Anda di halaman 1dari 29

ISU-ISU KONTEMPORARI Bab 10:

DALAM FIQH MUAMALAT Harta Haram dan


(DSM2093) Pengurusannya
PENGENALAN
-Harta milik Allah s.w.t
-Islam tlh meletakkan prinsip pemerolehan harta dgn jelas supaya
win-win situation (tiada p’zaliman b’laku)
Sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya bagi seiap umat itu cabaran dan
ujian,dan ujian bagi umatku adalah harta (riwayat Tirmidzi)
-Dr. Yusof Al-Qardhawi: godaan harta dalam kegilaan mendapatkan
harta,mencari & memyimpan wlupn dr cara yg haram---tiada
prtmbangan halal dlm hatinya. (tiada keberkatan)
-Harta yang dicari hendaklah halal dan mendapat keberkatan
-Umat Islam perlu mengetahui tntg halal/haram dalam bab harta bg
kslmtn dunia & akhirat
PENGENALAN
Definisi Al-Mal
Dari sudut bahasa:
setiap barang yg dimiliki dan dikawal oleh pemilik harta s/ada brg
trsbt b’sifat ‘ain ataupun manfaat
‘Ain: emas,perak, binatang, tumbuh-tumbuhan
Manfaat: memakai pakaian, mendiami rumah
Dari segi istilah:
Sekolah Hanafi:
-Benda atau barang yg boleh dikawal dan kebiasaannya boleh diambil
faedah daripadanya.
-Benda /brg yg boleh dilihat zat dan dapat dirasa barulah dikatakan
harta
Jumhur ulama’ (selain Hanafi):
-Setiap perkara/barang yg ada harga (nilai)
-Jika dirosakkan,maka wajib digantikan/dibayar ganti rugi oleh org yg
merosakkannya
Adakah manfaat dan hak itu dikira sebagai harta?
Hanafi:
-harta didefinisikan kepada benda-benda yg mempunyai fizikal & zat
yg dpt dirasa/disentuh..
-Manfaat & hak tidak dikira harta tetapi didefinisikan sebagai
pemilikan
Golongan selain Hanafiah:
-Manfaat dan hak juga didfinisikan sbg harta .maksud/ tujuan benda2
adalah manfaatnya, tidak zatnya.
Manfaat:
-Faedah yang diperoleh dr benda/barang
Cth: menunggang motosikal,memakai pakaian,mendiami rumah
Hak:
-Sesuatu p’kara yg diperakui oleh syara’ bg s’seorg itu m’jlnkn kuasa
t’tentu/mengenakn kwjpan dgn sesuatu
-Kadangkala ia b’kaitan dgn harta-spt hak milik,hak irtifaq (hak
m’p’oleh faedah)
-Ada juga hak yg tdk b’kaitan dgn harta
PEMBAHAGIAN HARTA
Al-mal/Harta boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
1) Harta mutaqawwim dan ghayr mutaqawwim
2) Harat ‘aqar dan manqul
3) Harta mithliy dan qimiy
4) Harta Istihlaki dan Isti’mali
HARTA MUTAQAWWIM DAN
GHAYR MUTAQAWWIM
Harta Mutaqawwim
-ianya dikenali juga sbg harta bernilai
-harta yg dimiliki dan syara’ mengharuskn penggunaannya
Cth:semua jns harta alih & x alih, makanan dsb
Hartta Ghayr Mutaqawwim
-diertikan sbg harta tidak bernilai
-harta yg tidak dimiliki & tdk berada dlm smpanan s’seorg
Cth: galian dl erut bumi, ikan di air, burung di udara
-harta yg tdk harus penggunaannya pd syara’ except darurat
Cth:arak,khinzir
HARTA ‘AQAR DAN
MANQUL
Harta ‘Aqar
- Didefinisikan sbg harta tidak alih
Golongan Hanafi:
- Harta yg tidak boleh diubah/dipindah dr tempat asalnya
Cth:rumah,tanah
- Bg Hanafi, hukum m’jual pokok @ bgnan shj tanpa sekali dgn tanah-hukum
jualan:hukum harta alih
- Harta x alih bg Hanafi hanyalah tanah sahaja
Golongan Maliki:
- Sesuatu yg tdk boleh dipindah dan diubah dlm keadaan b’laku prubahn bntk ktk
pndhn & ubahan itu.
Cth: bangunan, pokok
Harta Manqul
- Didefinisikan sbg harta alih
Golongan Hanafi:
- harta yg boleh diubah dr satu tmpt ke satu tmpt yg lain s/ada struktur itu kekal/b’tukar
krn p’pndhn itu
Cth:wang,barang2 timbangan,binatang
- tnmn,pokok, tmbhn atas tnh dikira harta x alih except ia t’ikut dgn bumi
- if jual tnh s’kali dgn rumah/pkok/tnmn-ikut hukum harta x alih ke ats bgnan & pokok2
m‘ngikut tnh itu
Golongan Maliki:
-sesuatu yg boleh dialih dan dipindahkan dr satu tmpt ke tmpt yg lain sdg bntuk dan
strukturnya kekal.
Cth:pakaian,buku,kenderaan
HARTA QIMIY DAN
MITHLIY
Harta Qimiy
-harta yg tiada bandingan/keserupaan di pasar
-jika ada keserupaaan-harga (nilai) berbeza antara unit-unitnya.
Cth: binatang,tanah,rumah
-tmasuk brg2 yg dinilai b;beza ikut saiz dan unit.
Cth: buah tembikai b’lainan jenis dan saiz
Harta Mithliy
-harta yg sama jenis di pasar tanpa ada perbezaan besar antara juzuk dan unitnya.
-t’bahagi kpd 4 jenis iaitu:
a)al-makilat (brg2 yg disukat)---gandum dan padi
b)al-mawzunat(brg2 yg ditimbang)—besi
c)al-’adadiyat(brg2 yg dibilang)---telur,pensel
d)al-dharariyyat(brg2 yg diukur)---brg dijual scr ukuran meter,ela dsb.
HARTA ISTIHLAKIY DAN
ISTI’MALIY
Harta istihlaki
-harta yg tidak boleh digunakn kecuali dirosakkan zatnya untk
m’peroleh manfaatnya
Cth: kertas,padi,gandum
Harta Isti’maliy
-harta pakai scr b’terusan/harta yg boleh digunakn dan zatnya ttp
kekal
Cth:harta-harta x alih,pakaian,buku
HARTA HARAM
Harta haram sama sekali tidak boleh digunakan manfaatnya untuk diri
pemiliknya sama ada ia bertujuan manfaat kendiri atau pun keluarga.
Harta ini tergolong di dalam harta ghayr mutaqawwim dan ia juga tidak
diterima oleh Allah walaupun ianya bertujuan untuk sesuatu yang baik.
Sebagaimana ingatan Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya:
1.Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik.
(Riwayat Muslim, 3/85)

2.Barangsiapa yang mengumpulkan wang haram dan kemudian bersedekah


dengannya (membuat kebajikan), maka tiadalah sebarang ganjaran kebaikan
untuknya.
(Riwayat Al-hakim, 1/390; Ibn Hibban no 797: Sohih menurut Ibn Hibban dan
Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Zahabi; Albani: Dhoif)
Definisi harta haram: harta yang dimiliki dengan cara yang tidak
diiktiraf oleh syarak/syariah.
Contoh: riba, gharar, maisir, hasil rompakan atau curi, hasil
perniagaan haram, hasil keuntungan pelaburan haram, pecah amanah,
hasil perniagaan dari proses monopoli dan apa sahaja transaksi yang
bercanggah dengan syarak.
CARA PELUPUSAN
HARTA
Syeikh Atiyyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar):
“ Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat dengan cara:
a) Pulangkan kembali harta tersebut kepada tuannya (apabila
diketahui) atau pun kepada pewarisnya
b) Jika tidak diketahui, perlu diserah kepada faqir bagi memisahkan
diri daripadanya dan bukan untuk mendapatkan pahala darinya
(dari serahan itu). Bertujuan untuk memenuhi salah satu perintah
atau syarat bertaubat.
Melupuskan harta yang haram adalah salah satu cara untuk
bertaubat.
Menurut Syariah:
1) Harta yang diperolehi dari sumber yang haram itu diketahui
pemiliknya, cara melupuskannya adalah dengan memulangkan
kembali harta hara itu kepada tuannya disertai dengan mohon
kemaafan dan bertaubat kepada Allah SWT.
2) Sekiranya gagal memulangkan kepada pemilik asal, pulangkan
harta tersebut kepada warisnya.
3) Jika gagal, barulah harta tersebut disedekah.
Ulama’ 4 mazhab telah bersepakat bagi kewajipan melupuskan harta haram.
Tetapi imam-imam ini berbeza pendapat mengenai cara pelupusannya.
Imam al-Dawudi (403H) : urusan dalam hal ini adalah pilihan, dan tiada keutamaan kepada
mana-mana pihak faqir miskin atau Baitul Mal.
Kebanyakan Ulama Syafie: harta haram yang tidak diketahui tuannya hendaklah diserahkan
kepada pemerintah yang adil (Baitul Mal) untuk disimpan sehinggalah dapat diketahui tuan
miliknya untuk dipulangkan kelak. Jika tidak diketahui pemiliknya, harta tersebut menjadi
milik Baitul Mal dan akan digunakan untuk kegunaan kebaikan awam. Ditegaskan oleh Imam
Zakaria Al-Ansari As-Syafie.
Ibn taimiyyah: menerangkan mazhab Hanbali, Abu Hanifah, Maliki dan kebanyakan salaf
berpendapat bahawa harta seperti ini perlu diberikan kepada sesiapa yang lebih utama (untuk
menguruskannya).
Imam al-Ghazali: harta tersebut hendaklah diserahkan kepada pemerintah agar ditentukan
kegunaan terbaik daripada harta itu seperti kegunaan pertahanan negara dsb.
Imam al-nawawi: jika pemerintah tidak yakin apakah yang menjadi keutamaan, hendaklah
diberi kepada faqir miskin.
Ulama’ masa kini (Syeikh Mustafa Al-Zarqa’ dan Syeikh Faisal Mawlawi):
meghadkan harta ini kepada faqir miskin sahaja.
KESIMPULAN:
- Berdasarkan hadis nabi mengenai arahan harta haram daripada rasuah yang
dibawa oleh Ibn Al-Latbiyah agar diserah kepada Baitul Mal, daging kambing
yang diberi kepada Nabi SAW tanpa izin daripada tuan miliknya kepada
tawanan perang, pandangan yang lebih tepat dalam hal ini adalah dengan tidak
meghadkan harta haram ini kepada faqir miskin sahaja tetapi boleh
melupuskan harta itu dengan salah satu cara berikut:
a) memberikan harta (yang tidak diketahui pemiliknya lagi) kepada faqir untuk
menampung keperluan asasi mereka
b) memberikannya kepada pemerintah melalui pusat zakat atau badan
kebajikan yang dipercayai untuk membina masjid, rumah anak yatim, bantuan
kepada mangsa bencana dan seumpamanya.
PENGGUNAAN DIRI
SENDIRI DAN HAJI
PERHATIAN:
Majoriti ulama Islam termasuk ulama salaf memberikan fatwa harus untuk
individu yang benar-benar dalam keadaan ini menggunakannya untuk dirinya
atas sebab miskin dan faqir.
Ulama daripada mazhab Hanafi dan Syafie dan salah satu pandangan daripada
mazhab Maliki dan Hanbali: harta adalah syarat untuk menunaikan haji tetapi
harta tidak halal tidak dijadikan syarat sah haji. (kewajipan haji golongan ini
tertunai tetapi tiada pahala dan kemabruran haji serta mendapat dosa).
Firman Allah: “Dan berbekallah kamu dengan sebaik-baik bekal adalah taqwa”
(al-Baqarah:19)
Hadis Nabi: “Sesungguhnya Allah itu maha baik dan tidak menerima kecuali
yang baik-baik juga”. (Riwayat Muslim)
Hasrat untuk menunaikan ketaatan adalah daripada hasil yang baik.
MEMBINA
MASJID/SURAU
Bagi melupuskan wang haram dengan menyerahkannya kepada masjid atau
surau atas tujuan kebaikan awam, ianya sama seperti sedekah tetapi yang
membezakannya adalah penyerahan wang tersebut hendaklah diserahkan
kepada Baitul Mal dan pertubuhan ini yang akan menguruskan pembinaan
masjid atau surau tersebut.
Ulama Hanafi dan Syafie berfatwa: harus menggunakan duit haram yang
tidak diketahui pemilik untuk membina masjid dan surau.
Ulama Hanafi dan Ibn Qasim Al-Maliki: tidak harus mengeluarkannya bagi
tujuan pembinaaan masjid dan surau berdasarkan hadis berkenaan
pembinaan Kaabah oleh Arab Jahiliyyah:
Disebutkan oleh Ibn Hisyam bahawa pemerintah Arab dahulu pernah
berkata: “Wahai Quraisy, janganlah kamu masukkan dalam pembinaannya
kecuali daripada hasil kamu yang baik, janganlah masukkan harta daripada
pelacuran dan riba”.
Imam Ibn Taimiyyah: pernah tidak bersetuju sambil menyebut
bahawa kewajipan untuk menjaga rumah Allah daripada segala jenis
harta kotor ini agar tidak diletak di tempat yang mulia (Majmu’ Al-
Fatawa, 32/88).
Pandangan yang lebih baik diambil dalam hal ini adalah menjauhi
wang haram daripada digunakan untuk membina masjid,
terutamanya binaan utamanya.
Firman Allah: “Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya orang
musyrik itu najis dan janganlah mereka mendekati masjid al-Haram
selepas dari tahun ini”. (At-Taubat: 28)
Wang haram dikira sebagai kekotoran secara hukum (hukmiyyah)
yang tidak sesuai digunakan untuk binaan seperti masjid.
