Anda di halaman 1dari 15

NOTA KERJA JAMBATAN

Kerja-Kerja Pencerucukan

Pembinaan jambatan selalunya memerlukan asas cerucuk untuk menghantar segala bebanan
struktur ke lapisan tanah bahagian bawah yang kukuh dan stabil. Asas cangkat (shallow
foundation) jarang sekali digunakan oleh kerana bebanan yang ditanggung adalah tinggi
disamping daya tanggung tanah dilapisan atas adalah kecil.

1) Pengkelasan Asas cerucuk

Pengkelasan ke atas asas cerucuk adalah dibuat mengikut kaedah pembinaannya seperti
berikut :

Cerucuk hentaman (driven piles)

Cerucuk pengorekan, tuang insitu (bored piles)

Cerucuk hentaman, tuang insitu (driven cast in place piles)

Sebagai garis panduan, artikel ini hanya akan membincangkan pembinaan asas cerucuk
hentaman sahaja memandangkan ia adalah paling popular dalam projek-projek JKR.

Cerucuk hentaman adalah terdiri dari jenis-jenis berikut :

Cerucuk dari kayu sama ada bakau atau biasanya kempas yang diawet dengan tekanan

Cerucuk konkrit tetulang biasa

Cerucuk konkrit prategasan

Cerucuk keluli umpamanya dari jenis keluli gelek H

2) Kaedah Penanggungan Beban

Daya penanggungan beban yang dihasilkan oleh cerucuk adalah berdasarkan kepada ciri-ciri
berikut :

Tanggung hujung (end bearing) yang dihasilkan apabila bahagian hujung cerucuk
terletak di atas lapisan asas yang kukuh umpamanya granite atau batu kapur pejal.

Gisiran kulit (skin friction) yang berlaku di antara permukaan luar cerucuk dengan
tanah disekelilingnya, umpamanya di kawasan tanah liat.
Gabungan bersama diantara tanggung hujung dan geseran.

(Lihat gambarah 5)

Gambarajah 5

3) Persediaan Awal

Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, persediaan awal hendaklah dibuat


merangkumi perkara-perkara berikut :

i. Sistem untuk menentukan kedudukan dan aras cerucuk seperti yang terdapat dalam lukisan
kerja. Tanda rujukan umpamanya batu aras hendaklah berada di luar kawasan kerja untuk
mengelakkan sebarang ganguan keatasnya.

ii. Mengenalpasti jenis loji dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk penanaman cerucuk
disamping kaedah dan cara penggunaannya. Umpamanya, berat pengetuk hendaklah sepadan
dengan berat cerucuk yang digunakan. Sama ada pengetuk lepas atau diesel hammer
digunakan adalah tertakluk kepada skop kerja, kerumitan dan keadaan tanah. Diesel
hammer adalah tidak sesuai untuk kawasan batu kapur oleh kerana kesukaran untuk
menentukan / mengawal hammer drop apabila diperlukan.
iii. Menentukan nilai set untuk pukulan pengetuk bagi mengawal betapa dalamnya
penanaman cerucuk apabila ianya dari jenis tanggung hujung. Cerucuk geseran adalah
ditanam berasaskan kepada betapa dalamnya seperti yang tercatit di lukisan atau dokumen
tawaran kerja.

iv. Menyediakan borang data penanaman cerucuk. Data-data yang berhubung dengan
kedudukan cerucuk, pengiraan blow dalam yang ditanam, berat dan jarak terjun pengetuk
dan lain-lain maklumat penting hendaklah disediakan dengan sempurna.

v. Menyediakan peralatan untuk mengawal aligment dan kecerunan cerucuk uang bakal
ditanam. Ini adalah terdiri dari plum bob yang digantungkan, sesiku dan spirit level.

(Lihat gambarajah 6)

Gambarajah 6

4) Kaedah Pengendalian Cerucuk

Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, pegawai penyelia perlulah memberikan


prhatian khusus ke atas perkara-perkara berikut:-
i.Bagi kayubaka, ianya hendaklah ditempatkan di tempatkan di tapak dalam keadaan lembab.
Apabila ditanam, ianya hendaklah berada dibawah paras air pada setiap masa.

(Lihat gambarajah 7)

Gambarajah 7

ii. Cerucuk konkrit tetulang biasa dan prategasan hendaklah diangkat dengan cara yang betul
melalui lubang penyangkut yang di sediakan setelah konkrit mencapai kekuatan tertentu.
Cerucuk yang disusun secara bertindih hendaklah dilapikkan dengan kayu pada lubang
penyangkutnya.

iii. Pihak kontraktor hendaklah menyerahkan segala salinan sijil ujian pembuat mengenai
cerucuk keluli yang bakal digunakan.

5.) Penamanan Cercuk

Sebelum cerucuk diangkat kekerangka pengetuk, ianya adalah ditanda untuk setiap kaki
panjang. Kepala cerucuk kemudiannya disarungkan dengan helmet yang terdapat lapisan
Dolly (Lihat gambarajah 8) dan bertindak sebagai kusyen untuk menghalang dari berlaku
keretakkan struktur. Alignment cerucuk adalah dikawal dengan mengikatkan helmet di
bahgiam kerangkan pengetuk. Disamping itu laluan terjunpengetuk hendaklah berada selari
dengan aligment cerucuk yang ditanam.

Perubahan kepada aligment cercuk yang dibenarkan setelah ditanamadalah tercatatdi dalam
penentuan kerja. Untuk kerja-kerja JKR nilai perubahan yang dibenarkan adalah seperti
berikut:-

i. Nilai maksimasebanyak 1 dalam 75 untuk paksi pugak.

ii. Nilai maksima sebanyak 3 inchi diparaskan pemotongan cercuk untuk paksi ufuk.

(Lihat gambarajah 8)

Gambarajah 8

Jika berlaku sebarang perubahan aligment yang lebih besar dari nilai-nilai di atas, bukanlah
bererti cerucuk yang telah ditanam mesti ditolak. Asas jambatan adalah berdasarkan kepada
sistem gabungan cerucuk (pile group). Besar kemungkinan sistem pile cap boleh
direkabentuksemula untuk mngambil kira perubahan yang berlaku. Dalam kadaan demikian,
nasihat dari jurutera tapak atau pun perekabentuk hendaklah diambil untuk tindakan yang
sewa sewajarnya.
Ketika penanaman cerucuk dijalankan, jumlah pukulan untuk setiap kaki yang ditanam
hendaklah dicatatkan kdalam borang data yang disediakan. Untuk cerucuk tanggung hujung,
pukulan pengetuk hendaklah dibrhentikan apabila jumlah pukulan bagi setiapki yang trtanam
sudah sampai kepada anggaran yang dibuatolh Jurutera Projek berdasarkan kepada pengiraan
nilai set.

Apabila sambungan dilakukan ke atas cerucuk yang memerlukan penembusan seterusnya


hendaklah dipastikan bahawa bahagian penyambung dilakukan dengan sempurna di bawah
penyeliaan yang rapi. Pastikan agarkedua-dua cerucuk yang disambung berada dalam
aligmentyang lurus. Ini adalah untuk mengelakkandari brlaku sebarang momen lentur yang
menjejaskan keupayaan struktur cerucuk. Kualiti kerja mengimpal keatas sambungan
hendaklah bnar-benar sempurna.

(Lihat gambarajah 9)

Gambarajah 9

Apabila cerucuk ditanam dikawasan berpasir, isioadu tanah disekelilingnya akanbertamabh.


Pemendapan di kawasan persekitaran mugkin akan berlaku. Penanaman cerucuk yang
terletak dibahagian tengah pile capadalah agak sukar dijalankan sekiranya dibuat setelah
lain-lain cerucuk sekelilingnya telah ditanam. Olehitu, tergantung dan akan menjejaskan daya
tanggungannya,terutamajika ianya dari jenis tanggung hujung.
Sekiranya masalahini berlaku, cerucuk yang sudah ditanam sehingga sethndaklah dipukul
semula untuk setbagi kali keduanya.

6) Ujian Cerucuk

Ujian keatas cerucuk dijalankan dengan tujuan-tujuan brikut:-

i. Memeriksa keupayaan tanggungmuktamad (ultimate bearing capacity).

ii. Memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam.

iii. Mengkaji hubungan diantara bebanan dan penurunan cerucuk.

Setelah cerucuk pertama ditanam sehingga mencapai nilai set yang ditentukan atau pun
mengikut kedalaman yang direkabentuk, ujian adalah dilakukan keatasnya bagi memastikan
perkara-perkara di atas.

Jika ujian tersebut lulus, maka cerucuk seterusnya adalah ditanam berdasarkan kepada
nilaiset atau pun kedalaman cerucuk yang pertamatadi. Ujian ini akan memudahkan pihak
pemborong untuk membuat anggaran keatas jumlah panjang cerucuk seterusnya yang patut
disediakan. Kedudukan cerucuk yang diuji hendaklah ditanam berhampiran dengan bore
hole yang telah diketahui jenis dan kedaan tanah disekitarnya.

