Anda di halaman 1dari 55

WAKAF: KONSEP, PRINSIP-

PRINSIP ASAS, DAN MEKANISME


PELAKSANAANNYA
AHMAD MUSTAQIM B AHMAD ROSLI IEM140002
KAMARUL AKMAL B ARIFFIN IEM140009
MUHAMAD SYAZWAN B SALEHUDIN IEM140012
NIK MOHD AQIL AFIFI B NIK MD ZAKI IEM140016
PRINSIP

HIKMAH DALIL

RUKUN &
JENIS
SYARAT
PEPENGERTIAN WAKAFNGERTIAN WAKAF
 Berasal dari bahasa Arab waqafa-yaqifu-waqfan bererti berhenti,
menghentikan, berdiam di tempat atau menahan sesuatu.
- Disebut juga al-habs menghalangi ‘ain (benda yang diwakafkan) untuk
dimiliki atau dibelanjakan.
 Muhammad Ibn Ismail As-San’ay : menahan harta yang mungkin diambil
manfaatnya tanpa menghabiskan atau merosak bendanya dan digunakan untuk
kebaikan.
 Jumhur ulama: menahan harta yang memungkinkan diambil manfaatnya, tetap
‘ainnya, dibelanjakan oleh wakif (orang yg berwakaf) untuk mendekatkan diri
kepada Allah. Dengan diwakafkan harta maka harta tsb lepas dari pemilikan
wakif dan secara hukum menjadi milik Allah SWT.
HUKUM WAKAF
 Hukum wakaf adalah sunat. Ditegaskan dalam hadith:
Ertinya: “Apabila anak Adam meninggal dunia maka
terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), iaitu
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh
yang mendoakannya.” (HR Muslim)
 Harta yang diwakafkan tidak boleh dijual,dihibahkan atau diwariskan. Akan tetapi, harta
wakaf tersebut harus secara terus menerus dapat dimanfaatkan untuk kepentingan umum
sebagaimana maksud orang yang mewakafkan.

 Hadith Nabi yang ertinya:

“Sesungguhnya Umar telah mendapatkan sebidang tanah di


Khaibar. Umar bertanya kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah
apakah perintahmu kepadaku sehubungan dengan tanah tersebut?
Baginda menjawab: Jika engkau suka tahanlah tanah itu dan
sedekahkanlah manfaatnya! Maka dengan petunjuk baginda itu, Umar
menyedekahkan tanahnya dengan perjanjian tidak akan dijual
tanahnya, tidak dihibahkan dan tidak pula diwariskan.” (Muttafaqun
‘alaih)
JENIS-JENIS WAKAF

i. Ditinjau dari Sudut Penerimaan


ii. Ditinjau dari Sudut Tujuan
iii. Ditinjau dari Sudut Waktu
i. Ditinjau dari sudut penerimaan, Dr Wahbah Zuhaili
membahagikan kepada dua iaitu 1.) Wakaf Am 2.)
Wakaf Khas
Wakaf am tidak ditentukan secara jelas penerimanya
Wakaf khas ialah wakaf yang telah ditentukan secara
jelas siapa penerimanya sama ada kepada seseorang,
kumpulan atau institusi tertentu.
Ditinjau dari sudut tujuan, ada tiga:
 Wakaf Kebajikan: kebajikan kerana Allah untuk sesame manusia.
 Wakaf Keluarga: wakaf yang ditujukan khas kepada kebajikan diri
sendiri dan ahli keluarga sahaja.
 Wakaf Bersekutu: wakaf yang bergandingan antara wakaf kebajikan
dan wakaf keluarga. Contohnya: Pewakaf mewakafkan hartanya kpd
kebajikan pada jumlah tertentu, manakala bakinya diwakafkan kpd
penerima yang ditentukan di kalangan keluarganya.
SYARAT WAKAF
1) Diwakafkan untuk selama-lamanya, tidak terbatas waktu tertentu (disebut
takbid).
2) Tunai tanpa menggantungkan pada suatu peristiwa di masa yang akan datang.
Misalnya, “Saya wakafkan bila dapat keuntungan yang lebih besar dari usaha
yang akan dating.” Hal ini disebut tanjiz
3) Jelas mauquf ‘alaih nya (orang yang diberi wakaf) dan boleh dimiliki barang
yang diwakafkan (mauquf) itu.
RUKUN WAKAF WAKAF
Amalan wakaf tidak sah seandainya salah satu daripada kesemua
rukun diabaikan.

