Anda di halaman 1dari 19

KEMAHIRAN MENULIS Konsep Menulis

Kemahiran

menulis

adalah

satu

bentuk

kemahiran

berbahasa

dan

berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Kemahiran ini berlaianan dari kemahiran berenang atau berbasikal kerana kemahiran menulis berkaitan dengan dua perkara penting, i aitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea tersebut. Kegiatan tulis menulis telah dilakukan oleh manusia sejak beribu -ribu tahun dahulu. Pada masa itu, sistem tulisan yang digunakan tidak sama seperti yang ada hari ini kerana system tulisan zaman permulaan lebih berbentuk lakaran dan lukisan berbanding dengan Tulsan pada hari ini yang menggunakan aksara dan bentuk huruf tertentu. Hasil tulisan merupakan sumber pengetahuan dan pengalaman yang dapat dikongsi dan disebarkan ke serata tempat untuk dibaca oleh orang ramai. Justeru, jika kita ingin diingati dan tidak dilupakan setelah kita meninggal dunia, maka tulislah esuatu yang dapat diabadikan dan dibaca oleh orang lain. Menulis bukanlah s esuatu yang mudah dilakukan kerana ia melibatkan aspek kemahiran. Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri se ndiri.
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1988)

Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang -lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan -peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas tersusun.

Menurut Juriah Long dan rakan -rakan (1900)

Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca d engan menggunakan bentuk grafik. Menulis ialah proses penghasilan pertuturan simbolsimbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat (ada kalanya pendek dan ada kalanya panjang berdasarkan beberapa urut an bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak).

Menurut Raminah Hj. Sabran

Penulisan ialah proses pelahiran perasaan, fikiran, dan idea ke dalam betuk grafik (disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya).

Menurut Down Byrne (1979)

Menyatakan bahawa kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf -huruf atau yang berkaitan dengan lambang -lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.

Konsep Menulis

Menulis merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi manusia. Mereka yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks disebut sebagai penulis ataupengarang. Namun demikian, terdapat istilah yang lebih khusu digunakan

mengikut

jenis

penulisan

atau

teks

yang

dihasilkan

seperti

novelis,jurnalis,penyair,penterjemah dan sebagainya. Pada umumnya terdapat tiga jenis menulis, aitu logo grafik, iaitu karakter lukisan yang mewakii sesuatu huruf atau morfemseperti tulisan cina dan Jepun, suku kata, iaitu satu set simbol tulisanya ng mewakili suku kata yang biasanya terdiri daripada gabungan satu konsonan dengan satu vocal seperti tulisan bahasa melayu dan alphabet, iaitu satu set simbol terkecil yang mewakili satu fonem bagi sesuatu bahasa seperti tulisan bahasa Inggeris. Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistic membezakan antara baha sa tulisan dengan bahasa lisan memandangkan terdapat cirri yang tidak sama antara kedua -duanya. Konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda basca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginative. Menulis merupakan gambaran medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.
Tujuan Kemahiran Menulis

Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan jelas dan berkesan.

Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk p elbagai tujuan. Mereka juga berupaya mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai ialah Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat ayat dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan car a membaca tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah isi bacaannya. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan. Ann Raimas mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. Selain itu, memberi peluang kepada pelaja r menerokai bidang bahasa. Memperluas

pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan dan lain -lain) untuk merangsang pembelajaran. Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis ya ng berfokus kepada ciriciri komunkasi, iaitu

Ekspresif

Penulis menulis untuk tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.

Pemujukan

Menulis untuk tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi me mujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi pembaca.