Bagi mematuhi kehendak-kehendak teknikal, perhatian yang khusus hendaklah diberikan ke


atas perkara-perkara berikut:-

i. Untuk kawasan bertanah liat, ujian cerucuk hemdaklah dijalankan setelah 4 minggu
ditanam.

ii. Untuk kawasan berpasir, ujian boleh dilakukan stelah beberapa hari sahaj ditanam.

7) Susunan Peralatan dan Prosedur Ujian

Beberapa perkara penting yangharus diambil perhatian:-

i. Permukaan kepala cerucuk yang diuji hendaklah diratakan.

ii. Penyokong (support) kapada beban lawan (kentledge) hendaklah berada sekurang-
kurangnya 1.3m dari cerucuk yang diuji.
iii. Beban lawan hendaklah disusun sedemikian rupa,supaya pusat gravitinya selari dengan
paksicerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi iaitu kira-kira20% dari beban ujian
maksima.

iv. Tolok tekanan , tolok dail dan jek hidraulik hendaklah diklabirasikan terlebih dahulu
sebelum digunakan. Keupayaan jek hidraulik mestilah melebihi diantara 1.2 hingga 2.0 kali
ganda beban ujian maksima.

v. Sekurang-kurangnya tig dan sebaiki-baiknya empat tolokdailhendaklah digunakan untuk


menyukat penurunan cerucuk. Ianya hendaklah dipasangkan kepada rasuk yang disokong
dengan kukuh.

vi. Berdasarkan penentuan Binaan Jambatan JKR ujian beban masima seberat 2 kali beban
rekabentuk hendaklah dikenakan selama 48 jam. Penurunan cerucuk yang dibenarkan hasil
dari beban ujian maksima adalah 30mm. penurunan sebenar (permanent settlement) yang
dibenarkan setelah pengembalian semula (recovery) sebaik sahaja beban ditanggalkan adalah
5mm.

(Lihat gambarajah 10)

Gambarajah 10
NOTA KERJA JAMBATAN

Abutment dan Pier

Tujuan utama pembinaa abutment dan pier adalah untuk menghantarsegala tindak balas
bebanan dari superstuktur ke bahgian asas jambatan. Disamping itu, abutment juga adalah
bertujuan untuk menahan tanah yang ditambun dibelakangnya. Kebiasaanya kedua-dua
struktur tersebutadalah dibian dari konkrit tetulang biasa.

Kepala cerucuk yang sem[urna ditanam adalah dipotong diparas pemotongan (cut off level)
dengan meninggalkan tetulang besi utama kira-kira 1m untuk ditambatkan kedalam pile
cap. Permukaan bawah pile cap kemudiannya ditempatkan dengan lapisan konkrit jisim
bagi menyediakan permukaan yang bersih.

1) Kerja Konkrit- Abutment dan Pier

Kebiasaannya, konkrit yang digunakan unk kedua-dua struktur ini adalahdari gred 26
N/mm.

Perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian khusus semasa menjalankan kerja-


kerja knkrit di paras pemotongan cerucuk:-

i. Tetulang besi untuk pile cap diikat dan diletakkan diatas blck pemisah (cover block) yang
disusun di atas konkrit jisim. Ini adalah untuk mendapatkan penutup (concret cover) yang
sempurna.

ii. Pastikan agar konkrit ditempatkan dikawasan yang kering tanpa terdedah kepada sumber
air yang mungkin menyerap masuk. Air hendaklah sentiasa dipamkeluar sehingga konkrit
telah benar-benar set.

Penyeliaan Kerja konkrit

1) Bahan

i. Pasir dan batu baur hendaklah dibekalkan dari sumber yang diluluskan. Ianya hendaklah
bersih dari sebarang kekotoran disamping dari jenis yang bergred.

ii.Simen hendaklah disimpan dengan sempurna jauh dari air dan lembapan. Sebarang
bungkusan yang terdapat ketulan simen hendaklah dibuang.
iii. Penggunaan admixture adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan bertulis dari Jurutera
Projek.

iv. Besi tetulang hendaklah bebas dari kepingan karat, minyak dan lain-lain kekotoran yang
akan menghindarkan tegasan cantuman dan konkrit.

2) Kerja Acuan

i. Ketepatan dimensi yang meliputi saiz,bentuk,kedudukan dan kelurusan

ii. Ianya adalh bari bahan yang tegar untuk menahan dari berlaku sebarang pergerakan,
lenturan atau melmbung semasa menempatkan konkrit.

iii. Semua sambungan diantara panel acuan adalah bertujuan untuk menghindarkan
pengaliran keluar motar.

iv. Permukaan acuan yang akan bersentuh dengan konkrit hendaklah bebas dari sisa-sia
dawai, paku dan sebarang kekotoran yang akan menjejaskan kemasan permukaan konkrit.

3) Bancuhan Konkrit

i. Bancuhan konkrit hendaklah menepati nisbah kandungan bahan-bahan yang ditetapkan


iaitu pasir, batu baur, simen dan air. Nisbah kandungan air yang digunakan hendaklah
mengambil kira air yang sedia ada dalam pasir dan batu baur.

ii. Bancuhan konkrit hendaklah menyeluruh (consistency of mix), boleh dikerjakan dengan
sempurna (workable) sisamping tidak berlaku pemisahan (segregation).

iii. Konkrit yang telah ditempatkan hendaklah dimampatkan dengan sempurna dan akhirnya
diawetkan secukupnya.

iv. Ujian kawalan mutu hendaklah dilakukan secara sistematik. Ujian-ujian utama ialah ujian
penurunan dan penyediaan kiub konkrit.

Pembinaan Superstruktur

1) Pelancaran Rasuk

Rasuk konkrit prategasan terbahagi kepada dua jenis:

i. Prategasan tegas dahulu berbentuk inverted T

ii.Prategasan tegas kemudian berbentuk I


Pilihannya adalah bergantung kepada dan kedudukan tapak binaan. Rasuk prategasan tegas
dahulu biasanya dibuat di kilang dan dihantar ke tapak. Panjangnya adalah terhad contohnya
18.9 m sahaja disebabkan masalah pengangkutan.

Rasuk prategasan tegas kemudian biasanya dibuat di tapak dan adalah lebih panjang,
contohnya 31.24m menurut piawai JKR.

Ketika menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk, penyelia tapak hendaklah mengambil


perhatian ke atas perkara-perkara berikut:-

i. Rasuk hendaklah diangkat melalui tempat penggantungannya dengan car perlahan-lahan


tanpa sebarang kejutan.

ii. Kerja-kerja pelancaran rasuk tidak menganggu kedudukan alas tanggung (bearing) dan
dowel bar. Kedudukan rasuk, alas tanggung dan dowel bar hendaklah menepati lukisan
kerja.

Biasanya pelancaran rasuk jenis tegas dahulu adalah dengan menggunakan kren. Rasuk tegas
kemudian yang lebih berat dan panjang memerlukan rel, rasuk pelancar sementara (launching
girder) dan kren.

2) Bearing

Fungsi-fungsi bearing:

i. Untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur.

ii. Memberikan kemudahan pergerakan (expansion and contraction) kepada struktur.

iii. Memberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika menerima bebanan.

iv. Untuk mengurangkan getaran ke atas struktur jambatan disebabkan beban mengejut.

Jenis-jenis Bearing Elastomeric:

i. Laminated- mempunyai beberapa lapisan elastomer yang dicantumkan kepada plat

Keluli yang terdapat didalamnya.

ii. Pad - hanya mempunyai satu lapisan elastomer sahaja.

iii. Strip' - bearing jalur yang panjang.


Faktor-faktor Pemilihan Bearing Laminated dan Pad:

i. Berat beban yang ditanggung

ii. Saiz pergerakan dan lenturan geladak

iii. Keluasan permukaan pnyokong di atas atau abutment

Pemeriksaan yang teliti hendaklah dijalankan oleh pegawai penyelia keatas semua bearing
yang dihantar ke tapak sebelum digunakan. Ianya hendaklah memenuhi kehendak-kehendak
penentuan yang merangkumi perkara-perkara berikut:-

i. Jenis, dimensi dang red elastomer

Kadangkala, bearing yang mempunyai dimensi yang sama terdapat perbezaan dari segi
jumlah plat keluli mahu pun gred elastomer yang digunakan. Tentukan pengenalan dapat
dibuat dengan tepat tanpa sebarang keraguan. Surat jaminan atau pengesahan dari pembuat
sebaik-baiknya diperolehi bersama.

ii. Jika kuantiti yang digunakan adalah besar, ujian biasanya dilakukan keatas bearing yang
telah siap. Ini dapat dilakukan dengan kerjasama makmal Institut Penyelidikan Getah
Malaysia, Sungai Buluh, Selangor.

iii. Bearing hendaklah disimpan jauh dari sinaran matahari, haba, minyak dan mlain-lain
bahan kimia yang boleh menjejaskan elastomer.

Persediaan awal sebelum bearing di pasang ke tempatnya:

i. Bearing elastomeric adalah diletakkan di atas lapisan epoxy mortar untuk


menghindarkannya dari rosak disebabkan permukaan konkrit yang kasar.

ii. Sebelum menempatkan lapisan epoxy mortar permukaan konkrit dibawahnya hendaklah
kering, bersih dari minyak dan segala kekotoran.

iii. Epoxy Mortar hendaklah disediakan berdasarkan kepada arahan pembuatnya. Lapisan
ini hendaklah disediakan dengan paras yang tepat dan sempurna.

3) Dowel Bar
Fungsi- fungsi Dowel Bar

i. Menghalang dari berlaku sebarang pergerakan di bahagian bearing tetap, tetapi


membenarkan lenturan dari geladak.

ii. Memindahkan bebanan ufuk dari superstruktur ke bahagian sustruktur. Beban-beban


tersebut adalah terdiri dari kuasa pembrekkan dan penarikan dari kenderaan, tiupan angina
dan sebagainya.

Kaedah penempatan Dowel Bar

i. Ditambatkan ke dalam abutment atau pier di bahgian bawahnya disamping menembusi


bearing dan seterusnya bahgian bawah rasuk.

ii.Ditambatkan ke dalam abutment atau pier di bahgian bawahnya manakala bahagian atasnya
menembusi ke dalam diaphragm penghujung(end diaphragm).

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa menempatkan Dowel Bar

i. Kedudukan, saiz, jumlah dan jenis keluli hendaklah menepati lukisan kontrak.

ii. Bahagian yang ditanam ke dalam abutment atau pier dan yang menembusi rasuk atau
diaphragm penghujung mempunyai panjang yang secukupnya. Sebaik-baiknya bahagian
bawah hendaklah dipertemukan kepada tetulang utama abutment atau pier.

iii.Topi dowel (Dowel Cap) hendaklah dipasang pada salah satu penghujungnya untuk
membenarkan lenturan geladak.

4) Pembinaan Lantai Geladak

Besi Tetulang

i. Penutup konkrit hendaklah disediakan secukupnya untuk memastikan ketahanan tetulang


struktur.

ii. Penyambungan besi tetulang hendaklah dilakukan berdasarkan kepada lukisan kerja.
Biasanya penyambungan tetulang utama adalah dibuat secara selang-seli. Penyambungan
secara kimpalan tidak dibenarkan di bahagian yang kritikal untuk mengelakkan dari
terjejasnya sifat-sifat atau kekuatn tetulang.
Konkrit

i. Biasanya dari gred 31 N/mm untuk memberikan kekuatan, ketahanan dan daya kalis air
yang baik.

ii. Sambungan pembinaan (consruction joint) hendaklah mendapatkan persetujuan awal dari
Jurutera Projek.

iii. Pastikan tidak berlaku sebarang sambungan sejuk (cold joint)) yang akan menyebabkan
keretakan lantai konkrit.

iv. Pengawasan yang rapi semasa menempatkan konkrit di atas kepingan asbestos,
memastikan ianyan tidak akan pecah. Konkrit yang masuk di ruangan kosong antara rasuk-
rasuk inverted T akan menambahkan bebanan mati ke atas keseluruhan struktur jambatan.

v. Shear Connector rasuk hendaklah berada dalam keadaan seperti yang terdapat di lukisan
kerja.

vi. Paip saluran pengaliran air dari permukaan geladak hendaklah disediakan secukupnya.

Peralatan Jambatan

i. Kerb dan handrail

ii. Konkrit parapet

iii. Guadril

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian semasa peralatan dipasang

i. Aligment yang betul tanpa bengkang-bengkuk.

ii. Anchor Bolt untuk menerima tiang railing hendaklah dari bahan, saiz dan kedudukan
yang ditentukan. Pastikan ianya ditambatkan ke dalam konkrit secukupnya.

iii. Besi tetulang untuk pembinaan parapet hendaklah menepati kehendak lukisan kerja.

iv. Handrail keluli hendaklah dikimpal dengan sempurna diberikan rawatan permukaan
(surface treatment) dan cat menepati kehendak penentuan kerja.
Pengendalian Kemudahan-kemudahan Awam

Biasanya jambatan juga memberikan perkhidmatan sampingan kepada kemudahan-


kemudahan awam seperti kabel elektrik, talian telefon dan paip bekalan air. Untuk menepati
ciri-ciri keselamatan dan kecantikan, pemasangan kemudahan-kemudahan tersebut hendaklah
dilakukan berdasarkan kepada penentuan dan lukisan kerja.

(Lihat gambarajah 18)

Gambarajah 18

RUJUKAN NOTA DISEDIAKAN OLEH : IR. BAHARANUDDIN B. CHE ZAIN

http://hip.jkrperak.gov.my/Web/Page/Default.aspx?Page=pusatsumber_jambatan_3

Anda mungkin juga menyukai