Anda di halaman 1dari 4

Tafsir Surah At-Takathur

Ibn Abi Hatim telah meriwayatkan daripada Ibn Buraidah berkaitan dengan
ayat ini (maksudnya): Bermegah-megah (menunjukkan kelebihan) sering
melalaikan kamu "(al-Takathur, 102:1); katanya surah ini diturunkan
sempena dua kabilah dari kabilah orang-orang Ansar iaitu Bani Harithah
dan Bani al-Harth. Keduanya kabilah ini saling menyombongkan diri di
antara satu sama lain dengan kekayaan yang mereka miliki serta
keturunan mereka dan saling tertanya-tanya di antara satu sama
lain: Apakah kalian semua mempunyai pahlawan segagah dan secekap si
Fulan? Mereka menyombongkan diri pula dengan kedudukan dan
kekayaan orang yang masih hidup. Malahan mereka juga bermegahmegah dengan pahlawan yang telah gugur dengan menunjukkan tanah
perkuburan mereka.
Maka Allah pun menurunkan ayat (bermaksud): Bermegah-megah
(menunjukkan kelebihan) sering melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke
dalam kubur. (al-Takathur, 102:1-2). Ia adalah sebagai teguran kepada
orang-orang yang hidup bermegah-megah sehingga mereka lalai untuk
melakukan ibadah kepada Allah.
Imam Bukhari dan Ibnu Jarir telah mengambil riwayat dari Ubayy bin
Kaab: Rasulullulah bersabda (maksudnya): Seandainya anak Adam
mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga.
Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah
(kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat
Ayat 1:

Kamu telah dilekakan oleh pertandingan memperbanyakkan harta
kekayaan (1)
1 - Keinginan untuk mendapat lebih banyak.
Hendak lebih kaya, memiliki kereta mewah, mempunyai rumah lebih besar
dan sebagainya.Ini akan melekakan dari mengingati dan bertawajuh
kepada Allah swt.
2 Bersaing dengan orang lain bagi memperoleh lebih banyak
ni'mat keduniaan.
Bersaing untuk mendapat pangkat/kuasa mengikut jalan yang tidak
diredhai Allah. Bermegah-megah dan bersaing dalam urusan perkahwinan
supaya nampak lebih `grand', kelihatan mewah dari orang lain, dikatakan
mengikut trend terkini sehingga ia nampak lebih hebat.
3 Berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk kerana mempunyai
banyak kelebihan.
Berbangga dengan harta-benda dan kemewahan yang dimiliki, keturunan
yang hebat, anak-pinak yang ramai.
Akibat dari sikap bermegah-megah dan persaingan yang melekakan itu,
maka manusia dilalaikan daripada kebenaran Islam. Lari dari tanggung-

jawab sebagai hamba Allah, bersikap ambil mudah terhadap suruhan dan
larangan Allah. Tidak bersyukur kemudian lalai dari mengingati Allah dan
seterusnya melupakan manusia kepada Hari Pembalasan.

Ayat 2:




Sehingga kamu mengunjungi kubur-kubur (2)
Allah memberikan peringatan bahawa kita telah disibukkan oleh sikap
besar diri, bermegah-megah dengan kelebihan harta-benda, anak-pinak,
sahabat handai, pangkat, kuasa serta berusaha mendapat lebih banyak
lagi; sehingga menyebabkan kita sibuk, tidak mentaati Allah dan beramal
untuk akhirat sehingga saat ketika ajal datang pun, kita masih lagi
bersikap sedemikian rupa.
Ingatlah wahai para pengumpul harta benda dan orang-orang yang
disibukkan dengan hal keduniaan, bahawa Demi Allah, engkau tidak akan
mendapatkan dari harta-bendamu kecuali selembar kain kafan; itupun
akan rosak dan musnah. Jasadmu hanya untuk dimakan tanah. Mana
perginya harta benda yang engkau kumpulkan? Adakah ia dapat
menyelamatkanmu dari kengerian dan azab kubur? Pada saat mati, tapak
tanganmu menjadi kosong dan tidak berisi. Yang kaya dan mulia akan
berubah menjadi miskin dan hina.
Ayat 3 and 4:
()

( )


Tidak sekali-kali begitu, kelak kamu akan mengetahui (3)
Kemudian tidak sekali-kali begitu, kelak kamu akan mengetahui (4)
Sesetengah ulama tafsir menafsirkan ayat 3 Tidak sekali-kali begitu,
kelak kamu akan mengetahui!bermaksud apabila manusia meninggal dan
dikuburkan, barulah mereka menyedari realiti kehidupan yang sebenarnya.
Ayat ke-4 pula memberi penerangan ketika kita keluar dari kubur semasa
Hari Pembalasan.
Ayat 5:


Tidak sekali-kali begitu, kerana jika kamu mengetahui dengan ilmu yang
yakin (5)
Manusia yang mengetahui dengan yaqin keadaan yang bakal dihadapi
setelah kematian pasti akan meninggalkan sikap bermegah dan
berbangga diri. Malah akan segera melaksanakan amal soleh. Tidak leka
dan lalai dengan dunia. Malah tidak melupakan urusan akhirat yang amat
penting dan tidak lupa juga membuat persediaan untuknya.

