Anda di halaman 1dari 22

KONSEP HARTA DALAM

MUAMALAT ISLAM
Pendahuluan

 Agama Islam menggalakkan umatnya


berharta
 Kaedah memperoleh harta selari dengan
kehendak syarak
 Harta dianggap sebagai satu amanah oleh
Allah yang mesti diuruskan dengan baik
 Dengan harta juga manusia membina
tamadun dan harta manusia boleh jadi
jahat dan sanggup meruntuhkan tamadun
PENGERTIAN HARTA

Pada pengertian bahasa :


 Harta bererti ‘condong’ atau
‘berpaling dari tengah ke salah
satu sisi’
 Harta diertikan dengan merujuk
kepada segala sesuatu yang
menyenangkan manusia dan ia
dapat dipelihara dengan baik
dalam bentuk benda mahupun
manfaat
Pengertian istilah

Mazhab Hanafi menjelaskan harta adalah


sesuatu yang dimiliki manusia dan dapat
dimanfaatkan pada masa yang diperlukan
Jumhur Ulama:
Harta adalah segala sesuatu yang
mempunyai nilai, dan diwajibkan
ganti rugi atas orang yang
merosak atau melenyapkannya.
(Jumhur ulama selain Hanafiyah).
 Mazhab Hanafi berpendapat
bahawa pengertian harta hanya
bersifat material. Manfaat
menurut mereka termasuk ke
dalam pengertian pemilikan
Contoh;
 Apabila seseorang merampas atau
mempergunakan kenderaan orang
lain tanpa izin pemiliknya (ghasab),
menurut jumhur ulama, orang
tersebut dapat dituntut ganti rugi,
kerana manfaat kenderaan itu
mempunyai nilai harta.
 Ulama mazhab Hanafi mengatakan, bahawa
penggunaan kenderaan orang lain, tanpa izin,
tidak dapat dituntut ganti rugi, kerana orang
itu tidak mengambil harta, tetapi sekadar
memanfaatkan kenderaan tersebut.
 Walaupun begitu, ulama mazhab Hanafi
tetap tidak dapat membenarkan
pemanfaatan milik orang lain tanpa izin
pemiliknya
KEDUDUKAN HARTA DAN FUNGSINYA
 Harta dapat memenuhi segala kegiatan
manusia, termasuk untuk memenuhi
keperluan asas manusia
 Harta adalah termasuk ke dalam lima
keperluan asas manusia, iaitu memelihara
agama, jiwa, akal, kehormatan (keturunan)
dan harta benda
 Manusia tidak boleh sewenang-
wenang dalam menggunakan atau
membelanjakan hartanya
 Harta juga harus disalurkan kepada
pihak lain yang memerlukan, seperti
menunaikan zakat, memberikan infak
dan sedekah
JENIS-JENIS HARTA

a.Harta alih dan tak alih


 Pembahagian harta mengikut jenis ini dibuat
berdasarkan sifat harta itu sendiri sama ada ia nya
boleh dialihkan atau tidak.
 Harta tak alih ertinya harta yang tetap dan tidak
boleh dipindah dari satu tempat ke tempat yang
lain. Contoh nya ialah tanah, bangunan, dan rumah.
 Harta alih pula ialah harta yang boleh berpindah
dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya
ialah kereta, emas, perak dan sebagainya.
 b. Harta yang bernilai dan harta yang tidak
bernilai
 Harta yang bernilai ialah harta yang diiktiraf
pemilikannya oleh syara’.
 Pengiktirafan ini hanya akan berlaku dengan
wujudnya syarat-syarat yang berikut iaitu
harta tersebut dimiliki oleh pemilik
berkenaan secara sah dan harta tersebut
boleh dimanfaatkan mengikut hukum syara’
dalam keadaan biasa.
 Harta tidak bernilai pula ialah harta yang
tidak diiktiraf pemilikannya oleh syara’.
 Harta ini juga disebut sebagai harta yang
tidak dilindungi syara’.
 Harta ini sama ada belum dimiliki dengan
sebenarnya seperti ikan di lautan, burung di
udara atau penggunaanya yang bercanggah
dengan syara’ dalam keadaan biasa seperti
arak atau daging babi.
Kaedah Memperolehi harta

 Melibatkan diri dalam aktiviti


ekonomi atau dengan usaha
sendiri seperti bekerja sendiri .
 Melalui pensyariatan seperti
pusaka , nafkah , wasiat ,
pembahagian harta rampasan
perang dan agihan zakat.
 Kontrak pemindahan seperti jual beli ,
hutang piutang , mas kawin atau
pemberian .
 Bantuan orang lain baik individu,
masyarakat atau kerajaan (seperti
baitulmal ) .
MAL-MUBAH

 Mal-mubah iaitu harta yang


belum dimiliki sesiapa dan Syara’
membenarkan harta tersebut
dimiliki .
 Seperti haiwan di hutan atau
tanah terbiar yang belum
diteroka.
JENIS-JENIS HARTA MUBAH

1. Ma’adin merujuk kepada apa sahaja harta


yang berada di dalam perut bumi semenjak asal
kejadiannya seperti;
 emas,
 perak,
 besi,
 petroleum,
 bousit dan
 sebagainya.
 2. Kunuz ialah harta karun iaitu
apa sahaja harta yang berada di
dalam perut bumi dengan sebab
perbuatan manusia atau kerana
bencana alam seperti gempa
bumi.
3. Memburu (Al-Sayd) iaitu
memburu binatang buruan
yang berada di lautan, sungai,
hutan, gurun dan lain-lain yang
hidup liar dan tiada pemilik.
 4. Kala’ dan Ajam:
 Kala’ adalah rumput rampai yang
tumbuh di muka bumi dengan
sendirinya tanpa ditanam oleh
sesiapa manakala Ajam ialah
tumbuhan atau pokok hutan yang
tumbuh merimbun di muka bumi.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai