Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan abad ke-21 sejak akhir-akhir ini seringkali dibahaskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan juga Warga Pendidikan. Hal ini kerana, Malaysia menghadapi
perkembangan yang meningkat dalam bidang teknologi serta dalam penyebaran maklumat. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu KPM bertanggunjawab dalam melaksanakan dasar
Malaysia mampu bersaing secara sihat bersama-sama dengan negara maju di seluruh dunia.
Semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini sudah tercatat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sudah sedia maklum bahawa Pembelajaran abad ke-21
ini merupakan proses pembelajaran yang berpusat murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta apilkasi nilai murni dan etika. Oleh itu,
pembelajaran yang berkesan pada pendidikan abad ke-21 ini tidaklah hanya fokuskan kepada
prasarana atau susun atur bilik darjah sahaja namun ia merupakan faktor utama kerjayaan adalah
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar bukan berpusatkan kepada
guru sahaja. Akan tetapi, guru hendaklah menjadi pemudahcara kepada pelajar dalam melalukan
sesuatu aktiviti dalam kelas. Para pendidik perlulah membuat persediaan diri terlebih dahulu
dengan mempelajari kemahiran terkini sehingga mahir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad
ke-21 kerana mereka merupakan watak utama dalam melaksanakan segala dasar-dasar yang telah
dirancang oleh pihak Kerajaan.

Menurut YB Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah menyatakan bahawa kelas
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) akan dijalankan sepenuhnya pada 2000 kelas di sekolah
terpilih yang melibatkan sekolah Bandar dan juga sekolah luar Bandar. Hal ini jelas, bahawa pihak
kementerian sebahagian besar telah menrealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
pada abad ke-21 kelak nanti.

Harapan, realiti dan cabaran dalam melaksankan Pak-21 ini memang terdapat banyak. Secara
jujurnya, teknologi pendidikan merupakan komponen yang amat penting dalam PAK-21, dalam
usaha membuka minda dan perspektif pelajar kepada dunia sebenar. Dalam masa yang sama kita
juga perlu menerima kenyataan bahawa terdapat sekolah yang memerlukan penambahbaikan
dalam infrastuktur sebelum teknologi terkini dapat digunakan di sekolah dalam proses
pembelajaran dan pengajaran secara berkesan kepada pelajar.

1
2.0 KRITERIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA ABAD KE-21

Dalam pembelajaran abad ke-21 terdapat beberapa ciri-ciri yang telah dikenalpasti bagi
melaksanakan secara berkesan antaranya ialah berpusatkan pelajar. Pembelajaran berpusatkan
pelajar atau SCL bermaksud dimana disiplin yang melibatkan interaksi pelajar yang berhadapan
pembelajaran kreatif bagi mengaplikasikan dengan persekitaran yang sebenar. Pembelajaran
berpusatkan pelajar ini bahawa para guru bukanlah tarikan utama. Melalui ini ia juga mampu
menjadikan para pelajar dikatakan sebagai ‘pasangan’ dengan guru sebagai sebahagian proses
pembelajaran. SCL adalah salah satu pendekatan pembelajaran yang meluas termasuklah teknik-
teknik seperti menukarkan pengalaman pelajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif yang melibatkan pelajar dalam simulasi dan main
peranan, menggunakan teknik kadar kendiri dan pembelajaran koperatif. Dalam SCL guru
menyediakan pelajar peluang belajar secara bebas. SCL akan meningkatkan motivasi, pemahaman,
dan pelajar akan lebih meminati pelajaran yang diajar.

Selain itu, penggunaan komputer merupakan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Hal ini kerana,
penggunaan komputer adalah penting untuk kelas pada abad ke-21 ini sebagai alat memudahkan
sesi pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar. Guru adalah watak utama dalam membimbing
pelajar untuk menggunakan internet, mencari laman web, membuat memilih applikasi yang sesuai
dan mengumpul serta membincangkan maklumat yang dapat daripada penggunaan ICT kepada
pelajar. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh memumpukan kemahiran pelajar abad ke-21. Topik-
topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan
projek dimana pelajar hendaklah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti google.
Dengan aktiviti seperti begini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan
kerana Berjaya menarik tumpuan pelajar. Contohnya, dengan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan
pencarian sepert google atau yahoo membolehkan mereka dpat banyak maklumat dengan
menggunakan hujung jari.

Disamping itu, pembelajaran kolaboratif atau Collaborative Learning adalah ciri-ciri


pembelajaran dan pengajaran abad ke-21. Pembelajaran kolaboratif bermaksud adalah situasi dua
atau lebih manusia belajar bersama-sama untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan

2
satu hasil akhir yang berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Ianya tidak seperti belajar
secara sendirian, orang yang terlibat dalam pembelajaran kolaboratif memanfaatkan sumber daya
dan keterampilan satu sama lain sebagai contonya, meminta maklumat antara satu sama lain,
mengevaluasi idea-idea, memantau pekerjaan dan sebagainya. Pembelajaran kolaboratif ini
berdasarkan model dimana pengetahuan dapat dibuat dalam sesuatu populasi dimana pelajar secara
aktif berinteraksi dengan pelbagai pengalaman dan mengambil peranan asimetri (berbeza). Bukan
itu sahaja, murid dapat menilai prestasi kerja ahli kumpulan tanpa adanya bimbingan oleh guru.
Rajah 2.1 menunjukkan aliran pembelajaran kolaboratif dalam pembelajaran abad ke-21.

Rajah 2.1: Aliran Pembelajaran Kolaboratif.

Seterusnya, ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 adalah persekitaran yang kondusif iaitu
dalam bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah adalah sangat penting kerana persekitaran yang
kondusif boleh menggalakkan atau menghalang pembalajaran. Persekitaran dalam bilik darjah
tidak terlalu sesak sehingga boleh mendatangkan kesukaran kepada pelajar untuk memahami
pembelajaran yang diajar oleh guru. Guru juga memainkan peranan yang penting iaitu
mengggunakan peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan LCD projektor
bagi menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih mudah dan memahami.
Akhir sekali, penilaian berasaskan pencapaian pelajar adalah salah satu ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21. Guru mestilah sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah
tanpa ada terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja. Sebagai contoh, bentuk penilaian yang
bertemakan permaianan ataupun soalan jawab secara rawak didalam bilik darjah. Melalui

3
permaianan juga guru dapat menilai kefahaman murid sekiranya mereka gagal dalam permaianan
tersebut. Namun, seandainya pelajar berjaya melepasi permaianan tersebut maka pembelajaran di
dalam kelas tersebut telah mencapai maklamat dalam erti kata yang lain pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan.

3.0 CARA PEMBELAJARAN KOPERATIF ABAD KE-21


Pembelajaran koperatif ialah satu perancangan pembelajaran berasaskan kumpulan kecil.
Pelajar bertanggungjawab dalam pencapaian diri sendiri serta membantu ahli kumpulan masing-
masing. Kaedah koperatif dalam pembelajaran juga boleh didefinasikan teknik pembelajaran dan
pengajaran yang mampu meningkatkan potensi pelajar serta guru memberi kepercayaan kepada
pelajar menguruskan dan melatih rakan sekumpulan sama-sama berjaya dalam pelajaran mereka.
Pendekatan ini boleh dijalankankan melalui pedagogi yang bersesuaian di dalam bilik darjah yang
dinamik dan sentisa mengerakkan kumpulan kecil pelajar supaya mereka akan sentiasa
berinteraksi sdan bekerjasama dalam menghadapi masalah dalam pelajaran mereka. Ia juga
merupakan kurikulum berbentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar d
yang mempunyai pelbagai tahap kemampuan pelajar. Penglibatan diri dalam kemahiran
‘interpersonal’ yang melibatkan kemahiran dalam membuat keputusan, cara mengatasi masalah
dan menjalinkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Pembelajaran koperatif adalah pengajaran
berasaskan aktiviti dimana struktur pembelajaran dan isi kandungan melalui aktiviti dalam kelas.
Antara aktiviti pembelajaran yang koperatif adalah seperti berikut:
1) Kaedah Share N Turn
Kaedah ini adalah menggunakan pemikiran atau menulis apa yang disoal oleh guru. Pelajar
duduk dalam kumpulan serta memaklumkan kepada ahli kumpulan untuk bergilir-gilir
mengikut pusingan jam. Setiap pelajar menulis dalam kertas kemudian menukarkan kertas
tersebut secara bertukar-tukar dengan ahli kumpulan sehingga mereka mendapat kertas
mengira semula yang mempunyai idea.
2) Round Table
Melalui aktiviti keliling meja atau round table ini, pelajar berada dalam kumpulan masing-
masing kemudian guru memberikan satu topik berkaitan dengan mata pelajaran. Secara
bergilir, pelajar perlulah menulis satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.