Rukun wakaf dalam Islam terbahagi kepada empat perkara:

1) Pewakaf atau orang yang melakukan amalan wakaf


2) Harta wakaf atau harta yang dijadikan wakaf
3) Penerima wakaf atau pihak yang menerima wakaf
4) Ijab/ qabul atau sighah.
HIKMAH WAKAF
Melaksanakan perintah Allah SWT untuk selalu berbuat
baik. Firman Allah SWT:

Ertinya:”Hai orang-orang yang beriman,rukuklah kamu,


sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah
kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”( QS Al-
Hajj : 77 )

Memanfaatkan harta atau barang secara optimum


Mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi

Wakaf biasanya diberikan kepada badan pelaksana yang bergerak dalam bidang sosial
kemasyarakatan. Hal ini selari dengan kaedah usul fiqh “Kemaslahatan umum harus
didahulukan daripada kemaslahatan yang khusus.”

Adapun manfaat wakaf bagi orang yang menerima atau masyarakat adalah:

i. Dapat memperbaik tahap intelektual


ii. Dapat menghilang atau mengurangi kemiskinan
iii. Dapat menghilang atau mengurangi masalah jurang social
iv. Dapat memajukan atau mensejahterakan umat
KONSEP ISTIBDAL
 IBDAL bermaksud mengeluar atau menukar sesuatu mawquf
(daripada konsep asalnya yang tidak boleh dijual, dihibah atau
diwarisi) dengan menjual harta itu.
 ISTIBDAL bermaksud membeli sesuatu harta yang lain dengan
hasil jualan untuk dijadikan sebagai mawquf bagi menggantikan
harta yang dijual meliputi apa-apa harta yang diperolehi dengan
cara gentian dengan harta yang sama ataupun harta yang lebih
baik nilai dan manfaatnya.
 Harta ini dikenali sebagai badal atau amwal al-badal.
OBJEKTIF ISTIBDAL
I. Mengekalkan harta mawquf supaya manfaat dan kegunaannya dapat
dinikmati secara berterusan oleh umat Islam.
II. Menjamin pembangunan mawquf mengikut arus pembangunan dan
perkembangan ekonomi semasa negara
III. Menjaga dan memelihara tujuan/ niat pewakaf bagi mendapat
ganjaran secara berkekalan sebagai amal sedekah jariah.
IV. Mengelak pembekuan mawquf yang tidak ekonomik dan menjadi
terbiar dan meningkatkan hasil dan pendapatan dana wakaf negeri-
negeri untuk pembangunan ummah.
WAKAF TUNAI
DEFINISI
 Suatu pemberian wang tunai kepada entiti pengurusan yang sah untuk dikumpulkan dan
dijadikan modal bagi menukar dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan wakaf. (Azri Ahmad, 2008)
 Menurutnya lagi, kaedah ini adalah praktikal kerana pemilikan mutlak bersifat kekal seperti
hartanah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah dan mengekang keupayaan dan
kemampuan berwakaf.
 Mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf, di mana wang
modalnya dikekalkan kepada penerima wakaf . (JAWHAR 2009)
 Para fuqaha salaf menggunakan istilah wakaf wang dirham dan wang dinar. Wang-wang
tersebut akan dikumpulkan dan kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan
badal. Seterusnya manfaat hasil wakaf tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan dan
pembangunan ummah.
KONSEP WAKAF TUNAI
DARI PERSPEKTIF ISLAM
 Isu wakaf tunai telah dibincangkan oleh para fuqaha terdahulu dan ilmuan kontemporari.
 Fuqaha mempunyai pendapat yang berbeza sama ada konsep wakaf tunai dibenarkan atau
dilarang oleh Syarak.
 Dalam perbincangan wakaf tunai, perlu difahami bahawa ia berkait rapat dengan perbincangan
aset wakaf, sama ada wang tunai boleh diangggap sebagai aset wakaf atau sebaliknya.
 Justeru, untuk mendalami isu wakaf tunai, maka menjadi satu keperluan untuk memahami
kategori-kategori harta alih dan tidak alih seperti mana yang telah dibincangkan dalam rukun
harta wakaf untuk memastikan kelayakan sesuatu harta menjadi aset wakaf.
ANALISA PANDANGAN SYARIAH DAN
KAITANNYA DENGAN APLIKASI WAKAF
TUNAI
 Berdasarkan pendapat fuqaha mengenai keharusan wakaf bagi aset kekal, kita boleh
menyimpulkan bahawa hampir Ijmak para ulama bersetuju tentang keharusan wakaf bagi aset