Informatif

Menulis untuk tujuan informative merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca. Tujjuan penulisan informatif lazimnya berbentuk prosa; berbe za dengan zaman dahulu yang menggunakan bentuk puisi untuk tujuan informatif

Kesusasteraan

Menulis untuk tujuan kesusasteraan mempunyai ciri -ciri stilistik, iaitu gaya bahasa penulisan. Ia menunjukkan cara elemen -elemen bahasa digunakan, termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan. Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan. Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca, menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif. Hal ini bermakna semasa menulis seseorang penulis itu boleh mempunyai dua tujuan, iaitu tujuan utama dan tujuan sampingan yang hendak dipenuhi. Tujuan men ulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan ide a murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid . Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid . Ia juga dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

Fungsi Kemahiran Menulis

Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi pengalaman. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khasnya bagi kepentin gan diri sendiri dan orang lain.

Jenis-jenis Kemahiran Menulis

Penulisan merupakan pelahiran masalah, fikiran dan ida dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun sehingga melambangkan bunyi bahasayang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Pada tahap rendah, aktiviti penulisan dilaksanakan berdasarkan perkembangan fizikal dan mental kanak -kanak itu sendiri. Gerak kerja yang dititikberatkan pada peringkat sekolah rendah ini ialah kemahiran awal yang merangkumi kemahiran pramenulis, penulisan mekanis dan penulisan taakulan atau mentalis. Kebolehan menulis dalam kalangan kanak -kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu dengan perantaraan tulisan. Namun demikian, sebelum mereka dapat membuat sedemikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlulah menguasai tulisan itu secara teknikal. Keinginan mereka untuk menyampaikan sesuatu dengan cara sedemikian hendaklah digunakan sebagai penggerak pengajaran tulis -menulis. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan antara mata dan tangan, iaitu satu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak yang berumur dua tahun telah sesuatu mengikut

menggunakan jari mereka untuk menconteng dan melukis

tanggapan mereka. Contengan merupakan asas kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak. Sambil mereka pelajari fungsi lambang huruf sebagai me wakili bunyi suara, mereka mula dapat membezakan bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang diperoleh oleh mereka daripada contengan digunakan untuk meniru bentuk huruf yang dilihat oleh mereka dalam buku -buku bacaan.

a)

Kemahiran Menulis Secara Mekanis

Kemahiran menulis mekanis dikuasai pada peringkat awal agar kanak -kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti menulis ini melibatkan aktiviti embuat corak, menekap dan membentuk huruf. Kemahiran ini penting kerana bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman asas yang diperlukan. Hal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan dan frasa.

Kemahiran menulis mekanis merupakan kemahiran untuk membolehkan murid membentuk lambang huruf dan seterusnya menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas. Kemahiran ini termasuklah menulis huruf mengikut cara dan gaya yang betul, menjaga jarak yang sekata antara huruf dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. Kemahiran ini melibatkan pergerakan anggota fizikal, iaitu jari-jemari dan saraf tangan yang diselaraskan dengan penglihatan. Kemahiran menulis mekanis boleh dimulakan setelah murid melalui latihan pramenulis. Tujuan kemahiran menulis mekanis adalah untuk m embolehkan murid menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil bagi setiap abjad dengan cara teknik menulis huruf yang betul dan seterusnya dapat menulis huruf yang betul dan seterusnya dapat menulis perkataan dan frasa. Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis adalah menulis bentuk yang mirip kepada huruf -huruf tertentu. Aktiviti lain sperti menulis huruf daripada gambar. Guru juga boleh melakukan aktiviti menulis huruf mengikut bentuk daripada kad yang dilubangkan. Boleh juga menulis huruf atau perkataan yang ditulis mengikut titik-titik. Murid juga boleh menyalin perkataan atau frasa. Yang terakhir murid menyalin ayat daripada buku Aktiviti-aktiviti seperti membuat orak, menekap dan membentuk huruf dalam peringkat ini adalah penting untuk melatih tulisan kanak-kanak. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Kanak-kanak yang berumur dua tahun menggunakan jari mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Contengan ini m erupakan asas bagi kebolehan menulis. Semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan huruf -huruf yang digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang mereka kuasai daripada contengan lukisan itu membolehkan mereka meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka. Latihan awal menulis di peringkat rendah meneka nkan aktiviti-aktiviti berikut melakukan latihan-latihan pergerakan tangan. Selain itu juga, menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menul is dengan selesa dan sempurna. Guru juga boleh memimpin aktiviti melakukan pergerakan-pergerakan mata. Melakukan pergerakan-pergerakan koordinasi tangan dan mata.

b)

Kemahiran Menulis Secara Mental

Bagi sesetengah orang istilah kemahiran menulis mental agak janggal dan asing. Hal ini kerana timbulnya persoalan bagaimana mental dikaitkan dengan kemahiran menulis, sedangkang lazimnya menulis sering dikaitkan dengan kemahiran mekanikal. Kemahiran menulis mental merupakan kemahiran menulis untuk tujuan pelahiran. Kemahiran ini dikuasai setelah murid menguasai kemahiran menulis mekanis. Kemahiran menulis ini melibatkan operasi mental atau minda bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dibaca oleh orang lain. Kemahiran ini merangkumi latihan penyataan fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan kehendak dan melahirkan pendapat individu. Latihan sedemikian jelas menunjukkan peranan mental atau pancaran minda ke dalam bentuk tulisan melalui aktiviti menulis. Secara umumnya, sebarang bentuk penulisan pada asasnya bermula daripada minda seperti menulis karangan, cerita, surat dan lain -lain. Antara aktiviti kemahiran menulis mental adalah menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru. Kemudian menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan perkataan yang diberikan. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti m enulis dan menyusun perkatan bagi membina ayat . Selain itu, menulis ayat- ayat mudah.

Aktiviti lain yang turut boleh dilaksanakan adalah m embuat latihan tranformasi ayat menggunakan senarai perkat aan yang diberikan. Kemahiran menulis secara mental ini biasanya dikuasai setelah kanak -kanak memperoleh kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan latihan mental yang perlu dilakukan ialah latihan pernyataan fikiran atau pendapat. Selain itu, latihan pernyataan perasaan. Guru juga boleh membimbing kanak-kanak membuat latihan pernyataan kehendak. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.

W.M. Rivers menyenaraikan lima peringkat pen gajaran menulis secara mental
i. Menyalin dan meniru (copying)

Bahan yang diberi untuk disalin atau ditiru oleh murid mestilah bermula dengan karangan-karangan lisan atau perbincangan dalam kelas seterusnya ditiru dalam buku masing-masing. Semasa meniru-niru, murid mendapat kesan yang mendalam tentang gaya penulisan yang ditiru oleh mereka. ii.
Menghasilkan semula (reproduction)

Latihan ini melibatkan murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan dengan cara guru menyuruh menghafaz atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid. iii.
Menggabung (recombination)

Murid mengubah suai latihan -latihan yang berkaitan dengan bahan -bahan tersebut jika perlu. Contohnya latihan transformasi ayat, latihan

menggabungkan ayat, menjawab soalan -soalan yang berbentuk perenggan penulisan dan latihan menulis cerita yang telah diperdengarkan. iv.
Penulisan berpandu

Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikel dan bentuk ayat tetapi dengan bahan isi yang dikawal. Contohnya, menyudahkan cerita, melengkapkan perluasan dengan aya t itu. v.
Penulisan bebas

Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat -ayat sendiri bagi melahirkan pendapat masing -masing. Pada peringkat ini murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran mengorganisasikan penulisan, misalnya susunan mengikut kronologi, mengikut fakta perbandingan, susunan sebab akibat dan penerangan tentang sesuatu.
Kemahiran Peringkat Menulis a) Peringkat pra menulis

Peringkat pramenulis merupakan tempoh masa murid disediakan dengan pelbagai aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf mengikut cara yang betul dan kemas. Dalam tempoh yang tersebut latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dengan mata diberikan tumpuan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf yang betul dan cepat, latihan menulis hendaklah dirancang secara sistematik dan bebas agar tidak menimbulkan rasa bosan. Latihan pramenulis termasuklah latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul. Selain itu, gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf atau mewarna kan huruf. Aktiviti latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja. Guru juga boleh merangka aktiviti yang melibatkan latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus atau bulatan. Peringkat pra menulis adalah tempoh masa murid- murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf -huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot -otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepad a murid-murid dari awal-awal lagi. Latihan-latihan pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut melakukan latihan-latihan pergerakan tangan. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan bebas dan sempurna. Melakukan pergerakan latihanlatihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.

