Anda di halaman 1dari 18

3.

KERJA TANAH

3.2.1

Pengenalan

Dalam

menjalanakan

sesuatu

projek

pembinaan,

jurutera

perlulah

bertanggungjawab bagi merekabentuk dan merancang asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Kestabilan tapak asas ini sangat penting bagi menentukan kekukuhan dan tempoh ketahanan sesebuah binaan tersebut. Dalam kerja-kerja tanah, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti : 1) Tinjauan Tapak. 2) Penyelidikan Tanah. 3) Perlaksaan Penyelidikan Tanah. 4) Menyelenggara Pengujian Mudah. 5) Kerja Tanah.

3.2.2

Kerja Penambakan Dan Pemotongan Tanah ( Cut And Fild).

Kerja pemotongan dan penambakan ini dilakukan bagi mendapatkan aras tanah yang sesuai bagi sesebuah tapak. Pemotongan ini dilakukan dilereng bukit dan dipotong dengan jentera dan tanah yang terhasil dipanggil tanah pindah manakala

65

tambakan pula ialah kerja-kerja menimbun tanah kerana aras level lebih tinggi dari aras asal. Biasanya cerun dipotong pada sudut 60 dan cerun tambakan adalah sudut 45. Ianya lebih ekonomi kerana bahagian potongan boleh digunakan untuk bahagian timbusan/tambakan. Penambakan dilakukan sama ada menggunakan bahan sekata atau dari bahan pelbagai jenis. Di bawah menunjukkan keratan rentas cara pemotongan dan penambakan tanah di tepi lereng bukit :

Rajah 3.2.2.1 Keratan Rentas Pemotongan dan Penambakan

66

Gambar 3.2.2.2 Kerja Pemotongan Tanah.

3.2.3

KERJA PEMADATAN

Kerja pemadatan adalah sebagai satu proses meningkatkan ketumpatan tanah dengan cara merapatakan atau menyendatkan zarah-zarah atau butir-butir tanah. Proses pemadatan ini akan mengurangkan isipadu udara dalam tanah tetapi tiada perubahan ketara terhadap isipadu air di dalam tanah tersebut. Proses pemadatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan jentera penggelek atau jentera penggetar. Ianya juga dapat menyusun zarah tanah dengan lebih rapat.Ianya dapat mempertingkatkan lagi kekuatan benteng tanah.

67

Tujuan Pemadatan Tanah Proses pamadatan tanah amat penting untuk membuat asas bangunan, dan benteng terutamanya daripada tanah tambak. Pemadatan dilakukan lapisan demi lapisan. Biasanya ketebalan setiap lapisan adalah antara 200 300 mm dengan menggunakan penggelek, penggetar dan sebagainya. Antara kebaikkan kerja pemandatan dalam pembaikkan sifat kejuruteraan jisim tanah adalah : Pengenapan yang membahayakan boleh dikurangkan atau dielakkan. Kekuatan tanah bertambah dan kestabilan cerun boleh diperbaiki.

Keupayaan galas bagi subgred dapat diperbaiki.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemadatan Tanah Kandungan Air. Tenaga pemadatan yang dikenakan pada tanah. Sifat-sifat tanah. Tebal lapisan tanah. Kaedah pemadatan.

68

3.3

KERJA-KERJA STRUKTUR

3.3.1

KERJA MEMBINA PILE CAP DAN STUMP

Pile cap dan stump dibina selepas pemotongan cerucuk dijalankan. Kedudukan dan jarak asas ini adalah mengikut point/titik berpandukan lukisan pelan yang diluluskan oleh Pihak Jurutera dan JKR. Gambar menunjukkan pembinaan (pile cap and stump)

Gambar rajah 3.3.1.1

Penerangan terperinci secara praktikal dan teori bagi Pile Cap ditunjukkan
dalam BAB 6

69

3.3.2

KERJA PEMBINAAN GROUND BEAM DAN GROUND SLAB

Pembinaan Ground Beam dijalankan setelah pile cap dan stump siap dibina. Ia dibina menyambungkan satu pad ke satu pad kemudian Ground Beam tersebut ditimbus kembali. Tanah timbun tersebut akan diratakan dan dipadat bagi tujuan pembinaan Ground Slab.

Gambar rajah 3.3.2.1 kerja-kerja pembinaan Ground Beam dijalankan

70

Gambar Rajah 3.3.2.2 kerja-kerja pembinaan Ground Slab sedang dijalankan

Penerangan terperinci secara praktikal dan teori bagi pembinaan ground beam
dan ground slab ditunjukkan dalam BAB 7 dan BAB 8

3.3.3

KERJA PEMBINAAN TIANG

Setelah Ground Slab siap dibina, kerja-kerja membina tiang dimulakan. Tetulang / bar bagi tiang dipasang mengikut saiz dan jenis berpandukan pelan. Kemudian kotak bentuk dibina. Kotak bentuk ini mestilah benar-benar kukuh bagi menampung atau menahan konkrit semasa dituang ke dalamnya.