kekal.
 Tetapi, fuqaha telah berbeza pandangan mereka mengenai isu wakaf aset mudah alih yang
boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu aset yang boleh dipelihara fizikalnya selepas
digunakan seperti contoh senjata dan aset yang tidak boleh dipelihara fizikalnya selepas
digunakan seperti contoh makanan.
 Majoriti fuqaha mengharuskan kategori pertama dan tidak mengharuskan kategori kedua.
 Walau bagaimanapun, Imam Al-Auzaie dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki membenarkan
jenis kedua seperti makanan untuk diwakafkan.
SAMB . . .
 Berdasarkan analisa pandangan-pandangan fuqaha yang diutarakan, kesimpulan yang boleh
dirumus adalah punca perbezaan pandangan para fuqaha’ adalah pada menentukan sama ada
elemen kekal merupakan syarat sah bagi harta wakaf ataupun tidak.
 Bagi para fuqaha’ yang menetapkan bahawa syarat kekal mesti dipenuhi oleh harta wakaf dan
ini merupakan pendapat majoriti berbeza pendapat apakah harta yang memenuhi syarat sah
ini.
KEHARUSAN KONSEP WAKAF
TUNAI
DARI PERSPEKTIF SYARIAH
 Menurut Mazhab Syafie, keharusan wakaf tunai bergantung kepada hukum keharusan
menyewakan Dinar dan Dirham.
 Sebahagian fuqaha Mazhab Syafiie yang membenarkan penyewaan dinar dan dirham
berpendapat bahawa ia juga dibenarkan untuk tujuan wakaf.
 Manakala, bagi sebahagian fuqaha Mazhab Syafiie yang tidak membenarkan sewaan dinar dan
dirham akan menganggap wakaf dinar dan dirham adalah tidak dibenarkan.
 Fuqaha mazhab Maliki mempunyai sudut pandangan yang berbeza apabila membenarkan
wakaf tunai kerana sifat kekal tidak dikira sebagai syarat sah bagi sesuatu harta wakaf.
 Mereka juga membolehkan wakaf untuk beberapa tempoh tertentu sebelum aset kembali
kepada pemilikan waqif.
SAMB . . .
 Salah satu pendapat mazhab Hanafi yang didokong oleh Muhammad Ibnu Hasan dan Zufar,
wakaf tunai adalah diharuskan jika ianya diterima oleh uruf masyarakat.
 Kaedah umum yang membenarkan mana-mana harta kekal yang diakui oleh amalan adat
masyarakat untuk diwakafkan merupakan asas untuk beberapa Fuqaha mazhab Hanafi
terutama dalam zaman Uthmaniyyah membenarkan amalan Wakaf Al-Nuqud (wakaf tunai).
 Mereka juga membenarkan wakaf tunai kerana ia boleh dipelihara nilai asal wang tunai
dengan cara pemberian Qardh atau pelaburan.
RESOLUSI SEMASA
BERKAITAN
HUKUM WAKAF TUNAI
 AAOIFI dalam Piawaian Syariah yang ke-33 menyatakan: “Wakaf dalam bentuk wang tunai
adalah dibenarkan dan pemanfaatannya perlu dilakukan dengan cara yang tidak akan
menyebabkan wang itu habis dan berkurangan.
 Antara cara pengendalian yang dibenarkan adalah melalui pemberian pinjaman (Qardh) yang
patuh syariah dari tunai tersebut atau menyalurkan wang itu kepada pelaburan yang selamat
dan patuh syariah seperti kontrak Mudharabah dan kemudian keuntungannya akan
dibahagikan kepada pemanfaat wakaf.
 Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga membenarkan wakaf tunai dengan syarat tunai tersebut
digunakan dengan cara yang mampu menjamin kekekalan jumlah asal aset wakaf. Mereka
menyatakan:
“ Nilai pokok Wakaf Wang harus dijamin kelestariannya, tidak boleh dijual, dihibahkan, dan
atau diwariskan.”
SAMB . . .
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-77 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9) antaranya telah memutuskan bahawa konsep
wakaf tunai adalah dibenarkan dalam Syariah.
PERANAN WAKAF TUNAI DALAM
PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT
ISLAM
 Berpotensi dalam membiayai dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dalam bidang
keagamaan, pendidikan, kesihatan dan hal-hal kemasyarakatan
 Golongan yang kurang berkemampuan dapat memenuhi keperluan mereka
 Dapat menyumbang kepada pembangunan negara sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung
 Dapat memperkasakan institusi wakaf dengan mengoptimumkan penggunaannya dan
membantu membangunkan sosioekonomi masyarakat Islam
 Jaminan sosial dapat dicapai dalam memenuhi keperluan asas kebendaan dan kerohanian
masyarakat Islam dari generasi ke generasi
 Mengurangkan ketidakseimbangan agihan dalam masyarakat secara umumnya.
PERKEMBANGAN WAKAF
TUNAI
DI MALAYSIA
 Telah lama berlaku dalam bentuk pemberian derma untuk pembelian tanah wakaf masjid,
bahan-bahan binaan masjid, surau dan madrasah.
 Umat Islam di Malaysia lebih cenderung mewakafkan harta mereka dalam bentuk tanah bagi
mendirikan masjid, surau, sekolah agama ataupun tanah perkuburan.
 Ini berdasarkan kepada dua faktor, fahaman tradisi turun temurun dan pegangan kepada
mazhab Shāfi‘ī yang menjadi mazhab fiqh rasmi di Negara ini
 Menurut Siti Mashitoh Mahamood, wakaf tunai telah bermula dengan Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang melaksanakannya melalui peruntukan statutori seperti
berikut:
“Jawatankuasa Kawalan Wakaf Negeri bolehlah menerima wang tunai daripada siapa-siapa yang
berhajat hendak mewakafkan bagi faedah am dengan mengisi satu borang yang ditetapkan bagi-
nya.”
SAMB . . .
 MAIN Pulau Pinang telah menubuhkan Skim Saham Wakaf Pulau Pinang pada 30 Disember
1994.
 Skim Saham Wakaf ini antara tujuan utamanya mengumpulkan dana bagi menyelesaikan
kemelut tanah-tanah wakaf yang terbiar dan tidak berjaya dimajukan oleh pihak Majlis di
samping pembelian aset wakaf kekal yang lain seperti tanah, bangunan dan rumah wakaf.
 Namun pada 18 Oktober 2002, skim ini kemudiannya digantikan dengan Skim Dana Wakaf
Pulau Pinang bertujuan menarik lebih ramai penyertaan di kalangan masyarakat Islam
setempat untuk beramal jariah
SAMB . . .
 MAIN Sembilan (MAINS) turut mengharuskan wakaf tunai sebagai harta yang boleh
diwakafkan menerusi Enakmen No.5 Wakaf (Negeri Sembilan) seperti berikut:
"Majlis boleh menubuhkan apa-apa skim wakaf melalui sumbangan wang tunai atau apa-apa
sumbangan kewangan yang lain daripada mana mana orang, persatuan atau institusi yang
diwakafkan kepada Majlis“
 Dengan itu, Skim Wakaf Tunai NS yang ditawarkan dalam bentuk unit-unit saham dijual
kepada orang ramai yang kemudiannya akan mewakafkan sijil saham tersebut kepada MAINS.
 Dengan kadar penyertaan minimanya RM 1.00 dan tanpa had maksima, dana wakaf tunai ini
digunakan bagi membeli hartanah kekal di samping menebus hartanah milik umat Islam di
Negeri Sembilan yang telah tergadai
SAMB . . .
 Secara keseluruhannya, hampir seluruh Majlis Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia telah
melaksanakan wakaf tunai ini.
 Walaupun pelaksanaan wakaf tunai di Majlis Agama Islam Negeri-negeri berbeza daripada
nama mahupun kaedah pelaksanaan, namun apa yang penting matlamat yang hendak dicapai
daripadanya adalah sama.
 Matlamat utama pelaksanaan wakaf tunai bertujuan untuk membangunkan hartanah wakaf
sedia ada selain pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam.
WAKAF SAHAM & WAKAF
AMANAH PELABURAN
HARTANAH ISLAM
(I-REIT)
Wakaf Saham
-saham wakaf dapat didefinisikan sebagai modal yang dikeluarkan oleh para pewakaf kepada pihak
tertentu yang mempunyai kelayakan menguruskan dana wakaf bagi melaksanakan sesuatu
perusahaan dengan niat wakaf. (Rani, 2013)
-Bagi mengesahkan modal yang telah dikeluarkan tersebut, pewakaf akan diberikan sijil pengesahan
menyertai skim saham wakaf.
-Perbezaan saham wakaf dengan saham biasa adalah saham wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh
dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sebagai hibah, tidak boleh dijadikan harta pusaka dan tidak boleh
dijual atau digadai
 Wakaf berkonsepkan saham ini berlaku apabila pewakaf mewakafkan saham-saham tersebut
kepada badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang amanah.
 hasil harta wakaf tersebut akan digunakan untuk agama Islam dan kebajikan ummah.
 Contoh aplikasi saham wakaf:

