Anda di halaman 1dari 14

KOD DAN NAMA NOSS IT-010-2: APPLICATION DEVELOPMENT-PROGRAMMER

KOD DAN NAMA CU /


DUTY04 -PERFORM SYSTEM COMPONENTS CODING
WA
TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
NAMA PROGRAM
DAN APLIKASI WEB

TAHAP DAN SEMESTER 2 (SEMESTER 5)

KOD DAN TAJUK


DKA1213 PROGRAMMING I
KURSUS
K1 INTRODUCTION TO LATEST PROGRAMMING
LANGUAGE
NO.DAN TAJUK K2 DATA TYPES, VARIABLE AND OPERATORS,
KOMPETENSI
CONTROL STATEMENTS AND METHOD
K3 BASIC OF ARRAY, STRING MANIPULATION AND
CLASSES
NO. KOD KSKV KPD504 / KP(1/3)
Muka Surat : 1 Drp : 14
NO. KOD NOSS IT-010-2:DUTY04/ P(1/3)

TAJUK/TITLE :

BASIC OF LATEST PROGRAMMING LANGUAGE

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai :


 Sejarah Sistem Komputer
 Perkakasan dan Perisian
 Bahasa dan Pengaturcaraan
 Asas Pengaturcaraan
 Teknik Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan
 Prospek Kerjaya dalam Pengaturcaraan
PENERANGAN/INFORMATION :

1. Sejarah Sistem Komputer


Sejarah perkembangan teknologi komputer telah dikelaskan kepada lima generasi
yang utama :

1.1. Komputer Generasi Pertama (1951 -1958)


Komputer Generasi Pertama menggunakan teknologi komputer tiub
hampagas. Mauchly dan Eckert telah mencipta komputer elektronik pertama
iaitu ENIAC (Eletronic Numerical Integrator and Calculator) dan dikendalikan
oleh UNIVAC (Universal Automatic Computer) dan UNIVAC 1. Komputer
IBM pertama iaitu IBM650 telah diperkenalkan pada tahun 1954 oleh
Intergrated Business Computer. Menggunakan bahasa pengaturcaraan
peringkat rendah. Komputer generasi ini agak besar saiznya dan harganya
sangat mahal. Keupayaan memproses agak lambat. Keupayaan
menyimpan data agak kecil.

1.2. Komputer Generasi Kedua (1959 – 1963)


Komputer Generasi Kedua menggunakan teknologi komputer transistor.
Penggunaan transistor adalah lebih baik berbanding dengan tiub hampagas
kerana transistor adalah lebih kecil, boleh dipercayai, lebih berkemampuan,
lebih pantas dan kurang menghasilkan haba. Bahasa pengaturcaraan
Assembly language telah diperkenalkan. Komputer generasi ini agak kecil
saiznya dan lebih murah harganya jika dibandingkan dengan Komputer
Generasi Pertama. Keupayaan memproses juga lebih pantas. Keupayaan
menyimpan data lebih besar. Contoh komputer ialah IBM 7094 series, IBM
1400 series dan CDC 164.

1.3. Komputer Generasi Ketiga (1964 – 1970)


Komputer Generasi Ketiga menggunakan teknologi litar yang dikenali sebagai
Integrated circuit (semiconductor chip) atau litar bersepadu. Bahasa
pengaturcaraan ialah Basic, Fortran dan COBOL. Komputer generasi ini
menghasilkan komputer yang lebih kecil saiznya, lebih murah harganya dan
lebih pantas masa memproses berbanding dengan generasi sebelumnya.
WIM EDISI OKTOBER 2018
Contoh komputer ialah IBM 370, IBM System/360,UNIVAC
1108 dan UNIVAC AC 9000.

1.4. Komputer Generasi Keempat (1971 – 1980)


Komputer Generasi Keempat menggunakan teknologi cip mikropemproses
(microprocessors) yang diperkenalkan oleh Intel Corporation. LSI (Large
Scale Integration) circuit dan VLSI (Very Large Scale Integration) circuit telah
direka. Saiz komputer adalah kecil, harga lebih murah, kelajuan memproses
lebih pantas dan komputer telah mula digunakan di sekolah dan pejabat.
Bahasa pengaturcaraan ialah C, C++, Java. Contoh computer ialah IBM 370,
Apple I dan Apple II, PDP-11.

