Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM


BC-030-3: 2013 - PEMBINAAN BANGUNAN RESIDENSI
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER
3 ( SEMESTER 1 )
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3: 2013 – CU03
KOD DAN TAJUK KURSUS
RESIDENTIAL BUILDING REINFORCEMENT WORKS
CODE AND COURSE TITLE

1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING REINFORCEMENT


WORKS REQUIREMENT
2. FABRICATE REINFORCEMENT MEMBERS
NO. DAN TAJUK KOMPETENSI
NO. AND COMPETENCY TITLE 3. CARRY OUT REINFORCEMENT MEMBERS
INSTALLATION
4. COORDINATE REINFORCEMENT INSTALLATION

NO. KOD KSKV


KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1

NO. KOD NOSS Drp / of : 16


BC-030-3: 2013-C03/P(3/4)
NOSS CODE NO.

TAJUK :
PEMASANGAN BESI TETULANG
TUJUAN :
1. Menguatkan bangunan dalam menahan mampatan, tegangan dan ricih.
2. Mengurangkan bahan konkrit, dengan adanya tetulang ukuran konkrit
dapat dikurangkan. Ini menjimatkan penggunaan bahan-bahan konkrit.
3. Menambahkan ruang bangunan di mana tidak memerlukan atau
bumbung contoh pada jambatan, dewan-dewan besar, masjid dan
sebagainya
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 2 Drp:16

1. KAEDAH MENGANGKUT DAN MENEMPATKAN BESI TETULANG

Tetulang yang siap difebrikasi samada dalam bentuk sangkar atau hamparan
perlu dirancang cara pengangkutan dan penempatannya ke lokasi dan posisi
yang telah direkabentuk. Terdapat dua cara pengangkutan iaitu secara manual
dan mesin.

i) Manual – dilakukan dengan menggunakan pekerja yang mengangkut ke


lokasi. Kaedah ini sesuai untuk bilangan tetulang yang kecil dan
bebanan yang mampu dikendali
ii) Mesin atau Jentera
Bagi bilangan tetulang yang banyak dengan tahap bebanan yang tinggi,
peralatan mengangkat seperti kren yang boleh menggerakkan bebanan
secara melintang perlu digunakan . Diantara jenis kren yang digunakan
adalah:
 Boom type mobille –
Kaedah ini sering digunakan untuk penempatan di tapak bina.

 Kren Menara/ Tower


Crane
Digunakan untuk mengangkut bahan ke tempat yang tinggi.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 3 Drp:16

 Jib Crane
Kren tetap dengan anggota penyokong pugak yang memegang lengan
terunjuk melintang . Lengan ini boleh diayun dan dilengkapi dengan
mekanisma mengangkat bebanan

2. Menempat dan memasang tetulang untuk struktur bangunan


i. Menempat dan Memasang Tetulang Lantai

Lantai bawah padu


 Hamparkan Lapisan Kalis membrane terlebih dahulu
 Hamparkan tetulang keluli anyaman pada posisi
 Setiap sambungan pada hamparan tetulang nyaman hendaklah ditindih pada
ukuran sekurang-kurangnya 225mm dan diikat, -lihat rajah
 Lapik blok penjarak atau kerusi bar. bagi memberi ruang untuk kulit/penutup
konkrit

225

BLOK PENJARAK KERUSI BAR

Rajah 1: Rajah menempat dan memasang tetulang lantai.


No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 4 Drp:16

 Untuk memberi cengkaman antara konkrit dan tetulang,hujung tetulang


anyaman diperkuatkan dengan cangkuk U.

Tiang Tunggul dengan Tiang/kolum dan Tiang dengan tiang

Dowel tetulang stump dibiarkan berada diantara tetulang utama rasuk dan
terunjur ke atas melebihi 300mm. Dowel Tetulang adalah tetulang yang
terunjur keluar dari struktur konkrit untuk tujuan sambungan.

Berikut adalah langkah-langkah pemasangan

i. Periksa posisi dowel tetulang pada tiang yang akan disambung.


ii. Dowel yang terkeluar seharusnya telah dikuncupkan dan diikat bagi
memudahkan tetulang seterusnya disambung.
iii. Dirikan Tetulang kolum dengan menempat dan memasang sangkar
tetulang kolum pada dowel tetulang stump.
iv. Kemaskan dengan ikatan dawai pada sambungan tindihan antara dowel
stump dengan bar utama tetulang kolum. Rujuk spesifikasi untuk panjang
tindihan yang dtetapkan
v. Pastikan ikatannya kemas dan kukuh sehingga tetulang yang disambung
dapat berdiri teguh

Rajah 2: Contoh kaedah ikatan tetulang utama tiang/ coloum dengan dowel tiang
tunggul/ stump
Menempat dan Memasang tetulang Tiang dengan tetulang Rasuk Atas
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 5 Drp:16

Rajah 3: Contoh kaedah menempatkan struktur tiang dan tetulang rasuk atas.

a) Pastikan papan jalan/papak tersedia dan terbina kukuh dan menepati


keperluan
b) Tetulang rasuk atas di letak di atas papan jalan/papak (kerja bentuk rasuk
atas) merentasi tiang ke tiang dan bersimpang dengan tetulang tiang.
c) Tetulang dijarakkan dari papan jalan bagi menyediakan ruang penutup atau
kulit konkrit dengan mengalas blok penjarak atau bar chair. Ukuran jarak
bergantung tebal blok atau kerusi bar. Jarak minimum antara blok ke blok
penjarak pula adalah 1m atau kurang jika perlu.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 6 Drp:16

Rajah 4: Contoh kedudukan blok perenggang/ penjarak

d) Persimpangan antara tetulang tiang dan tetulang rasuk perlu dipasang


mengikut kaedah yang betul dimana unjuran tetulang dari tiang yang dipanggil
dowel tetulang hendaklah melepasi tetulang rasuk.

e) Tetulang Dowel tiang yang terunjur keluar dari tiang konkrit dibiar melepasi
kedalaman tetulang rasuk . Kedudukan Rasuk dikemaskan dengan ikatan
antara dowel dan tetulang utama rasuk.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 7 Drp:16

Rajah 5 : Rekabentuk Pemasangan Tetulang Dari Asas/Tukup, Tiang Tunggul,


Rasuk Bumi Sisi Dan Rasuk Bumi Sekunder

Rajah 6 : Kedudukan Penempatan Tetulang Dalam Kotak Bentuk Rasuk


No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 8 Drp:16

3. JENIS-JENIS BLOK PERENGGANG/ PENJARAK/ SPACER


Blok Motar / konkrit- Biasa digunakan dan mudah disediakan, ekonomi serta
dapat mencapai keteguhan yang di perlukan. Tebal mengikut jarak yang di
tentukan. Dawai yang digunakan S.W.G No. 16 – 18 dari jenis tahan karat.
Rajah dibawah menunjukkan contoh blok perenggang mortar atau konkrit

Rajah 7 : Blok Perenggang Jenis Motar

Blok Plastik - Digunakan pada projek yang besar. Sangat kukuh dan dapat
menahan daripada patah atau melentur. Terdapat dalam berbagai jenis dan
saiz mengikut kerja yang dijalankan.

Rajah 8 : Blok Perenggang Jenis Plastik


No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 9 Drp:16

Bar Keluli - Kurang digunakan kerana persediaannya agak susah. Biasanya di


letakkan pada keluli bar utama ( main bar ) sahaja dan jaraknya jauh. Penggunaan
bar keluli untuk perenggang tidak digalakkan kerana risiko karat adalah tinggi

Rajah 9 : Blok Perenggang Jenis Keluli

Bagaimanapun kerusi keluli/dawai terus atau “Direct rebar chair” masih boleh
digunakan kerana cara pembuatannya yang boleh terhindar dari karat. Kerusi keluli
perenggang ini dibuat dari bar keluli halus dengan hujung kakinya disalut dengan
plastik bagi mengelak dari karat pada ruang sokongan antara kerusi keluli dengan
kotak bentuk. Kerusi keluli yang tidak disalut plastik tidak harus digunakan.

Rajah 10 :Kerusi keluli terus /Direct rebar chair

Selain dari kerusi keluli terus, “kerusi keluli tidak terus” juga digunakan dalam
industri pembinaan khususnya dalam pembinaan lantai bertetulang tingkat atas.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 10 Drp:16

Ia di sediakan dalam jenis S-shaped Mesh, J-pin rebar Chair dan folded mesh
spacer.

S-shaped Mesh J-pin rebar Chair folded mesh spacer.

Rajah 11: Lain-lain jenis blok perenggang (asbestos, logam, kayu, batu-
bata, batu baur serta lain-lain lagi)

PENEMPATAN PERENGGANG

Dalam kerja konkrit bertetulang,penggunaan blok perenggang adalah penting bagi


menyediakan ruang pada saiz tertentu diantara tetulang dengan permukaan
dalaman kerjabentuk. Ruang yang disediakan ini dipanggil kulit atau penutup konkrit.
Bagi penyediaan ruang dengan ukuran yang setara, kaedah penempatan dan
pemasangan blok perenggang yang terdiri dari pelbagai jenis perlu sesuai, kukuh
dan kemas.

Menempat dan Memasang Blok Perenggang


Blok perenggang boleh ditempatkan dengan beberapa cara berikut:
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 11 Drp:16

 Kedudukan yang berselang seli.


 Jarak tiap-tiap satu lebih kurang 900mm.
 Ditempatkan sebelum, semasa atau selepas keluli bar diletakkan.
 Diletak diatas blok yang dikemaskan dengan dawai dan lekuk yang
terdapat pada blok perenggang . Saiz lekuk pada blok perenggang
(plastic) adalah sama dengan saiz keluli bar yang akan diterimanya.

Rajah 12: Contoh cara penempatan dan pemasangan blok perenggang


No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 12 Drp:16

Blok perenggang
fastwheels dipasang pada
tetulang kolum

Rajah 13: Posisi penempatan dan pemasangan pelbagai jenis blok perenggang
sebagai pelapik tetulang anyaman bagi binaan lantai

Memasang Kerusi Perenggang Keluli /Rebar Chair

Dalam pemasangan kerusi keluli tidak terus daripada ketiga-tiga jnis iaitu S-shaped
Mesh, J-pin rebar Chair dan folded mesh spacer , posisinya adalah di bawah
tetulang dan dilapik serta diperkemaskan oleh perenggang plastic yang dipasang
disepanjang kedudukan kerusi keluli tersebut. Bagaimanapun ia mengundang
masalah kerana ia kan membentuk halangan pada konkrit yang akan membetuk
struktur dengan sempurna.

Plastic continous bar chair. Terdiri


dari 3 saiz 25,40 & 50mm,sesuai
untuk perenggang lantai yang
memerlukan 2 lapisan tetulang
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 13 Drp:16

Rajah 14 : Contoh kedudukan pemasangan perenggang keluli/ rebar chair

Mengikat blok perenggang

 Tetulang yang akan diikat pada sesuatu bahagian perlu sesuai agar
kedudukannya dan rupa bentuknya tidak berubah dalam apa keadaan sekalipun
sama ada semasa pengangkutan, penempatan atau pemasangan yang dibuat di
dalam acuan.
 Ikatan blok pada bar tetulang hendaklah kukuh . Kaedah ikatan sama seperti
ikatan besi tetulang yang terdiri dari pelbagai jenis ikatan.

