Anda di halaman 1dari 1

Technology in Sports

Mahu tidak mahu pengiat sukan tidak akan terlepas dari menggunakan bantuan
teknologi walaupun ada kritikan yang mengatakan teknologi boleh
memperlahankan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung. Sebaliknya
ramai pihak pula akan berpuas hati dengan penggunaannya kerana ia dapat
memberikan keputusan yang lebih tepat dan adil bagi kes-kes yang meragukan
seperti siapa menang dalam larian 100 meter, adakah bola sudah melepasi tiang
atau palang gol atau pun bola tenis itu keluar atau tidak.
Kebanyakan sukan profesional di luar negara khususnya Amerika Syarikat sudah
menggunakan bantuan teknologi seperti instant replay dan lain-lain bantuan hitech untuk membantu pengadil membuat keputusan yang lebih tepat dan adil.
Berdasarkan pertikaian-pertikian gol yang selalu berlaku dalam perlawanan
bolasepak, maka dibangunkan teknologi garisan gol untuk membolehkan bola itu
sendiri membuat keputusan dengan mencipta "smartball" di mana ia
dimasukkan cip komputer untuk membolehkan komputer membaca kedudukan
bola sebenarnya. Teknologi ini di bina oleh sebuah Syarikat German, Cairos
Technologies dan The Fraunhofer Institute for Integrated Circuits. Ia dibantu oleh
pengeluar barangan sukan Adidas. Teknologi ini akan menggunakan bantuan
jaringan penerima gelombang isyarat di sekeliling padang untuk mengesan
kedudukan sebenar bola dalam masa sebenar, termasuklah sama ada bola
sudah melepasi garisan gol. Signal akan dipancarkan serta merta kepada alat
penerima yang dipakai oleh pengadil.

Anda mungkin juga menyukai