4
Akhir sekali, hasil daripada round table ini akan dirujuk serta dibentangkan didalam bilik
darjah.

3) Jigsaw
Aktiviti ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan rumah dan kumpulan pakar. Aktiviti
ini akan bermula dengan ‘KUMPULAN RUMAH’ dimana setiap anggota ahli kumpulan
diberikan nombor mengikut topik kecil yang diberikan oleh guru. Mereka ini dipanggil
sebagai ‘KUMPULAN PAKAR’. Kumpulan pakar akan duduk bersama-sama untuk
membincangkan topic mereka. Selepas sahaja masa tamat, Kumpulan pakar akan kembali
kepada Kumpulan rumah. Mereka akan membimbing dan menerangkan kepada rakan
dalam Kumpulan rumah dalam tajuk kepakaran mereka.
4) Think-Pair-Share
Think-pair-share ini aktiviti dimana topik akan diberikan oleh guru kemudian dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan pelajar perlulah berfikir sendiri mengenai topik yang
telah diberikan. Setelah masa tamat, pelajar akan berkongsi idea dengan pasangan mereka
dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Kemudian, apabila masa tamat murid juga
perlu bertukar-tukar idea tersebut dengan semua pelajar dalam kelas.

Kebaikan pembelajaran koperatif dari sudut pencapaian akademik ialah dapat menggalakkan
aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi, murid akan menjadi lebih aktif dalam proses pembelajaran,
menunjukkan cara teknik penyelesaian masalah yang lebih berkesan, pelajar akan lebih memahami
topik pembelajaran, peningkatan pencapaian akademik serta mewujudkan komuniti pembelajaran
dalam kalangan pelajar dan dapat melatih pelajar mengenai sikap, nilai-nilai sosial yang perlu
diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat.

4.0 BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Seperti mana kita tahu bahawa bilik darjah adalah tempat dimana proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Konsep bilik darjah mesti bersesuaian perubahan mengikut
perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Dalam merealisasikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesen kewujudan bilik darjah sangat berkaitan dengan guru dalam
mengurus kawasan pembelajaran tersebut. Bilik darjah juga beleh dikatakan sebagai sesebauh

5
organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta cara interaksi murid semasa sesi
pembelajaran yang sedang dijalankan agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Konsep bilik darjah ini boleh diertikan mengikut fungsi pendidikan atau cara penyusunan
fizikalnya. Bilik darjah boleh dijadikan sebuah bilik, padang sekolah, makmal sains, dewan
ataupun makmal komputer tetapi keberkesanan fungsi bilik darjah bergantung kepada cara
pengurusannya. Ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21 adalah merangkumi kepimpinan sekolah,
pedagogi guru, sokongan ibubapa, penglibatan murid, sumber (Media Tools) dan 4 Cs iaitu
Creativity, Collaboration, Communication, Critical Thinking. Faktor yang mempengaruhi
pengurusan bilik darjah ialah seperti Jadual 4.1 dibawah.

Jadual 4.1 Faktor mempengaruhi pengurusan bilik darjah.

Sumber: Mohd Ariffin Bin Abdul Latif, ’Pembelajaran Abad ke-21’.

Faktor mempengaruhi pengurusan bilik darjah terdapat tiga elemen utama iaitu susun atur, sosial
dan emosi. Gambarajah dibawah menunjukkan contoh susun atur model SBC serta bilik darjah
pada abad ke-21.

