Anda di halaman 1dari 17

Tafsir

Surah At-Takatsur

1
Tafsir Surah At-Takatsur
Asal usul Surah Maksud: Bermegah-megah

Surah ke: 102 ( akan tetapi kronologi penurunan ialah ke – 16 ) Bilangan ayat: 8

Kategori: Makkiyyah

2 kalimat, 123 huruf.

Kaitan dengan surah sebelumnya :

1. Dalam surah Al-Qari’ah, Allah SWT menyebut segolongan manusia yang akan memasuki neraka. Lalu
surah ini menyebutkan mengenai antara perihal yang menyebabkan mereka masuk ke dalam neraka
tersebut.

2. Kita juga telah sebutkan bagaimana Surah At-Takathur ini adalah surah ke-4 dari kumpulan 4 surah
yang berterusan: Zilzal, ‘Aadiyat (perangai mereka semasa di dunia sekarang), Al-Qari’ah, dan At-
Takathur (perangai mereka di dunia sekarang).

Tafsir Ayat Pertama:

ُ ‫َألها ُك ُم ال َّت‬
‫كاث ُر‬

“Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-
banyaknya”

Kalimah ‫ َأ ْل َها‬dari kalimah ‫ ل ه و‬yang boleh membawa maksud percutian.

Iaitu sesuatu yang boleh menyebabkan kita leka dan terlupa kepada perkara yang lain. Dan benda itu
adalah benda yang patut kita lakukan tetapi dilekakan dengan ‫َأ ْل َها‬, maka kita tinggalkan dari
melakukannya.

Sama ada :

1. Perkara melekakan kita itu tidak penting, lebih kepada membuang masa sahaja dan tidak bermanfaat.

2. Ataupun kurang penting dari benda yang patut kita lakukan itu ( tidak tahu memberi keutamaan ).

Allah SWT sebut dalam ayat yang lain:

‫رون‬
َ ِ‫ك ُه ُم الخاس‬
َ ‫ولِئ‬ َ ‫ِكر هَّللا ِ ۚ َو َمن َيف َعل ٰذ ِل‬
ٰ ‫ك َفُأ‬ ‫َأ‬ ‫ذين آ َمنوا ال ُت ِ َأ‬
ِ ‫له ُكم موالُ ُكم َوال وال ُد ُكم َعن ذ‬ َ َّ‫يا َأ ُّي َها ال‬

Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat
Allah SWT. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.

[al Munafiqun:9]

Kekayaan dan anak-anak kita tidak sepatutnya melupakan kita kepada Allah SWT, sebaliknya ia
sepatutnya mengingatkan lagi kita kepada Allah SWT.

2
Nafsu sebagai alat untuk dimanipulasikan, syaitan pula menjalankan usaha agar rancangan syaitan itu
berjaya.

‫ين‬ ِ ‫ك م َِن ْال‬


َ ‫غَاو‬ َ ‫ك َعلَي ِْه ْم س ُْل َطانٌ ِإاَّل َم ِن ا َّت َب َع‬
َ َ‫ْس ل‬
َ ‫ِإنَّ عِ َبادِي َلي‬

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu (syaitan) sebarang kuasa untuk menyesatkan
mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
[ Al-Hijr: 42]

Kaitan keduanya antara syaitan dan nafsu, menjadikan manusia lalai akhirnya atas sebab kelemahan
iman mereka sendiri.

Sikap manusia suka menyalahkan orang lain sedangkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Allah SWT
beritahu perangai sebegini dalam surah [ Insyiqaq: 22 – 24 ]

Apakah yang melekakan kita?

‫ال ّت َك ُاث ُر‬

Yang bermaksud “memperbanyak”.

Ada beberapa pendapat dalam “memperbanyak” ini :

Pertama:

Keinginan untuk mendapat banyak harta benda.

Tidak salah untuk pergi ke pelbagai kursus, untuk menimba ilmu. Namun, perkara yang utama ialah, cari
jalan bagaimana hendak menjadi orang bertaqwa, kerana Allah SWT sebut dalam surah [ At-Talaq:

‫ْث اَل َيحْ َتسِ بُ ۚ َو َمنْ َي َت َو َّك ْل َعلَى هَّللا ِ َفه َُو َحسْ ُب ُه ۚ ِإنَّ هَّللا َ َبالِ ُغ َأ ْم ِر ِه ۚ َق ْد َج َع َل هَّللا ُ لِ ُك ِّل َشيْ ٍء َق ْدرً ا‬
ُ ‫َو َيرْ ُز ْق ُه مِنْ َحي‬

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah
diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.[ At-Talaq: 3]

Kedua:

Persaingan dengan orang lain untuk mendapatkan keduniaan.

Ketiga:

Bangga jika mereka memiliki lebih dari orang lain.

