Anda di halaman 1dari 4

ATURCARA TEKS UCAPAN

KATA – Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


KATA
ALUAN
Hadirin Sekalian,

Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Dwi bulanan bagi bulan Mac


dan April 2023

Sayang Kumbang Mencari Makan,


Terbang Seiring Ditepi Kali,
Selamat Datang saya ucapkan,
Moga Diiring Restu Ilahi.

Yang Berusaha
Pengarah,

Yang Berusaha
Timbalan pengarah,

Yang Berusaha
Timbalan Pengarah

Ketua-ketua Seksyen, Ketua-ketua Cawangan, seterusnya pegawai-


pegawai yang dihormati sekalian.

Majlis turut merakam sekalung terima kasih atas keprihatinan dan


kesudian semua Pegawai untuk bersama-sama bagi menjayakan
majlis ini.
NANYIAN Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri
LAGU
NEGARAKU
DAN LAGU Hadirin di minta berdiri.
IBU
PERTIWIKU
(Habis nyanyi lagu)

Hadirin di jemput duduk

Terima kasih kepada para hadirin.


BACAAN Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan penuh hormat
DOA
menjemput untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Doa)
Amin amin yarabbal Alamin,
Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa sebentar
tadi.
LAFAZ Hadirin yang dikasihi.
IKRAR

Majlis kita diteruskan dengan “lafaz ikrar oleh

Dengan sukacitanya dijemput untuk memimpin lafaz ikrar KSM


tersebut.

Hadirin di minta berdiri.

(Habis lafaz ikrar)

Hadirin dijemput duduk.

Terima kasih di atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.


SAFETY Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan video “”
MOMENT

Mari sama-sama kita saksikan.

(Habis safety moment)

Selain daripada menghayati video integrity dan safety momen, majlis


juga turut mengajak warga JKKP Sarawak sekalian untuk merenung
nilai murni yang patut diterapkan dalam kalangan warga kerja semua.
Sempena bulan puasa ini, kita memilih nilai MURNI SABAR…………

(baca di skrin).

AKTIVITI Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan video Aktivit Jabatan


JABATAN
sepanjang bulan Mac & April 2023.

Mari kita sama-sama saksikan.

UCAPAN Hadirin yang dikasihi.


PENGARAH

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat oleh Tuan


Pengarah, Yang Berusaha

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Habis ucapan pengarah)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah.

Semoga amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah tadi akan


menjadi pegangan, ikhtibar serta harapan bagi semua pegawai untuk
terus berkhidmat dengan dedikasi dan berintegriti.

KIK Pelancaran Projek Inovasi JKKP Sarawak,

Sekali lagi jemput Tuan Pengarah untuk rasmi.

Taklimat Projek oleh

PENGENAL Hadirin sekalian,


AN
PELAJAR
LATIHAN Pada bulan April 2023, terdapat 4 orang pelajar latihan Industri yang
INDUSTRI telah melapor diri ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Sarawak.

Dengan itu, Majlis menjemput seorang pelajar latihan industry tersebut


untuk memperkenalkan diri.

Dengan sukacitanya dijemput untuk memperkenalkan diri.

(Perkenalkan diri)

Terima kasih untuk memperkenalkan diri.


PENGUMU Hadirin sekalian,
MAN
SEKSYEN
Seterusnya Majlis diteruskan bagi sebarang pengumuman berkaitan
Jabatan.

Dengan sukacita dijemput kepada para pegawai yang hendak


membuat pengumuman sekiranya ada.

(Pengumuman)

Terima kasih kepada para pegawai yang membuat pengumuman.


HARI LAHIR Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir pegawai yang


menyambut kelahiran pada bulan Mac dan April.

Pegawai-pegawai tersebut seperti di layar…..


Bagi Bulan Mac

Dijemput pegawai yang diraikan hadir ke hadapan untuk sesi


bergambar.

(potong kek / bergambar)

Terima kasih. Dijemput pegawai yang diraikan kembali duduk.

Didoakan Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta


berjaya di dunia dan akhirat.

Untuk makluman pegawai di, di luar nanti disediakan sedikit manisan,


boleh ambil selepas selesai majlis nanti.
PENUTUP Hadirin sekalian,

Dengan Sempurnanya majlis sambutan hari lahir tadi, maka


berakhirlah majlis Perhimpunan Dwi Bulanan Mac dan April 2023 kita
pada hari ini.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua


pegawai dan semua pegawai yang terlibat bagi menjayakan
perhimpunan bulanan kali ini.

Saya bagi pihak memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan


yang tidak dapat dielakkan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu
daripada kami sendiri.

Sekian, Terima kasih. Wabillahitaufikwalhidayah (WBT) dan salam


sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

KITA AKHIRI MAJLIS KITA DENGAN SAMA-SAMA MENYANYIKAN


LAGU BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT.

Anda mungkin juga menyukai