1.5. Komputer Generasi Kelima (1990 – kini)


Teknologi pemproses mikro baru mula diperkenalkan pada komputer
generasi ini. Cip-cip berkelajuan tinggi telah mula dicipta. Komputer dicipta
untuk memiliki kecerdikan buatan. Kelajuan memproses maklumat lebih
bertambah. Sistem komputer telah mula menjadi lebih ramah-pengguna.
Teknologi pengecam suara telah mula diperkenalkan. Saiz komputer
bertambah kecil dan bertambah murah. Cara hidup dan penggunaan komputer
juga telah bertukar. Kebanyakan urusan harian memerlukan penggunaan
komputer dan teknologi yang semakin canggih.

2. Perkakasan dan Perisian

2.1. Perkakasan komputer boleh dikelaskan kepada lima komponen yang utama
iaitu :

2.1.1. Ingatan Utama (main memory)


Fungsi ingatan utama ialah untuk mengingati kembali tugas yang telah
dilaksanakan. CPU akan merujuk kepada ingatan utama kerana ianya
menyimpan arahan atau data yang diperlukan semasa pemprosesan
dilakukan.

WIM EDISI OKTOBER 2018


Dua komponen ingatan utama :

i. Ingatan Capaian Rawak atau Random Access Memory (RAM)


RAM merupakan ingatan yang paling penting dalam ingatan utama.
RAM membenarkan operasi baca dan tulis dilakukan ke atasnya.
RAM berfungsi untuk menyimpan aturcara dan data yang boleh
diubah pada bila-bila masa. Data yang disimpan di dalam RAM akan
hilang apabila komputer dimatikan.

ii. Ingatan Baca Sahaja atau Read Only Memory (ROM)


ROM merupakan ingatan baca sahaja dan data yang disimpan tidak
akan hilang apabila komputer dimatikan. ROM digunakan untuk
menyimpan aturcara-aturcara yang dibangunkan oleh pembekal
komputer. Aturcara tersebut telah tersedia ada apabila pengguna
membeli komputer dan ianya hanya boleh digunakan tetapi tidak
boleh diubah.

2.1.2. Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit) atau CPU


CPU juga dipanggil mikropemproses (processor). Unit ini merupakan
perkakasan yang utama di dalam sesebuah sistem komputer kerana
semua tugas utama yang meliputi pengawalan operasi komputer seperti
pengiraan, perbandingan logik, rujukan untuk mencapai maksud arahan
dan lain-lain dilakukan di sini. CPU bertanggungjawab untuk mentafsir
maksud input dan memberi arahan kepada bahagian lain untuk
melaksanakan tugas yang sepatutnya.

Dua komponen utama CPU ialah :

i. Unit kawalan
Unit ini bertindak sebagai otak sesebuah komputer. Berfungsi untuk
mengawal semua aktiviti komputer serta langkah-langkah
memproses.

WIM EDISI OKTOBER 2018


ii. Unit Aritmetik/Logik (Arithmatic Logic Unit – ALU)
ALU digunakan untuk melaksanakan operasi asas pengiraan dan
perbandingan.

2.1.3. Peranti Input


Fungsi peranti input ialah untuk memasukkan data dan arahan ke dalam
komputer untuk membolehkan komputer melaksanakan tugasnya.
Peranti input akan menerima maklumat dan menukar maklumat tersebut
ke bentuk digital supaya mudah difahami oleh komputer. Terdapat
pelbagai jenis peranti input; antaranya ialah papan kekunci (keyboard),
tetikus (mouse), kayu bedik (joystick), pen cahaya (light pen),
pengimbas (scanner), sentuhan diskrin (touch screen) dan lain-lain.

2.1.4. Peranti Output


Peranti output digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah
diproses kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis peranti output,
antaranya ialah monitor dan pencetak.

2.1.5. Peranti Storan Sekunder (secondary storage)


Fungsi storan sekunder ialah untuk menyimpan data secara kekal
walaupun komputer telah dimatikan. Data yang disimpan boleh dicapai
semula apabila dikehendaki. Terdapat pelbagai jenis peranti storan
sekunder, antaranya ialah cakera liut, cakera liat, cakera keras, cakera
padat (compact disc) dan lain-lain.

WIM EDISI OKTOBER 2018


Rajah 1 : Contoh Perkakasan Komputer

2.2. Perisian ialah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan koleksi
program, prosedur dan dokumentasi komputer yang melakukan beberapa
tugas pada sebuah sistem komputer.

Perisian boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:


 Program komputer
 Perisian Sistem
 Perisian Aplikasi
 Sistem Pengoperasian
 Platform Sistem Komputer

WIM EDISI OKTOBER 2018


Rajah 2 : Contoh Perisian

3. Bahasa dan Pengaturcaraan


Secara umumnya bahasa pengaturcaraan dibahagikan kepada empat generasi atau
jenis :

3.1. Bahasa mesin (machine language)


Bahasa yang boleh terus difahami oleh komputer tanpa perlu diterjemah.
Aturcara ditulis dalam bentuk susunan digit 0 dan 1. Aturcara yang ditulis
hanya boleh dilaksanakan pada komputer yang dibina sahaja. Pembangunan
aturcara amat sukar dan mengambil masa yang lama.

3.2. Bahasa Penghimpun (Assembly language)


Aturcara ditulis menggunakan simbol dan kod yang dipanggil kod mnemonic
(morse code). Aturcara perlu diterjemah ke bahasa mesin menggunakan
penghimpun (assembler).

3.3. Bahasa Peringkat Tinggi


Aturcara yang ditulis lebih mudah difahami oleh manusia kerana
penggunaannya lebih mirip kepada bahasa Inggeris. Aturcara perlu
diterjemah ke bahasa mesin supaya dapat difahami oleh komputer. Contoh
bahasa pengaturcaraan ialah C, Pascal, Cobol, Fortran.

3.4. Bahasa Berorientasikan Objek (OOP)


Dalam menyelesaikan masalah tertentu, Bahasa Peringkat Tinggi lebih bersifat
prosedur atau langkah demi langkah. Manakala pembangunan aturcara
menggunakan Bahasa Berorientasikan Objek lebih kepada memikirkan apakah
objek yang terlibat dalam menyelesaikan masalah serta hubungan antara
objek. Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C++ dan Java.

Bahasa pengaturcaraan Java

WIM EDISI OKTOBER 2018


Java adalah bahasa pengaturcaraan yang ringkas, mudah difahami, lebih
selamat, boleh dipercayai, mudahalih (boleh digunakan pada semua jenis
sistem pengoperasian) dan bahasa berorientasikan objek. Aturcara yang
ditulis dalam bahasa ini boleh digunakan pada semua jenis komputer. Ianya
dibangunkan oleh Sun Microsystems oleh James Gosling dan rakan-rakannya
pada tahun 1991. Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat
sesuai untuk membangunkan aplikasi berasaskan internet.

4. Asas Pengaturcaraan
Aturcara ialah satu jujukan arahan yang diberi kepada komputer untuk
melaksanakan sesuatu tugas. Aturcara hendaklah ditulis dalam bahasa yang boleh
difahami oleh komputer. Bahasa yang digunakan untuk menulis aturcara dipanggil
Bahasa Pengaturcaraan. Proses menulis satu jujukan arahan ini dipanggil
pengaturcaraan dan orang yang menulis arahan ini dipanggil pengaturcara.

Antara elemen penting yang patut diketahui dalam pengaturcaraan ialah :


 Sintaks asas
 Jenis data
 Pembolehubah
 Operator asas
 Kata kunci
 Penyelesaian masalah
 Ulangan
 Nombor
 Karakter
***semua elemen ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 2.

5. Teknik Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan


Terdapat beberapa langkah penyelesaian masalah. Kaedah penyelesaian masalah
yang akan diterangkan dikenali sebagai Kitar Hayat Pembangunan Aturcara (KHPA).

WIM EDISI OKTOBER 2018


Mengenalpasti masalah

Penyelenggaraan Menganalisa masalah

Pengujian Merekabentuk penyelesaian

Implementasi

Rajah 3 : Kitar Hayat Pembangunan Aturcara

5.1. Memahami masalah


Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah :
i. Apakah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah?
ii.Apakah hasil akhir?
iii. Bagaimana bentuk hasil akhir?
iv. Apakah kekangan yang wujud?

Sebagai contoh :
Anda dikehendaki menulis aturcara untuk mengira luas sebuah segitiga.

Antara soalan yang mesti ditanya :


Berapa panjang tapak dan tinggi?
Apakah formula untuk mengira luas segitiga?
Bagaimana bentuk output yang hendak dipaparkan?

5.2 Menganalisa masalah


Tiga fasa utama yang perlu dikenalpasti iaitu :

Input : tapak, tinggi


Formula : luas = 0.5 x tapak x tinggi
Output : papar tapak, tinggi dan luas.

5.3 Merekabentuk penyelesaian

WIM EDISI OKTOBER 2018


Fasa merangka struktur untuk menyelesaikan masalah.