Rajah 4.1 Rajah 4.2

6
Selain itu, penggunaan komputer dan LCD dalam juga adalah salah satu faktor terkini
pengurusan bilik darjah yang dapat menarik perhatian pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran
dilaksanakan. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh teknologi yang boleh
digunakan di dalam bilik darjah adalah seperti smart board. Smart board merupakan paparan layar
menghubungkan antara sesama pelajar yang melibatkan penggunaan ICT. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan bersifatkan interaktif antara guru dengan murid dan sesama mereka. Rajah 4.3
menunjukkan contoh smart board yang telah digunakan di negara luar.

Rajah 4.3: Smart Board

Bukan sahaja penggunaan smart board yang sahaja boleh digunakan di dalam bilik darjah.
Penggunaan komputer adalah salah satu teknologi yang sangat popular pada zaman serba canggih
ini kerana guru-guru juga dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran kepada pelajar. Malah, guru
turut dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada pelajar cerdik
yang memerlukan aktiviti pengayaan. Dalam penggunaan komputer dalam bilik darjah juga ia
dapat mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Ia juga turut dapat
melakasanakan kerja berkumpulan atau digunakan dalam pembelajaran mereka melalui proses
komunikasi, kolaboratif dan daya saing secara sihat antara kumpulan. Melalui teknologi yang
digunakan dalam bilik darjah ini mampu berupaya memudahkan kefahaman dan penguasaan
pelajar dalam pelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan teknologi dalam pendidikan yang menggunakan
komputer dalam bilik darjah.

7
Rajah 4.4 Penggunaan komputer dalam bilik darjah.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan hendaklah mempunyai teknologi yang terkini


mengikut peredaran dari semasa ke semasa. Contohnya peralatan teknologi maklumat dan media
terbahagi kepada dua jenis iaitu peralatan media bukan elektronik dan peralatan media elektronik.
Rajah 4.5 dan Rajah 4.6 menunujukkan contoh peralatan media yang digunakan dalam
pembelajaran abad ke-21.

Rajah 4.5: Peralatan Media Bukan Elektronik

Rajah 4.6: Peralatan Media Elektronik

8
5.0 GURU PADA ABAD KE-21

Keberkesanan dalam pendidikan boleh dikatakan dengan pembangunan modal insan


yang berkualiti masih bersandarkan negara ke arah negara yang maju. Amanah ini adalah
merupakan tanggungjawab yang besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidik
terutamanya para guru di bilik darjah. Peranan dan komiitmen guru amat lah diperlukan malah
tugas sebagai pendidik ini adalah menjadi lebih mencabar bagi memenuhi keperluan
pembelajaran abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi
tongkak Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kualiti guru adalah
faktor penentuan di peringkat sekolah yang sangat penting bagi keberhasilan murid. Oleh itu,
ciri-ciri guru yang cemerlang bagi menghadapi cabaran pembelajaran abad ke-21 adalah
seperti berikut:
1) Guru haruslah menguasai subjek iaitu dalam kurikulum, setiap guru hendaklah
mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih mensalam dalam subjek matapelajaran yang
diajar dan ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan
sukatan pembelajaran, samada secara langsung atau tidak langsung adalah penentuan
kefahaman pelajar terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Hal ini kerana, tanpa
pengetahuan yang mendalam isi kandungan kurikulum, ia boleh pelajar kurang faham
dan kurang pengetahuan pelajar juga pada mengenai tajuk yang dipelajari menjadi
ragu-ragu dengan apa yang disampaikan oleh gurunya.
2) Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka. Pada pembelajaran abad
ke-21 ini, guru bukan sahaja mempunyai pelbagai kemahiran mengajar tetapi mereka
juga mempunyai pengetahuan mendalam terhadap anak didik mereka yang di dalam
bilik darjah. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar amat penting bagi membantu guru
memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesaui
dengan setiap ciri pelajarnya.
3) Guru haruslah memahami psikologi pembelajaran terlebih. Hal ini kerana, guru dapat
mengawal dan membentuk sikap pelajar mereka semasa berlangsungnya proses pdpdc.
Melalui teori psikologi pembelajaran yang dipelajari perlulah digunakan semula dan

