Anda di halaman 1dari 5

1. Namakan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam PdPR.

Dalam PdPR, terdapat tiga jenis pendekatan yang boleh digunakan iaitu
Pendekatan Dalam Talian, Pendekatan Luar Talian dan Pendekatan Off-site.
Pelaksanaan bagi pendekatan dalam talian ini boleh dijalankan dengan
menggunakan beberapa medium seperti website pelantar pembelajaran (DELIMa
dan EduWebTV), aplikasi belajar secara real-time (ZOOM dan Google Meet) serta
e-permainan (Quizizz dan Kahoot). Untuk pendekatan luar talian pula,
pelaksanaannya berlaku apabila murid menggunakan peranti, buku teks atau
bahan rujukan lain tanpa capaian Internet. Pendekatan luar talian ini juga
melibatkan proses muat turun bahan PdP serta ada tempoh guna peranti yang
dikawal dengan mengambil kira pandangan ibu bapa. Manakala untuk pendekatan
off-site pula dijalankan apabila murid berada di luar kawasan rumah atau sekolah
(pusat pemindahan sementara dan pusat kuarantin) dan kaedah yang digunakan
adalah lebih kepada kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team
(AST).

2. Nyatakan kekuatan dan kelemahan sistem PdPR yang disarankan oleh KPM.

Terdapat kekuatan dan kelemahan bagi setiap sistem PdPR yang


diperkenalkan ini. Untuk kelemahan sistem PdPR, sangat jelas bahawa sistem ini
masih tidak dapat dijalankan secara efektif disebabkan oleh beberapa isu seperti
murid tiada peranti seperti laptop atau telefon bimbit sendiri untuk menjalani
PdPR. Selain itu, capaian Internet yang tidak memuaskan terutama di kawasan
luar bandar dan kawasan pedalaman juga merupakan antara penyebab sistem
PdPR ini masih belum dapat dijalankan secara efektif.

Bagi kekuatan sistem PdPR yang diperkenalkan ini, saya


berpendapat bahawa ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk menaiktaraf
sistem pendidikan negara agar setanding dengan negara lain. Sistem PdPR ini
sudah lama dijalankan di negara lain terutamanya untuk kos universiti yang
melibatkan pembelajaran jarak jauh. Saya berpendapat bahawa tidak salah untuk
kita membiasakan para pelajar untuk menjalani sistem pembelajaran seperti ini.
Selain itu, sistem PdPR ini membiasakan para pelajar untuk beradaptasi dengan
keadaan semasa yang berlaku. Sepertimana yang telah berlaku di seluruh negara
pada ketika ini, virus COVID-19 masih belum dapat dibendung sepenuhnya
terutamanya di negara ini.

3. Apakah implikasi terhadap pelaksanaan PdPR tersebut?

Pada pendapat saya, terdapat implikasi buruk dan baik terhadap


pelaksanaan PdPR. Antara implikasi buruk terhadap pelaksanaan PdPR ini adalah
para murid kurang efektif dari segi pembelajaran mereka. Selain itu, ia juga
memberikan kesan buruk kepada ibubapa yang kurang berkemampuan untuk
menyediakan keperluan pelaksanaan PdPR.

Untuk implikasi baik pula, saya berpendapat bahawa pelaksanaan


PdPR ini sebenarnya dapat menyedarkan lagi kerajaan betapa banyaknya
kekurangan yang kita hadapi (capaian Internet tidak memuaskan; murid tiada
peranti untuk digunakan) dan pihak kerajaan akan mencari penyelesaian untuk
setiap masalah atau kekurangan yang dihadapi oleh negara.
4. Menurut pandangan anda, adakah pelaksanaan PdPR ini dapat menyediakan
pelajar bagi menghadapi kehidupan masa hadapan atau sebaliknya?

Pada pendapat saya, sememangnya pelaksanaan PdPR ini dapat


menyediakan pelajar untuk menghadapi kehidupan masa hadapan. Mungkin
kelihatan pada dasarnya pada ketika ini bahawa terdapat banyak kekurangan
pada pelaksanaan sistem PdPR ini, namun begitu pelaksanaan sistem ini harus
dibiasakan dan diperbaiki dari masa ke masa mengikut keperluan. Apabila para
pelajar sudah biasa dengan pelaksanaan sistem ini, nescaya pada masa akan
datang, mereka akan lebih mudah untuk beradaptasi dengan apapun keadaan
yang menimpa negara.

Selamat sejahtera, saya bersetuju dengan perbincangan yang saudari nyatakan.

1. Saya tertarik dengan kaedah- kaedah platform yang saudari bincangkan bagi pelaksaan kaedah
PdPr secara dalam talian. Selain medium seperti website pelantar pembelajaran (DELIMa dan
EduWebTV), aplikasi belajar secara real-time (ZOOM dan Google Meet) serta e-permainan (Quizizz
dan Kahoot). Penggunaan modul pembelajaran juga boleh digunakan sebagai alternatif yang
berkesan

2. Penjelasan tentang kelebihan sistem PdPr saudari amat disokongi. Namun bagi kelemahan yang
saudari nyatakan saya kurang bersetuju. Terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan
sekiranya terdapat masalah yang saudari nyatakan seperti penyediaan modul pembelajaran
daripada pihak sekolah atau pihak sekolah juga semestinya mempunyai alternatif lain bagi
membantu pelajar yang acapkali mempunyai masalah ini.

3. Bagi implikasi yang saudari nyatakan dimana memberikan kesan buruk kepada ibubapa yang
kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan pelaksanaan PdPR saya mempunyai pendapat
yang sedikit kontra dimana kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah memberikan bantuan
seperti Subsidi Program Jaringan PRIHATIN yang diumumkan pada Belanjawan 2021 lalu melibatkan
bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40
untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja
langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.

4. Saya setuju dengan pendapat saudari tentang pelaksanaan sistem ini harus dibiasakan dan
diperbaiki dari masa ke masa mengikut keperluan. Hal ini kerana, setiap manusia mestilah
mengambil masa untuk mengadaptasi perubahan yang berlaku dari masa ke masa untuk kearah
yang lebih baik.
1) Namakan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam PdPR.

Terdapat 3 pendekatan yang digunakan dalam PdPR iaitu dalam talian, luar
talian & off-site. Antara contoh pendekatan dalam talian ialah
menerusi Google Meet. Aplikasi ini boleh diakses melalui laptop ataupun telefon
pintar. Bagi luar talian, pelajar menggunakan peranti computer riba atau telefon
pintar yang tidak mempunyai capaian internet. Guru memuat turun bahan
pengajaran seperti video, audio, nota, latihan dan proses memuat turun bahan
dilakukan semasa terdapat capaian internet dan memberikan kepada pelajar
melalui medium komunikasi yang sesuai. Off-site ialah kaedah pembelajaran yang
berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di manamana premis yang
diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

2) Nyatakan kekuatan dan kelemahan sistem PdPR yang disarankan oleh KPM.

Kekuatan

Dalam PdPR, pelajar lebih fleksible dalam pembelajaran mengikut keselesaan


mereka masing-masing. Maklumat juga mudah dicari dengan pengunaan internet
mencari data-data yang pelajar perlukan. Selain itu, PdPR sedikit sebanyak
memberi gambaran dan menyediakan generasi muda akan Pendidikan 4.0 selaras
dengan Revolusi Industri 4.0.

Kelemahan

Antara kelemahan dalam system PdPR ialah capaian internet. Terdapat pelajar
yang tinggal di pedalaman dan tidak mempunyai capaian internet atau talian
internet yang lemah. Ini menunjukkan jurang pencapaian dalam topik
pembelajaran pelajar yang tinggal dalam bandar dan pelajar yang tinggal di luar
bandar.

3) Apakah implikasi terhadap pelaksanaan PdPR tersebut


Dalam pelaksanaan PdPR, Ibubapa, guru dan pelajar perlu menjalankan
tanggugjawab masing-masing. Ibu bapa haruslah mengawasi pelajar semasa
melakukan PdPR. Ini disebabkan terdapat segelintir pelajar yang tidak menghadiri
kelas PdPR atau tidak menumpukan perhatian semasa PdPR berlangsung.
Terdapat pelajar yang tidak mempunyai capaian internet atau mempunyai capaian
internet yang lemah. Guru mencari alternatif penggunaan medium interaksi dalam
menyampaikan pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar. Bagi pelajar yang
tidak mempunyai capaian internet, guru menghantar modul latihan dengan
mengepos atau menghantar modul kepada Ibu bapa pelajar agar pengajaran dapat
diteruskan. Pelajar haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai murid dengan
memberikan komitment yang penuh semasa sesi PdPR berlangsung.

4)Menurut pandangan anda, adakah pelaksanaan PdPR ini dapat menyediakan


pelajar bagi menghadapi kehidupan masa hadapan atau sebaliknya?

Semenjak berlakunya pandemic covid-19, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) telah memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sistem PdPR adalah alternatif bagi meneruskan aktiviti PdP daripada rumah
merupakan langkah yang terbaik yang disarankan oleh KPM. Sememangnya,
terdapat segelintir Ibu bapa atau pelajar yang tidak bersedia semasa PdPR ini
diperkenalkan, namun saya berpendapat bahawa ini merupakan langkah awal
dalam anjakan revolusi dalam pendidikan yang mampu melahirkan pelajar yang
cekap menggunakan internet serta mencari data atau maklumat dengan begitu
cepat selaras dengan revolusi industri 4.0 yang bakal tiba dalam pendidikan di
Malaysia di masa akan datang.

Selamat sejahtera, saya tertarik dengan perbincangan yang sudara nyatakan.

1. Saya tertarik dengan kaedah- kaedah yang saudara bincangkan seperti menggunakan platform
dalam talian, luar talian & off-site. Bagi kaedah dalam talian, Selain medium seperti Google Meet,
aplikasi belajar secara real-time ZOOM atau Skype juga boleh digunakan. Selain itu website pelantar
pembelajaran seperti DELIMa dan EduWebTV serta e-permainan Quizizz dan Kahoot boleh
digunakan untuk menarik minat pelajar.

2. Penjelasan tentang kelebihan sistem PdPr saudara amat disokongi. Namun bagi kelemahan yang
saudara nyatakan saya kurang bersetuju. Terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan
sekiranya terdapat masalah yang saudari nyatakan seperti penyediaan modul pembelajaran
daripada pihak sekolah atau pihak sekolah juga semestinya mempunyai alternatif lain bagi
membantu pelajar yang acapkali mempunyai masalah ini.

3. Bagi implikasi yang saudara nyatakan saya amat bersetuju, Ibu bapa seharusnya memainkan
peranan dalam memastikan anak anak dapat menerima ilmu dengan baik. Guru juga perlu sentiasa
berusaha untuk menyampaikan ilmu walau apa pun halangan yang berlaku dan pelajar juga
seharusnya memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar untuk memastikan proses
penyampaian ilmu itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, semua pihak mestilah mengetahui peranan
masing masing untuk memastikan semua pihak mendapat manfaat yang sama.

4. Saya setuju dengan pendapat saudara tentang pelaksaan pdpr ini merupakan langkah awal dalam
anjakan revolusi dalam Pendidikan. Hal ini mampu menyediakan anak-anak muda generasi
millennium ini dapat menggunakan teknolgi moden dan mampu berdiri sama tegak dan duduk sama
rendah seperti negara-negara yang semakin maju masa kini.

Anda mungkin juga menyukai