Ikatan Blok Perenggang konkrit pada Ikatan Blok Perenggang Plastik pada
tetulang tembok konkrit tetulang lantai
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 14 Drp:16

PERINGATAN SEMASA KERJA FEBRIKASI BESI TETULANG

 Bar keluli bersih,bebas dari minyak cat atau sebarang salutan yang mungkin
merosakkan atau mengurangkan kekuatan lekatan antara besi dan konkrit.
 Bar keluli perlu disimpan dengan baik bagi mengelakkan dari terbengkok atau
kualiti terjejas dan karat.   
 Bar keluli tidak seharusnya dibersihkan dengan minyak untuk membuang
karat.
 Bar dibengkok dengan cara yang betul kepada saiz dan bentuk dengan tepat
mengikut lukisan
 Kalau boleh gunakan bar dengan panjang yang cukup (tidak bersambung).
  Tindihan perlu kemas dan tetap.
 Hujung keluli yang dikuncupkan perlu ditetapkan posisinya dengan kimpal
spot.
 Bar keluli tidak harus diganggu semasa proses menuang dan meratakan
konkrit lantai.
 Kulit konkrit dibawah keluli perlu diketahui sebelum membentang konkrit
 Ukuran tindihan tidak ditetapkan bagi bar yang bergarispusat melebihi 36mm,
jika perlu bar tersebut perlu dikimpal.

4.0 HOUSEKEEPING DAN AKTIVITI 3R

a) Housekeeping

 Dalam kontek pembinaan Housekeeping adalah langkah-langkah


pengurusan tapak yang direka dan dilaksanakan untuk meminimum
pembuangan pencemaran dari tapak.binaan. Bahan kimia,sisa
pepajal,buangan manusia dan serpihan pembinaan adalah sebahagian
bahan yang terdapat ditapak dan menjadi pencemaran jika tidak
mengamalkan housekeping terbaik.
 Housekeeping terbaik dilakukan untuk mengurangkan kos pengeluaran,
meningkatkan produktiviti syarikat dan mengurangkan masalah
persekitaran
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 15 Drp:16

 Amalan housekeeping terbaik berkaitan dengan langkah-langkah untuk


mencegah kerosakan bahan, meminimumkan sisa, menjimatkan tenaga
dan meningkatkan operasi dan prosedur dalam organisasi.

b) 3R

3R adalah singkatan yang bermaksud Reduce, Reuse dan Recycle


(Pengurangan, Guna semula dan Kitar Semula). 3R merupakan konsep
menangani dan mengurus sampah. Dengan mengamalkan ketiga-tiga aktiviti
ini, jika diamalkan dalam proses pemotongan besi tetulang, akan mendorong
kepada persekitaran tapak yang lebih tersusun . Lebihan besi tetulang akan
disaring dan ditentukan melalui konsep 3R.

a) Pengurangan (Reduce)
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah
sisa pepejal yang dihasilkan. 
b) Penggunaan Semula (Reuse)
 Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan
yang mana masih boleh digunakan lagi.
 Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan
bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan
atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, sesuatu binaan
khususnya kotak bentuk yang telah diguna boleh digunakan semula
sebagai pengganti terhadap penyediaan produk baru.
c) Kitar Semula (Recycle)
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan
buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan
penggunaan tenaga, dan mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran).
No. Kod : BC-030-3: 2013-C03/P(3/4) Muka: 16 Drp:16

Rujukan.

1. Columns and Beams - Bottle School Wiki


bottleschools.org/wiki/Columns_and_Beams

2. Rebar-placement
www.do-it-yourself-tower.com/rebarplacement.htm

3. REINFORCING STEEL
www.ksdot.org/burConsMain/specprov/pdf/711.pdf

4. MRTS71 - Reinforcing Steel


www.tmr.qld.gov.au/~/media/56298985-455d-4999.../mrts71.pdf

5. Tang Boon Tong, 2000. Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa
dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai