Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 1 CEKAL DAN 1 JUJUR

Kelas : 1 Cekal = 42 orang


1 Jujur = 41 orang
Tarikh : 05 Jan 2011
Masa : 1325-1435/ 1605-1725
Hari : Rabu

Mata pelajaran: Kemahiran Hidup Tingkatan 1


Tajuk : Elektrik
Isi kandungan : a. Sumber dan kegunaan elektrik

Objektif : Di akhir pembelajaran, diharap pelajar-pelajar dapat;


a. Mengenalpasti sumber elektrik
b. Mengenalpasti kegunaan elektrik
Aktiviti
1. Set induksi
(5 minit) -Guru menyuruh pelajar menyenaraikan jenis-jenis jenama sel
kering dan betri yang terdapat di pasaran. Contoh Energizer.

2. Perkembangan
(20 minit) -Guru memperkenalkan kepada para pelajar tentang elektrik dan
bagaimana ia diperolehi.
- Menyatakan kepada pelajar-pelajar sumber-sumber tenaga
elektrik dan bagaimana proses ia berlaku. Memberi contoh yang
terdapat di kehidupan seharian seperti dynamo basikal, jam loceng,
telefon bimbit, kipas DLL.
-Menyuruh para pelajar menyenaraikan alatan elektrik dan alatan
disekeliling yang menggunakan sumber elektrik mengikut
kelasnya.
-Meminta pelajar melukis setiap sumber elektrik dan
melabelkannya

3. Penilaian
(10 minit) -Guru mengulas pengajaran yang disampaikan pada hari ini.
-Guru bertanya beberapa soalan berkaitan sumber elektrik dan
alatan atau barangan yang menggunakan sumber berkenaan.

4. Penutup/
kesimpulan
(5 minit) - Taklimat dan sesi perkenalan berkaitan subjek Kemahiran hidup
dan kerja kursus yang harus di laksanakan pelajar. P&P
berlangsung dengan baik.Ada subtopic yang tak sempat
diajar.Bawa pada hari berikutnya. Pelajar faham dengan tajuk yang
diajar. Objektif pengajaran tercapai.

Anda mungkin juga menyukai