Fasa ini melibatkan algoritma iaitu langkah-langkah arahan yang perlu


dilaksanakan mengikut susunan keutamaan arahan.

Contoh algoritma untuk mengira luas segitiga ialah :


i. Mula
ii. Baca nilai tapak dan tinggi
iii. Kira luas segitiga
iv. Cetak luas segitiga
v. Tamat

Dua cara yang digunakan untuk mempersembahkan algoritma iaitu :

i. Kod pseudo (pseudocode)


Kod pseudo bermaksud penerangan algoritma dalam bentuk perkataan
menggunakan sebarang bahasa yang difahami oleh pengaturcara.
Biasanya dimulai dengan perkataan mula (begin) dan diakhiri dengan
perkataan tamat (end)

Contoh :

Mula
Input tapak, tinggi
luas = 0.5 x tapak x tinggi
Cetak luas
Tamat

WIM EDISI OKTOBER 2018


ii. Carta alir
Logik aturcara secara grafik yang disambung menggunakan anak panah

Simbol asas carta alir :

Simbol Maksud

Mula/tamat – bermula dan berakhirnya algoritma

Proses – menunjukkan perlaksanaan arahan atau


proses
Input/output – kemasukan data atau paparan
hasil

Syarat – perbandingan atau pengujian syarat

Penghubung/penyambung – menyambung carta


alir ke muka surat lain
Anak panah – aliran aktiviti/penyambung turutan
arahan

Contoh carta alir untuk mengira luas segitiga :

Mula

Baca tapak, tinggi

Luas = 0.5 x tapak x tinggi

Cetak luas

Tamat

WIM EDISI OKTOBER 2018


5.4 Implementasi
Fasa yang melibatkan pengekodan (coding). Proses ini melibatkan dua
langkah :

i. Menukarkan algoritma ke aturcara dengan menggunakan bahasa


pengaturcaraan yang sesuai
ii. Mengkompil dan melaksanakan aturcara yang telah dimasukkan ke dalam
komputer.

5.5 Pengujian
Fasa ini bertujuan untuk menguji samada aturcara yang dilaksanakan
memenuhi kehendak pengguna tanpa sebarang ralat (ralat sintaksis dan ralat
logik). Proses ini memerlukan pengaturcara menggunakan data pengujian
sahih dan data pengujian palsu.

5.6 Penyelenggaraan
Melibatkan tiga aktiviti :

i. Mendokumentasi
a. Mengumpulkan semua maklumat dari proses memahami masalah
sehingga proses pengujian
b. Tujuan mendokumentasi ialah :
 Memudahkan pengaturcara untuk mengubahsuai aturcara jika
diperlukan
 Memudahkan pengaturcara lain menyelenggara aturcara
 Menggunakan sebahagian aturcara untuk membangunkan aturcara
yang hampir sama

ii. Memperbaiki ralat


Memperbaiki ralat logik yang berlaku semasa memasukkan data sebenar
atau data yang tidak diuji atau tidak dapat dikesan semasa pengujian
dibuat.

WIM EDISI OKTOBER 2018


iii. Melakukan penambahan
a. Perubahan aturcara berlaku atas permintaan pengguna mengikut
keperluan semasa
b. Kitar hayat pembangunan aturcara akan diulangi dengan fasa
memahami masalah

6. Prospek Kerjaya dalam Pengaturcaraan


Manusia menggunakan komputer untuk melaksanakan tugas dan fungsi tertentu.
Namun begitu keperluan manusia berbeza antara satu sama lain. Pelbagai jenis
sistem/perisian perlu dibangunkan untuk memenuhi kehendak manusia.
Pengaturcaraan menjadi satu bidang tugas yang amat penting di syarikat atau
pertubuhan pada hari ini kerana penggunaan komputer yang semakin meluas.

Setiap organisasi mempunyai masalah dan keperluan sistem yang berbeza.


Organisasi perlukan pengaturcara yang pakar atau mahir untuk membangunkan
sistem atau membuat aturcara yang memenuhi keperluan mereka.

Contoh kerjaya dalam bidang pengaturcaraan :


 Pengaturcara
 Juruanalisa Sistem
 Jurutera Perisian
 Pembangun Laman Web
 Juruanalisa Sistem Rangkaian/Jurutera Rangkaian
 Pembangun Mudah Alih
 Pengurus Teknologi Maklumat

WIM EDISI OKTOBER 2018


WIM EDISI OKTOBER 2018

Anda mungkin juga menyukai