Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

Sepanjang pengajian saya di sekolah sehingga di IPT alat atau aplikasi teknologi maklumat yang
banyak membantu saya dalam pembelajaran selain daripada nota-nota dan rujukan guru atau pensyarah
ialah aplikasi internet iaitu google. Google adalah sumber yang paling popular dalam memcari sesuatu
maklumat dalam semua aspek. Dari google juga saya dapat menambah bahan-bahan rujukan pelbagai
sumber dari seluruh negara. Dengan ini, tidak lagi sukar bagi saya untuk mendapatkan apa-apa sahaja bahan
bacaan atau maklumat dalam pembelajaran saya. Selain itu, saya juga menggunakan aplikasi Buku Sekolah
Digital. Dalam aplikasi ini terdapat banyak buku-buku teks yang berkaitan dengan pelajaran. Dari situ, saya
tidak perlu lagi untuk membeli buku-buku serta tidak perlu bersusah payah untuk mencari buku yang
dikehendaki ke kedai kerana dalam aplikasi ini pelbagai buku boleh didapati hanya dengan menginstallkan
aplikasinya sahaja. Akhir sekali, aplikasi yang saya selalu gunakan iaitu Youtube. Youtube adalah satu
aplikasi yang sangat jelas dan mudah untuk difahami dalam menjawab sesuatu persoalan yang berkaitan
dengan pembelajaran. Sebagai contoh, saya gemar menjadikan aplikasi youtube sebagai rujukkan untuk
subjek matematik untuk menjawab soalan yang tidak difahami. Ianya sangat membantu saya dalam
pelajaran sehingga kini. Oleh itu, tiada lagi halangan dan alasan kepada semua pelajar dalam mendapatkan
nota dan bahan rujukkan kerana pada zaman serba moden ini maklumat hanya dihujung jari bak kata
pepatah “Nak seribu daya taknak seribu dalih”.

SOALAN 2
Langkah-langkah yang konstruktif bagi mengelakan penyalahgunaan teknologi dalam kehidupan
saya sebagai seorang pelajar ialah pendekatan melalui pencegahan dirumah dan di sekolah. Di rumah, ibu
bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi
keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-
langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.Selain itu, di sekolah juga
pemantauanharuslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan
pengajaran sekarangbanyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di
dalam minda remaja-remaja bagimengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Selain itu juga,
mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan
ataupunmengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah,
di sekolah, dan di Pusat Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dulakukan kepada kanak-kanak bawah
umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan
penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti
yang tidak berfaedah.Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak
bermoral ini juga merupakan salahsatu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan
masalah ini. Penggunaan perisian ini sewajarnyatelah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu
jalan yang paling naik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan
di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar. Perisian ini mampu menghalang akses ke
laman web yang tidak bermoral ini.Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar
dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah
pencegahan seperti yang saya sebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan.
SOALAN 3

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan

komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa

berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih

bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk

ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran.
SOALAN 4

1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya
jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi

Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid

Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan
muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran

Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya
dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang
guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling

Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk
membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru
abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar
untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa
kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
SOALAN 5
Pada pendapat saya PAK-21 harus dilaksanakan diseluruh sekolah di Malaysia kerana PAK-21 yang
menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan mengajar
serta pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.
(i) Aspek Perancangan
1. Set induksi (induksi): Sebarang aktiviti yang dapat menjadi pembayang kepada tajuk apa
yang akan murid pelajari pada hari tersebut. Aktiviti ini biasanya ringkas,
menyeronokkan, membina semangat ingin tahu murid serta menjadikan mereka celik dan
bertenaga. Contohnya, nyanyian lagu, senaman, kuiz, mencari barang tersembunyi dan
perbincangan tentang video.
2. Aktiviti Pembelajaran (learning Episodes): pembelajaran berlaku semasa pengisian
disampaikan dan diperkasakan melalui aktiviti pembelajaran yang pelbagai.dicadangkan
sekurangnya 3 aktiviti,aktiviti koperatif dan pembelajaran pembezaan berlaku samada
menerusi pengisian, proses ataupun produk pembelajaran itu sendiri mengambil kira
pelbagai aras keupayaan murid serta sumber pembalajaran.
3. Aktiviti Penutup (Plenary): Tidak semudah hanya menyatakan Pdpc sudah tamat atau
memberi kerja rumah, aktiviti penutup Pdpc sepatutnya menjadi rumusan kepada apa
yang dipelajari pada hari tersebut. Antara yang boleh dibuat ialah Pop Quiz, Noughts and
Crosses, Exit Ticket, A-z, Undian, Parking Lot dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh
dilakukan.
(ii) Aspek Pelaksanaan
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemuoukan pembelajaran
dengan menggunakan computer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan computer peribadi dan persekitaran Local Area
Network (LAN). Guru berfungsi sebgai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum
dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkan kepada pelajar. Ini memberi
peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan
mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan computer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada sumber dengan guru berfungsi sebgai pemandu,
pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran
dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan
rakan dan guru.

Anda mungkin juga menyukai