Anda di halaman 1dari 6

HIH 3033 MAKTABAH HADIS

TAJUK:

TUGASAN INDIVIDU

HADIS KE 31

DISEDIAKAN OLEH :

IZRAN BIN MOHAMAD SAABAN

D20172080836

NAMA PENSYARAH :

DR. WAHYU HIDAYAT BIN ABDULLAH


HADITH (31)

َ َ ‫ُّ َع ْن ُُ ْفيَا‬، ‫ َح َّدثَنَا َخالي ُد بْ ُن َع ْْ ٍر الُْ َر يش‬:‫ال‬ ٍ َّ‫ ح َّدثَنَا يشهاب بن َعب‬:‫ال‬
َ َ‫اد ق‬ ُْ ُ َ َ َ َ‫الس َف ير ق‬
َّ ‫َح َّدثَنَا أَبُو ُعبَ ْي َد َة بْ ُن أيَِب‬

‫ول‬ َ َُ َ‫صلَّى هللاُ َعلَْي يه َ َُلَّ َم َر ُج ٌل ف‬


َ ُُ ‫ ََي َر‬:‫ال‬ َ َ‫اع يد يي ق‬
َّ ‫ أَتَى الني‬:‫ال‬
َ ‫َِّب‬ َّ ‫الث َّْوير يي َع ْن أيَِب َحا يزٍم َع ْن َُ ْه يل بْ ين َُ ْع ٍد‬
‫الس ي‬

‫دنْيَا‬، ‫ «ا ْزَه ْد يِف ال‬:‫صلَّى هللاُ َعلَْي يه َ َُلَّ َم‬ ‫ول َّي‬ ‫ي‬ ‫َّي‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ُُ ‫ال َر‬ ُ ‫َحبَّيِن الن‬
َ َُ َ‫َّاس؟ ف‬ َ ‫اَّللُ َ أ‬ َ ‫اَّلل ُدلَّيِن َعلَى َع َْ ٍل إي َذا أ َََن َعْلْتُهُ أ‬
َّ ‫َحبَّيِن‬

‫َُانيي َد َح َسنَ ٍة‬


َ ‫اجه َ غَْي ُرهُ يِب‬ ٌ ‫َّاس» َح يد‬
َ ‫يث َح َس ٌن َرَ اهُ ابْ ُن َم‬ ُ ‫ك الن‬ ‫يْا يِف أَيْ يدي الن ي‬
َ ،‫َّاس ُيُيب‬ ‫ي‬ َّ ‫ك‬
َ ‫اَّللُ َ ا ْزَه ْد ف‬ َ َّ‫ُيُيب‬

TERJEMAHAN

Telah menceritakan kepada kami Abu Ubaidah bin Abi al-Safar beliau berkata: telah menceritakan
kepada kami Syihab bin Abbad beliau berkata: telah menceritakan kepada kami Khalid bin Amr
al-Qurasiy dari Sufyan al-Tsauri dari Abi Hazim dari Sahal bin Saad as-Sa’idi RA berkata: Ada
seseorang menghadap Nabi SAW dan berkata: Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku
melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia, Allah akan
mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yang dimiliki orang, mereka akan mencintaimu. (Riwayat
Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan)

TAKHRIJ HADITH

 Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab Zuhud, Bab Zuhud Fi ad-Dunia, No hadis 4012.
 Al-Hakim, Mustadrak ‘Ala Sahihaian, Bab Ar-Riqaq ‫الرقاق‬, No Hadis 7873.
 Al-Baihaqi, Kitab Sya’bul Iman, No Hadis 10043.

HUKUM HADIS

 Al-Hakim dalam Mustadrak ‘Ala Sahihaian menganggapnya bahawa ianya sahih kerana
terdapat daripada jalur sanad yang lain
 Al-Baihaqi dalam Sya’bul Iman menyatakan sebagai dhaif kerana terdapat perawi bernama
Khalid bin Amr yang merupakan seorang yang dhaif.
 Kesimpulan: Jika ada hadis yang salah satu riwayatnya dianggap dhaif, tapi terdapat hadis lain
yang tidak sama jalurnya, maka statusnya akan naik menjadi hadis hasan. Oleh sebab itulah
an-Nawawi menilainya sebagai hasan kerana ianya juga terdapat daripada jalur lain.
TERJEMAHAN PERAWI AL-A’LA

Sahal bin Sa’ad al-Sa’idi adalah termasuk dalam kalangan sahabat Nabi SAW terakhir yang wafat
di Madinah iaitu pada tahun 88 atau 91 H. Beliau di gelar sebagai Abu al-‘Abbas. Pada ketika
jahilyyah, namanya adalah Khuzn, lalu Rasulullah menggantikan namanya dengan Sahl. Ketika
Rasulullah wafat umurnya pada usia 15 tahun. Beliau dikurniakan usia panjang yang hingga
melebihi usia 100 tahun dan sempat berada pada pemerintahan Gabenor Hajjaj bin Yusuf as-
Thaqafi. Hadis yang diriwayatkannya adalah sebanyak 188 Hadis.

PERAWI HADIS

Syihab bin Abbad


 Namanya adalah Syihab bin Abbad al-‘Abdi. Beliau merupakan seorang tabiin pada
peringkat yang ke 01 dan merupakan seorang kibar tabi’ tabiin. Beliau wafat pada tahun
224 H. Beliau merupakan seorang yang thiqah di sisi Ibn Hajar. Perawi yang meriwayatkan
hadis daripadanya ialah Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah.

Khalid bin Amr al-Qurasiy


 Namanya adalah Khalid bin Amr bin Abdullah bin Said. Beliau merupakan seorang tabiin
pada peringkat yang ke 9 dan merupakan seorang shigar tabi’ tabi’in. Beliau merupakan
seorang pendusta di sisi Ibn Ma’in. Perawi yang meriwayatkan hadis daripadanya ialah Ibn
Majah dan Abu Daud. Manakala az-Zahabi pula menolaknya hadis-hadis daripada beliau.

Sufyan al-Tsauri
 Namanya adalah Ibrahim bin Muhammad bin Yusuf. Beliau merupakan seorang tabiin pada
peringkat yang ke 01 dan merupakan seorang kibar tabi’ tabiin. Beliau merupakan seorang
yang jujur di sisi az-Zahabi. Perawi yang meriwayatkan hadis daripadanya ialah Ibn Majah.

Abi Hazim
 Namanya adalah Salman Al-Asyja’i al-Kufi. Beliau Merupakan seorang tabiin pada
peringkat yang ke 3 pada peringkat wusta tabiin. Beliau wafat pada tahun 100 H. Beliau
merupakan seorang yang thiqah di sisi Ibn Hajar. Perawi yang meriwayatkan hadis
daripadanya ialah Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, an-Nasa’ie dan Ibn Majah.
HURAIAN LAFAZ-LAFAZ PENTING

‫ا ْزَه ْد‬: zuhud

‫ ُدلَّيِن‬: tunjukkan kepdaku

َ َّ‫ ُيُيب‬: Allah akan sayang kepada kamu


‫ك‬
HURAIAN HADIS

Hadith ini mengandungi dua mesej Nabi. yang sangat penting:

1) Zuhud ke arah dunia dan Allah mencintai hamba-hambaNya yang bersifat zuhud.

2) Zuhud terhadap apa yang orang lain ada. Ini membolehkan ia mendapat cinta dan rasa hormat
dari orang lain.

Seorang muslim tidak akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat, melainkan dia mendapat
cinta Allah dan cinta kepada sesama manusia. Cinta Tuhan dapat dicapai dengan mengutamakan
kepentingan akhirat daripada kepentingan dunia. Sedangkan cinta kepada sesama manusia dapat
dicapai dengan tidak suka bersungguh-sungguh ingin memiliki harta dunia yang dimiliki oleh orang
lain, dan mengutamakan perbuatan baik. Kerana perbuatan yang benar akan lebih bermanfaat untuk
kehidupan akhirat. Oleh sebab itu, Ibnu Hajar al-Haitamy berkata, "Hadits ini adalah salah satu dari
empat hadis yang menjadi ajaran Islam."

Definisi zuhud yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bahawa Abu Idris al-Khaulani ra. berkata,
"Zuhud ke arah dunia tidak mengharamkan yang halal dan membuang harta benda, tetapi zuhud ke
arah dunia lebih yakin akan kewujudan yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tangan kita,
jika malapetaka ditimpa, maka kita lebih berharap untuk mendapatkan pahala.” Zuhud dapat
disimpulkan dalam tiga perkara. Ketiga-tiganya adalah perbuatan hati. Ketiga-tiga perkara ini
adalah:

a) Lebih menyakini dengan keberadaan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tangan.
Sikap ini dilahirkan dari kepercayaan yang benar dan tertanamnya bahawa Allah swt akan dan
selalu menjamin rezeki hamba-hambanya.
b) Sekiranya seseorang mendapat bencana di dunia seperti kehilangan harta benda, kematian
seorang anak, maka dia berharap mendapat pahala untuk bencana itu, dan tidak meraung meminta
kemalangan tersebut tidak berlaku. Sikap ini hanya boleh ditanam dengan keimanan yang
sempurna. Sikap ini menunjukkan bagaimana orang menganggap dunia sebagai perkara remeh.

c) Kedua-dua pujian dan celaan tidak mempengaruhinya dalam berpegang teguh pada kebenaran.
Ini adalah tanda sikap zuhud terhadap dunia.

ASPEK HUKUM SYARIAT

Zuhud bukan bermaksud meninggalkan kekayaan. Sebaliknya menggunakan kekayaan tersebut


untuk membantu dan membangunkan islam. Islam tidak memusuhi kekayaan, bahkan dengan
kekayaan ini yang menaikkan kembali islam.

ASPEK AKIDAH

Jika melihat sahabat yang kaya, tidak perlu hasad sebaliknya doa dan didik beliau menjadi soleh.
Maknanya jika hendak memberikan peringatan kepada seseorang, berikan peringatan yang
bermanfaat untuknya seperti menceritakan kelebihan sedekah atau mengurus kekayaan menurut
yang diredai Allah kepada mereka.

ISTINBAT DAN FAEDAH DALAM HADIS

(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat
zuhud.

(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta
mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.

(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap
apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni
bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki
yang amat dilarang.

(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati
ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun
kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW
seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan
keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

Anda mungkin juga menyukai