalu dipantau oleh ibu bapanya, jadi mereka
mempunyai kebebasan dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Apabila mereka melakukan kesalahan,
mereka jarang dimarahi berbeza dengan anak-anak yang disayangi ibu bapanya kerana mereka akan
dimarahi sebaik sahaja mereka buat kesalahan. Ibu bapa yang memarahi anaknya apabila buat salah
adalah tanda kesayangan mereka terhadap anaknya. Jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang besar dalam mencegah kegiatan lumba haram. Selain daripada tanggungjawab sebagai ibu bapa,
pada masa muda juga kita perlu memilih kawan kita dengan betul. Kawan-kawan akan membentuk diri
kita yang sebenar. Jika kita bergaul dengan orang yang baik, maka baiklah kita jadinya tetapi jika kita
kawan yang suka perlumbaan haram, maka lama-kelamaan kita juga akan terjebak sekali. Sekiranya
kawan kit terjebak dengan lumba haram, kita boleh tarik dia balik dengan memperkenalkan kepada
mereka dengan hobi yang baru dan lebih bagus seperti bersukan. Sekiranya mereka dapat memenuhkan
masa mereka dengan hobi baru, maka mereka tidak mempunyai masa untuk berlumba haram.
Kesimpulannya, lumba haram ini adalah satu aktiviti yang berbahaya bukan sahaja pada diri kita malah
akan meliatkan orang lain juga. Ini dapat dilihat dalam kisah kawan Syamil iaitu Li Wei di mana dia telah
menyebabkan kehilangan nyawa seorang ibu dan anaknya. Yang berbuat salah masih hidup tetapi yang
tidak bersalah terpaksa kehilangan nyawa. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada ahli keluarga
mangsa apatah lagi suami mangsa yang kehilangan isteri dan anaknya. Dengan itu, lumba haram ini
adalah satu masalah besar dalam kalangan masyarakat yang perlu diambil kira.

Anda mungkin juga menyukai