71

Rajah 3.3.3.1

Kerja-kerja membina kotak bentuk bagi tiang (ground floor)

Rajah 3.3.3.2 Contoh tiang yang telah siap dikonkrit.

72

Penerangan terperinci secara praktikal dan teori bagi pembinaan tiang akan
dijelaskan dalam BAB 9

3.4

KERJA-KERJA SUPERSTRUKTUR

3.4.1

PEMBINAAN DINDING

Dalam pembinaan dinding dalam projek Kem PGA GAling ini, beberapa ikatan bata yang sering digunakan iaitu : Ikatan Flamish Ikatan Sisi Bata Ikatan Enggeris Ikatan Kepala Bata

Contoh ikatan dan penerangan secara terperinci bagi ikatan bata dan

teori yang digunakan akan ditunjukkan dalam BAB 11

3.4.2

KERJA-KERJA KEMASAN

73

3.4.2.1

Kerja-kerja Mengubin

Ubinan simen hendaklah setebal 20mm dibuat daripada 1 bahagian simen dan 3 bahagian pasir. Ubinan hendaklah dikejapkan dalam masa 30 minit setelah dihamparkan dan dilicinkan dengan pelepa untuk mengelakkan lapis buih simen berlaku. Kambi hendaklah dibentuk 150 mm tinggi dan 20 mm tebal, melekuk di bahagian bawah dan membulat di bahagian atas. Ubinan berbentuk anjur bagi jejak tangga konkrit hendaklah dibulatkan sedikit dan mempunyai empat baris alur separuh bulat berdiameter 6 mm dan dijarakkan 12mm antara satu sama lain untuk dijadikan penghalang gelincir. Ubinan Granolitik setebal 20 mm mengandungi 2 bahagian simen dan 5 bahagian batu serpih granit yang menelusi ayakan 6mm tetapi tidak boleh menelusi ayakan 3mm. Bahagian tepi bendul dan jejak tangga konkrit hendaklah dipasang dengan 150 mm X 76 mm X 12 mm genting kekaca anjur penghalang gelincir yang diluluskan, disusun memanjang dan diikat serta dikemaskan dengan menggunakan mortar simen dan pasir 1 : 3. Terazo hendaklah mengandungi 1 bahagian simen berwarna dan 3 bahagian batu serpih kapur untuk menembusi ayakan 12 mm dan tidak boleh menembusi ayakan 3 mm. Terazo hendaklah setebal 20 mm dan dihamparkan atas lapis lepa simen pasir (1:3) setebal 20mm.

74

Kambi-kambi dan lilitan terazo hendaklah setinggi 100 mm dan setebal 20mm membulat di bahagian atas dan melekuk di bahagian bawah.

3.4.2.2

Pemasangan Jubin/mozek (tile)

Spesifikasi JKR Jubin seramik untuk lantai hendaklah jubin kekaca dari jenis penghalang gelincir, berukuran 200 mm X 100 mm X 12 mm tebal mematuhi Piawaian British BS 1286. Jubin seramik untuk dinding hendaklah dari jenis bergilap dan tahan cakar berukuran 200 mm X 100 mm X 6.5 mm dan memtuhi Piawaian British BS 1281. Jubin seramik untuk lantai hendaklah dipasang di atas lapis lepa simen dan pasir (1:3) setebal 20 mm. Kambi jubin seramik hendaklah sepadan dengan jubin lantai dan berukuran 200 mm X 100 mm X 12 mm tebal dipasang memanjang di tas lapis lepa simen dan pasir (1:3) . Semua sudut pada kambi hendaklah dipotong menepati semua timpan. Setelah siap dipasang, keseluruhan lantai hendaklah dibersih, digilap atau disempurnakan mengikut peraturan pembuat.

Cara kerja :

75

1) Setelah lantai atau tempat yang ingin dijubin di render, kerja-kerja setting out
dijalankan terlebih dahulu. ditetapkan. Tujuannya adalah bagi memudahkan dan memastikan kemasan yang dipasang lurus dan menepati spesifikasi yang telah

Rajah 3.4.2.2.1 Kerja setting out dijalankan

2) Kerja-kerja

pemasangan

jubin

atau

mozek

dijalankan.

Dua

kaedah

pemasangan kemasan jenis ini iaitu : Cara pertama :

Bancuhan Simen diletak pada kepingan mozek kemudian dilekatkan


pada lantai atau bahagian yang ingin dipasang. Mozek tersebut diketuk perlahan-lahan bagi tujuan melaras dan mengemaskan kedudukannya. Pelarasan dibuat pada pemasangan menggunakan timbang air.

76

Rajah 3.4.2.2.2 Pemasangan mozek dibuat

Cara kedua :

Bancuhan simen diratakan pada lantai yang ingin dipasang kemasan.


Kemudian kepingan-kepingan mozek disusun pada lantai menikut setting out yang telah dibuat. Mozek tersebut diketuk perlahan-lahan bagi melaras dan mengemaskan pada kedudukannya. Timbang air digunakan bagi memastikan pemasangan betul-betul mengikut laras yang dikehendaki.

3) Setelah kerja-kerja pemasangan selesai, proses mengilat dilakukan.

Kerja

mencuci kemasan ini mesti dilakukan sebagai langkah pemasangan terakhir

77

kemasan mozek atau jubin. Walaubagaimanapun, pastikan celah-celah antara mozek diisi dengan simen putih iaitu bagi mengelakkan air masuk dan merosakkan kemasan.

Rajah 3.4.2.2.3 kerja membersihkan mozek dilakukan 3.4.3 Pemasangan Bumbung

Dalam sesebuah bangunan, bumbung merupakan struktur paling atas sekali. Bumbung berfungsi sebagai pelindung daripada angina, panas, dan hujan. Bagi projek Kem Galing ini, dua jenis bumbung yang digunakan iaitu bumbung curam dan bumbung rata. Bagi bangunan ibu pejabat, bangunan gunasama dan kuarters bumbung curam digunakan manakala bumbung rata digunakan untuk banguanan TNB (TNB station) Kerja-kerja pemasangan struktur bumbung dijalankan bermula dengan

pemasangan kerangka bumbung (truses). Kerangka ini dibuat daripada campuran besi aluminium. Kelebihannya ialah:

78

Kerangka tersebut lebih ringan untuk menanggung bebannya sendiri dan beban yang dikenakan ke atasnya.

Kerangka ini tidak mudah berkarat dan tahan lebih lama. Sesuai digunakan bagi bangunan tinggi kerana ringan dan mudah diangkat naik ke atas bangunan.

Rajah 3.4.3.1 pemasangan kerangka bumbung sedang dijalankan

Setelah kerja-kerja pemasangan kerangka bumbung selesai, aluminium sheet / aluminium foil akan dipasang sebagai lapisan sebelum atap dipasang. Lapisan ini berfungsi bagi menghalang kelembapan sampai pada kerangka yang boleh menyebabkan pengaratan cepat berlaku. Selain itu lapisan ini dapat mengurangkan kesan haba pada bangunan.

79

Selain itu, Bradford insulation (CSR) juga digunakan sebagai lapisan sebelum atap dipasang. Lapisan ini dapat menurunkan suhu di dalam sesebuah bangunan tersebut.

Rajah 3.4.3.1 pemasangan CSR dan bumbung pada bangunan garaj

80

Rajah 3.4.3.2 sampel aluminium sheet Yang digunakan pada bumbung.

3.4.4

Kerja Pemasangan Kelengkapan Bangunan dan Sekitar Bangunan

Selepas bangunan siap termasuk kemasan, kerja pemasangan kelengkapan bangunan seperti sirtem kebakaran, penyaman udara, sambungan paip dan sebagainya dijalankan. elektrikal. Selain itu kerja-kerja di sekitar bangunan juga dilakukan. penanaman rumput. tujuan landskap. Langkah-langkah penanaman rumput : Contohnya Kebanyakannya kerja merupakan kerja mekanikal dan

Pada kebiasaannya, penanaman ini dilakukan bertujuan bagi

mengukuhkan tebing-tebing dan lereng bukit. Di samping itu, rumput ini ditanam bagi

i.

Permukaan tanah disediakan dengan membuang sebarang akar, tunggul, dan tumbuhan yang tidak diingini.

ii.

Permukaan tanah yang hendak ditanam mestilah dibentuk curam kearah garis alir permukaan bagi mengelakkan air dari bertakung.

iii. iv.

Tanah hitam diletakkan di atas permukaan tanah tadi. Rumput ditanam di atas tanah hitam tadi setebal 25 mm pada jarak 300 mm diantara satu sama lain.

v.

Penanaman rumput tanam tompok di tanam diatas tanah yang rata.

81

vi.

Manakala bagi permukaan tebing atau curam hendaklah di tanam dengan rumput tanam rapat supaya akar dapat mencengkam dan memegang tanah dengan kuat bagi mengelakkan tanah daripada runtuh.

vii.

Kepingan rumput hendaklah dipasak pada tempatnya dengan menggunakan pasak kayu yang berdiameter 12 mm dan panjangnya 200 mm atau menggunakan cangkul.

viii.

Rumput yang sudah ditanam hendaklah di siram sebanyak dua atau tiga kali sehari untuk mengelakkan dari mati.

Rajah 3.4.4.1 kerja penanaman rumput di tepi lereng bukit/cerun potong bagi mengelakkan tanah runtuh

82

Anda mungkin juga menyukai