Anda di halaman 1dari 3

Tujuan Hidup

Masa tidak pernah berhenti dan usia terus meningkat, setiap detik berlalu begitu pantas dan
waktu ajal semakin mendekat. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat begitu berharga,
amatlah rugi sesiapa yang tidak mengisi masa dan usianya dengan beribadah kepada Allah.
Kerana matlamat penciptaan manusia diatas muka bumi ini oleh Allah adalah untuk beribadat
kepadanya. Ibadat itu bukanlah sekadar solat, puasa, zakat, haji sahaja, malah ia merangkumi
setiap perkara yang kita lakukan yang diniatkan sebagai ibadat kepada Allah dan perkara itu
tidak melanggari syariat Islam. Firman Allah:

)56 : (

Tidaklah aku [Allah] jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadanya

Beribadat merupakan matlamat penciptaan manusia oleh Allah. Dalam hidup ini kita perlu tanya
3 soalan pada diri kita: dari mana kita datang?, kenapa kita didatangkan? dan kemana
kesudahan kita?

1)Dari Mana Kita Datang?

Kita diciptakan dari setitis air mani yang hina yang keluar dari saluran yang sama dari saluran air
kencing. Kita berasa jijik dan melekit jika ia terkena pada tangan dan kita mebasuhnya sehingga
bersih. Itulah hakikat sebenar manusia. Dari air mani menjadi seketul darah, kemudia menjadi
seketul daging, kemudian daging itu membaluti tulang dan ia membesar sehingga cukup 9 bulan
10 hari, maka sempurnalah penciptaan manusia itu. Tetapi maknusia tidak pernah berasa
bersyukur diatas penciptaan Allah yang begitu sempurna sebagaimana Allah berfirman dalam
Al-Quran:

)4: (

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya

Allah menciptakan manusia lebih baik penciptaannya dari makhluk-makluknya yang lain namun
manusia inilah yang kuat menentang perintah Allah berbanding makhluk lain yang sentiasa taat
dan memuji Allah sepanjang masa. Sedarlah wahai manusia sekalian, bahawa kita diciptakan
dari air yang hina, maka tunduk dan taatlah perintah Allah.

2)Kenapa Kita Didatangkan?

Jikalau haiwan hidup untuk makan maka manusia makan untuk hidup dan beribadat kepada
Allah. Kita didatangkan oleh Allah keatas muka bumi ini untuk menjadi hambanya dan menjadi
khalifah untuk mentadbir bumi ini sebagaimana firman Allah:
)30: (

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi"

Tugas seorang khlifah ialah mentadbir bumi ini dengan hukum Allah dan hukum Islam. Allah
juga menyuruh hambanya untuk mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran
sebagaimana firman Allah:

)110: (

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman)

Allah menjadikan manusia sebagai khalifah kerana manusia diberikan akal dan mampu untuk
berfikir. Berbeza dengan makhluk Allah yang lain yang tidak diberikan oleh Allah nikmat akal.
Akal ini pembeza antara manusia dengan haiwan, jika manusia yang tidak menggunakan akal
dalam melaksanakan sesuatu perkara, maka dia samalah seperti binatang sebagaimana firman
Allah:

)179: (

mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat)
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi

3)Kemana kesudahan kita

Kita dihidupkan dari alam rahim ibu ke alam dunia yang penuh cabaran, kemudian kita
dimatikan di dunia dan akan dihidupkan semula di akhirat kelak. Begitulah garis masa bagi
setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah. Kita hidup di dunia ini hanya sementara, kehidupan
akhiratlah yang kekal abadi. Maka persiapkanlah bekalan kehidupan kita untuk akhirat lebih
banyak daripada habuan kita di dunia. Sesungguhnya dunia ini diibaratkan seperti sebuah
singgahan dalam perjalanan seorang musafir untuk berehat seketika di sebatang pohon yang
rendang, sesungguhnya perjalan kita masih jauh untuk diteruskan. Ingatlah sesungguhnya setiap
jiwa yang hidup pasti akan merasai kematian sebagaimana firman Allah:

)185 : (

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian


Usia kita didunia ini amat berharga, maka isilah masa kita dengan amal ibadat kepada Allah
kerana hanya iman dan amal yang dapat menyelamatkan kita di akhirat. Tiada siapa pun yang
dapat menolong diri kita melainkan amal yang kita lakukan didunia ini. Sesungguhnya harta dan
keluarga kita pun tidak mampu menyelamatkan kita dari siksaan azab api neraka sebagaimana
firman Allah:

)89-88: * * (

Pada hari yang tidak memberi manfaat oleh harta dan anak pinak, melainkan orang yang
datang kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera

Kesimpulannya 3 solan ini menceritakan tujuan sebenar kenapa kita didatangkan oleh Allah ke
dunia. Tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menjadi hambanya yang sentiasa beribadat
kepadanya. Ingat ajal seseorang itu boleh datang bila-bila masa sahaja, ia tidak menunggu usia
kita menjadi tua. Apabila ajal sudah datang maka Allah tidak akan lambatkan atau cepatkan
waktu ajalnya walau sesaat sebagaimana firman Allah:

)49 : (

Apabila telah datang ajal, maka ia tidak akan melambatkan dan mempercepatkan

Anda mungkin juga menyukai