Anda di halaman 1dari 38

1.

JENIS-JENIS
PEMIKIRAN MORAL

Copyright © Allyn & Bacon 2008


 ialah aliran pemikiran yang
menggambarkan sesuatu itu
dalam keadaannya yang
1. Naturalis sebenar.

 Kecenderungan individu untuk menerima sahaja


keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran
naturalis.

 Contoh…
Seorang pelajar Tingkatan Tiga mengeluh apabila melihat slip
keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya
teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu
dengan mengatakan memang dia kurang bijak, belajar macam
mana pun begitu juga prestasinya.
1. Naturalis

 Contoh…

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana


kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu
terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan
menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata
lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga
menyebabkan kurang daya usaha untuk
membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh
keturunan berakhir.
Copyright © Allyn & Bacon 2008
2. Emotivis
 merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui
air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.

 Contoh…
Seorang perompak telah menembak mati seorang
wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung
Membeli Belah TESCO kerana wanita tersebut enggan
menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
Copyright © Allyn & Bacon 2008
2. Emotivis
 Contoh..
Melihat kecurangan isteri di depan mata
menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah


menconteng arang di muka keluarga.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


3. Intuisionis
 merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara
spontan.

 Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua


yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup
oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah
atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat
daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu
‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina.’ Gerak hati
mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Akhlak
 mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak
berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-
dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam.

 arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca


maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporak-
perandakan kehidupan keluarga.

 berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan


permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan
tanggungjawab terhadap Tuhan dan keluarga.
Etika

 Yunani ethos yang bermaksud adat atau


cara hidup.

 dihasilkan untuk menjadi garis panduan


kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin
kebaikan kumpulan asas persatuan mereka
seperti etika keguruan, etika guaman dan
sebagainya
Etika

 Contoh 1

 Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya,


mendedahkan tentang latar belakang keluarga pelajar yang
mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik
beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang
dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak
peranda.

 Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya
telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia
atau maklumat kliennya.
KONSEP ASAS NILAI

 Moral ialah suatu nilai. Namun bukan semua nilai mempunyai


moral. Misalnya nilai ekonomi, estetika, politik dan
sebagainya. Nilai moral ialah nilai yang dianggap baik, wajar
dan patut pada seseorang individu atau sesebuah
masyarakat.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


KONSEP ASAS NILAI

 Seseorang yang menghayati sesuatu nilai akan turut mempengaruhi


tingkahlakunya.
 Setiap individu pasti ada atau berpegang kepada nilai moral tertentu

 . Contoh
…Ong sangat menghayati nilai menepati waktu. Oleh itu, dia akan
memastikan semua kerjanya siap tepat pada waktunya, tidak suka
bertangguh dan bencikan orang yang tidak menepati janji atau waktu
dan sebagainya

Copyright © Allyn & Bacon 2008


KONSEP ASAS NILAI

 Sesuatu nilai itu kadang-kadang berbeza di antara satu orang dengan


yang lain atau sebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.

 Contoh :
…Masyarakat Malaysia amat memandang serius perlakuan berzina
atau bersekedudukan tetapi masyarakat Barat menganggapnya sebagai
suatu perkara biasa…

Copyright © Allyn & Bacon 2008


KONSEP ASAS NILAI

 Nilai yang terbaik ialah nilai-nilai murni yang diajar oleh agama.

 Nilai-nilai ini dianggap sempurna dan perlu diikuti oleh setiap individu.

 Nilai baik yang diajar oleh agama disuruh dan dijanjikan balasan
syurga.

 Manakala nilai jahat ditegah melakukannya dan dijanjikan balasan


seksaan dan neraka

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Definisi Nilai

 Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita


mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea,
tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini,
berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci
atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K. P,
1990: ms 70)

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Fungsi Nilai
1. satu kriteria atau standard yang konsisten agar individu atau
masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima.

 Contoh
…Mengikut Akta Rasuah Seksyen 17 (4) APR 1997, hukuman
bagi orang yang didapati bersalah melakukan rasuah adalah
didenda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak
lebih dua tahun,

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Fungsi Nilai
2. Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk
menyelesaikan konflik moral

 Contoh
: Chan ditawarkan ganjaran yang lumayan untuk melakukan sesuatu
kerja yang berbahaya. Kerja tersebut mungkin baik untuk masyarakat
tetapi buruk untuk keluarga Chan (mengancam keselamatan
keluarga). Jadi Chan akan membuat keputusan sama ada menerima
tugasan tersebut (dapat ganjaran yang lumayan tetapi mengancam
keluarga sendiri) atau tidak menerimanya (hilang ganjaran lumayan
dan keselamatan tidak terancam)
Fungsi Nilai
3. Sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan
kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai
yang dipegangnya.

 Contoh
: Pepatah cina mengatakan... “Hormati ibubapa sendiri dan
ibubapa orang lain, layani anak orang lain seperti kita melayani
anak kita sendiri”. Apabila kita memahami dan menghayati nilai
‘hormat-menghormati’ dan ‘kasih-sayang’, kita akan melakukan
perbuatan mengikut kehendak nilai ini terhadap diri sendiri, ahli
keluarga dan juga orang lain.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

1. Nilai Instrumental / Ekstrinsik


 Iaitu suatu nilai yang berkait atau bergantung dengan nilai yang
lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

 Sesuatu nilai baik itu dilakukan kerana ada nilai lain yang
hendak dicapai.

 Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat untuk mencapai


sesuatu matlamat

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

1. Nilai Instrumental / Ekstrinsik

Contoh
 Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya
menjadi jurutera.
 Dia sangat rajin ke kuliah kerana ingin mendapatkan markah yang
tinggi.

 Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia II.

 Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi


menghapuskan kegiatan pengedaran dadah
Jenis - Jenis Nilai

2. Nilai Intrinsik

 Iaitu nilai yang tiada kaitan dengan nilai yang lain dan nilai
tersebut adalah matlamat akhir

 Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik


atau buruk tanpa mengambilkira kesannya.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

2. Nilai Intrinsik

Contoh
 Dia rajin membaca.

 Dia menyayangi anaknya sepenuh hati

 Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada


seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya
berbuat demikian mengikut peruntukan undang-undang yang ada,
bukannya untuk membasmi kegiatan pengedaran dadah
Jenis - Jenis Nilai

3. Nilai Subjektif

 Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang


memberikan pandangan.

 Iaitu apabila sesuatu nilai itu diterima atau ditolak berdasarkan


pandangan seseorang individu

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

3. Nilai Subjektif
Contoh
 ‘Tidak bekerjasama membuat tugasan berkumpulan”- A
berpendapat keadaan ini adalah perkara biasa.

 Kes Amerika hendak menyerang Iraq - Bagi Britain, Amerika


perlu menyerang Iraq demi keamanan jangka panjang dunia
supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang
banyak memusnahkan manusia; - Bagi Perancis, Amerika tidak
boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan menyebabkan
rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban
Jenis - Jenis Nilai

4. Nilai Objektif

 Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada


pilihan peribadi.

 Iaitu apabila sesuatu nilai itu diterima atau ditolak berdasarkan


satu set penilaian yang telah dipersetujui bersama oleh
kumpulan, persatuan, organisasi.

 Suatu nilai yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai


autoriti.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

4. Nilai Objektif

Contoh
 Perhambaan tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan.

 Semua pelajar UTAR berpendapat bahawa menghormati


budaya dan perundangan masyarakat setempat merupakan
nilai sejagat yang harus dipupuk di dalam diri.

 Ketua Polis Negara menyatakan kes penagihan dadah di


negara ini semakin meningkat

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

5. Nilai Relatif

 Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu


masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat

 Iaitu nilai yang tidak tetap dan berbeza cara penerimaannya di


antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain

 Boleh berubah mengikut masa

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

5. Nilai Relatif
Contoh :
 Masyarakat Malaysia menganggap bersekedudukan adalah tidak
baik manakala masyarakat barat menganggapnya perkara biasa.

 Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui


perkahwinan rasmi.

 Manakala di California, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu


melalui perkahwinan rasmi.
Jenis - Jenis Nilai

6. Nilai Absolute / Mutlak

 Nilai yang tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi


sesebuah masyarakat. Iaitu suatu nilai yang tetap dan kekal
serta diterima secara consensus oleh semua masyarakat.

 Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau
buruk.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


Jenis - Jenis Nilai

6. Nilai Absolute / Mutlak

Contoh
 nilai keadilan - Setiap penjahat mesti dihukum –

 Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik. –

 Nilai ini telah diterima pakai oleh semua jenis masyarakat


sebagai satu nilai yang mutlak.

Copyright © Allyn & Bacon 2008


1. Konsep Asas Moral

 Definisi Konsep Moral


- Etika
- Moral
- Akhlak

 Peraturan Moral, Adat, Agama Dan Undang-Undang


- Konsep asas nilai
- Definisi nilai
- Fungsi nilai
- Jenis –Jenis Nilai
(A). Konsep Moral

 bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan


dan tingkah laku yang diterima.

 membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau


pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu
perbuatan,sikap atau cara berkelakuan
(A). Konsep Moral

 merujuk kepada kawalan tingkah laku yang


berlandaskan standard-standard yang dihayati serta
diamalkan oleh seseorang individu.

 seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku


yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang
diterima.
(b) Konsep Etika

 bahasa Latin ethica yang merangkumi kelakuan


betul dan kehidupan baik.

 maksud kebiasaan atau cara.

 boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian sains tentang


kelakuan manusia dalam masyarakat yang juga
merupakan satu set peraturan tingkah laku atau
undang-undang yang digubal bersama oleh ahli
masyarakat tersebut.
Copyright © Allyn & Bacon 2008
Etika

 Yunani ethos yang bermaksud adat atau


cara hidup.

 dihasilkan untuk menjadi garis panduan


kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin
kebaikan kumpulan asas persatuan mereka
seperti etika keguruan, etika guaman dan
sebagainya
Konsep Etika

 kod-kod etika digubal bertujuan sebagai garis


panduan kepada tingkah laku sesuatu kumpulan
untuk mengawal, menjamin dan melindungi tingkah
laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut

Contoh:
 etika keguruan, etika guaman dan sebagainya.
Etika

Contoh 1
 Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan
kliennya, mendedahkan tentang latar belakang keluarga
pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri
dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima
orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan
lantaran keluarga yang porak peranda.

 Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau


sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu
menyimpan rahsia atau maklumat kliennya. 
(c) Konsep Akhlak

 berasal dari kata "akhlaq" yang merupakan jama'


dari "khulqu" dalam bahasa Arab.

 ialah perangai, budi, tabiat dan adab.

 secara terminologi bererti tingkah laku


seseorang yang didorong oleh suatu keinginan
secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan
yang baik.

 juga membawa maksud budi pekerti seseorang


individu.
(c) Konsep Akhlak

 budi pekerti di sini merujuk kepada kelakuan


atau gerak geri seseorang.

 merupakan sifat semula jadi yang dimiliki


individu dan juga sifat yang dimilikinya menerusi
latihan dan rangsangan, iaitu batin dan zahir
dalam bentuk perlakuan

Anda mungkin juga menyukai