Anda di halaman 1dari 3

SITI NUR SYAHIDAH BINTI SALIM

038087
ISM DAKWAH B

Seperti mana yang diketahui,perbezaan pandangan wujud sejak zaman Rasulullah SAW dalam
pelbagai isu. Misalnya semasa Perang Badar, mereka berbeza pandangan berkenaan kewajaran
keluar ke Badar, juga isu hukuman yang perlu dikenakan kepada tahanan perang. Tidak pula
kita terbaca pergaduhan dan pertelingkahan dalam kalangan para sahabat dalam hal ini.
Begitu juga dalam peristiwa Bani Quraizah yang mana Baginda mengarahkan orang Islam solat
di situ. Sebahagiannya solat asar dalam perjalanan ke sana dan sebahagiannya yang lain solat
pada waktu isyak di sana. Kedua-duanya diterima oleh Rasulullah SAW.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, terlalu banyak rekod sejarah berkenaan perbezaan
pandangan dalam kalangan para sahabat.
Antara yang terawal adalah pemilihan khalifah selepas Baginda. Selepas itu, berlaku perbezaan
pandangan juga dalam hal memerangi golongan yang tidak membayar zakat, keperluan
menghimpunkan al-Quran, berubahnya pendirian Sayidina Umar dalam masalah hukum
bernikah dengan perempuan yang beridah dan lain-lain.
kita juga menyaksikan perselisihan antara Sayidina Umar and Rabi’ah ibn ‘Ayyash, perbezaan
pandangan antara Aishah dan Ibn Abbas dalam hal adakah Rasulullah SAW melihat Tuhan,
perbezaan pendirian Abu Hurairah dan Ibn Abbas tentang hukum berwuduk selepas makan
sesuatu yang dibakar dan 1,001 satu lagi perbezaan dalam kalangan sahabat dan juga tabiin.

Sehubungan dengan itu,dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara,


manusia tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada
yang berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri.
Sifat sombong dan bangga diri sendiri sering menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk
menerima pendapat atau buah fikiran orang lain.
Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan dalam masyarakat. Sikap
sombong sering membawa individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan
kepada orang lain.
Berlaku tidak jujur atau bersifat keras terhadap orang lain sering menimbulkan rasa tidak puas
hati dan dendam antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang
diperintah. Perbuatan keras akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan
kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh
menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)…”

Perbuatan suka mengintip dan menyebarkan keburukan orang lain juga merupakan punca yang
menghalang perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang suka dirinya diintip dan juga
tidak rela apa jua keburukannya didedah dan dihebahkan yang boleh menjatuhkan maruah dan
air mukanya. Islam memberi perhatian tentang perbuatan keji seumpama ini. Dalam hubungan
ini, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan intip mengintip
dan mengumpat keji sesama sendiri.

Allah berfirman yang bermaksud:


“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain…” (al-
Hujurat : 12)

Perbuatan suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain dengan memberi gelaran-
gelaran yang hina juga adalah faktor penghalang perpaduan yang utama dalam masyarakat
umat Islam hari ini termasuklah di kalangan umat Islam di Malaysia. Nama-nama serta gelaran
yang buruk ini lebih ketara dalam ucapan ahli-ahli politik ketika memburuk-burukkan lawannya
(contohnya: musim kempen pilihan raya) termasuklah ucapan mereka yang mendakwa diri
mereka sebagai pejuang-pejuang Islam tulen. Gelaran-gelaran sebagai ‘thghut’, ‘firaun’ dan
sebagainya sering diberikan kepada individu atau pihak-pihak tertentu. Berkenaan hal ini,
antara lain

Allah berfirman yang bermaksud:


“…Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain, dan janganlah pula
kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk..” (al-
Hujurat: 11)
RUJUKAN
-Artikel perpaduan-dalam-perbezaan-mufti-wilayah
- jkim.islam.gov.my/perpaduan-kearah-pengukuhan-kepimpinan-ummah

Anda mungkin juga menyukai