ZAKAT?
Zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram kerana syarat wajib
zakat ke atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari sudut
Islam dan dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Ulama’ bersepakat bahawa tiada zakat ke atas harta haram tetapi
yang perlu adalah melupuskannya.
SEDEKAH DENGAN
HARTA HARAM
Syariah: harta haram tidak dimiliki oleh pemegangnya, mengapa ia perlu
disedekahkan bagi mendapat pahala?
Dalam hal harta haram, ia bukan bertujuan untuk mendapatkan harta pahala bagi
dirinya tetapi untuk memenuhi salah satu syarat taubat dan melepaskan diri
daripada memanfaatkan harta haram untuk diri sendiri. Pahala derma akan
diperolehi oleh pemilik asal harta tersebut.
Hujah pengharusan sedekah: kisah di zaman Khalifah Abu bakar r.a ketika
bertaruh dengan orang musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah
Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rum.
Apabila Rum benar-benar tewas, Abu Bakar memperolehi pertaruhan itu
sedangkan ia haram kerana berunsur judi. Tujuan khalifah ini adalah untuk
membuktikan kebenaran Al-Quran).
Abu Bakar bertemu Rasulullah dan menceritakannya kepada Baginda, lalu
Rasulullah menyatakan ahawa harta itu harta kotor, maka sedekahkanlah ia.
CARA MELUPUS WANG
HARAM DARIPADA
PELABURAN HARAM
Pelaburan cepat kaya melalui internet diharamkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan pada 12 April 2007.
Modal sesebuah pelaburan haram boleh diambil semula kerana sesebuah akad
transaksi riba tidak diiktiraf dalam Islam.
Firman Allah: “Sekiranya kamu bertaubat, maka bagimu modal-modal kamu”.
(Al-Baqarah: 276)
Keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma Fiqh Islami) akad pelaburan
menjadi terbatal apabila mana-mana pihak menjanjikan jaminan modal atau
sebarang keuntungan yang ditetapkan. Ini bermakna, modal tidak terlupus dan
pelabur layak mendapatkannya semula.
Jika pihak syarikat menetapkan bahawa kontrak tidak boleh dibatalkan di
pertengahan jalan, ketika itu, harus hukumnya untuk menunggu bagi
mendapatkan semula semua modal yang telah diletakkan. Tidak boleh kurang
mahu pun lebih.
KEUNTUNGAN HASIL PELABURAN HARAM
-Ulama 4 mazhab telah bersepakat berkenaan kewajipan melupuskan
harta haram dengan mendermakannya dengan segera.
-Syeikh Atiyyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar):
“Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat. Ia
boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada
tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak
mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin
bagi memisahkan diri darinya dan bukannya bagi meraih pahala
(dari serahan itu)”, (Min ahsanil Kalam Fil Fatawa, hlm 2/65)
TEMPAT MENDERMA:
a) Fakir miskin: ulama mengeluarkan fatwa harus untuk individu
yang benar-benar dalam keadaan fakir miskin sebenar dengan
syarat ia disertai perasaan insaf dan bertaubat daripada perbuatan
haramnya yang lampau.
b) Badan kebajikan awam dan pembinaan kemudahan awam
yang halal: harus memberinya kepada pemerintah melalui pusat
zakat ataupun badan kebajikan yang dipercayai untuk membina
masjid, rumah anak yatim, bantuan kepada mangsa bencana dsb.
c) Masjid dan surau
Wang keuntungan boleh didermakan secara berperingkat khas bagi
mereka yang berada dalam keadaan sekiranya mendermakan
keuntungan sekaligus memberi kesan yang teruk dalam perbelanjaan.
Duit haram telah habis digunakan dan tidak mampu untuk diganti
semula: Bagi golongan ini, mereka wajib bertaubat dan memutuskan
keterlibatannya dengan wang haram ini. Dalam masa yang sama,
perbanyakkan sedekah sedikit demi sedikit sepanjang hidupnya.
Dosa-dosa silam yang melekat di hati, kehidupan dan daging perlu
dihapuskan.
Sabda nabi s.a.w: “ Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja
kam berada dan ikutilah perbuatan dosamu dengan pahala, nescaya ia
akan dapat memadamnya dan menjadikan kamu dengan akhlak yang
mulia”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Duit keuntungan digunakan sebagai modal perniagaan halal: Imam
Malik, Imam al-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl
bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian
keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah
haram tetapi ia WAJIB memulangkan kembali wang yang dicuri
(wang yang digunakan sebagai modal perniagaan atau pelaburan)
kepada yang berhak.

Anda mungkin juga menyukai