Anda di halaman 1dari 9

TA 113 - Chap 1 Pg 1 of 9

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA KOMPUTER DAN


BAHASA PENGATURCARAAN

Pengenalan Komputer

Komputer merupakan suatu alat/mesin yang dapat menerima input


dan menyimpan data, seterusnya memproses data tersebut
untuk menghasilkan output untuk dipaparkan kepada pengguna.

Komputer berupaya melaksanakan pengiraan (computations) dan


membuat pilihan-pilihan logik dengan kepantasan berjuta-juta,
mungkin juga berbilion-bilion, kali lebih pantas dari manusia.

Komputer melaksanakan pemprosesan data dibawah kawalan


kumpulan-kumpulan arahan yang dipanggil program komputer
(computer programs). Program komputer tersebut akan memandu
komputer melalui set-set tindakan tersusun yang diberikan oleh
pengaturcara-pengaturcara komputer (computer programmers).

Pelbagai alatan (seperti keyboard, monitor, mouse, disk, memory


dan unit pemprosesan) yang membentuk suatu sistem komputer
dipanggil perkakasan (hardware). Manakala program komputer
yang dilarikan pada komputer dipanggil perisian (software).

Organisasi Komputer

Tanpa mengira perbezaan fizikalnya, hampir semua komputer


boleh dipecahkan kepada 5 bahagian utama iaitu:
1. Unit Input
2. Unit Output
3. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
4. Unit Ingatan (memory)
5. Unit Storan sekunder
TA 113 - Chap 1 Pg 2 of 9

Unit Input
Unit Input yang terdiri dari alat-alat input seperti keyboard, mouse
dan disk, bertindak sebagai bahagian 'penerima' bagi sesebuah
sistem komputer.

Alat-alat input menerima data atau arahan dari pengguna, dan


menterjemahkannya kebentuk yang difahami oleh komputer, agar
data-data atau arahan-arahan tersebut boleh diproses oleh unit-unit
lain.

Unit Output
Unit output merupakan bahagian 'penyerahan' bagi susebuah
sistem komputer.

Unit ini akan mengambil maklumat yang telah siap diproses dan
meletakkannya pada pelbagai alatan output supaya maklumat tadi
akan dapat digunakan oleh pengguna komputer.

Kebiasannya, maklumat akan dioutputkan dalam bentuk paparan


pada monitor, cetakan oleh pencetak, dimainkan oleh speakers,
dirakam atas pita magnetik atau boleh juga digunakan untuk
mengawal alatan yang lain.

Unit Ingatan (memory)


Unit ini merupakan 'gudang' maklumat/data yang mempunyai
keupayaan capaian pantas tetapi dengan kapasiti yang secara
relatifnya kecil.

Ia menyimpan data dan arahan yang diambil dari unit input agar
data atau arahan tadi boleh dicapai dengan pantas bila hendak
diproses. Ia juga menyimpan maklumat yang telah diproses
sebelum maklumat tersebut diletakkan di alatan output oleh unit
output.

Unit memori biasanya dipanggil memori, memori primer atau


RAM (random access memory).
TA 113 - Chap 1 Pg 3 of 9

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)


Unit pemprosesan pusat terdiri dari 2 komponen yang utama, iaitu:

1. Unit Arithmetik dan Logik (ALU)


Unit ini merupakan bahagian 'pengeluaran' bagi sesebuah
sistem komputer. Ia bertanggungjawab melaksanakan proses
pengiraan seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian.
Ia juga mengandungi bahagian yang boleh melaksanakan
proses perbandingan seperti perbandingan sama atau tak sama
dan perbandingan besar atau kecil.
2. Unit Kawalan
Unit kawalan bertindak sebagai bahagian 'administrative' kepada
sesebuah sistem komputer. Ia merupakan koordinator komputer
dan bertanggungjawab dalam menyelia perlaksanaan bahagian-
bahagian komputer yang lain.
Contohnya, unit kawalan akan memberitahu unit input bila
sesuatu data perlu dimasukkan kedalam unti memori,
memberitahu ALU bila data dari memori perlu digunakan untuk
pengiraan di ALU, dan memberitahu unit output bila waktunya
maklumat dari memori boleh dihantar pada alat output.

Unit Storan sekunder


Unit ini merupakan 'gudang' jangkamasa panjang dan berkapasiti
tinggi bagi sesebuah komputer. Program dan data yang tidak
digunakan oleh unit-unit komputer yang lain kebiasaannya
disimpan di alatan storan sekunder (seperti disk) sehingga ia
diperlukan kemudian.

Data dan arahan dari unit storan sekunder akan mengambil masa
yang lebih lama untuk dicapai berbanding dari unit ingatan.
Bagaimanapun, kos storan sekunder lebih murah berbanding kos
ingatan.

Antara alatan storan sekunder yang popular seperti cakera


magnetik, pita magnetik dan CD-ROM.
TA 113 - Chap 1 Pg 4 of 9

Perisian

Suatu sistem komputer tidak dapat berfungsi jika hanya


mengandungi perkakasan sahaja. Ia juga memerlukan perisian
atau program untuk menspesifikasikan bagaimana data perlu
diroses.

Prisian ataupun program adalah set arahan yang memberitahu


komputer bagaimana cara untuk memproses data kebentuk yang
diinginkan oleh pengguna.

Terdapat dua jenis perisian: Perisian sistem dan perisian aplikasi.

Perisian Sistem
Perisian sistem membolehkan perisian aplikasi berhubung dengan
perkakasan komputer (seperti unit input, unit output, unit storan
sekunder, unit pemprosesan pusat dan unit ingatan).

Persian sistem adalah perisian 'latarbelakang' yang membantu


komputer mengurus sumber-sumber dalamannya.

Perisian sistem yang paling utama ialan perisian sistem


pengoperasi, yang menjadi penghubung antara perisian aplikasi
dan perkakasan komputer. Ia mengendali secara terperinci
perlakasanaan sesebuah program, penyimpanan data dan
program, dan pemprosesan data.

Windows 98 merupakan suatu contoh sistem pengoperasi yang


popular digunakan pada PC mikro. Contoh-contoh lain sistem
pengoperasi seperti Unix, Linux dan DOS.

Perisian Aplikasi
Perisian aplikasi merupakan perisian yang berinteraksi dengan
pengguna. Pengguna akan memberikan data atau arahan kepada
komputer melalui perisian aplikasi supaya data atau arahan
tersebut boleh diproses oleh komputer mengikut keperluan
pengguna.
TA 113 - Chap 1 Pg 5 of 9

Antara contoh perisian aplikasi seperti Perisian pemproses


perkataan, permainan komputer dan sebagainya.

Sesuatu perisian aplikasi mungkin dipakejkan atau dibuat sendiri


(custom-made).
 Perisian pakej adalah program yang sedia ditulis oleh
pengaturcara professional yang biasanya dijual kepada
pengguna.

 Perisian buatan sendiri adalah program yang ditulis untuk


tujuan tertentu untuk organisasi tertentu. Pengaturcara
menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk mebangunkan
program tersebut bagi mengarahkan komputer syarikat mereka
melaksanakan apa-apa tugas yang diperlukan oleh syarikat.
Antara tugas-tugas yang mungkin termasuklah mengira
pembayaran gaji, mengira komisyen jualan dan sebagainya.

Generasi Bahasa Komputer

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, perisian aplikasi ditulis


oleh pengaturcara. Sebenarnya, semua perisian tak kira perisian
aplikasi mahupun perisian sistem ditulis oleh pengaturcara
menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tertentu.

Bila memperkatakan tentang bahasa komputer, profesional


dibidang komputer mengkelaskan bahasa pengaturcaraan
mengikut peringkat atau generasi bahasa pengaturcaraan,
daripada rendah (low) ke tinggi (high).

Bahasa pengaturcaraan dipanggil peringkat rendah apabila ia


lebih hampir kepada bahasa yang digunakan oleh komputer
(Komputer hanya memahami bit-bit 1 dan 0, yang membentuk bait-
bait).
TA 113 - Chap 1 Pg 6 of 9

Bahasa pengaturcaraan dikatakan berperingkat tinggi sekiranya


ia lebih menghampiri bahasa manusia (English).

Terdapat 5 generasi bahasa pengaturcaraan, iaitu bahasa mesin,


bahasa penghimpun, bahasa bertatacara, bahasa berorientasikan
masalah, dan bahasa natural.

Bahasa Mesin : Bahasa generasi pertama

Bait dibentuk oleh bit-bit 1 dan 0 yang merujuk kepada arus elektrik
'on' dan 'off' dalam komputer. Dari dua keadaan 'on' dan 'off' ini,
suatu skema pengkodan telah dibentuk bagi membolehkan kita
mewakilkan huruf, nombor dan simbol-simbol.

Antara skema pengkodan yang popular digunakan seperti ASCII


dan EBCDIC. Selain data, arahan-arahan asas komputer juga
diwakilkan dengan siri 1 dan 0.

Data dan arahan yang diwakilkan dengan 1 dan 0 (byte code)


dikatakan ditulis dalam bahasa mesin. Contoh arahan dalam
bahasa mesin seperti:

11100100111001111010010000100000111000000101011

Mempelajari dan menulis arahan dalam byte code seperti ini amat
sukar. Selain itu, bahasa mesin juga berbeza mengikut komputer.
Ini menambahkan lagi kesukaran menggunakannya.

Bahasa Penghimpun : Bahasa Generasi Kedua

Bahasa penghimpun menggunakan singkatan (abbreviations) dan


sukukata (mnemonics) sebagai ganti simbol 1 dan 0. Jadi arahan-
arahan dalam bahasa penghimpun lebih mudah diingat berbanding
bahasa mesin. Contoh arahan dalam bahasa penghimpun:

ADD 210(8,13), 02B(4,7)


TA 113 - Chap 1 Pg 7 of 9

Bagaimanapun, cara ini masih sukar dikuasai oleh manusia. Oleh


itu, bahasa penghimpun juga dikelaskan sebagai bahasa peringkat
rendah.

Selain sukar dipelajari, bahasa penghimpun juga berbeza mengikut


komputer.

Bahasa Bertatacara Peringkat Tinggi : Bahasa Generasi Ketiga

Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi lebih menyerupai bahasa


Enggeris yang lebih mudah difahami oleh manusia. Bagaimanapun,
kebanyakan orang masih perlu latihan untuk menggunakan bahasa
peringkat tinggi, terutamanya bahasa bertatacara.

Antara bahasa pengaturcaraan bertatacara yang popular seperti


BASIC, Pascal, C, COBOL dan FORTRAN. Mereka dipanggil
bertatacara kerana mereka direkabentuk untuk mempersembahkan
logik - tatacara - dalam menyelesaikan masalah umum.

Sebelum suatu bahasa bertatacara boleh dilaksanakan oleh


komputer, ia perlu diterjemahkan dahulu kedalam bahasa mesin.
Bergantung kepada bahasa yang digunakan, terjemahan ini
dilaksanakan sama ada oleh pengompil (compiler) atau
penterjemah (interpreter)

 Pengompil menukar arahan-arahan dalam kod sumber (source


code) sesuatu program, kepada kod dalam bahasa mesin,
dipanggil kod objek (object code). Fail dalam bentuk kod objek
ini boleh disimpan dan dirunkan kemudian.
Antara bahasa pengaturcaraan yang menggunakan compiler
seperti Pascal, COBOL dan FORTRAN.
 Penterjemah menukar arahan dalam bahasa pengaturcaran
peringkat tinggi kepada bahasa mesin secara pernyataan demi
pernyataan, sebaik sahaja pernyataan tersebut dilaksanakan.
Tiada fail kod objek dihasilkan.
Contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan
penterjemah seperti versi asal BASIC.
TA 113 - Chap 1 Pg 8 of 9

Oleh sebab bahasa peringkat tinggi perlu diterjemah dahulu


kepada bahasa mesin, maka perlaksanaannya menjadi lambat.
Bagaimanapun, sekiranya program dalam kod objek telah
dihasilkan maka perlaksanaannya akan menjadi lebih pantas.

Antara bahasa peringkat tinggi yang biasa digunakan sekarang


adalah seperti Ada, BASIC, C/C++, COBOL, FORTRAN, HTML,
Java dan Pascal.

Bahasa Berorientasikan Masalah : Bahasa Generasi Keempat

Bahasa generasi ketiga masih memerlukan latihan sebelum


pengguna boleh menggunakannya. Bahasa berorientasikan
masalah, atau dipanggil bahasa peringkat amat tinggi (very
higher language) memerlukan latihan yang minimum.

Ia direkabentuk untuk menyelesaikan masalah yang spesifik, tidak


seperti bahasa Generasi Ketiga yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah umum. Contohnya, IFPS (Interactive
Financial Planning System) digunakan khusus untuk
membangunkan model-model kewangan.

Suatu ciri khas yang terdapat pada bahasa peringkat amat tinggi
ialah mereka mempunyai bahagian bahasa pertanyaan (query
languages) atau penghasil aplikasi (application generator).

 Bahasa pertanyaan mebolehkan pengguna yang bukan


pengaturcara memberikan arahan-arahan yang mudah difahami
untuk mencari atau menghasilkan laporan dari pangkalan data.

 Penghasil Aplikasi pula mengandungi beberapa modul


(program dengan pernyataan yang berkait secara logikal) yang
sedia diprogramkan untuk menjayakan sesuatu tugas tertentu,
misalnya, suatu modul yang boleh melaksanakan pengiraan gaji
lebih masa.

Antara bahasa pengaturcaraan yang tergolong dalam generasi ini


seperti Lotus 1-2-3, MS Excell, MS Access dan dBase.
TA 113 - Chap 1 Pg 9 of 9

Bahasa Tabii : Bahasa Peringkat Kelima

Bahasa Tabii masih dalam kajian.

Bahasa pengaturcaraan ini diharapkan dapat mebolehkan manusia


berhubung dengan komputer secra tabii, atau dengan kata lain
membolehkan arahan komputer diberikan dalam bahasa yang
biasa digunakan oleh manusia seperti bahasa Inggeris, Jepun,
perancis dan sebagainya.

Penyelidik juga mengharapkan bahasa tabii akan membolehkan


komputer belajar - mengingati maklumat yang diberikan, seperti
manusia, dan memperbaiki maklumat yang diterima.

Anda mungkin juga menyukai