Anda di halaman 1dari 11

BAB 3

PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH

3.1 PENGENALAN

Setelah membincangkan tentang konsep, definisi dan pembahagian harta tidak patuh syariah di
dalam bab yang lalu, Bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang penyaluran harta
tidak patuh syariah ini, penulis menyenaraikan beberapa pandangan menurut ulama empat mazhab,
ulama kontemporari dan majlis fatwa kebangsaan tentang hukum atau kaedah menyalurkan harta
tidak patuh syariah ini.

3.2 HUKUM PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH

Harta tidak patuh syariah adalah harta yang diperolehi melalui transaksi yang tidak diiktiraf oleh
syarak. Harta ini sama ada terlibatkan dengan perkara yang haram atau perkara yang syubhah.
Fuqaha Islam telah membuat garis panduan berkenaan hukum penyaluran bagi harta ini.

3.2.1 Menurut Ulama Empat Mazhab

i. Mazhab Hanafi

Pendapat daripada Abu Yusuf dari Ḥanafiyyah berpandangan bahawa harta haram hendaklah
diserahkan kepada pemiliknya seperti harta yang dicuri dan dirampas. Harta ini tidak dibenarkan
untuk disedekahkan, bahkan diserahkan kepada baitulmal sebagai pemegang amanah untuk
dikembalikan kepada pemilik asalnya. Sekiranya pemiliknya tidak ditemui, maka harta tersebut
akan menjadi milik baitulmal (al-Qaḍhi 2000).
ii. Mazhab Maliki

Pendapat sebahagian daripada fuqaha Malikiyyah berpandangan bahawa harta haram ini
hendaklah diberikan kepada fakir miskin. Harta ini tidak harus diserahkan kepada baitulmal dan
maslahah muslimin, bahkan wajib diberikan kepada fakir miskin.Ini adalah berdasarkan firman
Allah s.w.t:

Maksudnya:

Sesungguhnya sedekah-sedekah itu hanyalah untuk orang fakir miskin. 1

Manakala sebahagian fuqaha Malikiyyah yang terkemudian pula berpandangan harta ini adalah
termasuk di dalam kategori harta al-Fai. Maka, ia adalah milik maslahah umum.

iii. Mazhab Syafie

Pendapat daripada fuqaha al-Shaficiyyah berpandangan bahawa harta haram yang tidak diketahui
pemiliknya, maka wajib diserahkan kepada imam (pemerintah) sebagai pemegang amanah.
Sekiranya imam (pemerintah) tidak menjumpai pemiliknya, maka harta tersebut menjadi hak
baitulmal untuk digunakan pada maslahah muslimin dan diberikan kepada golongan yang berhak
memerima harta daripada baitulmal (al-Ramli 00000).

al-Ghazali menambah, harta yang tidak diketahui pemiliknya hendaklah disalurkan kepada
maslahah ammah mengikut keperluan masyarakat. Oleh itu, harta ini terletak pada pandangan
imam (pemerintah) untuk menginfaqkan sama ada untuk penyediaan kelengkapan tentera atau
diberikan kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan (al-Ghazali 00000).

al-Nawawi mengatakan bahawa sekiranya diketahui bahawa pemerintah akan menggunakan harta
haram ini untuk jalan yang bathil, maka hendaklah ia menyedekahkan harta ini kepada fakir miskin
dan orang yang memerlukan. Manakala, sekiranya beliau yakin pemerintah tidak akan

1
Al-Qur’an, At-Taubah:60
menggunakan untuk jalan yang bathil, maka hendaklah ia menyerahkan harta kepada pemerintah
kerana pemerintah lebih memahami maslahah rakyatnya. (al-Nawawi 0000)

iv. Mazhab Hambali

Pendapat Ibn Rejab daripada Hanabilah berpandangan bahawa harta haram hendaklah diberikan
kepada fakir miskin kerana mereka lebih berhak untuk menerima harta tersebut. Harta ini tidak
diharuskan untuk diserahkan kepada baitulmal kerana baitulmal bukanlah pewaris kepada harta
ini, bahkan baitulmal hanya bertidak sebagai pemegang amanah kepada harta yang hilang iaitu
tidak diketahui pemiliknya (Ibn Rejab 2000).

3.2.2 Menurut Ulama Kontemporari

Jadd al-Haq Ali Jadd al-Haq, mantan Sheikhul Azhar (1982-1996), telah memberikan fatwa
berkaitan permasalahan wang faedah dengan menyatakan wang faedah adalah haram dan tidak
boleh dimanfaatkan sama sekali. Wang faedah tersebut mestilah dibersihkan dengan disedekahkan
kepada ahli fakir atau mana-mana badan kebajikan. Beliau juga berpesan supaya setiap muslim
mendapatkan rezeki daripada sumber yang halal, dan menjauhi perkara yang syubhah kepada
haram.

Muhammad Nabil Ghanayim telah memberikan solusi serta kaedah menguruskan harta haram iaitu
pembersihan pemilikan keseluruhan harta haram atau sebahagian harta haram melalui kaedah
memulangkan kembali harta tersebut kepada si empunya (pemilik), atau menggantikan sejumlah
harta yang diperolehi dengan cara penipuan, helah dan seumpamanya. Kaedah pembersihan yang
dinyatakan ini adalah diasaskan kepada taubat nasuha. Setiap pendapatan yang bercampur dengan
transaksi riba adalah perlu dibersihkan pendapatan tersebut dengan bersedekah ke arah kebaikan
dan badan-badan kemasyarakatan
Persoalan berkenaan bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional,
sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau
sebaliknya. Beliau telah menyatakan bahawa;

a) Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta-harta lain yang
diperolehi melalui jalan yang haram.

b) Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan


menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi
melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat
tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.

c) Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara
muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh
ulamak secara ijma’

Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong
dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram. Bagi melupuskan harta haram
dalam kes seumpama ini, al-Qaradhawi telah mengemukakan penyelesaian syariah seperti berikut:
“ Menyalurkan harta haram ke arah jalan kebajikan seperti diberikan kepada fakir miskin, anak-
anak yatim, perantau, jihad pada jalan Allah, program menyebarkan dakwah Islamiah, membina
masjid dan pusat-pusat Islam, melatih para pendakwah, mencetak kitab-kitab Islam dan
seumpamanya”.

Menurut Yusuf al-Qaradawi, ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau
menyebut antaranya: “Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika dinisbahkan kepada orang
mendapatkannya secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan
kebajikan… maka hendaklah (penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir
miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan
kemasyarakatan”.

Atiyyah Saqar, telah menyatakan bahawa kaedah melupuskan harta haram setelah bertaubat adalah
mengikut kaedah seperti berikut;
a) Memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (apabila diketahui) ataupun kepada
warisnya.

b) Apabila tidak diketahui, perlu diserahkan kepada fakir bagi memisahkan diri daripadanya
dan bukanlah bagi meraih pahala (daripada serahan itu).

Syaikh Abdul Karim Al Khudhair menyatakan bahawa barangsiapa yang bertaubat kepada Allah,
Allah akan menerima taubatnya. Dan taubat itu menghapus dosa-dosa yang sebelumnya ia
lakukan. Dan ia wajib melepaskan diri dari semua harta haram yang ada padanya jika memang itu
milik orang lain. Jika harta tersebut hasil mencuri atau merompak maka wajib dikembalikan
kepada pemiliknya.

Jika harta haram tersebut berasal dari transaksi yang haram maka wajib melepaskan diri dari harta
tersebut dan menyalurkannya kepada pihak lain dengan niat melepaskan diri darinya tidak boleh
dengan niat taqarrub kepada Allah s.w.t. 2

Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy Syatsri menerangkan bahwa harta haram boleh dibahagikan menjadi
tiga bahagian dan beliau menerangkan bagaimana pencucian harta tersebut sebagai berikut.

1- Harta yang haram secara zatnya. Contoh: arak, babi, benda najis. Harta seperti ini tidak
diterima sedekahnya dan wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya atau
dimusnahkan.
2- Harta yang haram karena berkaitan dengan hak orang lain. Contohnya seperti rompakan.
Sedekah daripada harta ini tidak diterima dan harta tersebut wajib dikembalikan kepada
pemilik sebenarnya.

3- Harta yang haram karena pekerjaannya. Contoh: harta riba dan harta dari hasil menjual
barang haram. Sedekah dari harta jenis ketiga ini juga tidak diterima dan wajib membersihkan
harta haram tersebut.

Namun apakah penyucian harta sebegini disebut sebagai sedekah? Para ulama berselisih pendapat
dalam masalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda,

2
http://ar.islamway.net/fatwa/66827
‫لا‬ َُ ‫صالاةَ ت ُ ْق اب‬
َ ‫ل‬ ُ ‫لا‬
َِ ‫ط ُهورَ ِبغاي‬
‫ْر ا‬ َ ‫صداقاةَ او‬ َْ ‫غلُولَ ِم‬
‫ن ا‬ ُ

Maksudnya:

Tidaklah diterima shalat tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari ghulul (harta haram). (HR. Muslim
no. 224).

Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta
rompakan. Sedekah tersebut juga tidak diterima kerana ada dalil yang menyebut ,

Maksudnya:

“Tidaklah seseorang bersedekah dengan sebutir kurma dari hasil kerjanya yang halal melainkan
Allah akan mengambil sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya lalu Dia membesarkannya
sebagaimana ia membesarkan anak kuda atau anak unta betinanya hingga sampai sebesar gunung
atau lebih besar dari itu” (HR. Muslim no. 1014).

Pendapat ini dikuatkan oleh Ibnu Nujaim dalam kitabnya yang tidak mewajibkan zakat atas harta
haram meskipun sudah mencapai satu nisab. "Kewajipannya adalah mengembalikan kepada
pemiliknya atau ahli waris jika harta itu dicuri atau disedekahkan seluruhnya kepada fakir miskin
jika tidak diketahui asal usulnya."

Menurut Syeikh Muhammad Sholeh Al-Munajid jika harta haram ini bercampur dengan harta
yang halal seperti pemilik kedai yang menjual rokok maka hendaklah seseorang itu membahagikan
wang yang diperolehnya itu dengan teliti kemudian asingkan hartanya yang halal mengikut
sangkannya yang kuat.

3.2.3 Fatwa
Amnya terdapat beberapa fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa sama
ada di peringkat Kebangsaan mahupun antarabangsa yang dapat dikaitkan dengan penggunaan
harta tidak patuh syariah. Ia dapat di lihat seperti berikut:

1) Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal


Islam 1971
Di negara kita Malaysia, ketetapan berkenaan penyaluran wang-wang haram telah diputuskan
sejak dahulu lagi iaitu melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 pada 21hb. Jun 1971 yang telah memutuskan:

i. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau
perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank
harus diterima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa
ini; dan

ii. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang Muslim dalam mana-mana bank
harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah
dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum.

2) Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal


Islam ke 87

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak
Patuh Syariah Ke Baitulmal dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 3

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba,
gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya

3
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-
islam-lain
adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu
dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut;

a) Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai
pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

b) Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

c) Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu
diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat
dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat
diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada
Baitulmal.

3) Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 1/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 1/2009 pada 18hb. Mac 2009 yang
menyatakan:

i. Wang tidak patuh syariah yang diperolehi boleh dijadikan sumber Baitulmal dan harus
dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.
ii. Penggunaan wang tidak patuh syariah harus untuk kegunaan menjalankan operasi
perjalanan kerja di MAIS seperti pembinaan, penyelenggaraan bangunan,

emolumen, pendidikan, pertanian, penyelidikan, perubatan, kemudahan asas seperti


pembinaan dewan, tandas, jambatan dan lain-lain untuk kegunaan umum.

4) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-94

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi
Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti
berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah
kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans


konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai
harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan
polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta
wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam
Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan
miskin.

Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi
dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris
tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah
sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau
Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah
dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas4

1) Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa. DalamFatwa MUI


Nombor 13 Tahun 2011

Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa. DalamFatwa MUI Nomor 13 Tahun
2011, dijelaskan bahwa zakat hanya wajib ditunaikan dari harta yang halal, baik materi [harta]
maupun cara perolehannya. Harta haram tidak menjadi obyek wajib zakat. Kewajiban bagi pemilik
harta haram adalah bertaubat dan membebaskan tanggung jawab dirinya dari harta haram tersebut.

4
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-pampasan-polisi-insurans-konvensional-selepas-kematian-
pembeli-polisi
Dalam fatwa tersebut, MUI menjelaskan 3 cara bertobat bagi pemilik harta haram. Pertama,
meminta ampun kepada Allah, menyesali perbuatannya, dan ada keinginan kuat (‘azam) untuk
tidak mengulangi perbuatannya.

Ke dua, bagi harta yang haram karena didapat dengan cara mengambil sesuatu yang bukan haknya
–seperti mencuri dan korupsi, maka harta tersebut harus dikembalikan seutuhnya kepada
pemiliknya. Namun, jika pemiliknya tidak ditemukan, maka digunakan untuk kemaslahatan
umum.

Ke tiga, bila harta tersebut adalah hasil usaha yang tidak halal – seperti perdangan minuman
keras dan bunga bank, maka hasil usaha tersebut (bukan pokok modal) secara keseluruhan harus
digunakan untuk kemaslahatan umum.

Menurut Ibn al-Arabi dalam tafsirnya :

‫ مما الحالل من الحرام كم يدر ولم األمر عليه التبس فإن‬،‫حتى رده عليه يجب مما بيده ما قدر يتحرى فإنه بيده‬

‫له خلص قد يبقى ما أن يشك ل‬

Maksudnya: “Jika seseorang itu ragu-ragu tentangnya, dan dia tidak mengetahui berapakah
yang halal dan berapakah yang haram ditangannya, maka wajiblah dia berhati-hati kadar
harta yang masih ada ditangannya dengan mengembalikannya kepada tuannya sehingga
dia tidak ada sebarang kesangsian lagi bahawa yang berbaki sudah bersih daripadanya.”

5) Irsyad Al-Fatwa ke 39: Wang yang Haram dan Tidak Patuh Syariah Serta Wang
Fidyah dan Kaffarah

Al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumuddin (2/93) mengatakan : “Jika bercampur antara harta
yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan, maka tidaklah
mengapa untuk kita menggunakannya. Hal ini adalah seperti harta yang diperolehi pada zaman
kita sekarang (pada zaman al-Imam Ghazali yang wafat pada tahun 505H itu sendiri telah pun
berlaku percampuran harta yang halal dan haram, apatah lagi zaman yang lebih teruk seperti
sekarang!!)” Katanya lagi: “Jika harta tersebut dapat dipastikan mana satu yang halal dan mana
satu yang haram maka wajiblah menjauhi perkara yang haram tersebut.”
3.3 HUKUM PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH

Harta tidak patuh syariah adalah harta yang diperolehi melalui transaksi yang tidak diiktiraf oleh
syarak. Harta ini sama ada terlibatkan dengan perkara yang haram atau perkara yang syubhah.
Fuqaha Islam telah membuat garis panduan berkenaan hukum penyaluran bagi harta ini. Ia dapat
dilihat dari sudut dua keadaan iaitu keadaan harta yang diketahui pemiliknya dan harta yang tidak
diketahui pemiliknya.

Anda mungkin juga menyukai