Anda di halaman 1dari 31

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan......................................................................................................................................1

2.0 Latar Belakang Surah al-Insyiqaq.....................................................................................................2

3.0 Intipati Surah al-Insyiqaq.................................................................................................................3

4.0 Nilai Dan Etika Di Dalam Surah al-Insyiqah....................................................................................14

4.1. Kepatuhan................................................................................................................................15

4.2 Bersungguh-Sungguh.................................................................................................................17

4.3 Bertanggungjawab.....................................................................................................................19

4.4 Bersifat Ihsan.............................................................................................................................21

4.5 Sistematik..................................................................................................................................24

4.6 Telus..........................................................................................................................................25

5.0 Penutup.........................................................................................................................................27

6.0 Rujukan..........................................................................................................................................28

0
1.0 Pengenalan

Assalamualaikum, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat


juga kami menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini, yang diberi tugasan tentang
latar belakang surah al-Insyiqaq dan isi kandungannya. Di samping itu juga, kami juga diberi
arahan untuk mengeluarkan 6 etika yang terkandung dalam surah tersebut untuk dipraktikkan
dalam kehidupan berorganisasi pada masa kini.

Al-Quran merupakan kalam Allah yang syumul, lengkap dan juga merupakan
petunjuk kepada umat manusia. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan sebagai teladan
terhadap semua manusia. Apa yang dikaji tentang al-Insyiqaq ini pula, beberapa inti pati dan
etika yang telah dapat dikenalpasti dan dikeluarkan untuk menjadikan sesebuah organisasi itu
menjalankan aktiviti dengan lancar dan berkesan.

Etika dan isu-isu etika sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras mana-mana
organisasi. Dalam latar organisasi juga, tingkah laku beretika dalam menjalankan tugas sering
dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan agama yang dilakukan secara
sukarela tanpa mengharap sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan
perkara-perkara berkaitan dengan etika kurang diberi perhatian serius. Sebenarnya soal etika
memberi kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Oleh itu, segala usaha yang kami
lakukan diharap mendapat maklumat yang bermanfaat dan juga mampu memberikan kami
pengetahuan yang berguna terutama dari segi penerapan nilai-nilai etika dari surah tersebut..

Di kesempatan ini, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada individu penting yang
banyak membantu kami iaitu Dr. Nor'azzah Binti Kamri yang telah banyak membimbing
kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa
kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang tugasan ini
disiapkan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kami dijalankan dan dibentangkan.

1
2.0 Latar Belakang Surah

Surah al- Insyiqaq merupakan surah yang ke-83 diturunkan kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬dan berada

pada urutan yang ke-84 di juzuk ke-30 dalam mashaf al-Quran dan mengandungi 25 ayat.
Ianya diturunkan selepas surah al-infithar dan al-Muthafiffin. Surah ini dinamai dengan “
‫قاق‬55‫ ”االنش‬diambil daripada perkataan pada ayat pertama surah ini. Insyiqaq bermaksud
“Terbelah” yang mana menunjukkan kepada permulaan hari kiamat. Surah ini merupakan
surah Makiyyah iaitu pada umumnya merujuk kepada surah-surah dan ayat-ayat yang
diturunkan sebelum ketibaan baginda di Madinah seperti mana yang diriwayatkan oleh
Uthman bin Sa`id al-Razi yang mana mengatakan bahawa Yahya bin Salam berkata:

“Apa jua ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan di dalam perjalanan ke
Madinah sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.) tiba di Madinah adalah dikira sebagai
Makkiyyah”1

Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai pengkealsan sesuatu surah terhadap


pembahagian makiyyah dan madaniyyah, pendapat ini merupaka pendapat yang paling tepat
kerana pendapat ini mashur disisi majoriti sarjana muslim kerana ianya bersifat menyeluruh
dan tepat. Pendapat ini juga tidak mempunyai percanggahan antara satu dengan lain serta
mendapat sokongan daripada ulama yang mashur seperti Imam Bukhari dan lain-lain ulama.2

Perbincangan utama surah ini berkaitan dengan permulaan hari kiamat dan hari
pembalasan. Isi kandungannya merupakan rentitan dari surah surah sebelumnya iaitu surah
al-Infithar dan surah al-Muthaffifin. Surah al-Infithar menerangkan mengenai catatan amal
baik dan buruk manakala surah al-Muthaffifin pula mengenai penyimpanan buku amalan.
Manakala surah al-insyiqaq pula menceritakan tentang cara pemberian buku amalan serta
balasan yang setimpal serta cara penerimaan buku amalan tersebut. Surah ini
memperingatkan kepada manusia bahawasanya semua manusia akan kembali kepada Allah
dan perlulah bersedia sebaiknya. Surah ini diakhiri dengan nada yang positif dengan
mengatakan bahawa beginilah hukum dunia akan berakhir, suka atau tidak manusia harus
bekerja keras, dan mereka akan melalui dari satu fasa ke fasa yang lain bagi menuju tuhan
mereka.

1
Kamal Mahyuddin Harun (1999), Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, Selangor: Penerbitan Pelangi SdnBhd.
2
Abdul Razak Abddul Muthalib (2008), Ulum Al Quran dan Ulum Al Hadis, Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd.

2
3.0 Intipati Surah al-Insyiqaq

Ayat 1-5: Tadabbur Alam

ْ َ‫} َوأَ ْلق‬3{ ‫ت‬


‫ت َما فِيهَا‬ ْ ‫} َوإِ َذا اأْل َرْ ضُ ُم َّد‬2{ ‫ت‬ ْ ‫} َوأَ ِذن‬1{ ‫ت‬
ْ َّ‫َت لِ َربِّهَا َو ُحق‬ ْ َّ‫إِ َذا ال َّس َماء ان َشق‬
{5{ ‫ت‬ ْ ‫} َوأَ ِذن‬4{ ‫ت‬
ْ َّ‫َت لِ َربِّهَا َو ُحق‬ ْ َّ‫َوتَخَ ل‬
“Apabila langit terbelah, dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya
langit itu patuh. Dan apabila bumi diratakan, dan dilemparkan apa yang ada di
dalamnya dan menjadi kosong, dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah
semestinya bumi itu patuh, (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat
perbuatannya)”
)QS. 84: 1-5 (

RUMUSAN3

Ayat 1: Kejadian langit yang terbelah pada hari kiamat itu telah pun diterangkan di
dalam Surah-surah yang lain,tetapi perkara baru yang telah dikemukakan di dalam Surah ini
adalah penyerahan langit kepada Tuhannya iaitu Allah yang mana ia wajib menyerah diri
menjunjung perintah Tuhannya dengan penuh keta'atan dan kepatuhan.

Ayat 2: Kepatuhan langit kepada perintah Tuhannya ialah keta'atannya menjunjung


perintah-Nya supaya pecah dan terbelah. Kewajipan itu tertanggung ke atas langit mengaku
berkewajipan terhadap Allah dan inilah salah satu kepatuhan yang diwajibkan ke atas dirinya
dan diterima olehnya sebagai satu tanggungjwab. Ada lagi satu perkara baru yang
dikemukakan di dalam Surah ini iaitu bumi pada hari kiamat kelak akan ditarik menjadi
mendatar.

Ayat 3: Mungkin maksudnya kawasan dan bentuk bumi kelak akan diregang dan
dihampar menyebabkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang mengendalikan
perjalanannya dan memelihara bentuk bulatnya yang ada sekarang ini menjadi kacau-bilau
dan kucar-kacir. Di sini diungkapkan bahawa perkara ini berlaku dari tindakan yang datang
dari luar bumi dengan menggunakan kata kerja majhul "ditarik luas".

3
Sayyid Qutb, Filzilil Al- Quran, (Beirut, Lubnan: Dar al Shuruq, 1973- 1974).

3
Ayat 4: Ayat ini menggambarkan bumi seolah-olah makhluk hidup yang meluahkan
keluar isi kandungannya dari berbagai-bagai makhluk yang tidak terhitung dan tidak
dikelahui banyaknya melainkan Allah, termasuklah isi kandungan bumi seperti logam-logam,
air-air dan rahsia-rahsia yang hanya diketahui Allah. Semua isi kandungan ini telah
dikandung bumi berabad lamanya sehingga sampailah pada hari kiamat, dan pada hari itulah
bumi akan meluahkan keluar semua isi kandungannya itu atas perintah Allah.

Ayat 5: Bumi juga turut mematuhi perintah Allah Seperti langit dan mengakui bahawa
ta'at dan patuh kepada perintah Allah itu merupakan kewajipannya. Di dalam ayat ini langit
dan bumi digambarkan seolah-olah dua makhluk yang bernyawa yang menerima dan
menyambut perintah dengan Segera dan patuh tanpa rasa dipaksa.

Walaupun gambaran di dalam Surah ini merupakan gambaran hari kiamat, namun
gambarannya di sini dapat dihayati secara mendalam dan tenang tenteram serta terpahat di
dalam hati sifat penyerahan diri serta kepatuhannya kepada Allah secara mutlak tiada
bantahan.

Ayat 6: Bekerja Keras Menuju Tuhan.

{6{ ‫ك َك ْدحا ً فَ ُماَل قِي ِه‬ َ َّ‫يَا أَيُّهَا اإْل ِ ن َسانُ إِن‬
َ ِّ‫ك َكا ِد ٌح إِلَى َرب‬
“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh
menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya”
)QS. 84: 6(

RUMUSAN

Ketika mana di dunia manusia telahpun bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan bagi
kehidupannya. Sebahagian dari mereka berlebihan hingga melupakan hak jasadnya untuk
beristirahat selepas berkerja, bahkan terdapat sebahagian daripada mereka melupakan Allah
kerana melakukan kerja dunia walaupun Allah juahlah pada hakikatnya yang memberi rezeki
kepada mereka.   Sebahagian manusia menyedari kekeliruan ini, sehinggakan ia dapat
mengimbangi bekerja dan berusaha keras untuk memenuhi hak-haknya, keluarganya,
masyarakat sekelilingnya, dan juga hak Allah.

4
Siapapun mereka, baik yang terus bekerja atau bermalas-malasan dan lupa akan hari
pembalasan, atau mereka yang bekerja dan beramal kerana yakin akan bertemu Allah, maka
pertemuan dengan Allah adalah suatu kepastian di hari pembalasan kelak. Hal inilah yang
sering dan banyak dilupakan oleh manusia yang dalam ayat ini punya karakteristik “‫”كادح‬
yang bermaksud berusaha dan bekerja keras.
Jika orang beriman bekerja keras menahan kesempitan hidup di tengah permusuhan
orang-orang yang memusuhi Rasulullah saw, maka orang-orang kafir juga berfikir dan
bekerja keras untuk menghentikan dakwah nabi Muhammad saw dan terus mengintimidasi
para pengikutnya.
Setelah dibangkitkan dari kematian, manusia mahu tidak mahu pasti menerima kenyataan
melihat catatan amal mereka. Mereka juga menerimanya apa telah tertulis padanya.
Menariknya, dalam surah ini digambarkan cara menerima amal kebaikan. Jika ia
menerimanya dengan tangan kanan maka itu merupakan sebuah pertanda kemudahan yang
akan ia jumpai dalam perhitungan berikutnya. Namun, jika ia menerimanya dari arah
belakang atau dengan tangan kirinya, maka itu pertanda buruk baginya. Ini adalah penuturan
daripada Allah SWT,

AYAT 7-9: Pembagian Buku Amal: Sebuah Tanda Bagi Penerimanya

5ً‫رُورا‬5‫ ِه َم ْس‬5ِ‫} َويَنقَلِبُ إِلَى أَ ْهل‬8{ ً‫} فَ َسوْ فَ يُ َحا َسبُ ِح َسابا ً يَ ِسيرا‬7{ ‫فَأ َ َّما َم ْن أُوتِ َي ِكتَابَهُ بِيَ ِمينِ ِه‬
}9{
“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya. Maka dia akan
diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Dan dia akan kembali kepada
kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira”
)QS. 84: 7-9(

Kegembiraan dan kebahagiaanlah bagi orang-orang yang menerima catatan dengan tangan
kanannya. Menerima sebuah buku amalan yang sebelum ini di simpan di illiyyin, yang ditulis
oleh malaikat pencatat yang mulia dan dimuliakan Allah serta penduduk langit.

RUMUSAN4

4
. ibid.

5
Ayat 8: Penyerahan Buku Laporan Amalan

Orang yang diserahkan buku catatan amalannya dari sebelah kanannya ialah orang yang
mendapat keredhaan Allah, iaitu Orang yang beriman dan beramal soleh. Kerana itu, ia
diredhai Allah dan dikurniakan keselamatan dari azab neraka. la dihisab dengan hisab yang
mudah dan ringan di akhirat kelak. Hal ini telah digambarkan dengan Cukup jelas oleh
hadith-hadith yang diterima dari Rasulullah s.a.w.:

Dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah s.a.W telah bersabda, “Barangsiapa dihisab
dengan halus akan di’azab. Kata Aisyah: Aku pun bertanya. Tidakkah Allah telah
berfirman: la akan dihisab dengan hisab yang mudah dan ringan? Jawab beliau:
Jitu bukannya hisab. Itu hanya pembentangan amalan sahaja, barangsiapa yang
dihisab dengan halus pada hari Qiamat akan diazab (Dikeluarkan oleh al-
Bukhari, Muslim, atTirmizi dan an-Nasa'i)

“Dari Aisyah juga katanya. Aku dengar Rasulullah s.a.w. berdo'a di dalam
setengah-setengah Solatnya. “Ya Tuhanku, hisabkan aku dengan hisab yang
mudah dan ringan.” Apabila beliau selesai aku pun bertanya: "Ya RaSulullah,
apakah hisab yang mudah dan ringan itu?” Jawab beliau: "Dilihat sahaja buku
amalannya, kemudian dimaafkannya. Wahai Aisyah! Barang siapa yang dihisab
dengan halus pada hari itu akan dibinasa."(Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad)

ltulah maksud Hisab yang mudah dan ringan yang akan dihadapi oleh orang yang
menerima buku catatan amalannya dengan tangan kanannya. Orang itu akan Selamat dari
azab.

Ayat 9: Berkumpul di syurga

Ayat ini memberi pengertian bahawa orang-orang yang sehaluan dan bersatu di atas
keimanan dan kebaikan dari ahli-ahli Syurga akan berkumpul kembali di dalam Syurga. Ia
akan berhimpun kembali di dalam Syurga dengan Semua anggota keluarganya, Sahabat
handainya dan Orang-orang yang dikasihinya. Ayat ini juga menggambarkan bahawa orang
yang terselamat dari hisab itu akan kembali ke pangkuan kelompoknya yang mempunyai
hubungan kasih mesra dengannya.

6
7
AYAT 10-12
5َ ْ‫} فَ َسو‬10{ ‫َوأَ َّما َم ْن أُوتِ َي ِكتَابَهُ َو َراء ظَه ِْر ِه‬
{12{ 5ً‫} َويَصْ لَى َس ِعيرا‬11{ ً‫ف يَ ْدعُو ثُبُورا‬
“Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang. Maka dia akan
berteriak: “Celakalah aku”. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-
nyala (neraka)”
)QS. 84: 10-12(

RUMUSAN

Keadaan sebaliknya menimpa orang-orang yang menerima buku amalnya dengan cara
dilempar dari arah belakang. Ketika mana mereka menerima buku amalan tersebut dan
mengetahui nasibnya selepas ini kerana menerima buku tersebut secara hina, Maka ia pun
berkata: “celakalah aku”.
Kata yang dipakai di sini adalah “tsubur “yang bererti kumpulan dari berbagai keadaan
yang tidak menyenangkan serta amat menyusahkan. Tidak berapa lama setelah ia terfikir
sesuatu yang buruk, maka Allah akan hadirkan dengan segera apa yang mereka takutkan dan
segera dimasukkan ke dalam api yang sudah menyala-nyala sekian lama.

AYAT 13-14
5َ ‫} إِنَّهُ ظَ َّن أَن لَّن يَح‬13{ ً‫إِنَّهُ َكانَ فِي أَ ْهلِ ِه َم ْسرُورا‬
{14{ ‫ُور‬
“Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di tengah keluarganya.
Sesungguhnya dia menyangka bahwa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada
Tuhannya)”
)QS. 84: 13-14(

RUMUSAN

Saat di dunia ia sangat bahagia dan gembira, bahkan sampai melampaui batas. Ia tidak
terfikir sama sekali tentang hari-hari buruk yang akan dijumpainya, sebagai ganjaran atas
amal dan perbuatan yang dilakukannya di dunia. Ungkapan perkataan “masrur” di sini
gembira yang berarti sombong, melampaui batas dan lupa terhadap Tuhan yang memberikan

8
kurnian nikmat kepadanya. Sedangkan perkataan “yahur” beraeti pulang untuk selamanya,
atau kembali kepada asalnya. Dugaan mereka tidak benar kerana Allah Dzat yang tak pernah
letih dan sentiasa mengawasi mereka dan kelak akan membalas semua yang mereka kerjakan
ketika ada di dunia.

AYAT 15

{15{ ً‫صيرا‬
ِ َ‫بَلَى إِ َّن َربَّهُ َكانَ بِ ِه ب‬
yang benar, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya” ,)bukan demikian (“
(QS. 84: 15)

RUMUSAN

Allah yang Maha teliti itu tidak pernah sekalipun terlewat untuk melihat dan mendengar
gerak-gerik manusia, bahkan Maha Mengetahui apa yang terdetik dalam hati mereka yang
belum mereka katakan atau ubah menjadi sebuah perbuatan.

AYAT 16-18: Perkara Yang Dibincangkan: Al-Quran Yang Didustakan

َ ‫} َو ْالقَ َم ِر إِ َذا اتَّ َس‬17{ ‫ق‬


{18{ ‫ق‬ ِ َ‫فَاَل أُ ْق ِس ُم بِال َّشف‬
َ ‫} َواللَّي ِْل َو َما َو َس‬16{ ‫ق‬
“Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja, dan
dengan malam dan apa yang diselubunginya, dan dengan bulan apabila jadi
purnama”
.)QS. 84: 16-18(

Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan menggunakan berbagai masa dan waktu iaitu waktu
maghrib dan isya kemudian saat bulan benar-benar mencapai bentuk sempurnanya iaitu
purnama.

9
RUMUSAN5

Ayat 16: Tadabbur Waktu Senja Yang Diselubungi Warna Merah

Tujuan Allah bersumpah dengan pemandangan alam ialah Supaya hati manusia
merenunginya dan menerima ciptaan dan perubahan-perubahan yang berlaku. Pemandangan-
pemandangannya itu mempunyai ciri istimewa yang menumpukan perasaan rendah diri yang
tenang tenteram dengan perasaan gentar terhadap keagungan Allah. Pemandangan-
pemandangan ini pada umumnya sesuai dengan pemandangan-pemandangan di bahagian
awal Surah.

Waktu cahaya senja yang merah ialah Waktu yang menimbulkan perasaan khusyu' dan
gerun Selepas terbenamnya Sang Suria, iaitu Waktu jiwa diselubungi rasa kagum yang
tenang dan mendalam terhadap ciptaan allah, Waktu hati merasakan erti perpisahan atau
selamat tinggal dan segala perasaan sedih dan pilu, merasakan kehebatan hari malam yang
mendatang merasakan kesepian di dalam kegelapan malam yang sedang beransur pergi, dan
akhirnya seluruh hati diselimuti perasaan rendah diri, perasaan takut yang sulit dan perasaan
sunyi yang memerlukan kekuatan dari Allah maha kuasa.

Ayat 17: Tadabbur Waktu Malam Dengan Isi Kandungannya

Maksudnya, Waktu malam dengan segala apa yang terkumpul dan terkandung di
dalamnya. Di sini waktu malam disebut dengan ungkapan yang begitu umum, begitu majhul
dan begitu menggerunkan. Memang hari malam mengumpul dan mengandungi seribu satu
macam benda dan perkara. Renungan mengembara begitu jauh untuk menghitungkan segala
sesuatu yang dikumpul dan dikandung malam yang terdiri dari benda, hidup-hidupan,
cakrawala, bintang-bintang dan pelbagai perkara yang tersembunyi di dalam lubang-lubang
bumi dan lubuk-lubuk hati, kemudian renungan itu pulang kembali dari pengembaraannya
yang jauh tanpa mendapatkan semua gambaran yang dikandungkan oleh sepotong ayat yang
pendek ini, “ ‫ ”گیر‬Ungkapan yang mendalam dan aneh ini telah membuat malam diselubungi
perasaan takut dan gerun, perasaan khusyu' dan sunyi yang selaras dengan waktu senja.

5
.ibid

10
Ayat 18: Bulan Purnama
Para ahli tafsir banyak menafsirkan perihal bulan ini dengan kesempurnaan bentuknya
di saat purnama, iaitu pada 13, 14 dan 15 setiap bulan hijrah. Kita disunatkan berpuasa pada
hari-hari tersebut. Tiga hal tersebut iaitu permulaan malam, kemudian sepanjang waktu
malam, serta cahaya bulan yang penuh di saat purnama, semuanya adalah karunian daripada
Allah yang diberikan untuk manusia dan sebagaimana malam mengalami perubahan maka
manusia juga akan melalui waktu yang sama. Dari kegelapan ketiadaan diterangkan dengan
dikeluarkan di bumi Allah.
Kemudian setelah mati ia kembali ke perut bumi (sebagai bahan dasar penciptaan
manusia) dan setelah itu ia dibangkitkan kembali oleh Allah. Sesungguhnya pada kegelapan
dan kejadian di malam hari banyak tanda-tanda yang memberi isyarat dan berita tentang
kekuasaan Allah yang tidak terbatas, serta kehendak-Nya yang tak tertandingi oleh siapapun.

AYAT 19

ٍ َ‫لَتَرْ َكب َُّن طَبَقا ً عَن طَب‬


{19{ ‫ق‬
“Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)”
)QS. 84: 19(

RUMUSAN

Karana manusia selalu berubag, semenjak Ia diciptakan dari setetes air mani yang kemudian
sel sperma yang ada di dalamnya membuahi ovum sampai kemudian menjadi janin yang
bernyawa, kemudian dilahir ke dunia, menjadi anak-anak, remaja hingga dewasa dan
kemudian kembali tua dan tidak berdaya sampai kemudian ia menemui ajalnya. Sebagian ahli
tafsir ada yang menjelaskan tingkatan di sini adalah tingkatan amal dan perbuatan manusia
yang berbeza-beza. Seperti halnya kesusahan-kesusahan yang diterima nabi Muhammad S.W
A ketika di Makkah. Sebagian lagi menafsirkan kesulitan-kesulitan yang akan diterima kaum
kuffar juga bertingkat-tingkat, kelak di akhirat akan pendapat pertama lebih banyak dipakai
dan digunakan.

11
AYAT 20

{20{ َ‫فَ َما لَهُ ْم اَل ي ُْؤ ِمنُون‬

“Mengapa mereka tidak mau beriman?”


.)QS. 84: 20(
RUMUSAN6

Alangkah bodohnya mereka yang diberikan tanda-tanda kekuasaan-Nya bahkan dikirim-Nya


para nabi untuk memahamkan manusia, setelah itu manusia mendustakan mereka dan ayat-
ayat yang dibawa utusan -utusan itu dari Allah.

AYAT 21-22

ْ ‫} بَ ِل الَّ ِذينَ َكفَر‬21{ َ‫ئ َعلَ ْي ِه ُم ْالقُرْ آنُ اَل يَ ْس ُج ُدون‬


{22{ َ‫ُوا يُ َك ِّذبُون‬ َ ‫َوإِ َذا قُ ِر‬
“Dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud.
Bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya)”
)QS. 84: 21-22(

RUMUSAN

Saat di dunia orang-orang masih mampu bersujud, namun kesempatan tersebut dibiarkan
begitu saja, maka di akhirat saat mereka diperintah bersujud, mereka tidak boleh
melakukannya kerana kaki-kaki mereka terkunci.
Ayat ke 21 ini dijadikan dalil oleh para ulama tentang disyariatkannya sujud tilawah
kepada siapa yang membacanya. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Muslim,

6
.ibid

12
“Ibnu Umar berkata: Rasulullah saw suatu ketika membaca suatu surah dan
membaca (pada ayat yang ada) tanda sujudnya, beliau bersujud dan kami pun
bersujud bersamanya, sampai-sampai seseorang di antara kami hampir tak
menemukan tempat untuk keningnya”. Dalam riwayat Muslim ditambah, “dalam
keadaan di luar solat”.
)HR Bukhari & Muslim(
Menurut Imam Abu Hanifah hukumnya wajib kerana ada celaan bagi yang
meninggalkan sujud dalam ayat ini. Namun menurut jumhur ulama, sujud tilawah hukumnya
sunnah (hanya anjuran saja). Ini berlaku kepada yang membacanya juga mendengarkannya
dengan sengaja. Ataupun tidak sengaja (menurut sebahagian ahli fikih, di antaranya ulama
Syafi’iyah. Adapun perempuan yang haid, nifas dan orang-orang yang junub tidak dianjurkan
bahkan dilarang untuk bersujud ketika mendengarkan ayat-ayat sajdah ini. Sujud ini hanya
dilakukan sekali saja, dan di luar solat tanpa di dahului takbiratul ihram juga tidak diakhiri
dengan salam, tapi cukup dengan membaca takbir untuk sujud saja.
Orang-orang yang hatinya keras memang tidak mahu tunduk dan bersujud kepada
Allah. Justeru mereka berpura-pura menjadi orang baik dan memelihara kemunafikan dengan
suka menampakkan kebaikan yang lahiriah mereka di depan manusia sahaja.

AYAT 23: Hari yang Sulit

}23{ َ‫َوهَّللا ُ أَ ْعلَ ُم بِ َما يُو ُعون‬

“Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka)”
)QS. 84: 23(

Iaitu kebusukan hati mereka yang keras dan bongkak serta sombong. Maka orang-orang
seperti ini akan menjumpai hari-hari yang menyulitkan kepada dirinya kelak.

13
RUMUSAN7

Maksudnya, orang-orang kafir itu selama-lamanya mendustakan ajaran yang benar. Itulah
tabiat dan sifat asal mereka, tetapi Allah mengetahui segala rahsia dalam hati mereka, Segala
kejahatan dan niat-niat dan motif-motif pendustaan yang tersimpan di dalam hati mereka.

AYAT 24

}24{ ‫ب أَلِ ٍيم‬


ٍ ‫فَبَ ِّشرْ هُ ْم بِ َع َذا‬

“Maka berilah kabar mereka dengan azab yang pedih”


QS. 84: 24(

RUMUSAN

Sedangkan orang-orang yang beriman dan ringan bersujud kepada Allah di dunia, akan
dimuliakan Allah dengan pahala dan kebaikan-kebaikan yang tidak terkira banyaknya yang
belum pernah mereka bayangkan sebelumnya, serta nikmat yang tidak pernah terputus
selamanya.

AYAT 25

ٍ ُ‫ت لَهُ ْم أَجْ ٌر َغ ْي ُر َم ْمن‬


}25{ ‫ون‬ ْ ُ‫وا َو َع ِمل‬
ِ ‫وا الصَّالِ َحا‬ ْ ُ‫إِاَّل الَّ ِذينَ آ َمن‬
“Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka pahala yang
tidak akan terputus”
.)QS. 84: 25(

7
.ibid

14
RUMUSAN8

Itulah kenikmatan yang hakiki dan sebenar-benarnya. Inilah yang dipanggil dalam istilah
bahasa Arab ‫( استثناء منقطع‬pengecualian yang terputus), kerana orang-orang yang beriman dari
awal lagi tidak termasuk dalam berita gembira yang hitam itu, kemudian mereka dikecualikan
darinya, tetapi pengungkapan sedemikian rupa lebih merangsangkan perhatian kepada
perkara yang dikecualikan itu.
Maksudnya, pahala yang tidak putus ialah pahala yang berterusan di negeri Akhirat yang
kekal abadi. Dengan Senikata yang tegas dan ringkas ini tamatlah Surah yang pendek
ungkapannya ini, tetapi jauh jangkauannya di ruang alam dan di lubuk-lubuk hati nurani
manusia.

Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang terakhir ini yaitu orang-orang yang
dimuliakan Allah, serta diselamatkan dari kepedihan azab akhirat dan murkanya yang tidak
sanggup dibendung oleh siapapun. Amin.

4.0 Nilai Dan Etika Di Dalam Surah al-Insyiqah

4.1 Kepatuhan.
4.2 Bersungguh-sungguh.
4.3 Tanggungjawab.
4.4 Bersifat Ihsan.
4.5 Sistematik.
4.6 Telus.

8
ibid

15
4.1. Kepatuhan

ْ َ‫} َوأَ ْلق‬3{ ‫ت‬


‫ا‬55َ‫ا فِيه‬55‫ت َم‬ ْ ‫ َّد‬5‫} َوإِ َذا اأْل َرْ ضُ ُم‬2{ ‫ت‬ ْ ‫} َوأَ ِذن‬1{ ‫ت‬
ْ َّ‫ا َو ُحق‬55َ‫َت لِ َربِّه‬ ْ َّ‫ق‬5‫انش‬ َّ ‫إِ َذا‬
َ ‫ َماء‬5‫الس‬
{5{ ‫ت‬ ْ ‫} َوأَ ِذن‬4{ ‫ت‬
ْ َّ‫َت لِ َربِّهَا َو ُحق‬ ْ َّ‫َوتَ َخل‬

“Apabila langit terbelah, Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah


semestinya ia patuhm Dan apabila bumi diratakan, Serta mengeluarkan apa yang
di dalamnya dan menjadi kosong, Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah
semestinya ia patuh (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa
yang telah dilakukannya).

]Al Inshiqaq,1-5[

Definisi: sifat patuh: terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu.
Taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti menurut.

Patuh bermaksud suka dan taat kepada perintah atau aturan, dan berdisiplin.
Kepatuhan bererti sifat patuh, taat, tunduk pada ajaran atau peraturan. Dalam kepatuhan yang
dinilai adalah ketaatan semua aktiviti sesuai dengan aturan, ketentuan dan undang-undang
yang berlaku

Langit itu mendengar dan mematuhi arahan Tuhan dan semestinya ia mematuhi.
Sedangkan langit yang lagi besar pun patuh kepada Allah untuk memusnahkan dirinya,
kenapa pula kita yang kerdil ini tidak taat? Kita banyak yang degil dengan arahan Tuhan dan
Allah sedang menegur dan perli mereka yang ingkar itu. Allah suruh kita lihatlah bagaimana
langit itu ikut dan taat apa yang Allah suruh mereka lakukan. Mereka menunggu sahaja apa
yang mereka perlu lakukan sebagai sebab itulah hujung kejadian mereka. Kerana mereka tahu
yang mereka dijadikan untuk dihancurkan juga akhirnya. Jadi selama ini mereka tunggu
sahaja arahan Allah apabila sudah sampai masanya.

Begitulah Allah selalu bandingkan manusia dengan alam kerana Allah hendak tunjuk
kepada kita bagaimana alam itu ikut sahaja apa yang Allah suruh mereka buat, tapi manusia

16
ini amat degil. Kita sepatutnya ikut seperti alam yang memang menjalankan apa tugas yang
diberikan kepada mereka.9

APLIKASI KEPATUHAN DALAM BERORGANISASI

Kepatuhan kepada organisasi merujuk kepada kepatuhan seorang pekerja kepada pengurus
dan seorang pengurus kepada ketuanya. Ada beberapa prinsip kepatuhan kepada organisasi,
salah satu prinsip utama kepatuhan kepada organisasi ialah selagi arahan atau perintah
daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan agama Islam, maka ia menjadi
kewajipan para pekerja untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Kepatuhan dalam organisasi ini merangkumi dan melibatkan segala bentuk arahan
keorganisasian kepada pemimpin. Ini dapat diambil daripada Firman Allah SWT yang
bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang Yang Berkuasa)
dari kalangan kamu, Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan Sunah Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya”.

)Surah Al-Nisa 4:59(

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud:

“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam
keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai,
atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”.

10
)Hadith Riwayat Musim(

9
Ibn Kathir, I. (2000). Tafsir Ibn Kathir. Riyadh: Dar-us-Salam.
10
Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa, Norni Abd Wahab; Pengurusan Dalam Islam; ms49

17
4.2 Bersungguh-Sungguh

}6{ ‫ك َك ْدحا ً َف ُماَل قِي ِه‬ َ ‫َيا أَ ُّي َها اإْل ِن َسانُ إِ َّن‬
َ ‫ك َكا ِد ٌح إِلَى َر ِّب‬

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan


keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali
kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau
telah usahakan itu (tercatit semuanya).

)Al Inshiqaq:6(

Definisi bersungguh-sungguh: bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati/sekuatnya

Definisi kerja keras: kegiatan yang dikerjakan secara sungguh-sungguh tanpa mengenal lelah
atau berhenti sebelum matlamat kerja tercapai dan selalu mengutamakan atau memperhatikan
kepuasan hasil pada setiap kegiatan yang dilakukan.

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh


menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.”

Ayat ini bermula dengan kalimat ُ‫يا أَيُّهَا ا ِإلنسان‬. Maknanya, ayat ini ditujukan kepada semua
manusia, bukan sahaja orang Islam manakala kalimah ُ‫ ا ِإلنسان‬itu bermaksud ‘makhluk yang
pelupa’. Oleh itu ayat ini sedang ditujukan kepada kepada manusia yang pelupa terhadap
tugas mereka. Langit dan bumi tidak lupa tugas mereka, janji mereka kepada Allah, tapi
manusia cepat sangat lupa kepada tugas dan janji mereka.

Sepanjang hidup, kita berusaha dalam kehidupan. Memang kena berusaha untuk
mendapat sesuatu untuk terus hidup. Semenjak Nabi Adam diturunkan dari syurga, begitulah
nasib manusia, kena sentiasa berusaha. Kita berpindah satu peringkat ke peringkat yang lain.
Dari peringkat kanak-kanak, kemudian masuk peringkat persekolahan, kemudian peringkat
perkerjaan, kemudian berkeluarga, beranak, peringatkat cucu, peringkat tua dan sebagainya.
Dan dalam setiap peringkat, ada usaha yang kita kena lakukan. Semasa belajar, kena belajar,
semasa berkeluarga, kena cari nafkah untuk keluarga dan sebagainya. Kalimah ‫ ِد ٌح‬555‫ك‬
bermaksud berusaha dalam sesuatu perkara, tidak kira samada perkara itu baik atau buruk.

18
Kerana dalam perkara baik atau buruk, kita tetap kena tumpukan usaha terhadap
menyelesaikannya.

Dalam setiap peringkat kita, ada misi yang kita hendak capai. Sebagai contoh, semasa
peringkat pembelajaran, kita hendak capai lulus dalam peperiksaan. Dalam pekerjaan, kita
berusaha untuk naik pangkat atau dapat kejayaan dalam perniagaan kita. Semua peringkat ada
misi yang kita hendak capai. Tapi sekarang Allah letakkan satu misi untuk kita fikirkan dan
tujui – iaitu menujuk kepada Tuhan. Kerana akhirnya kita akan tetap menemui Allah dengan
apa yang telah kita berusaha susah payah dulu. Allah kena ingatkan kerana selalunya kita
sibuk dengan kesibukan dunia dan keindahannya, perkara yang kita kejar dalam dunia seperti
nak siapkan projek, nak dapatkan bisnes, nak kejar itu dan ini, sampaikan kita lupa kepada
Allah. Padahal semua misi-misi itu sebenarnya kecil sahaja, akan hilang begitu sahaja apabila
kita tiada nanti. Tapi yang pasti kita akhirnya akan sampai kepada Allah, mengadap Allah.
Samada mahu atau tidak mahu, kita tetap menuju ke sana. Tapi apa yang kita sediakan untuk
ke sana? Kepada langit dan bumi, mereka tahu tujuan hidup mereka dan mereka akan
melaluinya, tapi bagaimana dengan kita, adakah kita akan memenuhi tujuan hidup kita?

Islam menyeru penganutnya supaya sentiasa bersungguh-sungguh dalam


melaksanakan sesuatu pekerjaan kerana Allah sentiasa melihat setiap pekerjaan yang
dilakukan sebagaimana firmanNya dalam surah Surah At-Taubah (9:105), yang bermaksud:

“Dan katakanlah (Wahai Muhammad): beramallah kamu (akan segala yang


diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

)Surah At-Taubah 9:105(

Setiap pekerjaan yang dilakukan dalam Islam perlu dilakukan dengan bersungguh-
sungguh kerana setiap pekerjaan yang baik itu dianggap sebagai ibadah dan diberikan
ganjaran pahala selain daripada upah yang diberikan oleh organisasi. Pekerjaan dalam Islam
tidak hanya memandang kepada habuan dunia semata-mata sebaliknya pekerjaan itu
merupakan satu jihad kerana melalui pekerjaan seseorang individu itu dapat
menyeimbangkan kehidupannya serta memenuhi keperluan diri dan tanggungannya.
Manakala dari sudut matlamat pekerjaan dalam Islam adalah untuk mendapatkan keredhaan
Allah. Setiap pekerjaan yang dilaksanakan haruslah menepati prinsip-prinsip yang telah

19
ditetapkan oleh Islam. Islam menetapkan bahawa setiap apa yang ingin dilakukan oleh
manusia haruslah mampu menepati objektif syariah ataupun Maqasid Khams iaitu bagi
menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.11

4.3 Bertanggungjawab

5ً‫رُورا‬5‫ ِه َم ْس‬5ِ‫} َويَنقَلِبُ إِلَى أَ ْهل‬8{ ً‫} فَ َسوْ فَ يُ َحا َسبُ ِح َسابا ً يَ ِسيرا‬7{ ‫فَأ َ َّما َم ْن أُوتِ َي ِكتَابَهُ بِيَ ِمينِ ِه‬
{ ً‫ ِعيرا‬5‫ َس‬5‫لَى‬5‫ص‬ ْ َ‫} َوي‬11{ ً‫ورا‬55ُ‫ ْدعُو ثُب‬5َ‫وْ فَ ي‬5‫} فَ َس‬10{ ‫} َوأَ َّما َم ْن أُوتِ َي ِكتَابَهُ َو َراء ظَه ِْر ِه‬9{
ً‫صيرا‬ َ ‫} إِنَّهُ ظَ َّن أَن لَّن يَح‬13{ 5ً‫} إِنَّهُ َكانَ فِي أَ ْهلِ ِه َم ْسرُورا‬12
ِ َ‫} بَلَى إِ َّن َربَّهُ َكانَ بِ ِه ب‬14{ ‫ُور‬
{15{

“Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan


kanannya;Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,Dan dia
akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.Dan sesiapa
yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah
belakangnya,Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,Dan dia
akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.Sebenarnya dia semasa
di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur
ingkar)! Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali
(kepada Kami untuk menerima balasan)! (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan
dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui
keadaannya!”

]Al Inshiqaq: 7-15[

Definisi tanggungjawab: keadaan dimana wajib menanggung segala sesuatu, sehingga


berkewajiban menanggung, memikul jawab, menanggung segala sesuatunya atau
memberikan jawab dan menanggung akibatnya.

Setelah dibangkitkan dari kematian, manusia mahu tak mahu pasti menerima
kenyataan melihat catatan amal mereka. Mereka juga menerimanya apa adanya. Menariknya,
11
Noh, M. M. M., Basir, S. A., & Husin, W. N. W. (2014). Strategi dan Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Etika
Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp. Global Journal Al-Thaqafah, 4(1), 97-111.

20
dalam ayat ini digambarkan cara menerima amal kebaikan. Jika ia menerimanya dengan
tangan kanan maka itu merupakan sebuah petanda kemudahan yang akan ia jumpai dalam
penghitungan berikutnya. Namun, jika ia menerimanya dari arah belakang atau dengan
tangan kirinya, maka itu pertanda buruk baginya.

Di dalam ayat ini dijelaskan mengenai nilai bertanggungjawab terhadap setiap perkara
yang diberikan. Sikap kebertanggungjawaban seseorang terhadap perkara yang diberi perlu
dititikberatkan dalam diri setiap insan untuk memastikan setiap perkara berjaya dilaksanakan
dengan baik.

Tanggungjawab korporat ialah suatu aktiviti organisasi untuk menepati jangkaan


pihak berkepentingan, sama ada mereka berada dalam sektor swasta atau awam, bersaiz besar
atau kecil, pada sesuatu peringkat strategik ekonomi, undang-undang, etika atau
tanggungjawab terhadap masyarakat. Ia adalah suatu set kewajipan organisasi untuk
melindungi dan memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi (Ferrell, Thorne & Ferrell,
2011).12

Tanggungjawab sesuatu bidang pekerjaan adalah dikategorikan sebagai satu ibadah.


Manakala bentuk pelaksanaannya adalah berdasarkan apa yang termaktub di dalam al-Quran
dan al-Sunnah serta perbuatan yang dipaparkan oleh Rasulullah SAW. Dengan teradunnya
keimanan yang utuh terhadap Allah SWT, penerapan akhlak yang mulia dapat dihayati
sepenuhnya. Menerusi keimanan yang utuh, pembentukan peribadi mulia akan terbina dan ini
terpapar sewaktu sesorang itu menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Antara nilai
mulia yang ditekankan dalam Islam adalah bersikap jujur dan adil ketika melaksanakan
sesuatu pekerjaan.13

Apabila manusia telah ditugaskan oleh Allah S.W.T. sebagai pengurus, maka jika
diselami dengan lebih mendalam perjawatan itu merupakan satu tanggungjawab (amanah)
yang mesti dipikul oleh umat manusia. Dan dalam masa yang sama setiap tanggungjawab
tersebut akan diperhitungkan oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak sejajar dengan sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud: 14

12
Thorne, D. M., Ferrell, O. C., & Ferrell, L. (2011). Business and society: A strategic approach to social
responsibility and ethics. South-Western Cengage Learning.
13
Noh, M. M. M., Basir, S. A., & Husin, W. N. W. (2014). Strategi dan Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Etika
Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp. Global Journal Al-Thaqafah, 4(1), 97-111.
14
Ibid., “Matan Sahih Bukhari”, Kitab al-Jumu`ah, Hadith no. 893

21
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu mestilah bertanggungjawab di
atas kepimpinan kamu”.

Organisasi boleh diumpamakan seperti sebuah rumah yang saling melengkapi di


antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pengurus sama seperti ketua isi rumah yang
bertanggungjawab untuk menjaga dan memenuhi tuntutan pekerja bawahan secara saksama.
Pengurus harus memikirkan tentang upah, bentuk pekerjaan, penentuan tempoh kerja,
jaminan keselamatan tempat kerja, perkongsian keuntungan dan sebagainya sebagai 15 satu
cara untuk meningkatkan nilai motivasi dan penghargaan bagi pekerja yang bersusah payah
mengembeling tenaga untuk meningkatkan prestasi organisasi. Ia seharusnya dibuat secara
adil demi memelihara hubungan sesama manusia serta memenuhi tuntutan Allah S.W.T..
Pihak pengurusan juga harus bijak mentadbir masa dengan sebaik-baiknya serta tidak
menggunakan jawatan yang dipegang itu untuk memenuhi kepentingan peribadi.16

4.4 Bersifat Ihsan

{15{ ً‫صيرا‬
ِ َ‫بَلَى إِ َّن َربَّهُ َكانَ بِ ِه ب‬

“(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali!

Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!”

]Al Inshiqaq:15[

Definisi Ihsan itu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua telah menafsirkan
sebagai satu bentuk perilaku atau perbuatan yang baik, kemurahan hati dan melakukan
amalan kebaikan.

Daripada ayat ke-15 surah al-Insyiqaq itu, secara literalnya kita dapat memahami bahawa
Allah itu Maha Melihat terhadap keseluruhan perbuatan hamba-hambaNya samada secara
zahir ataupun batin. Konsep ihsan ini juga telah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW di
15
Hakim Mohamed Said (1989), Hubungan Majikan Pekerja Menurut Islam
(terj.), Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, h. 139-160.
16
Omar, A. C. (2001). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.)

22
dalam hadis kedua daripada kitab Hadis 40 oleh Imam Nawawi dimana Nabi Muhammad
SAW pada ketika itu telah didatangi oleh Malaikat Jibril dan disoal tentang Islam, Iman dan
Ihsan17.

َ ِ‫ل هللا‬5ِ ْ‫و‬5‫ َد َر ُس‬5‫ بَ ْينَ َما نَحْ نُ ُجلُوْ سٌ ِع ْن‬: ‫ض َي هللاُ َع ْنهُ أَ ْيضًا قَا َل‬
‫لَّم‬5‫ ِه َو َس‬5‫لَّى هللاُ َعلَ ْي‬5‫ص‬ ِ ‫ع َْن ُع َم َر َر‬
َّ ‫ ُر‬5َ‫ ِه أَث‬5ْ‫رى َعلَي‬5ُ
‫فَ ِر‬5‫الس‬ َ ‫ الَ ي‬,‫ْر‬ َّ ‫ َوا ِد‬5‫ب َش ِد ْي ُد َس‬
ِ ‫ع‬5‫الش‬ ِ َ‫َذاتَ يَوْ ٍم إِ ْذ طَلَ َع َعلَ ْينَا َر ُج ٌل َش ِد ْي ُد بَي‬
ِ ‫اض الثِّيَا‬
,‫ ِه‬5‫ ِه إِلَى ُر ْكبَتَ ْي‬5‫د ُر ْكبَتَ ْي‬5َ َ‫ن‬5‫ فأ َ ْس‬,‫لَّم‬5‫ ِه َو َس‬5‫لَّى هللاُ َعلَ ْي‬5‫ص‬ َ َ‫ َحتَّى َجل‬,‫ ٌد‬5‫هُ ِمنَّا أَ َح‬5ُ‫ْرف‬
َ ‫س إِلَى النَّبِ ِّي‬ ِ ‫َوالَ يَع‬
ُ‫لَّى هللا‬5‫ص‬ َ 5َ‫ فَق‬,‫الَ ِم‬5‫ي َع ِن ا ِإل ْس‬5ْ ِ‫رْ ن‬55ِ‫ا ُم َح َّم ُد أَ ْخب‬55َ‫ ي‬: ‫ال‬
َ ِ‫وْ ُل هللا‬5‫ال َر ُس‬5 َ َ‫ َو ق‬,‫ض َع َكفَّ ْي ِه َعلَى فَ ِخ َذ ْي ِه‬ َ ‫َو َو‬
َّ ‫ َوتُقِ ْي ُم‬,ِ‫وْ ُل هللا‬5‫ اَ ِإل ْسالَ ُم أَ ْن تَ ْشهَ َد أَ ْن الَإِ لَهَ إِالَّ هللاُ َو أَ َّن ُم َح َّمدًا َر ُس‬: ‫َعلَ ْي ِه َو َسلَّم‬
‫ؤتِ َي‬5ْ 5ُ‫ َوت‬,َ‫الَة‬5‫الص‬
ُ‫ئَلُه‬5‫ فَ َع ِج ْبنَا لَهُ يَ ْس‬.‫ت‬ َ : ‫ قَا َل‬.ً‫ َوتَ ُح َّج ْالبَيْتَ إِ ِن ا ْستَطَعْتَ إِلَ ْي ِه َسبِ ْيال‬, َ‫ضان‬
ُ ‫ص َد ْق‬ َ ‫ َوتَصُوْ َم َر َم‬,َ‫ال َّز َكاة‬
,‫ر‬55ِ ‫ َو ْاليَوْ ِم‬,‫ َو ُر ُسلِ ِه‬,‫ َو ُكتُبِ ِه‬,‫ َو َمالَئِ َكتِ ِه‬,ِ‫ أَ ْن بِاهلل‬: ‫ قَا َل‬,‫ي َع ِن ا ِإل ْي َما ِن‬5ْ ِ‫ فَأ َ ْخبِرْ ن‬: ‫ قَا َل‬.ُ‫ُص ِّدقُه‬
ِ ‫اآلخ‬ َ ‫َوي‬
َ‫ َد هللا‬9 ُ‫ أَنْ تَ ْعب‬: ‫ا َل‬99َ‫ ق‬,‫ان‬ِ 9‫س‬َ ‫ فَأ َ ْخبِ ْرنِ ْي ع َِن ا ِإل ْح‬: ‫ قَا َل‬. َ‫ص َد ْقت‬
َ : ‫ قَا َل‬.‫َو تُ ْؤ ِمنَ بِ ْالقَ ْد ِر َخي ِْر ِه َو َش ِّر ِه‬
‫ا‬55َ‫ل َع ْنه‬5ُ ْ‫ ُؤو‬5‫ا ْال َم ْس‬55‫ َم‬: ‫ال‬5 َّ ‫ي َع ِن‬5ْ ِ‫أ َ ْخبِرْ ن‬55َ‫ ف‬: ‫ قَا َل‬.‫َكأَنَّكَ تَ َراهُ فَإِنْ لَ ْم تَ ُكنْ تَ َراهُ فَإِنَّهُ يَ َرا َك‬
َ 5َ‫ا َع ِة ق‬5‫الس‬
َ‫اة‬55َ‫ َرى ْال ُحف‬5َ‫ َوأَ ْن ت‬,‫ا‬55َ‫ ةُ َربَّتَه‬5‫ َد األَ َم‬5ِ‫ أَ ْن تَل‬: ‫ا َل‬55َ‫ ق‬,‫ا‬55َ‫أ َ ْخبِرْ نِ ْي ع َْن أَ َما َراتِه‬5َ‫ ف‬: ‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫بِأ َ ْعلَ َم ِمنَ السَّائِ ِل‬
ْ‫ أَتَ ْد ِري‬,ُ‫ يَا ُع َمر‬: ‫ ثُ َّم قَا َل‬,‫ت َملِيًّا‬
ُ ‫ فَلَبِ ْث‬,َ‫ ثم اَ ْنطَلَق‬,‫ْال ُع َراةَ ْال َعالَةَ ِرعَا َء ال َّشا ِء يَتَطَا َولُوْ نَ فِ ْي ْالبُ ْنيَا ِن‬
‫ َر َواهُ ُم ْسلِ ٌم‬.‫ فَإِنَّهُ ِجب ِْر ْي ُل أَتَا ُك ْم يُ َعلِّ ُم ُك ْم ِد ْينَ ُك ْم‬: ‫ قَا َل‬.‫ هللاُ َو َرسُوْ لُهُ أَ ْعلَ ُم‬: ‫ت‬
ُ ‫َم ِن السَّائِل؟ قُ ْل‬

Umar bin Khaththab Radhiyallahu anhu berkata: Suatu ketika, kami (para
sahabat) duduk di dekat Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiba-tiba
muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan
rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan
tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di
hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua
tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata: “Hai, Muhammad!
Beritahukan kepadaku tentang Islam.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
menjawab,” Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi
dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah
Rasul Allah; menegakkan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan
Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu
17
Zarabozo, J. A. D. M. (1999). Commentary on the Forty Hadith of al-Nawawi (Vol. 1). Al-Basheer Publications
& Translations.

23
melakukannya,” lelaki itu berkata,” Engkau benar,” maka kami heran, ia yang
bertanya ia pula yang membenarkannya. Kemudian ia bertanya lagi:
“Beritahukan kepadaku tentang Iman”. Nabi menjawab,” Iman adalah, engkau
beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir,
dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau
benar.” Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”. Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,” Hendaklah engkau beribadah kepada
Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya,
sesungguhnya Dia melihatmu.” Lelaki itu berkata lagi: “Beritahukan kepadaku
kapan terjadi Kiamat?” Nabi menjawab,” Yang ditanya tidaklah lebih tahu
daripada yang bertanya.” Dia pun bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang
tanda-tandanya!” Nabi menjawab,” Jika seorang budak wanita telah melahirkan
tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju
(miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan
bangunan megah yang menjulang tinggi.” Kemudian lelaki tersebut segera pergi.
Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku: “Wahai, Umar! Tahukah
engkau, siapa yang bertanya tadi?” Aku menjawab,” Allah dan RasulNya lebih
mengetahui,” Beliau bersabda,” Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian
tentang agama kalian.”

Melalui ungkapan hadis berkenaan, setiap perilaku manusia perlu dilaksanakan dengan penuh
ihsan dan amanah kerana setiap tindak tanduk manusia diperhatikan oleh Allah s.w.t . Allah
tidak pernah sekalipun terlewat untuk melihat dan mendengar gerak-gerik manusia, bahkan
apa yang terdetik dalam hati mereka yang belum mereka katakan atau ubah menjadi sebuah
perbuatan. Dialah Dzat yang Maha Tahu zahir dan batin makhluk ciptaannya. Seharusnya
kita sebagai manusia, perlu melaksanakan kerja dengan amanah yang telah diberikan. Dengan
ini, penyelewengan dan pembohongan dapat dielakkan dalam sesuatu urusan.

4.5 Sistematik

24
َ ‫} َو ْالقَ َم ِر إِ َذا اتَّ َس‬17{ ‫ق‬
‫ا ً عَن‬5 ‫رْ َكب َُّن طَبَق‬55َ‫} لَت‬18{ ‫ق‬ ِ َ‫م بِال َّشف‬5ُ ‫فَاَل أُ ْق ِس‬
5َ ‫} َواللَّي ِْل َو َما َو َس‬16{ ‫ق‬
ٍ َ‫طَب‬
}19{ ‫ق‬

Maka Aku bersumpah, demi mega; Dan malam serta segala yang
dihimpunkannya; Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat
baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan
kebahagiaan atau sebaliknya)

)Al Inshiqaq:16-19(

Definisi sistematik ialah sesuatu perkara yang dibuat secara berurutan atau tersusun mengikut
apa yang dikehendaki. Seuatu perkara mengikut sistem, atau secara berurutan.

Perubahan-perubahan yang terlihat jelas melalui fenomena alam menunjukkan adanya


perubahan dalam perjalanan hidup. Manusia akan mengalami situasi demi situasi sesuai apa
yang telah digaris kan oleh sistem yang ditetapkan Allah.

Situasi itu digambarkan sebagai sesuatu yang fasa dan semua akan dibawa oleh fasa
menuju arah yang ditetapkan dan akan berakhir pada tujuan itu, sebagaimana cahaya merah
di kala senja, malam dengan apa yang dihimpunnya, serta bulan ketika purnama, semua
berubah dan semua akan berakhir kepada Tuhan mengikut fasa-fasa dan aturannya. Begitu
juga dengan proses kejadian manusia. Sebelum dilahirkan ke dunia ini, seorang bayi itu akan
melalui beberapa peringkat dan proses. Ia menunjukkan perubahan demi perubahan yang
berlaku secara sistematik. Tetapi, yang tidak berubah hanya Allah dan nilai-nilai agama yang
bersumber dari-Nya.

Sebagai contoh, peristiwa pembukaan Kota Mekah merupakan salah satu susunan
strategi yang sistematik yang telah diaturkan oleh Rasulullah SAW dalam mengembangkan
syiar Islam. Sebelum tahun kelapan hijriah, seluruh kawasan kota suci Mekah itu telah
dikelilingi oleh berhala-berhala yang disembah dan dipuja oleh kaum kafir Quraisy. Peristiwa
ini terjadi akibat daripada pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara
Rasulullah SAW dan kaum kafir Quraisy. Hasil daripada kerja yang sistematik ini, berhala-

25
berhala di sekitar Kaabah telah dimusnahkan oleh Rasulullah SAW dan umat Islam terus
berkembang dengan lebih ramai lagi selepas peristiwa ini.

Disini dapat simpulkan bahawa, nilai yang ditunjukkan mengenai sistematik didalam
urusan. Sistematik merupakan nilai yang perlu di dalam urusan dan jadual seharian bagi
melicinkan perjalanan dan urusan hidup. Setiap perkara dapat diselesaikan dengan mudah dan
cepat tanpa merumitkan urusan dengan pengamalan nilai sistematik. Sebagai contoh,
penyusunan fail-fail dan dokumen-dokumen mengikut kategori samada secara manual
ataupun menggunakan teknologi terkini. Penyusunan fail-fail dan dokumen-dokumen secara
manual ini sebenarnya akan menjimatkan masa dan tidak merumitkan keadaan. Akan tetapi,
dalam dunia yang semakin maju dan penuh dengan teknologi ini, penggunaan kertas semakin
dihadkan demi menjaga alam sekitar. Oleh yang demikian, setiap organisasi itu perlu
memajukan cara kerja organisasi dengan menggunakan segala perisian ataupun aplikasi yang
telah dicipta untuk kesenangan ramai pihak. Aplikasi seperti Cloud, Drive dan sebagainya
sangat membantu dalam memudahkan kerja-kerja pemfailan dijalankan. Ianya juga
memudahkan rakan organisasi yang lain untuk mengakses fail-fail yang dikehendaki.

4.6 Telus

}23{ َ‫َوهَّللا ُ أَ ْعلَ ُم بِ َما يُو ُعون‬

“(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata
mendustakannya”

)Al Inshiqaq:23(

Definisi telus ialah berterus terang atau terbuka. Ia juga membawa makna betul atau benar di
dalam perkara. Makna lain juga membawa makna kepada jujur. Ketelusan ialah suatu sikap
berterus terang, jujur dan ikhlas daripada diri sendiri terhadap seseorang atau sesuatu.

Kata yu'un di sini menunjuk kepada apa yang mereka sembunyikan di dalam dada
mereka, apa yang mereka simpan dan rahsiakan. Allah tahu yang disembunyikan dan yang
dinampakkan. Disini sikap ketelusan dalam hati diambil sebagai nilai dalam sesuatu perkara.
Islam melihat sifat telus ini adalah asas kepada pembinaan pekerti atau peribadi yang baik.
26
Ada peribadi manusia yang bersahsiah dua atau berwatak dua. Di hadapan seseorang ia
berwatak lain, di belakangnya jadi lain. Di majlis rasmi lain, di belakang majlis rasmi lain. Di
pejabat lain tetapi di rumah lain. Di depan ketua kelihatan baik, di belakang berlaku
sebaliknya. Ia berlaku akibat tidak ada sifat ketelusan yang akhirnya perlakuan seseorang
bersifat dua atau dua piawai. Tetapi kalau manusia menginsafi bahawa Allah mengetahui apa
yang dilakukan, malaikat mencatatkan apa yang dibuat, manusia mempunyai pedoman yang
tinggi bahawa apa saja yang kita lakukan dalam hidup ini, adalah dalam pemerhatian Allah.
Oleh itu memiliki sifat yang tidak telus boleh mendorong manusia bersifat munafik, hipokrit,
suka berbohong, hilang amanah dan cenderung menyalahgunakan sesuatu.18

Mengambil contoh dalam dunia realiti pada hari ini, ketidaktelusan dalam organisasi
akan menjerumus organisasi kita kearah kehancuran. Ini dapat dilihat daripada kisah Enron di
mana sayrikat ini telah menipu di dalam penyata kewangan syarikat dengan mengatakan
bahawa syarikat mereka tidak pernah rugi dan sentiasa memperolehi keuntungan. Namun,
pada hakikatnya, sebaliknya yang berlaku. Akibat daripada penipuan yang dilakukan,
syarikat Enron yang pda satu masa dahulu gah kini telah berkubur akibat perbuatan tidak
telus mereka dalam memaparkan informasi syarikat di dalam penyata kewangan syarikat.

18
PROF DR. SIDEK BABA (2005) “Ketelusan – Asas Pembinaan Pekerti’’ Laman sesawang Utusan Online ,
dieakses pada 25 november 2017, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

27
5.0 Penutup

Islam memiliki sumber rujukan yang jelas dalam menjadi garis panduan dalam melaksanakan
sesuatu tindakan. Selain berpandukan kepada akal, pengalaman dan naluri, Islam telah
menyediakan sumber rujukan yang sempurna. Sumber rujukan utama bagi pelaksanaan
amalan etika kerja Islam ialah berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah. Selain itu
Islam turut mengakui penggunaan akal dalam membuat sesuatu keputusan. Peribadi-peribadi
khulafa’ ar-rasyidin turut boleh dijadikan teladan kerana mereka terdiri dari individu-individu
yang dididik oleh Rasulullah s.a.w dan memiliki akhlak yang baik.

Dalam esaimen tadabbur surah al-Insyiqaq ini kami telah mengeluarkan 6 nilai etika
yang dapat diterapkan dalam organisasi. Nilai-nilai etika tersebut ialah kepatuhan,
Bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, bersifat Ihsan, Sistematik dan telus. Melalui
pelaksanaan 6 etika kerja Islam diatas, sesebuah organisasi mampu untuk mencapai tahap
yang lebih baik meliputi bidang pengurusan, perniagaan, tanggungjawab sosial dan
sebagainya. Nilai-nilai etika ini adalah bersifat universal dan perlu diamalkan sepanjang masa
supaya organisasi atau syarikat dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan cemerlang.

Sekiranya penerapan nilai-nilai etika Islam ini dapat dilaksanakan dengan menyeluruh
pastinya sesebuah organisasi itu dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna
dengan bermatlamatkan keredhaan Allah s.w.t dan bukannya untuk habuan dunia semata-
mata dan moga-moga segala pekerjaannya mendapat balasan yang tidak putus-putus seperti
dinyatakan di akhir ayat surah al-Insyiqaq.

28
6.0 Rujukan

Abdul Razak Abddul Muthalib (2008), Ulum Al Quran danUlum Al Hadis, Selangor: Meteor
Doc Sdn Bhd.

Al-Qarni, A. (2008). Tafsir Muyassar.

Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa, Norni Abd Wahab; Pengurusan Dalam Islam;
ms49

As-Suyuthi, J., & Al-Mahalli, J. (2003). Tafsir jalalain. Beirut: Dar al-Fikr.

Hakim Mohamed Said (1989), Hubungan Majikan Pekerja Menurut Islam

Ibid., “Matan Sahih Bukhari”, Kitab al-Jumu`ah, Hadith no. 893

Ibn Kathir, I. (2000). Tafsir Ibn Kathir. Riyadh: Dar-us-Salam.

Kamal Mahyuddin Harun (1999), Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, Selangor: Penerbitan
Pelangi SdnBhd.

Katsir, I. (2000). Tafsir Ibnu Katsir. Juz IV. Mesir: Dar al Kutub, tth.

Noh, M. M. M., Basir, S. A., & Husin, W. N. W. (2014). Strategi dan Faktor Mempengaruhi
Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp. Global Journal Al-
Thaqafah, 4(1), 97-111.

Noh, M. M. M., Basir, S. A., & Husin, W. N. W. (2014). Strategi dan Faktor Mempengaruhi
Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp. Global Journal Al-
Thaqafah, 4(1), 97-111.

Omar, A. C. (2001). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka.)

PROF DR. SIDEK BABA (2005) “Ketelusan – Asas Pembinaan Pekerti’’ Laman sesawang
Utusan Online , dieakses pada 25 november 2017,
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

PROF DR. SIDEK BABA (2005) “Ketelusan – Asas Pembinaan Pekerti’’ Laman sesawang
Utusan Online , dieakses pada 25 november 2017,

29
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Rafiki, A., & Wahab, K. A. (2014). Islamic values and principles in the organization: A
review of literature. Asian Social Science, 10(9), 1.

Sayyid Qutb, Filzilil Al- Quran, (Beirut, Lubnan: Dar al Shuruq, 1973- 1974).

Thorne, D. M., Ferrell, O. C., & Ferrell, L. (2011). Business and society: A strategic
approach to social responsibility and ethics. South-Western Cengage Learning.

Zarabozo, J. A. D. M. (1999). Commentary on the Forty Hadith of al-Nawawi (Vol. 1). Al-
Basheer Publications & Translations.

30

Anda mungkin juga menyukai