a) Wakaf Saham Larkin Sentral


b) Saham Wakaf Pahang
a)Wakaf Saham Larkin Sentral
 Wakaf Saham Larkin Sentral Property Berhad (Larkin Sentral) merupakan satu inisiatif yang
dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) bagi kepentingan kebajikan
dan ekonomi masyarakat ummah keseluruhannya.
 Penawaran saham waqaf ini melibatkan penawaran sehingga 850 juta saham.
 Ianya memberikan peluang kepada pewakaf-pewakaf individu dan institusi-institusi untuk
melanggan saham-saham baru Larkin Sentral dengan nilai langganan minima RM 100 atau
1,000unit saham dengan harga tawaran sebanyak RM 0.10 setiap saham dan seterusnya
mewakafkan saham-saham tersebut kepada WANCorp
 Jumlah RM 85 juta tersebut akan digunakan untuk membiayai penambahbaikan sistem operasi
terminal dan pembangunan naik taraf bangunan terminal pengangkutan larkin sentral serta
pasar awam yang terletak di Larkin, Johor Bahru.
 Pembangunan tersebut juga termasuk pembelian tanah, pembinaan ruang parkir bertingkat dan
beberapa lot perniagaan yang akan dikhaskan kepada ibu tunggal dan golongan yang kurang
berkemampuan untuk berniaga
b) Saham Wakaf Pahang
 Saham Wakaf Pahang (SWP) adalah satu skim yang dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan
Adat Resam Melayu Pahang pada 1 Ramadhan 1419H bersamaan 20 Disember 1998
merupakan Saham Wakaf keempat yang dilancarkan di Malaysia.
 Nilaian satu unit saham yang ditawarkan ialah Rm10.00 seunit.
 Perjalanan operasi unit dikawalselia oleh satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Tabung Amanah Saham Wakaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu
Pahang.
 Dana Saham Wakaf Pahang disalurkan kepada 6 aktiviti utama, iaitu:

a) Aktiviti pendidikan
b) Pembelian hartanah atau pembangunan tanah wakaf sedia ada.
c) Pembinaan atau pembaikkan bangunan masjid dan surau.
d) Aktiviti sosial.
e) Wakaf peralatan kesihatan.
f) Pembinaan bangunan klinik al-amin di kuantan dan rompin.

 Pada akhir bulan September 2017, sebanyak RM 119 juta telah diagihkan hasil daripada saham
waqaf ini kepada pelbagai institusi sepertimana yang telah disenaraikan.
WAKAF AMANAH
PELABURAN HARTANAH
ISLAM (I-REIT)
Amanah Pelaburan Hartanah Islam atau Islamic Real Estate Investment Trust (IREIT) menurut
suruhanjaya Sekuriti ialah instrumen pelaburan secara kolektif seperti dana amanah atau unit
trust melalui pengumpulan dana daripada pelabur bagi tujuan pembelian, pengurusan dan
penjualan hartanah, seperti rumah kediaman, bangunan komersial, ladang, gudang tempat letak
kereta atau aset kewangan lain yang berkaitan dengan hartanah, seperti saham syarikat hartanah
dan sukuk yang diterbitkan oleh syarikat hartanah .
 Struktur I-REIT dan wakaf melibatkan proses pensekuritian harta tanah, iaitu menukarkan
pemilikan harta tanah kepada unit yang kecil yang boleh dilanggan oleh orang ramai dan
kemudian hasilnya diwakafkan untuk kepentingan benefisiari.
 Contoh pelaksanaan Struktur I-REIT :

a) al-Aqar KPJ REIT


b) Wakaf Ladang PERKAYA
a) al-Aqar KPJ REIT
 al-Aqar KPJ REIT merupakan I-REIT yang pertama yang telah dilancarkan di dunia oleh KPJ
Heath Care Berhad sebuah anak syarikat milik Johor Corporation (JCorp).
 Bagi pihak penerbit I-REIT, iaitu JCorp, modal yang diperoleh daripada pelabur yang
melanggan unit I-REIT dapat dimanfaatkan bagi tujuan membiayai pembelian peralatan dan
kelengkapan di 20 rangkaian hospital yang diuruskan olehnya.
 Pada tahun 2009, WANCorp sebagai anak syarikat JCorp yang menguruskan wakaf saham telah
menggunakan kaedah istibdal menggantikan unit saham wakaf Johor Land Berhad memandangkan
syarikat tersebut telah dikeluarkan daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Jumlah
saham Al-Aqar KPJ REIT yang diwakafkan sebanyak 12.62 juta unit yang bernilai RM13 juta.
b) Wakaf Ladang PERKAYA
 Menjalankan usaha perladangan sawit diatas tanah kurniaan kerjaan Negeri seluas 830 ekar di
Mukim Jabor, Kemaman Terengganu.
 Pelaksanaan wakaf yang dibuat dalam bentuk pewakafan pokok dan ladang kelapa sawit oleh
PERKAYA.
 Dana dan hasil digunakan untuk perbelanjaan anak-anak yatim, pengurusan PERKAYA dan
pengurusan ladang kelapa sawit tersebut.
WAKAF
PENDIDIKAN
DEFINISI
Wakaf pendidikan merupakan sesuatu harta, barangan, aset atau tunai yang diberikan kepada
sesebuah institusi pendidikan sama ada secara berterusan atau tidak berterusan demi kepentingan dan
manfaat awam bagi pelajar islam khususnya.

kelangsungan pembangunan ekonomi khususnya dalam bidang pendidikan dan membentuk dana
yang berterusan tanpa terlalu bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan
TIGA ASPEK KONSEP
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
MELALUI WAKAF,

Wakaf Wakaf Wakaf


tanah bangunan produktif
PERANAN WAKAF DALAM
PEMBANGUNAN PENDIDKAN
 wakaf juga telah menjadi alat agihan semula kekayaan yang penting bagi mencapai
pembangunan ekonomi.
 memainkan peranan menyediakan pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadat serta
menyediakan kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya.
 CONTOH wakaf Pendidikan
pendidikan adalah penting bagi pembangunan sumber
manusia.
 Malah ahli ekonomi telah membuktikan bahawa pendidikan
adalah faktor yang paling penting dalam meningkatkan
pertumbuhan ekonomi selepas Perang Dunia II.
 Oleh itu, pendidikan juga adalah penting untuk
mengembangkan pengetahuan masyarakat dan seterusnya
mempengaruhi proses pembangunan negara.
MODEL WAKAF PENGAJIAN
TINGGI DI MALAYSIA

Universiti Islam Universiti Kompleks Tan


Malaysia (UIM) Antarabangsa Al- Sri Hashim di
di Cyberjaya Bukhari (AiU) di Universiti Islam
Kedah Antarabangsa
Malaysia
WAKAF
TAKAFUL
SEJARAH TAKAFUL WAKAF
Syarikat Takaful Malaysia merupakan satu-satunya syarikat takaful di Malaysia ini yang
menawarkan produk takaful berasaskan kontrak wakaf.
Afrika Selatan dan Pakistan juga telah melaksanakan produk takaful wakaf ini dengan
jayanya
Pelan takaful wakaf ini dibuat adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu
yang membelenggu pemikiran ulama-ulama berkaitan pemilikan dana tabarru’ .
KONSEP TAKAFUL DAN
WAKAF
Takaful : “Persepakatan antara sekumpulan individu (peserta) bagi tujuan mendapatkan
perlindungan (pampasan)daripada kemudaratan/risiko tertentu dengan memberi sumbangan
berdasarkan kaedah iltizam bi al-tabarru (beriltizam untuk melakukan tabarru) sehingga
terbentuk dengannya satu tabung (takaful) yang memiliki shakhsiyyah i’tibariyyah (satu entiti
khas dari segi undang-undang) yang memiliki hak dan tanggungjawab (kewangan) sendiri dan
bersedia membayar tuntutan pampasan kepada peserta yang mengalami kemudaratan. Skim ini
berasaskan akad tabarru’ (sumbangan kebajikan) dan ta’awun (kerjasama dan tolong-menolong)
di mana para peserta memberi sumbangan ke dalam satu tabung khas yang akan digunakan bagi
tujuan menolong peserta yang ditimpa musibah.”
Wakaf : apa-apa harta yang ditahan hak oleh pewakaf ke atas harta tersebut daripada segala urusan
jual-beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya. Manfaat daripada
harta wakaf itu adalah untuk umum dan khusus iaitu yang telah ditentukan sahaja. Segala
pendapatan, perolehan dan manfaat daripada harta wakaf itu hendaklah dibelanjakan ke arah
kebaikan. Harta wakaf tersebut bukan lagi dimiliki oleh sesiapa. Ia tidak boleh dituntut kembali
kerana harta tersebut adalah hak milik mutlak Allah SWT.
Takaful wakaf : suatu kontrak gabungjalin antara takaful dan wakaf. Ini bermakna peserta
menjadi sebagai ahli terhadap mana-mana pelan takaful dengan syarat ia menyerahkan wang
sebagai wakaf. Dengan sebab itu, peserta menerima manfaat dari sudut spiritual iaitu iman dan
pahala disamping dapat menikmati pampasan ketika menghadapi musibah. Wang wakaf yang
telah disumbangkan oleh peserta dalam skim takaful adalah bertujuan untuk membantu peserta-
peserta lain yang berada di dalam kesusahan
BEBERAPA PERKARA
BERKAITAN HUKUM WAKAF
a. Wakaf wang: Dihukumkan harus seperti yang disepakati oleh majoriti ulama iaitu fuqaha
mazhab Hanafi, Maliki, dan sebahagian fuqaha mazhab Hanbali. Ia diwakafkan secara
mudharabah, dan keuntungan yang terhasil dibelanjakan ke atas orang yang diwakafkan untuk
mereka, mengikut syarat-syarat wakaf. Ia juga boleh diwakafkan untuk tujuan memberi hutang.
b. Pewakaf berhak mengambil manfaat daripada harta yang diwakafkan jika ia ialah wakaf am,
atau dia mensyaratkan bahawa dia berhak mengambil manfaat daripadanya bersamasama orang
lain. Ini dihujahkan dengan perbuatan Uthman r.a. yang telah mewakafkan Telaga al-rumah dan
mensyaratkan bahawa baldinya dijadikan baldi seluruh umat Islam.
c. Sebarang sumbangan yang disumbangkan kepada harta wakaf tidak dianggap sebagai wakaf.
Ianya dibelanjakan ke atas orang-orang yang harta itu diwakafkan untuk mereka, serta untuk
maslahah harta wakaf tersebut.
d. Wakaf mesti dilakukan untuk pihak yang wujud secara berterusan dan ini disepakati oleh
fuqaha.
MODUS OPERANDI TAKAFUL
WAKAF
a. Syarikat takaful menubuhkan satu tabung wakaf. Sebahagian daripada modal syarikat
diwakafkan untuk peserta-peserta yang ditimpa musibah mengikut peraturan-peraturan penggunaan
dana. Ini berkonsepkan wakaf wang yang harus mengikut hukum syarak. Jumlah wang yang
diwakafkan ini, dilaburkan berasaskan konsep mudharabah di mana keuntungannya dimasukkan ke
dalam tabung khas untuk tujuan pelaksanaan matlamat-matlamat wakaf.
b. Dana takaful tidak dimiliki oleh mana-mana pihak. Dana itu sendiri merupakan satu entiti
yang sah di sisi undang-undang yang memungkinkannya memiliki harta dan melakukan pelaburan
serta memberi pemilikan kepada orang lain berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
c. Sebarang pihak yang inginkan perlindungan takaful boleh menyertai keanggotaan dana
dengan cara melakukan sumbangan mengikut peraturan yang ditetapkan.
d. Sebarang sumbangan daripada peserta menjadi milik dana wakaf. Sumbangan itu bukanlah harta wakaf,
tetapi dianggap hak milik sumber wakaf. Oleh itu, jumlah sumbangan tersebut tidak wajib disimpan
sebagaimana wang wakaf. Ia dilaburkan untuk maslahah dana, dan dibelanjakan bersama-sama dengan
keuntungan untuk pembayaran pampasan dan tujuan-tujuan wakaf yang lain.
e. Penetapan syarat-syarat berkaitan hak peserta untuk mendapat pampasan dan jumlah bayaran penyertaan
(sumbangan) untuk setiap jenis insurans ditentukan oleh peraturan dana. Ia juga boleh ditentukan melalui
penilaian aktuari seperti yang diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional.
f. Sebarang pampasan yang diperoleh oleh para peserta bukanlah bayaran balasan terhadap sumbangan
mereka. Pampasan itu merupakan pemberian khas daripada dana wakaf kerana mereka tergolong dalam
golongan yang diwakafkan untuk mereka seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat wakaf. Adalah jelas di
sudut hukum bahawa pewakaf berhak mengambil manfaat daripada sumber wakaf jika dia termasuk dalam
golongan yang diwakafkan untuknya. Pengambilan manfaat wakaf ini bukanlah bayaran ganti kepada wakaf
yang dilakukannya.
g. Dana wakaf mempunyai hak mutlak ke atas harta dalam dana mengikut syarat yang telah ditetapkan
dalam peraturan dana. Dana wakaf mengandungi semua harta tersebut yang terdiri daripada keuntungan wang
wakaf dan sumbangan yang dibuat oleh peserta bersama keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan. Dana
berhak menentukan kedudukan lebihan dana yang berlaku iaitu sama ada dikekalkan di dalam dana sebagai
rizab untuk defisit yang mungkin berlaku pada tahun-tahun hadapan atau dibahagikan keseluruhan lebihan atau
sebahagian daripadanya kepada para peserta. Lebihan itu dibahagikan kepada tiga bahagian: satu bahagian
dikekalkan sebagai rizab, satu bahagian dibahagikan kepada para peserta, dan satu bahagian dibelanjakan untuk
tujuan kebajikan bagi menzahirkan ciri-ciri dana wakaf.
KEPERLUAN PELAKSANAAN
PELAN TAKAFUL WAKAF DI
MALAYSIA
a. Isu Fiqh Mengenai Wakaf Tunai
b. Kuasa Mengurus Harta Wakaf di Malaysiab.
c. Isu-isu lain
KESIMPULAN
 Kesempurnaan itu adalah wujudnya syariat mengenai wakaf yang
merupakan ibadah Maliyah ijtima’iyah,
 terdapat beberapa isu yang mana perlu wujudnya satu konsep bagi
mengembangkan fungsi sistem wakaf ke tahap yang lebih baik iaitu
dengan pengunaan konsep istibdal .
 wujudnya makanisme- makanisme ini dapat ditunjukkan bahawa
sistem wakaf ini bukanlah bersifat tradisional

Anda mungkin juga menyukai