Anda di halaman 1dari 5

Maksud Sedekah :

1. Berasal daripada perkataan Arab sadaqoh


bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada
seorang muslim yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh
waktu dan jumlah tertentu.
2. Menurut ahli fiqh (fuqaha) disebut sadaqah at-tatawwu (sedekah secara
sepontan dan sukarela)
3. selain itu, bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang
sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala sematamata.
Kelebihan Sedekah :
-

Firman Allah SWT maksudnya : Apa-apa yang kamu belanjakan


daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan
tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri
kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan
Allah (Surah al-Baqarah ayat 272)

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan
mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula
menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan
membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadis Riwayat Bukhari)

1. Menghapuskan sifat sombong, takbur dan membangga diri.


Sesiapa yang selalu bersedekah dan tidak tamak daripada harta yang dimiliki
Allah SWT akan dicampakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah
lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat
sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
Seorang anak lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Sedekah mana yg lebih besar pahalanya? Nabi menjawab, "Sedekah yg
diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya
engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir).
maka jangan sesekali menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai
dikerongkong, lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si
anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan
dimilki oleh orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Dijauhi daripada suul khatimah (kematian yang buruk).
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sungguh
sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari
kematian yang buruk (suul khatimah). (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Suul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan


berpaling dari Allah, berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajiban
dari Allah SWT.
Suul khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang
dikuasai oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras
kepala atau mencintai keterlaluan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya
ia harus masuk ke neraka jika tidak diampuni oleh Allah SWT.
Oleh itu, Perbanyakkan bersedekah dan memohon rahmat Allah SWT semoga
diakhir hayat kita mendapat husnul khatimah dan dapat mengucap kalimah,
"LAILAHAILLALLAH.
3. Dipanjangkan umur.
Kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan saat kematian tiba. Seseorang
tidak boleh lari daripadanya, tidak akan di cepatkan dan dilambatkan barang
sesaat sekali pun.
Jadi, bagaimana sedekah mampu memanjangkan umur?
Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan
atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia redha
dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah
SWT merubah qadak dan qadar-Nya yang telah tertulis diLuh Mahfuz.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia
mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:"Jadilah!" maka
terjadilah sesuatu itu." (Surah Yassin ayat 81).
4. Membuka pintu rezeki lebih luas
Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki
seseorang hamba.
Allah berfirman yang bermaksud: Perumpamaan orang-orang yang
menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh
menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat
gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu?
Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempunyai rumah yang
luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke
luar negara. Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus
kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya.

Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat
kekurangan dan kesengsaraan orang lain. Jika Allah memberi pinjaman
kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala
yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan
perhatian dan bantuan. Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah
kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan.
5. Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama
Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaikbaiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
6. Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang
Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka
belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang
halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orangorang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu
buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
7. Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah,
Al-Baqarah, Ayat 245:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya
dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu
semua dikembalikan.
8. Sedekah Jadi Peneman Di Hari Akhirat, Al-Baqarah, Ayat 254:
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang
telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak
ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat),
serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah
orang-orang yang zalim.
9. Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah,
Al-Baqarah, Ayat 261:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan


Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha
Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

10. Allah Janjikan Pahala Kepada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat


262:
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah,
kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan
perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung
atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan
mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak
baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
11. Allah Merahmati Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 265:
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari
keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang
timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi,
yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia
tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk
menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu
lakukan.
Betapa Ruginya Orang Yang Berharta Tapi Tidak Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat
266:
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok
tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia
juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah
tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu
diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ?
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya
kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam


al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan. Di antaranya
seperti berikut: Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan
hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas
oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau
derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat.


* Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah
semulia-mulia amal . - Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.

* Lima Di akhirat
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Anda mungkin juga menyukai