9
dilakukan kepada pelajar supaya objektif pada akhir pembelajaran dan pengajaran
berkesan kepada pelajar dan tercapai objektif pengajaran.
4) Guru menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini mengikut perkembangan
teknologi pendidikan. Guru adalah pembimbing pelajar dalam menggunakan internet,
mencari laman web, membuat pilihan applikasi yang sesuai dan mengumpulkan serta
membincangkan maklumat. Dengan bimbingan guru ia mampu memberi kesedaran
kepada pelajar dan masyarakat pada zaman berteknologi ini.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)


pada abad ke-21 adalah sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran kepada para
pendidik dan juga pelajar. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini adalah penting
kerana ianya berteraskan keperluan kemahiran pada abad ke-21 yang sewajarnya
mengaplikasikan dalam bidang pendidikan ini. Selain itu, dalam bidang profesionalisme guru,
para pendidik haruslah mempertingkatkan pandangan mereka mengenai kemahiran abad ke-
21 bagi menguasai teknologi dalam pendidikan dalam melahirkan serta membentuk modal
insan yang kreatif dan inovatif di Malaysia. Dalam menjayakan pembelajaran dan pengajaran
pada abad ke-21 ini tentu sahaja terdapat banyak cabaran terutamanya kepada para guru dalam
menghasilkan proses pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan teknologi selaras dengan
kemajuan ICT pada zaman ini. Walaubagaimanapun, guru hendaklah sentiasa bersiap sedia
dalam menggunakan ICT ini dalam mengaplikasikan semasa proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas kerana tahap penguasaan kemahiran teknologi guru masih lagi pada
tahap sederhana pada masa ini. Oleh itu, para guru hendaklah mengadakan latihan yang dapat
membantu mereka dalam meningkatkan tahap kemahiran dan merealisasikan penggunaan ICT
di dalam bilik darjah. Akhirnya, penggunaan ICT semakin meningkat dalam kalangan guru
serta pelajar. Bahkan, teknik atau kaedah yang dipraktiskan dengan cara yang betul supaya
memudahkan proses pembelajaran untuk mencapai objektif dan matlamat pada abad ke-21.

10
7.0 RUJUKAN

Dr.Hayati Ismail. (2018). Utusan Pembelajaran Abad ke-21: Harapan, Reality dan Cabaran.
Diperolehi pada 16.Mac.2018, dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-
abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819

Dr. Abdullah Iberahim.Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya Dengan


Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan. Diperolehi pada 15.Mac.2018, dari
http://umpir.ump.edu.my/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf

Fadzilaton Zainudin. (2015). Kemahiran Abad ke-21. Diperolehi pada 16.Mac.2018, dari
https://sumberdigital.wordpress.com/2015/10/31/kemahiran-abad-ke-21/

Nor Saidah. (2017). Penggunaan ICT dan Inovasi Dalam Pdp Abad ke-21. Diperolehi pada
16.Mac.2018, dari https://www.slideshare.net/norsaidah7587/penggunaan-ict-abad-21

Mohd Suhaimin Isnen. (2017). 47 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam
Pembelajaran Dan Pemudahcaraaan (PdPc), Diperolehi pada 16.Mac.2018, dari
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-ke-21-pak.html

Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama. (2005). Pembelajaran Abad
ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah. Diperolehi pada 17.Mac.2018, dari
http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms/index.php/informasi/warta-pendidikan/pppm-2013-
2025/67-pembelajaran-abad-ke-21-amalan-dan-pelaksanaan-di-sekolah

Rose Rosmaini Othman. (2016). Perancangan & Pelaksanaan Pembelajaran Dan Pengajaran
Abad Ke-21 JPN Pahang 2016-2018. Diperoleh pada 16.Mac.2017, dari
https://www.slideshare.net/100000341195318/pdp-abad-21-62639517

11
Tuan Naufal Tuan Khaled. (2018). Apakah Pendidikan Abad ke-21. Diperoleh pada
17.Mac.2018, dari https://www.sistemguruonline.my/2017/03/pendidikan-abad-ke-21.html

12

Anda mungkin juga menyukai