Anda di halaman 1dari 9

E

3
B
N
A
A
B AJI
K

D
TO

G
LO
O

PENGENALAN

Metodologi memainkan peranan dalam mereka bentuk


mesin seperti yang dikehendaki.

Dalam metodologi ini juga diterangkan mengenai prosedur


kerja yang digunakan ketika penghasilan mesin
pembersihan najis kambing ini.

Kepentingan melakukan metodologi projek adalah dapat


melancarkan proses perlaksanaan projek dan memudakan
untuk mencapai reka bentuk projek.

PEMILIHAN REKA BENTUK PROJEK

Proses yang utama adalah untuk mereka bentuk mesin yang akan
dikomersialkan kepada peladang dan peternak kambing. Proses ini
mengambil masa yang lama kerana setiap idea yang diterima dari
setiap ahli kumpulan kami perlulah dikaji dengan teliti.

Proses yang seterusnya adalah untuk mendapatkan bahan-bahan


yang akan digunakan untuk menyiapkan mesin ini. Bahan-bahan yang
diperlukan untuk melengkapkan projek kami ini adalah motor, tali
sawat (conveyor), meter timer, transformer dan besi-besi.

Tugasan paling utama adalah untuk menyiapkan rangka tali sawat


(conveyor) bersama motor sebagai mekanisma untuk mengerakkan
tali sawat tersebut. Pemilihan besi dilakukan dan dipotong mengikut
saiz yang dikehendaki.

Kami menggunakan mesin kimpalan arka dan gas untuk membuat


penyambungan besi rangka tersebut untuk mengukuhkan kekuatan
rangka mesin ini.

PEMILIHAN REKA BENTUK PROJEK

Selepas proses tersebut disiapkan, tugas seterusnya adalah


untuk menyiapkan rangka untuk menyokong struktur tali
sawat (conveyor) bersama motor. Rangka ini berfungsi
untuk menyokong mesin tersebut .

Setelah semua proses dilaksanakan, kerja-kerja kekemasan


dilakukan sekali lagi untuk menyempurkan sebarang
kecacatan. Seterusnya, projek yang telah siap akan diuji
keberkesanannya untuk memastikan beroperasi mengikut
spesifikasi yang dikehendaki.

KONSEP REKA BENTUK PROJEK


Idea 1 Untuk idea pertama, kami menggunakan wiper
untuk membersihkan sisa-sisa najis kambing yang melekat
pada permukaan tali sawat (conveyor) supaya dapat
memanjangkan jangka hayat tali sawat (conveyor). Selain
itu, bekas pengumpulan najis kambing juga mempunyai
lubang yang banyak di bawah permukaannya bagi
mengasingkan antara air dan najis. Rajah 3.1 menunjukkan
contoh idea tesebut.

KONSEP REKA BENTUK PROJEK


Idea 2 Untuk idea kedua pula, kami menggunakan berus untuk
membersihkan permukaan tali sawat (conveyor). Manakala, bekas
pengumpulan najis kambing mempunyai 2 lubang untuk
mengasingkan antara najis dan air. Rajah 3.2 menunjukkan contoh
idea tersebut.

Setelah membuat penelitian dalam pemilihan reka bentuk, kami


mencapai kata sepakat untuk memilih idea 2 sebagai reka bentuk
yang bersesuaian. Perkara yang perlu diambil kira adalah :
Mudah dikendalikan oleh pengguna.
Kos yang diperlukan tidak terlalu mahal.
Bentuk dan saiz projek bersesuaian dengan tempat penggunaan.

PEMILIHAN BAHAN UNTUK PROJEK


Pemilihan bahan untuk menghasilkan mesin pembersihan
najis kambing perlu dipertimbangkan sebelum memulakan
proses penukaran supaya hasil yang diperolehi berkualiti
dan mencapai kehendak pengguna.
Oleh itu, pelbagai faktor yang pening dipertimbangkan
supaya projek yang dihasilkan berkualiti, dimana faktorfaktor yang dikaji adalah seperti berikut :
Kos bahan yang dipilih.
Ketahanan bahan dan kesesuaian bahan dengan
keadaan sekeliling.
Cara untuk mendapatkan bahan tersebut.
Cara pemasangan.

KOS BAHAN YANG DIPILIH


Kos bahan yang digunakan merupakan faktor yang penting
untuk menghasilkan sebuah produk atau projek yang
mempunyai kegunaan yang banyak tetapi nilai kos yang
minimum.
Selain itu, kos bahan yang digunakan perlu juga
diselaraskan dengan kekuatan dan kegunaan bahan
tersebut.

JADUAL PERANCANGAN PROJEK AKHIR


Tujuan jadual ini disediakan adalah untuk menunjukkan
perancangan projek dan perlu diikuti untuk menyiapkan
projek ini.
Perancangan ini dibuat supaya kerja-kerja projek dapat
berjalan dengan lancar tanpa masalah tanpa masalah atau
gangguan.

Pengumpulan Data dan


Maklumat

Taklimat Akhir Projek

Memulakan Pembinaan
Projek

Pencarian Bahan Projek

Penyediaan Projek Akhir

Pembentangan Projek

Penyerahan Laporan
Perancangan Projek (Proposal)

Perbincangan Projek Akhir


Bersama Penyelia

Anda mungkin juga menyukai