Lihatlah contoh yang Allah SWT berikan dalam surah [ Al-Kahfi (18): 34]

‫ك مااًل َوَأ َع ُّز َن َفرً ا‬


َ ‫ُحاو ُرهُ َأنا َأك َث ُر مِن‬
ِ ‫كان لَ ُه َث َم ٌر َفقا َل لِصاح ِِب ِه َوه َُو ي‬
َ ‫َو‬

Dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika
bercakap-cakap dengan dia: “Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih
kuat”

3
Keempat:

Sentiasa mahu lebih dan lebih lagi.

Dari Anas, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

Anak Adam akan menjadi tua, dan akan tetap menemaninya dua perkara, iaitu keinginan dan cita-
cita. [ HR Imam Bukhari dan Imam Muslim ].

Orang yang suka berbangga ini, sebenarnya hidup dia ‘stress’ kerana baru dapat nikmat sedikit atas
dunia, hati telah kelam kabut. Manusia yang sejenis dengan dia adalah Qarun dan Firaun. Manakan tidak
‘stress’ baru diseru untuk beriman, sudah melenting.

Sifat bangga memang susah untuk dikawal, kerana fitrah pasti akan timbul. Cuma tindakan kita selepas
itu, rendahkan hati, dengan sujud kepada Allah SWT. Lagi banyak nikmat yang kita perolehi lagi banyak
bersujud tanda rendah hati, bersikap ‘down to earth’.

Bersikap rendah hati itu benteng iman barulah ‘sempoi’ hidup, bebas dan merdeka yang sebenar kerana
hanya menjadi hamba Allah SWT, akan hadir perasaan gembira dan tidak ‘stress’ dengan dunia.

Ibrah dan Kesimpulan:

Pertama:

Sememangnya modus operandi Iblis / Syaitan adalah dengan melalaikan manusia daripada fokus untuk
menjadi hamba Allah SWT yang taat.

Dengan mencantikkan perhiasan dunia kepada pandangan manusia yang lalai, sehingga merasakan tidak
cukup dan mengejar untuk menambah lagi nikmat dunia.

Kedua:

Dunia hanyalah sebahagian yang terlalu kecil untuk manusia kejar. Sedang syurga di akhirat nanti jauh
lebih utama dan kekal abadi untuk kita cita-citakan.

Anggap lah dunia ini umpama secubit garam. Biarlah secukup rasa sahaja. Jika tiada, boleh jadi tawar.
Jika terlebih, sakit pula jadinya. Apa yang penting adalah “hidangan besar” keseluruhan yang akan kita
persembahkan kepada Allah SWT.

Ketiga:

Kita hendaklah berhati-hati dengan sentiasa menyedarkan diri tentang hakikat sebenar kehidupan.
Jangan sampai saat di kubur, baru kita perasan terdapat “bekas bekalan” sebenar kosong kerana tidak
disediakan.

Allahu a’lam.

………………………………………………………………………………………………………….

Tafsir Ayat Ke-2:

4
ِ ‫َح ّت ٰى ُزر ُت ُم ال َم‬
‫قاب َر‬

“Sampai kamu masuk ke dalam kubur”.

Beberapa hikmah dari ayat ini :

Pertama :

Allah SWT memberi pengajaran kepada manusia dengan membawa natijah berupa kematian. Ini kerana
sifat manusia ini memang takutkan perkara yang mengundang kepada kematian.

Sebagaimana contoh :

Sebahagian manusia lebih tekun makan ubat berbanding ibadah. Kerana disangka saranan makan ubat
itu boleh “menyelamatkan” nyawa mereka.

Kedua :

Selain itu, ayat yang membawa natijah kepada kubur juga menunjukkan “tempelak” Allah SWT kepada
golongan manusia yang lalai. Seolah-olah mereka ini tidak pernah sedar langsung semasa di atas dunia.

Mereka itu leka itu sehingga mereka mati. Bukan sekejap, tetapi sepanjang berada atas dunia.

Oleh itu hendaklah berwaspada dengan kehidupan yang sementara dan fokus kepada kehidupan yang
kekal serta jangan terlupa dari matlamat sebenar hidup di dunia ini.

Banyakkan berdoa, istighfar, bersihkan hati dari segala sangkaan buruk, lemah dan hal-hal negatif
kerana hati yang baik akan melahirkan tindakan yang baik.

‫ُزر‬

Dari kalimah ْ‫ ُزر‬yang bermaksud pergi berjumpa seseorang. Kebiasaan digunakan dalam bahasa kita:
ziarah. Oleh itu, kalimat :

ِ ‫ُزر ُت ُم ال َم‬
‫قاب َر‬

Bermaksud sehingga kamu melawat kubur.

Kenapa digunakan kalimah ‘melawat’?

Kerana ia untuk menunjukkan hanya sementara waktu sahaja. Kita tidak tinggal terus di situ. Tetapi
sementara sahaja di dalam kubur, sehinggalah waktu kiamat.

Apabila kiamat, semua ahli kubur akan keluar dari kubur. Contoh pelajaran dalam Surah [ Al ‘Adiyat : 9 ]:

‫َأ‬
ِ ُ‫َفال َيعلَ ُم ِإذا بُعث َِر ما فِي الق‬
‫بور‬

Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

Bagaimana keadaan orang yang dibangkitkan dari kubur itu?

1. Seperti kelekatu berterbangan tidak tentu arah [101: 4]

5
2. Seperti belalang yang terlompat-lompat [54: 7]

Tafsir Ayat Ke-3 dan Ke-4

َ ‫َكاّل َس‬
َ َ‫وف َتعل‬
‫مون‬

Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

َ ‫ُث َّم َكاّل َس‬


َ ‫وف َتع َل‬
‫مون‬

dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

‫َكاّل‬

Janganlah kamu buat begitu

( membawa maksud : janganlah sampai kamu dilekakan dengan dunia )

‫وف‬
َ ‫َس‬

Masa yang tidak lama

( membawa maksud : Kematian kita tersangat dekat )

َ ‫َتع َل‬
‫مون‬

Kamu akan mengetahui apa yang kamu telah lakukan.

Tidak lama lagi manusia akan mati dan mereka akan tahu tentang kebenaran setelah mereka
dikebumikan dan waktu itu sudah terlambat untuk buat apa-apa lagi.

Walau bagaimana pun, ( ayat ke-4 ) lebih kurang sama seperti ayat ke-3 cuma ada tambahan kalimah:

‫ُث ّم‬

Bermaksud : kemudian

Ia untuk menambah penekanan pada ayat pertama. Membawa maksud :

Selepas keluar dari kubur, akan berlaku keadaan lebih berat lagi. Tatkala kita masuk ke dalam kubur,
akan ada soalan yang akan ditanya dalam kubur.

DAN SELEPAS itu, berterusan kedahsyatan soalan-soalan yang seterusnya (contoh jika dibandingkan di
Mahsyar ).

Orang kafir akan menderita hingga kiamat juga sebaliknya, kubur bagi orang yg beriman adalah ibarat
taman-taman syurga.

Nabi SAW pesan kepada Aisyah RHA agar berdoa supaya terlepas dari hisab, sebab semudah hisab sekali
pun, tetap akan mendatang gerun. Seperti hendak melalui ‘road-block’ polis. Walau tidak bersalah,
tetapi mungkin terasa juga debarnya.

6
Oleh kerana ayat ke-3 dan ayat ke-4 ini lebih kurang sama sahaja, pendapat mengatakan ia peringatan
mengenai dua tempat selepas kematian kita:

Ayat Ke-3 : Peristiwa berkaitan alam barzakh ( kubur ).

Dan ayat ke-4 pula : Peristiwa selepas bangkit dari kubur, iaitu perjalanan menuju ke Mahsyar.

Perkataan “thumma” menunjukkan kepada penekanan suatu perkara. Jadi, kerana itu ayat 4 dikatakan
mengenai Mahsyar kerana sedahsyat perihal kubur (ayat ke-3), lebih dahsyat lagi perihal Mahsyar (ayat
ke-4)

Di sini Allah SWT berfirman untuk mengejutkan manusia dari kelalaian. Sehingga peringatan itu datang
sebanyak dua kali. Bahkan pengulangan ayat itu menunjukkan ianya lebih kuat dan memberatkan lagi
peringatan itu.

Seperti mana jika kita ingin seseorang mendengar apa yang kita hendak katakan, maka kita akan ulang
kata-kata kita. Akan tetapi bergantung kepada manusia pula sama ada firman Allah SWT ini terkesan
atau tidak di sanubari kita.

Bagi orang beriman, sifat mereka sepatutnya sama seperti dalam Firman Allah SWT dalam Surah [An-
Nuur: 51].

ٰ ‫ِنين ذا دُعوا لَى هَّللا ِ َو َرسولِ ِه لِ َيح ُك َم َبي َنهُم َأن َيقولوا َسمِعنا َوَأ َطعنا ۚ َوُأ‬ َ ‫ِإ َّنما‬
‫ِحون‬
َ ‫ِئك ُه ُم المُفل‬
َ ‫ول‬ ‫ِإ‬ ‫كان َقو َل المُؤم َ ِإ‬

Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya
agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami
patuh“. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Ibrah dan Kesimpulan

1. Manusia sepatutnya mengambil kesempatan atas dunia untuk membawa bekal ke dalam kubur.
Bukannya berada dalam kubur baru tersedar bekalan tiada.

2.  Kita boleh menjadikan banyak perkara atas dunia sebagai iktibar, antaranya dengan tafakur terhadap
kematian.

3.  Ubat terhadap kelalaian manusia ialah dengan mengambil iktibar dari Al-Quran berkaitan hari
akhirat. Oleh itu, Nabi SAW mengatakan orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati.

Oleh yang demikian hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh menggunakan nikmat yang diberikan
dan mohon pertolongan daripada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk melakukan amalan kebaikan di
dunia ini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tafsir Ayat Ke-5:

‫قين‬ َ َ‫َكاّل لَو َتعل‬


ِ ‫مون عِ ل َم ال َي‬

7
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan
pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan
kamu untuk hari akhirat).

‫َكاّل‬

Janganlah begitu.

‫لَو‬

Kalaulah ( kalimah yang menunjukkan perasaan menyesal )

َ ‫لَو َتع َل‬


‫مون‬

Kalaulah kamu semua tahu (keadaan yang menunjukkan kamu akan menyesal. Pada waktu itu telah
rugi kerana tidak boleh kembali ke dunia untuk memperbaiki diri)

‫قين‬
ِ ‫عِ ل َم ال َي‬

Pengetahuan yang pasti. (Perkataan ini juga sama dalam bahasa Melayu : YAKIN)

Namun lebih mendalam : Yakin di sini adalah natijah yang didapati setelah ada ilmu. Oleh itu “YAKIN” di
sini adalah “Percaya dengan bersungguh”.

“ihsan” pula bermaksud: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya.
Kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat mu.”

Haqqul yakin – rasa dan tindakan sama-sama selari.

َ ‫ك َح َّت ٰى َيْأ ِت َي‬


ُ‫ك ْال َيقِين‬ َ ‫َواعْ ب ُْد َر َّب‬

Dan sembahlah Tuhan mu, sehingga datang kepada mu (perkara yang tetap) yakin.(Al-Hijr – 99)

Terdapat tujuan yang besar apabila Allah SWT mengutarakan perihal “Ilmu Yakin” pada surah ini, iaitu:

1. Supaya manusia sedar bahawa ilmu tersebut berada sejak atas dunia lagi, iaitu melalui firman-firman
Allah SWT yang terdapat dalam Al-Quran.

2. Saranan menambah ilmu ini adalah berkaitan perkara Barzakh dan akhirat. Kerana jika manusia
melalui proses menuntut ilmu dan mempelajari ilmu berkaitan tempat tujuan abadi ini, maka manusia
akan lebih “berjaga-jaga” dalam menjadi orang bertaqwa.

KERANA HAL DEMIKIAN, kita boleh melihat susunan Allah SWT di awal surah Al-Baqarah :

(yang bermaksud) ~

Ayat kedua : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan
tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Perhatikan ayat ketiga :

i – Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib;

8
ii – dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang;

iii – serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Apakah turutan dalam menjadi orang bertaqwa dalam ketiga ini?

PERTAMA SEKALI ialah perihal ilmu berkaitan perkara ghaib ( terutama barzakh dan akhirat ).

Kekurangan ilmu “untuk diyakini” inilah menyebabkan manusia masih mudah berbuat dosa meskipun
telah solat dan infaq harta ( turutan 2 dan 3 ).

Mengikut ayat ke-3 surah Al-Baqarah : itulah susunan yang didahulukan sebelum perihal solat (proses
manusia dengan Allah) dan infaq (proses manusia dengan manusia. Cuma perkara ghaib yang
dimaksudkan, bukan lah seperti orang Melayu faham iaitu jin dan hantu.

Apabila telah ada keyakinan maka dapat mengukuhkan lagi dorongan untuk menjaga perihal solat
(proses manusia dengan Allah) dan infaq (proses manusia dengan manusia)

Cara Allah menjelaskan perkara ghaib dalam Al-Quran ialah dengan mendatangkan “rasa” pada
manusia. Rujuk [ Taaha (20) : 3 – 4 ]:

َ ْ‫ْك ْالقُر‬
‫آن ِل َت ْش َق ٰى‬ َ ‫َما َأ‬
َ ‫نز ْل َنا َعلَي‬

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepada mu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung
kesusahan.

‫ِإاَّل َت ْذك َِر ًة لِّ َمن َي ْخ َش ٰى‬

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

Bagaimanakah penggunaan ‫قين‬ ِ ‫ ال َي‬dalam Al Quran? Ia digunakan untuk kematian. Ini seperti yang
digunakan dalam Surah [ Hijr (16): 99 ]:

َ ‫ك َح ّت ٰى َيأ ِت َي‬
ُ‫ك ال َيقين‬ َ ‫َواعبُد َر َّب‬

Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)

Oleh itu, ayat ini bermaksud beribadatlah kepada Allah sehingga kita menemui kematian. Selagi belum
mati, kena kerjakan ibadat kepada Allah.

Kalimah “YAKIN” digunakan di sini adalah kerana orang Islam atau bukan Islam, mereka yakin kebenaran
perihal kematian.

Mungkin sekadar ingatan, ada juga yang guna dalil ini untuk berhenti melakukan ibadah. Kerana
kononnya “setelah mencapai tahap yakin”. Sila jauhi fahaman jahil begini. Takut iblis yang putar maksud
Al-Quran.

Kembali kepada perbincangan ayat Ke-5 ini, kita tahu yang ramai manusia boleh faham konsep Hari
Akhirat, pengadilan di Mahsyar dan lain-lain lagi; tetapi mereka tidak dapat menerimanya dengan
mendalam dalam hati mereka.

Dalam erti kata lain, mereka tidak yakin. Ini seperti yang disebut dalam Surah [ Al-Jathiyah (45): 32 ].

9
ُ ‫يب فيها قُل ُتم ما َندري َما السّا َع ُة ِإن َن‬
َ ‫ظنُّ ِإاّل َظ ًّنا َوما َنحنُ ِبمُس َتيق‬
‫ِنين‬ َ ‫َوِإذا قي َل ِإنَّ َوعدَ هَّللا ِ َح ٌّق َوالس‬
َ ‫ّاع ُة ال َر‬

Dan apabila dikatakan (kepadamu): “Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit
itu tidak ada keraguan padanya”, nescaya kamu menjawab: “Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu,
kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)”.

Perbincangan tentang ( kalimah ‫قين‬


ِ ‫ ) ال َي‬, terdapat 3 jenis ‫قين‬
ِ ‫ ال َي‬:

Pertama:

ِ ‫عِ ْل ُم ْال َيق‬


‫ِين‬

Keyakinan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, jika kita melihat asap. Maka kita yakin bahawa ada api walaupun kita tidak melihatnya.

Kedua:

ِ ‫َعيْنُ ْال َيق‬


‫ِين‬

Keyakinan berdasarkan kepada penglihatan.

Sebagai contoh jika sebelum ini kita nampak asap, sekarang kita sudah pasti yang ia memang api kerana
kita nampak api itu sendiri dengan mata kita.

Ketiga:

ِ ‫َح ُّق ْال َيق‬


‫ِين‬

Keyakinan yang lengkap.

Sebagai contoh jika sebelum ini nampak api itu, kali ini umpama kita pegang api itu, lengkaplah
keyakinan kita bahawa itu memang api.

Dari ketiga-tiga keyakinan ini, Allah menyediakan kepada kita dua darinya semasa di dunia lagi.

ِ ‫ عِ ْل ُم ْال َيق‬dan ‫ِين‬


Iaitu ‫ِين‬ ِ ‫ح ُّق ْال َيق‬.
َ

ِ ‫ عِ ْل ُم ْال َيق‬sebenarnya dari dalil-dalil yang ada yang diperkuatkan


Ini adalah kerana Al Quran ini adalah ‫ِين‬
dengan kandungannya.

Dan jika semakin kita mengkaji Al-Quran ini, kita akan pasti yang ianya tidak mungkin tulisan manusia,
tetapi ia datang dari Allah.

ِ ‫ح ُّق ْال َيق‬.


Maka inilah pula peringkat kita akan mendapat ‫ِين‬ َ

Dalil berkaitan terdapat dalam Surah [ Al Haqqah (69): 51 ].

ِ ‫َوِإ َّن ُه َل َح ُّق ال َي‬


‫قين‬

Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.

Haqqul Yakin, sesuai dengan maksud dari hadis Nabi SAW :

10
Apabila Nabi ditanya apakah maksud ihsan, Baginda SAW menjawab:

َ ‫هللا َكَأ َّن‬


َ ‫ك َت َراهُ َفِإنْ َل ْم َت ُكنْ َت َراهُ َفِإ َّن ُه َي َر‬
‫اك‬ َ ‫َأنْ َتعْ ُب َد‬

“Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Kalaupun engkau tidak
melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Bagaimana cara kita hendak beribadah saolah-olah kita melihat Allah, sedangkan kita tidak pernah
melihat Allah SWT? Hadirkan rasa “pengabdian” (ubudiah) kepada Allah sebagaimana sifat seorang
hamba kepada tuannya:

– Rasa perlu patuh

– Rasa berterima kasih

– Rasa ingin untuk tunjukkan prestasi terbaik

Ini tahap ketiga. Allah SWT simpan tahap kedua (melihat) :

– kerana manusia tidak mampu pun.

– juga kalau telah diberi lihat tetapi masih tidak beriman, itu kecelakaan lebih besar.

Kadang-kadang hati rasa telah sampai, tetapi ada dosa pula yang buat ia tersangkut. Maka, selalu
periksa dan imbangi diri kita. Usaha, taubat, ibadah, doa dan tawakal.

Tafsir Ayat Ke-6:

َ َّ‫لَ َت َروُ ن‬
‫الجحي َم‬

Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

‫الجحي َم‬
َ

Dari kalimah ‫ جحم‬yang bermaksud renungan singa semasa ia hendak menerkam mangsanya.

‫ل‬

Dalam َّ‫ لَ َت َروُ ن‬adalah lam taukid (membawa maksud penekanan). Selalunya digunakan untuk menjawab
sumpah (qasm).

Kemudian, dalam kalimah:

َّ‫لَ َت َروُ ن‬

Kita boleh lihat syaddah (sabdu) pada huruf ‫ ن‬itu, yang menunjukkan bahawa ada dua ‫ن‬.

Satu ‫ ن‬sudah bermaksud penekanan dan kalau dua ‫ ن‬digunakan, itu menunjukkan dua kali penekanan.

Dan ditambah lagi dengan huruf ‫ ل‬sebelum ini, maka ada 3 penekanan dalam ayat ini! Memberi isyarat
keadaan terkaman atau renungan yang dahsyat oleh api jahanam.

Mengenai kedahsyatan api neraka ini, firman Allah SWT dalam Surah [ Maryam (18): 71 – 72 ]:

11
‫ك َحتمًا مَقضِ ًّيا‬ ٰ ‫كان َع‬
َ ‫لى َر ِّب‬ َ ۚ ‫واردُها‬
ِ ‫َوِإن مِن ُكم ِإاّل‬

Dan tidak ada seorang pun daripada mu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu
adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.

‫ِمين فيها ِج ِث ًّيا‬


َ ‫الظال‬ َ َّ‫ُث َّم ُن َنجِّ ي ال‬
ّ ‫ذين ا َّت َقوا َو َن َذ ُر‬

Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang
yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.

Oleh itu, dari ayat Surah Maryam di atas ini, kita dapat tahu bahawa orang beriman yang menjadi ahli
syurga juga nanti akan melalui neraka (melalui Titian Sirat) dan selepas itulah baru mereka akan
diselamatkan.

Ini akan menambahlah lagi rasa syukur apabila memasuki syurga kerana mereka telah melihat
bagaimana malangnya kalau masuk neraka itu.

Sebab susunan cantik Allah SWT, membahaskan tentang yakin terlebih dahulu maka kesan Jahim lebih
mudah dirasai.

Dalam Al-Quran, ilmu dan hikmah adalah dua perkara berbeza, tetapi sama matlamatnya iaitu sebagai
“alat” menjadi hamba Allah SWT.

Ibrah dan Kesimpulan:

Pertama :

Atas dunia ini, Allah SWT telah menyediakan medium untuk menjadi orang yang yakin bersama ilmu dan
iman, iaitu melalui kitab Al-Quran. Maka berusahalah mencapai keyakinan yang benar dari panduan ini.

Tiada alasan nanti kita dapat menjawab soalan Allah SWT tatkala tidak dapat membentangkan amalan
dengan Al-Quran.

Kedua :

Kehebatan orang beriman, meskipun tidak dapat melihat dengan mata tetapi mampu menghadirkan
rasa keyakinan terhadap dalil-dalil Allah SWT. Seumpama Abu Bakr ra yang meyakini Isra’ Nabi SAW.

Ketiga :

Sesungguhnya antara rasa yang mampu mendatangkan keinsafan adalah, dengan merenung dalil azab
Allah SWT. Tentunya orang yang beriman pasti akan terkesan dan berusaha untuk beramal bagi
menghindarinya

Apa beza keyakinan dan tawakal?

Keyakinan adalah rasa, tawakal adalah perbuatan. Contoh: menzahirkan tawakal dengan doa, tenang,
seperti tambat unta. Jenis sahabat Nabi SAW, usaha mereka yg utama ialah menjadi orang bertaqwa
dalam apa yg mereka lakukan. Disebabkan mereka bertaqwa, Allah beri mereka kejayaan yang tidak
disangka-sangka.

12
Maka kena ada iman, yakin, tawakal dan diikuti dengan amalan, baru terhasil kejayaan. Garis
panduannya ialah Al-Quran dan Sunah dan kena pastikan selalu “syariah compliance”.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tafsir Ayat Ke-7:

‫قين‬ َ ‫ُث َّم لَ َت َروُ َّنها َع‬


ِ ‫ين ال َي‬

Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.

‫ُث َّم‬

Selalunya diterjemahkan dengan maksud : “selepas itu / kemudian”

TETAPI dalam ayat ini, ia membawa maksud : ‘’lebih-lebih lagi / apatah lagi”

Boleh difahami maksud firman Allah SWT di sini ialah : Mereka yang melihat neraka itu dengan mata
sendiri, akan lebih yakin lagi.

Ini adalah kerana ia peringkat :

‫قين‬
ِ ‫ين ال َي‬
َ ‫َع‬

Maka keseluruhan konteks ayat, dapat kita fahami maksud firman Allah SWT pada ayat ini:

Pertama :

Jika kamu ingin beriman setelah hanya melihat neraka, maka kamu pasti akan melihatnya ( di akhirat
nanti ).

– Ini kerana orang-orang kafir sering beralasan ditunjukkan terlebih dahulu perihal azab dan kiamat
sebagai syarat untuk beriman

Namun hakikatnya, itu hanya alasan semata. Sesuai dengan pelajaran sebelum ini :

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan
terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas
nyata. Rujuk surah [ Al-Bayyinah (98):1 ].

Kedua :

Perlu diingati, saat melihat neraka itu bermakna itu adalah saat kamu akan masuk ke dalamnya! Dan
waktu itu sudah terlambat untuk berbuat apa-apa.

Ketiga :

Ayat ini juga memberikan menunjukkan betapa janji Allah SWT kepada orang kafir adalah benar, kerana
sering kali mereka meminta “ditunjukkan” azab dan lainnya sebagai syarat untuk beriman.

Keempat :

13
Inilah antara “Ainul Yakin” perkara ghaib yang Allah SWT “simpan”. Hanya akan berlaku selepas kiamat
nanti.

Apakah hikmah Allah SWT “simpan” Ainul Yakin ini?

1. Allah SWT memberi peluang agar orang beriman terselamat dari kecelakaan besar. Ini kerana umat
terdahulu pernah dilihatkan perihal Ainul Yakin, tetapi tetap tidak beriman juga;

2. Allah SWT mahu kita beriman dengan sempurna, tidak semata apa yang dilihat; dan

3. Keupayaan manusia tidak setanding dengan apa yang ingin diperlihatkan.

‫تَرانِي ۚ َفلَمَّا‬ ْ ‫ظرْ ِإلَى ْال َج َب ِل فَِإ ِن‬ ُ ‫ِن ا ْن‬ ٰ ُ ‫َولَمَّا َجا َء مُو َس ٰى لِمِي َقا ِت َنا َو َكلَّ َم ُه َر ُّب ُه َقا َل َربِّ َأرنِي َأ ْن‬
َ ‫ف‬ َ ‫ ْو‬N‫ َت َقرَّ َم َكانَ ُه َف َس‬N‫اس‬ ِ ‫ْك ۚ َقا َل لَنْ َت َرانِي َولَك‬َ ‫ظرْ ِإلَي‬ ِ
َ ‫ك َوَأ َنا َأ َّو ُل ْالمُْؤ ِمن‬
‫ِين‬ َ ‫ْت ِإلَ ْي‬ َ ‫ص ِع ًقا ۚ َفلَمَّا َأفَاقَ َقا َل ُسب َْحا َن‬
ُ ‫ك ُتب‬ ً
َ ‫َت َجلَّ ٰى َر ُّب ُه ل ِْل َج َب ِل َج َعلَ ُه دَ ّكا َو َخرَّ مُو َس ٰى‬

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata
dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku
(ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu”. Allah SWT berfirman: “Engkau tidak sekali-
kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di
tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan
kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan
Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau (wahai
Tuhan-ku), aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada
zamanku). [Al-A’raf: 143].

Bagaimanakah kita boleh semak pada diri sendiri, jika kita memiliki ciri ingin melihat dahulu kemudian
baru beriman?

Semaklah dengan amal perbuatan kita, tidak boleh tunggu. Oleh sebab itu selalu datang ayat
berpasangan, “iman dan amal soleh”.

Juga maksud iman:

– Ikrar dengan lisan

– Benarkan dengan hati

– Amal dengan anggota

Semak dengan amal perbuatan ini adalah proses yang berterusan, kena ‘update’ and upgrade’ ilmu
sentiasa kerana iman juga ada tarikh luputnya.

Contoh:

a) Pandainya anak tersebut, baru umur 3 tahun sudah pandai baca surah Al-Fatihah

selepas 10 tahun…:

b) Eh, takkan lah umur dah bertambah tetapi hanya pandai surah Al-Fatihah?

14
Kita pun begitu lah, sebab itu proses belajar untuk menjadi hamba Allah SWT melalui Al-Quran, tidak
akan pernah tamat.

Peringatan seterusnya dari Allah SWT, seolah-olah merangkumi tema dari surah ini :

Tafsir Ayat Ke-8 :

ُ ‫َأ‬ ُ
ِ ‫ث َّم لَ ُتس لنَّ َيومَِئ ٍذ َع ِن ال َّن‬
‫عيم‬

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan

Sekadar ulangan, mengenai taukid (penekanan) yang kita telah bincangkan sebelum ini :

1. Huruf ‫ ل‬dalam َّ‫ لَ ُتسَألُن‬adalah satu penekanan.

2. Huruf ‫ ن‬dalam َّ‫ لَ ُتسَألُن‬juga adalah satu penekanan.

3. Ditambah dengan satu lagi ‫ن‬, (sabdu / syaddah) juga adalah satu penekanan.

Oleh itu, terdapat tiga kali penekanan dalam ayat ini sebagai penguat. Kita pasti, pasti, pasti akan
ditanya oleh Allah SWT! Suatu amaran dari Allah SWT.

ْ‫ا أبْالهُ وعن‬NN‫دِه فيم‬N‫اهُ وعنْ جس‬NN‫ “ال تزو ُل َق َد َما َع ْب ٍد يو َم القيام ِة حتى يُسأ َل عنْ أربع ٍ عنْ ُعم ُِر ِه فيما أفن‬:‫هللا صلى هللاُ علي ِه وسل َم‬
ِ ‫قا َل رسو ُل‬
‫ َع ِم َل ب ِه‬ ‫ماذا‬ ‫”مال ِه مِنْ أي َْن أخذهُ وفيما أ ْن َف َق ُه وعنْ عِ ل ِم ِه‬.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

(Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH SWT sehingga disoal
tentang )

– Tentang umurnya,

– Waktu mudanya

– Hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya,

– dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya

HR Ibnu Hibban & Tarmizi.

Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

ُ ‫ الصِّحَّ ُة َو ْال َف َر‬:‫اس‬


“‫اغ‬ ِ ‫ِيه َما َكثِي ٌر م َِن ال َّن‬
ِ ‫ان َم ْغبُونٌ ف‬
ِ ‫”نِعْ َم َت‬

Ada dua jenis nikmat yang banyak memperdaya kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu luang.

**Maksud sini, ramai manusia yang terleka dari manfaatkan dua nikmat ini

Apa lagi yang layak saya terangkan mengenai ayat ini, berbanding banyak hadis Nabi SAW yang memberi
peringatan berkaitan nikmat yang kita peroleh. Terkesima sebentar, betapa banyaknya nikmat yang saya
ada, hatta yang ada pada tubuh pun tidak terhitung risau saat berdiri di hadapan Allah SWT dalam Hadis
tadi.

15
Maka, segerakanlah 4 perkara seperti yang dijelaskan dalam surah ini agar kita tidak berada dalam
kerugian. Ibarat kita terlebih ‘excited’ mengejar nikmat dunia sedang takutnya nikmat itu menjadi fitnah
pada kita di akhirat nanti. Kemudian baru kita cemburu, “betapa si buta tidak ditanya dengan nikmat
penglihatan”.

– jadilah hamba yang bersyukur: kemudian Allah SWT tambah nikmat (bila Allah SWT yang tambah, ia
suatu yang baik, Insya Allah).

– jadilah hamba yang bertaqwa: kemudian Allah SWT buka jalan bagi masalah / serta rezeki yang tidak
disangka-sangka.

Bersyukur dan taqwa adalah sifat orang yang beriman yang mendapat nikmat, hatinya tetap fokus pada
Allah SWT. Kita hanya ingin bersenang lenang dengan nikmat dunia yang terhasil dari taqwa bukan
perkara yang haram atau nikmat yang didapati di samping kelalaian kepada Allah SWT.

َ ُ‫ت لِّ َق ْو ٍم َيعْ قِل‬


‫ون‬ َ ِ‫ات ِبَأ ْم ِر ِه ِإنَّ فِي ٰ َذل‬
ٍ ‫ك آَل َيا‬ ٌ ‫ْس َو ْال َق َم َر َوال ُّنجُو ُم ُم َس َّخ َر‬ َ ‫َو َس َّخ َر لَ ُك ُم اللَّ ْي َل َوال َّن َه‬
َ ‫ار َوال َّشم‬

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang
dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian
itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah SWT) bagi kaum yang mahu
memahaminya. [An Nahl ( 16 ) : 12].

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama : Jangan banyak beralasan dengan Allah SWT!

Maha Adil dan Penyayang Allah SWT yang telah memberikan banyak petunjuk untuk menjadi orang
beriman, sejak dari atas dunia.

Hanya manusia yang beralasan untuk menunggu lebih dan lebih lagi sebelum menjadi orang beriman. Ini
penyakit menunggu Ainul Yakin yang tidak kesudahan sama ada dalam perihal dunia atau akhirat.

Contohnya :

a) Berlumba-lumba untuk mengejar harta, sehingga berharap kaya (Ainul Yakin dengan melihat harta
kemudian barulah dikatakan ingin bersedekah).

b) Menanti saat mahu melihat azab terlebih dahulu, iaitu Ainul Yakin dengan melihat api neraka, baru
hendak beriman.

(Allah SWT tunjuk Tragedi Tahfiz sejak atas dunia, ramai yang bersedih. Namun tetap alpa / leka juga.
Sampai ke sudah kasihan tidak habis, tetapi Al-Quran tidak buka juga).

Benar kata Allah SWT dari ayat pertama..”kamu telah dilalaikan..”

– Lalai dari matlamat hidup sebenar.

– Lalai kerana sibuk layan emosi.

– Lalai ambil pengajaran, tetapi masih NATO ( No Action, Talk Only ).

16
Kedua : Dunia adalah sementara

Kita dapat melihat ayat Allah SWT dalam memberi peringatan kepada manusia : Bermula dari penjelasan
perihal manusia lalai, kemudian kesemua ayat yang lain membawa manusia agar menginsafi akan
“tempat pulang mereka” nanti.

Nilai yang hendak ditunjukkan Allah SWT, iaitu sedikit sangat kisah dunia yang terus di runsingkan ini,
berbanding kerisauan akhirat yang manusia lupa.

Oleh itu berpadalah kita dalam memberi keutamaan kepada dunia. Bersegeralah untuk uruskan dunia
sebaik mungkin agar dapat dijadikan bekal ke akhirat nanti.

Ketiga : Jangan lalai atau bermain-main dengan nikmat.

Orang yang beriman perlu sedar, setiap perkara yang dilakukan pasti akan ditanya semula oleh Allah
SWT.

Oleh itu, pastikan kita tidak menjadi orang yang gagal dalam menguruskan nikmat Allah SWT.

– Jika nikmat dapat kerja, buat yang terbaik.

– Jika nikmat dapat belajar, bersungguh-sungguh.

– Jika nikmat dapat anak, jaga elok dengan iman.

Dan lain-lain lagi contoh yang ada atas dunia ini.

17

Anda mungkin juga menyukai