Ayat ini sebagai pengukuhan tegahan dan celaan terhadap sikap gila dunia
dan terpesona dengan kemilau hidup duniawi yang fana'. Ungkapan ini
bukanlah sekadar nasihat kosong. Akan tetapi ia menegaskan bahaya
besar di hadapan. Ia memerlukan pengamatan yang mendalam dan
pemikiran yang bersungguh-sungguh tentang nasib masa depan di akhirat
kelak. Kesedaran seumpama ini tidak dapat dirasai pada kebiasaannya
tanpa keimanan yang kuat dan jiwa yang sedar lagi sejahtera.

Ayat 6 dan 7.

()

( )



Sesungguhnya kamu akan tetap akan melihat Neraka Jahim (6)
Kemudian sesungguhnya kamu tetap akan melihatnya dengan
penglihatan yang yakin (7)
Maksudnya seterusnya anda akan menyaksikan neraka Jahim dengan
pandangan yang penuh yakin iaitu penyaksian dengan kedua biji mata
anda. Oleh itu jauhkan diri anda dari terjerumus ke dalam api neraka
dengan tidak melakukan maksiat, kejahatan, dosa-dosa besar serta
perkara-perkara mungkar.
Maksud ayat di atas, orang-orang beriman yang tidak masuk ke neraka
juga turut menyaksikan pemandangan Neraka yang mengerikan. Maha
Suci Allah yang menyelamatkan mereka darinya.
Ayat 8
()




Kemudian sesungguhnya pada hari itu, kamu akan ditanya tentang segala
ni'mat yang telah dini'mati kamu (8)
tus'aluuna kamu pasti ditanya
la tus'aluuna sudah semestinya kamu akan ditanya (you will certainly
be asked).
la tus'alun-na (dengan shadda) - semestinya anda pasti dan pasti akan
ditanya (certainly you will certainly, certainly be asked)
Dalam ayat ini Allah memberikan ancaman dan menegaskan sebanyak
tiga (3) kali bahawa kita semua pasti, pasti dan pasti akan disoal-siasat
berkaitan dengan segala nimat dunia yang melekakan anda dari beramal
untuk akhirat.
Apakah nikmat dunia yang akan ditanya ? Bukan sahaja nikmat yang
melekakan sehingga menyibukkan anda dari beramal malah ia termasuk
nimat-nimat yang lain seperti nimat keamanan, kesihatan, waktu lapang,
makanan, minuman, penginapan dan sebagainya.
..................................................................................

Ingatlah ketika Hari Pembalasan, sedikit yang kita ada sedikit yang akan
diselidiki. Lebih banyak yang kita ada, maka lebih banyak kita akan disoalsiasat nanti.
Kita sepatutnya sedar bahawa tidak perlu untuk bermegah-megah atas
nimat yang Allah beri. Ucaplah Alhamdulillah dan pada masa yang sama
timbulkanlah rasa gerun bahawa kita akan lebih dipersoalkan bila ni'mat
yang kita perolehi di dunia ini semakin bertambah.

Pengajaran yang boleh di ambil


1. Allah swt mencela golongan yang disibukkan dengan keni'matan dunia
dan berbangga-banga dengan harta yang banyak dan anak-pinak
sehingga lupa menta'ati Allah Azawajalla.
2. Menziarahi kubur adalah ubat yang paling mujarab bagi melunakkan
hati kerana amalan ini mengingatkan kita tentang kematian dan Hari
Akhirat.
3. Allah swt memberi ancaman berulang-ulang bahawa betapa benarnya
azab kubur dan Hari Akhirat itu. Mereka yang tidak memperdulikan
ancaman Allah swt ini akan menyesal dan menanggung duka nestapa
yang amat berat.
4. Manusia akan disoal-siasat tentang segala ni'mat dunia yang diperolehi.
Segala punca pendapatan dan perbelanjaan akan ditanya.Tanamkanlah
sifat Qana'ah dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan pada
kita.
5. Keni'matan hidup dunia hanya babak pendek dalam perjalanan hidup
yang panjang. Orang beriman akan memberikan perhatian yang berat
kepada Akhirat dan mengenepikan keni'matan dunia yang menjadi
kegemaran orang-orang yang berjiwa kosong.
Wallahu'alam.

Anda mungkin juga menyukai