Aktiviti-aktiviti latihan pra menulis

Latihan mengikut garisan -garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis ( bulatan kecil-bulatan besar). Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain -mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Latihan-latihan membentuk garisan lurus. Latihan-latihan membentuk corak-corak, campuran bulatan dan garisan lurus. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan -garisan lurus.

b)

Peringkat mendirikan asas

Setelah murid boleh menguasai peringkat pramenulis ini bererti mereka telah faham dan tahu memegang pensel dan duduk dengan cara yang betul. Pada peringkat ini, mereka telah boleh dilatih untuk membentuk lambang -lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong yang tiada sebarang garisan. Seterusnya mereka boleh dilatih untuk menulis dan membentuk huruf pada halaman buku

bergaris empat. Garisan dalam buku tersebut dapat dijadikan panduan bagi murid untuk menghasilkan bentuk dan saiz huruf yang betul. Set elah itu, penekanan harus diberikan dari segi pengawalan tulisan yang bertujuan bagi menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur. Latihan peringkat mendirikan asas adalah latih tubi menulis huruf secara berurutan. Selain itu, menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat. Guru juga boleh menganjurkan aktiviti m enulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul . Seterusnya boleh juga melukis gambar atau menulis frasa berdasarkan gambar . Dijalankan setelah murid menjalanka n latihan pra menulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Dicadangkan juga murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah memuaskan barulah murid dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris di samping kawalan tangan yang perlu bermula daripada garisan yang lebar hingga ke lembaran satu garis. Berikut ialah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis iaitu latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua. Latihan menulis huruf di atas garis satu. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara untuk mendapat

keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

Aktiviti menulis mendirikan asas

Antara aktiviti yang boleh dijalankan bagi kemahiran menulis peringkat mendirikan asas. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Menyalin perkataan yang mudah. Menyalin ayat-ayat yang mudah, dan sebagainya.

c)

Peringkat pelahiran

Pada peringkat ini, murid digalakkan untuk melahirkan pendapat mereka sendiri secara bertulis. Hal ini bermakna mereka telah pun menguasai kemahiran menulis setiap huruf dan abjad dan seterusnya menulis ayat -ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya merek a digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri. Latihan boleh bermula secara terkawal melalui bahan ransangan seperti gambar atau perkataan. Murid diminta untuk menulis dan membina ayat mereka sendiri brdasarkan bahan ransangan tersebut. Latihan yang dapat dilaksanakan dalam peringkat pelahiran ini adalah membina ayat bagi melengkapkan cerita . Selain itu, meluaskan ayat dengan menambah frasa yang sesuai . Aktiviti lain, seperti menulis jawapan bagi soalan kefahaman . Murid juga dikehendaki untuk menulis rencana yang dibacakan oleh guru . Guru juga boleh meminta murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan . Selain itu, menyusun semula ayat dan perenggan. Dalam peringkat pelahiran ini, murid hendaklah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan kepada gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid dapat

menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Aktiviti menulis peringkat pelahiran

Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah m engisi silang kata. Mengisi tempat kosong dalam ayat. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Membentuk ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.

Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan. Menulis jawapan-jawapan kefahaman. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan. sebagainya. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan

Peringkat-peringkat penulisan seperti yang dinyatakan sebelum ini juga boleh diperincikan seperti yang berikut :
Persediaan

Merupakan peringkat permulaan kanak-kanak belajar menulis. Mereka mula melakar dan menconteng jika diberikan alat tulis. Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap alat tulis dan bahanbercetak di sekeliling mereka.
Percubaan

Pada peringkat ini, kanak -kanak cuba untuk melakarkan sesuatu , terutamanya gambar-gambar tertentu dan dapat menjelaskan gambar yang dilukis.dengan kata lain mereka melukis gambar yang mempunyai bentuk yang dapat dikenali. Mereka juga mula menulis huruf -huruf yang tertentu.
Prakomunikasi

Kanak-kanak mula belajar menulis nama mereka sendiri atau enulis huruf huruf tertentu. Mereka juga kadangkala mengeja perkataan yang diketahui secara rambang. Mereka lebih kerap membuat eksperimen dalam penggunaan huruf, menulis lebih dari satu perkataan, penggunaan huruf besar dan kecil secara sesuka hati dan mula memberikan perhatian pada jarak huruf dan perkataan serta ruang antara garisan.
Suku kata

Di peringkat ini murid mula menulis perkataan mengikut bunyi. Mereka sudah tahu menggunakan huruf vokal dan konsonan bagi membina perkataan. Namun demikian, kesalahan menulis vokal dan konsonan sering berlaku., terutama jika huruf tersebut mempunyai bentuk yang hamper sama seperti huruf kecil b, d, p dan q. tulisan mereka sudah dapat dibaca dan difahami. Mereka juga semakin yakin untuk menulis frasa dan ayat pendek.

Menulis ayat

Pada peringkat ini murid mula menulis ayat ayat pendek. Mereka mula memikirkan cara mengeja sesuatu perkataan bagi membina ayat mudah dan boleh menulis lebih darisatu ayat mudah. Pada peringkat yang lebih tinggi, mereka boleh membina ayat-ayat bagi membentuk satu perenggan. Mereka belajar kata hubung bagi menghubungkan ayat, kurang melakukan kesalahan bahasa, terutama dari segi ejaan dan meningkatkan kefahaman terhadap ayat.

Jenis-jenis Penulisan a) Penulisan terkawal

Karangan terkawal adalah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru (Salleh Akib, 1975: 135). Susunannya dikawal ketat dan sedikit -sedikit dipimpin ke arah karangan bebas. Penulisan jenis ini dibahagikan kepada : a) Seratus peratus terkawal atau kawalan sepenuhnya (menyalin semula) b) Separuh terkawal, iaitu peringkat menghasilkan semula. c) Hampir terkawal, iaitu peringkat menggabungkan semula ayat -ayat.

Tujuan penulisan terkawal

Karangan terkawal dapat mengurangkan kesilapan -kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak. Malah penulisan berkawal menjadi asas kepada karangan bebas. Membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan fikiran dengan tidak diganggu oleh kesulitan -kesulitan berbahasa.
Bentuk-bentuk penulisan terkawal

Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung dengan tajuk. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan. Menulis surat. Isi surat itu ditetapkan oleh guru untuk menyenangkan murid murid murid menulisnya. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang disediakan. Menulis isi perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk, kejadian dan sebagainya. Menulis ayat atau cerita daripada gambar gambar yang disediakan. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang diberi.

Penulisan Separa Terkawal

Pada peringkat ini murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru. Contohnya guru membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan

hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan perkataan lain yang disediakan.

b)

Penulisan Berpandu

Pada peringkat ini pelajar dapat bekerja sendiri tanpa dibantu dengan memberi cadangan tentang isi, atau bentuk panjang/formal yang perlu ditulis oleh pelajar. Contoh latihan ialah karangan bersituasi pelbagai bentuk dan surat berangkai.

c)

Penulisan bebas

Penulisan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid -murid sudah mula menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, murid -murid diberi tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Guru juga hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid. Contohnya ialah penulisan tentang cerpen, pengalaman dan lain -lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai