Anda di halaman 1dari 12

1571

Aplikasi DELIMa: Isu dan Penyelesaian mengakses


PdPR atas talian.
(DELIMa application: Issues and Solutions access PdPR online.)

Rujiah Muhin
Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi Selangor
rujiahmuhin@gmail.com

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff


Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi Selangor
nik@ukm.edu.my

Shahlan Surat
Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi Selangor
drshahlan@ukm.edu.my

ABSTRAK

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah alternatif pembelajaran norma


baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan yang disebabkan
pandemik Covid-19. Kelangsungan pendidikan digantikan pembelajaran digital atas
talian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadikan aplikasi DELIMa
sebagai platform utama PdPR. Kajian ini bertujuan untuk meneroka isu dan
penyelesaian yang dihadapi oleh ibubapa ketika mengakses aplikasi DELIMa. Hal ini
sangat penting untuk memastikan kelancaran PdPR atas talian mahupun di luar talian,
kerana aplikasi ini merupakan medium utama antara guru dan murid berinteraksi
dalam menyampaikan maklumat dan membuat penilaian murid. Kajian ini adalah
kajian kualitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan menemubual
seorang peserta kajian yang merupakan seorang guru penyelaras aplikasi DELIMa
yang mengawal selia sistem tersebut dan menjadi tempat rujukan ibu bapa apabila
menghadapi sebarang isu yang timbul. Dapatan kajian ini, menunjukkan masalah
teknikal yang menjadi punca utama apabila mengakses aplikasi ini, walaupun lokasi
kajian berada di bandar dan menpunyai rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan
mempunyai liputan internet yang sangat baik. Kesimpulannya, pihak KPM seharusnya
mengambil serius terhadap masalah ini kerana untuk memastikan kelancaran PdPR
agar murid tidak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang tempoh pandemik ini.

Key Words: Aplikasi DELIMa, PdPR, atas talian, pandemik covid-19, online learning,

ABSTRAK

Home Teaching and Learning (PdPR) is an alternative to learning the new norms
throughout the implementation of the Movement Control Order caused by the Covid-
19 pandemic. Continuity of education is replaced by online digital learning by the
Ministry of Education Malaysia and makes the DELIMa application as the main
1572

platform for PdPR. This study aims to explore the issues and solutions faced by
parents when accessing the DELIMa application. This is very important to ensure the
smooth running of PdPR online and offline, because this application is the main
medium between teachers and students to interact in conveying information and
making student assessments. This study is a qualitative study that uses a survey study
design by interviewing a study participant who is a DELIMa application coordinator
teacher who regulates the system and serves as a reference point for parents when
faced with any issues that arise. The findings of this study, show technical problems
that are the main cause when accessing this application, even though the study
location is in the city and has a high -speed broadband network and has excellent
internet coverage. In conclusion, the MOE should take this problem seriously because
to ensure the smooth running of PdPR so that students do not fall behind in lessons
during this pandemic period.
Key Words: Aplikasi DELIMa, PdPR, atas talian, pandemik covid-19, online
learning,
PENGENALAN

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan impak yang amat
besar terhadap sistem pendidikan secara global dengan penutupan sebahagian besar
pusat pendidikan secara drastik. Statistik yang ditunjukkan oleh UNESCO
berdasarkan keadaan semasa fenomena ini dua pertiga daripada peta dunia terkesan
akibat pandemik ini dengan membuat penangguhan sesi persekolahan serta merta bagi
membendung penularan wabak ini.(Shin, 2020).

Sebagai respon terhadap krisis ini pelbagai pihak bekerjasama demi


kesinambungan pendidikan agar berterusan meskipun dalam perintah kawalan
pergerakan (PKP). UNICEF sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
menyediakan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di
Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
melancarkan platform pengajaran dan pembelajaran atas talian melalui Komuniti Guru
Digital Learning atau Teacher Digital Learning Community.Tujuannya adalah untuk
membantu guru mendapatkan latihan dan kemahiran dalam membina sumber untuk
memulakan e-pembelajaran dengan murid, seterusnya menyampaikan pengajaran atas
talian dengan lebih berkesan. (UNICEF, 2020)

Pendidikan normal secara fizikalnya bersemuka antara murid dan guru, namun
bertukar menjadi pertemuan di dunia maya setelah pandemik Covid-19 melanda dunia
(Lisa et al, 2020). Pada 18 Mac 2020, secara rasminya kerajaan Malaysia
mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berikutan
peningkatan kes positif covid-19 setiap hari. Semua tempat awam dan institusi
pendidikan termasuklah sekolah ditutup untuk membendung penularan wabak
tersebut daripada terus merebak. Istilah bekerja dari rumah (BDR) dan belajar dari
rumah mula sinonim dengan rutin ibubapa dan anak-anak berikutan PKP yang telah
dikuatkuasakan. Akibat daripada penutupan sekolah secara serentak, KPM bersama
dengan Google for Education telah menyediakan teknologi dan sumber kepada guru
dan pelajar untuk meneruskan pembelajaran atas talian.

Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi


oleh guru tentang pelaksanaannya dan dapatan menunjukkan bahawa pihak sekolah
1573

dan guru telah membuat pelbagai usaha untuk memastikan pembelajaran terus
berlangsung. Namun, kurang dinyatakan oleh para pengkaji mengenai kekangan yang
dihadapi oleh ibu bapa apabila mengakses platform yang disediakan semasa
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR). Aplikasi DELIMa telah dijadikan
medium rasmi untuk pengajaran dan pembelajaran atas talian di semua sekolah di
bawah seliaan KPM. Sebelum pelancaran aplikasi DELIMa, KPM telah memberi garis
panduan kepada kepada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan murid mengenai kaedah
pembelajaran melalui platform Google Classroom (GC) dan Google Meet (GM).

PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dijalankan oleh Losius. et al. 2020, mendapati 39.2 % ibubapa tiada data
telefon pintar dan 10.1% tidak mempunyai telefon pintar antara faktor yang
menyebabkan PdPR tidak dapat dijalankan. Senario ini berlaku kerana telefon bimbit
yang mempunyai data internet menjadi medium utama komunikasi antara guru dan
murid untuk menerima nota dan tugasan. Selain itu kurang kemahiran menggunakan
aplikasi telefon pintar 34.1%, menjadi faktor kedua tertinggi yang menjadi penghalang
kepada kelangsungan pembelajaran atas talian. Hal ini menjadi isu dan cabaran PdPR
tidak mengira lokasi sekolah di bandar atau di luar bandar.

Pada 15 Jun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan


Digital Educational Learning Initiative Malaysia atau DELIMa sebagai
penambahbaikan platform pembelajaran digital untuk guru, pendidik dan pelajar
sebelum ini. Pelantar ini adalah hasil kerjasama berterusan KPM bersamaGoogle,
Microsoft dan Apple. Ia menawarkan kesemua servis digital dan aplikasi yang
diperlukan oleh guru dan pelajar dalam sistem persekolahan Malaysia, termasuk
sumber dan teknologi bagi membolehkan pendidikan secara digital seperti Google
Classroom, Google Meet, Microsoft O365 dan Apple Teacher Learning Center
dilakasanakan. (BH 16 Jun 2020).

Jadual 1: Analisis Cabaran Ibu bapa (Losius et al. 2020)

Sebagai langkah awal sebelum memulakan PdPR, ibubapa diminta mengaktifkan


akaun @moe-dl.edu.my anak mereka supaya dapat mengikuti pembelajaran atas
talian dalam aplikasi DELIMa. Walaubagaimanapun terdapat ibubapa yang tidak
dapat mengakses aplikasi tersebut apabila mendaftar masuk ke dalam Google
1574

Classroom (GC) dan Google Meet (GM) untuk mendapatkan nota dan membuat
latihan yang diberi oleh guru semasa PdPR. Persoalannya, apakah puncanya ibu bapa
sukar untuk mendaftar masuk ke dalam GC dan GM kelas anak mereka dan apakah
penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Penyelidik ingin mengetahui adakah masalah ini berpunca daripada masalah


teknikal sistem atau pun ibubapa kurang pengetahuan bagaimana cara mengakses
pembelajaran atas talian terutamanya melalui aplikasi DELIMa.

Rajah 1: Masalah Mendaftar masuk akaun Google Classroom dan Google Meet

Sumber : Kumpulan Sokongan Google Classroom SK Putrajaya Presint 9(1)

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka sejauhmanakah masalah


yang dihadapi oleh ibubapa ketika menggunakan aplikasi DELIMa. Terdapat dua
objektif khusus kajian ini dijalankan, pertama mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh ibubapa semasa mengakses aplikasi DELIMa dan yang kedua mengenalpasti
penyelesaian setiap masalah yang dihadapi oleh ibubapa semasa mengakses DELIMa.
Kajian ini sangat penting untuk mengetahui masalah dasar yang menyebabkan aplikasi
ini sukar di akses walaupun ibubapa telah menyediakan alat peranti dan liputan
internet yang baik di kediaman masing-masing. Selain itu dapatan akan membantu
pihak sekolah dan KPM untuk memberi alternatif lain medium PdPR yang lebih
berkesan dan dapat diakses oleh semua murid tanpa mengira lokasi.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian


tinjauan. Airsian dan Gay (2006) menyatakan matlamat utama pendekatan kualitatif
ialah menyediakan pemahaman berkaitan persekitaran sosial dan aktiviti dari
perspektif subjek. Protokol temu bual di jadikan sebagai instrumen kajian dengan
menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian. Manakala analisis tematik sebagai
cara menganalisis data.
1575

Artikel ini mengandungi empat bahagian yang terdiri daripada sorotan


litaratur, metode kajian, dapatan dan perbincangan yang menyatakan implikasi kajian
serta cadangan daripada penyelidik untuk kajian lanjut mengenai pembelajaran atas
talian.

SOROTAN LITARATUR

Persekitaran Pembelajaran Maya

Persekitaran pembelajaran maya adalah persekitaran pembelajaran yang


menghubungkan semua ahlinya melalui akses internet dan membolehkan mereka
berbincang dan bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan,(Rheingold.2004;
Shahaimi & Fariza (2017). Penyataan tersebut mengukuhkan lagi dapatan kajian
Mahizer (2006) yang menyatakan pembelajaran mudahalih (m-pembelajaran) dapat
memberi peluang pembelajaran tanpa membataskan capaian maklumat. Teknologi
mudahalih dan tanpa wayar ini membolehkan pembelajaran berlaku walaupun tanpa
infrastruktur fizikal tertentu dan membantu pelajar yang tinggal di kawasan yang tiada
kemudahan tersebut. Peralatan mudah alih seperti PDA (personal digital assistants),
komputer riba dan telefon bimbit membolehkan maklumat dapat diperolehi pada bila-
bila masa.

Perkembangan teknologi yang sangat pantas mewujudkan pelbagai inovasi,


tidak ketinggalan bidang pendidikan. Kaedah pembelajaran maya yang dikenali
sebagai Frog Virtual Learning Environment (VLEFROG)adalah satu sistem
berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pembelajaran konvensional melalui internet jalur lebar. Ia
mula digunakan di Malaysia di bawah projek 1Bestarinet hasil kerjasama di antara
Syarikat YTL dan KPM dengan membekalkan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa
wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi kepda 10000 buah sekolah di bawah
program ini (Shahaimi & Fariza, 2017).

DELIMa adalah singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative


Malaysia (KPM 2020) merupakan penjenamaan semula platform MOE Digital
Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. Sebagaimana Frog VLE
sebelum ini, pembelajaran atas talian ini kurang mendapat sambutan daripada guru
(Shahfiezul & Fariza, 2015) kerana guru kurang pengetahuan dan dan kemahiran
mengendalikan pdpc berasaskan teknologi. Kajian ini disokong dapatan kajian Ummu
Salma dan Fariza (2014), menyatakan bahawa hanya 2% sahaja guru menggunakan
Frog VLE.

Kajian mengenai pembelajaran atas talian bukan perkara baru, ianya telah mula
mendapat perhatian ramai pengkaji mengenai keberkesanan dan cabaran kaedah
pembelajaran ini. Kajian Zulkifli, Hamzah dan Abdul Razak (2020), menyatakan
penggunaan pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course
(MOOC) masih di tahap rendah kerana tahap liputan wifi yang rendah menjadi
halangan kepada pelajar untuk menggunakan platform ini di dalam kampus UKM.
Dapatan ini megukuhkan lagi kajian Farah dan Md Yusoff (2017), mengenai isu dan
cabaran pendidikan abad ke-21 melalui aplikasi MOOC di Malaysia.
1576

Manakala kajian Losius et al. (2020), pelaksanaan pdpc jarak jauh bukan sahaja
menjadi masalah kepada guru bahkan juga kepada ibubapa dan murid ekoran daripada
penutupan sekolah kerana pandemik COVID-19. Dapatan kajian tersebut turut
menyatakan normal baharu pdpc jarak jauh daripada cara konvensional telah
menyebabkan guru-guru mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
tersebut dan menyebabkan tekanan dalam menyediakan bahan-bahan pembelajaran
kepada murid. Masalah yang telah dikenalpasti daripada kajian ini pastinya
membantutkan perancangan yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPIM) 2013-2025 yang menggariskan setiap murid akan mendapat akses
kepada pendidikan yang berterusan walaupun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
Sejajar dengan hasrat ini, KPM telah menyediakan manual pengajaran dan
pembelajaran dari rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru melaksanakan
pengajaran berstruktur dan terancang agar murid dapat mengikuti PdPR secara
optimum sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP). (KPM, 2020).

Rajah 2: Kerangka Konsep PdPR dalam Talian

Sumber: https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/manual-
pdpdr

Konsep Aplikasi DELIMa

Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM adalah satu platform yang menjadi
sumber kepada guru-guru di Malaysia mendapatkan kemahiran untuk membina PdPc
dalam talian dengan menggunakan teknologi yang ada. Pelantar Digital Learning
disediakan oleh KPM sebagai medium kursus dalam talian untuk membimbing guru
membina dan menguruskan kelas dalam talian dengan menggunakan produk Google
Educationseperti Google Classroom, Google Docs, Google slides, Jamboard dan lain-
lain(KPM, 2020). Terdapat lima modul latihan profesional yang disediakan untuk
membantu guru-guru bagi menjalankan pembelajaran dalam talian.
1577

Modul 1 membawa guru meneroka pelantar Digital Learning KPM, untuk


membina Google Classroom sendiri dan mula merancang e-pembelajaran melalui 5
langkah mudah untuk diikuti seperti yang telah digariskan dalam modul tersebut.
Seterusnya modul 2, membina bahan pengajaran digital dengan menunjukkan cara-
cara membina bahan pengajaran digital melalui pendekatan yang pelbagai seperti
Google Docs, Google Slides dan perakam layar. Apabila semua bahan tersedia, guru
akan diminta meneruskan ke modul 3, yang manamengajar guru cara-cara untuk
menambah elemen interaktif di dalam bahan e-pembelajaran supaya murid belajar
secara aktif sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar. Manakala
modul 4 menunjukkan bagaimana teknologi dapat membantu guru dalam proses
penilaian murid untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dan terus aktif dalam
pembelajaran digital. Modul ini juga menunjukkan bagaimana guru boleh mengurus
markah murid melalui fitur Gradebook di dalam Google Classroom. Akhir sekali,
modul 5 memberikan tip-tip tambahan kepada guru untuk membina persekitaran
pembelajaran digital yang positif dan hubungan guru dengan murid, murid dengan
murid yang kukuh walaupun dari jauh. (KPM, 2020)

Sebagai kesimpulannya, modul yang disediakan oleh KPM sangat lengkap


kerana dapat membantu dan membimbing para guru untuk membina pdpc atas talian
secara terperinci. Walaubagaimanapun, masih terdapat kekangan daripada segelintir
guru untuk mengikuti kursus dalam talian ini kerana kurangnya pengetahuan dan
kemahiran teknologi maklumat serta talian internet yang terhad terutamanya sekolah
di luar bandar. Hal ini disokong oleh kajian lepas yang lebih berfokus kepada masalah
yang dihadapi oleh guru dan pihak pentadbir sekolah dalam melaksanakan
pembelajaran pesekitaran maya. Namun berbeza dengan situasi semasa pandemik
covid-19, ibubapa turut sama menghadapi masalah dalam pelaksanaan PdPR kerana
ketika pembelajaran atas talian murid berada di rumah dan memerlukan alat peranti
dan data internet untuk menyertainya.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan secara kualitatif. Kajian yang
menggunakan pendekatan ini adalah untuk mengkaji dan memahami proses yang
berlaku dalam keadaan dan situasi yang realistik (Rozmi, 2017). Manakala Strauss
dan Corbin, 1990, menyatakan pendekatan kualitatif sebagai satu penyelidikan yang
menghasilkan penemuan yang bukan melalui analisis statistik dan pengiraan, tetapi
lebih kepada menghuraikan data dalam bentuk perkataan (Miles dan Hubermen,
1984). Airsian dan Gay (2006) menyatakan matlamat utama pendekatan kualitatif
ialah menyediakan pemahaman berkaitan persekitaran sosial dan aktiviti dari
perspektif subjek.

Populasi kajian ini adalah pengguna aplikasi DELIMa sebuah sekolah rendah
di Putrajaya, dan pengkaji telah memilih seorang guru sebagai peserta kajian, iaitu
guru data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)dan merupakan guru penyelaras
kepada aplikasi DELIMa sekolah tersebut. Pemilihan peserta kajian ini berdasarkan
pendekatan purposive sampling ia dipilih berdasarkan pertimbangan tertentu (Miles
1578

dan Huberman, 1984). Pertimbangan yang dimaksudkan adalah subjek yang dipilih
dapat memberikan maklumat yang dikehendaki dan tepat untuk menjawab persoalan
kajian. Pengkaji sendiri yang menetapkan kriteria peserta kajian agar dapat
memberikan maklumat yang maksimum untuk menjawab permasalahan kajian.
(Sugiyono, 2013)

Oleh itu untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh
ibu bapa ketika mengakses Google Classroom dan Google Meet yang menjadi
platform PDPR guru tersebut adalah peserta kajian yang sesuai untuk memerihalkan
perkara tersebut. Beliau merupakan guru lelaki guru yang mengajar matapelajaran
matematik dan mempunyai berpengalaman mengajar selama 15 tahun dan mempunyai
pengalaman menjadi guru data (APDM) selama 10 tahun. Selain itu, peserta kajian
juga pernah menjadi penyelaras Vle Frog di bawah program 1Bestarinet sebelum ini
dan seterusnya menjadi penyelaras aplikasi DELIMa.Berdasarkan pendapat Colemen
(1958), temubual pengkaji bersama peserta kajian mempunyai kesahan yang tinggi
kerana guru tersebut merupakan individu yang benar-benar mengetahui masalah yang
dihadapi oleh ibu bapa ketika menggunakan aplikasi DELIMa.

Protokol temubual digunakan sebagai instrumen kajian dan teknik temubual


lapangan atau in depth intervierw digunakan sebagai cara untuk mengumpul data. Ia
berkonsepkan pendekatan interpretasi kepada fenomena (Rozmi, 2017), agar pengkaji
dapat meneroka secara mendalam masalah yang ingin dikaji. Data yang diperolehi di
analisis secara tematik.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Terdapat tiga isu popular yang menjadi cabaran kepada pengguna aplikasi DELIMa
adalah apabila mengakses platform PDPR iaituGoogle Glassroom (GC) dan Google
Meet(GM) dengan menggunakan akaun DELIMa. Hal ini dibuktikan dengan
kekerapan ibu bapa mendapatkan bantuan guru penyelaras untuk mendapatkan
semula kata laluan apnila menggunakan aplikasi ini. Perkara ini berlaku kepada ibu
bapa yang menpunyai bilangan anak yang ramai dan terpaksa berkongsi alat peranti
untuk mengikuti PDPR. Hasil pemerhatian peserta kajian terhadap masalah ini,
terdapat tiga isu utama apabila menggunakan akaun DELIMa.

Penggunaan akaun khas individu.

Pernyataan “ Class code not found. Please check code and try again” selalu
diadukan oleh ibu bapa apabila mengakses GC dan GM semasa PdPR. Hal ini
berpunca daripada penggunaan akaun DELIMa yang tidak tepat untuk mengikuti kelas
di dalam GC dan GM. Apabila murid tidak menggunakan akaun khas individu,
bermakna murid menggunakan akaun DELIMa adik beradik yang lain. Maka akan
berlaku kesilapan dan tidak dapat menyertai kelas di dalam GC. Hal ini berlaku apabila
murid berkongsi alat peranti dengan ahli keluarga lain. Murid mesti menggunakan
akaun DELIMa mereka sendiri setiap kali mengikuti kelas di dalam Google
Classroom.

Tidak membuat tetapan pada alat peranti


1579

Tidak membuat tetapan pada alat peranti bermaksud tidak menetapkan skrin kunci
atau lock screen seperti nombor pin, swipe dan pattern lock, pada telefon bimbit atau
alat peranti yang digunakan. Maka ia menyebabkan keselamatan peranti ( Device
Security) mengaktifkan mod keselamatan dan menghalang pengguna untuk
mengakses aplikasi DELIMa. Setiap alat peranti mempunyai Device Policy Alert
untuk memastikan ia tidak disalah guna dan sebagai langkah keselamatan jika berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.

Kesilapan Maklumat

Isu yang ketiga adalahkesilapan memasukkan maklumat @moe-dl.edu.my ke


dalam akaun Google di dalam alat peranti. Keadaan ini akan mengakibatkan murid
tidak dapat mengakses GC. Aplikasi DELIMa hanya membenarkan akaun DELIMa
(@moe-dl.edu.my. yang betul untuk mengakses GC. Google akaun yang digunakan
di dalam telefon pintar atau komputer hendaklah dikemaskini dengan akaun DELIMa
(@moe-dl.edu.my) murid.

Penyelesaian Isu Aplikasi DELIMa

Penyelesaian 1

Penggunaan akaun khas individu, penyelesaian kepada isu ini, murid hendaklah
menggunakan akaun DELIMa mereka sendiri sebelum mengakses aplikasi DELIMa
kerana murid didaftarkan oleh guru mengikut kelas dan mata pelajaran yang berbeza
dan mengikut tahun masing-masing. Ibu bapa hendaklah membantu anak-anak mereka
untuk mengakses aplikasi ini agar tidak berlaku kesilapan dalam penggunaan akaun
dan ibubapa boleh mengikuti tutorial di dalam youtube pada pautan berikut,
https://youtu.be/cS_PIBH3IYQ .

Penyelesaian 2

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pengguna perlu membuat tetapan Device
Security pada telefon pintar dengan menetapkan kata kunci supaya akaun DELIMa
dapat digunakan di dalam telefon bimbit atau peranti lain yang digunakan semasa
kelas dalam talian. Caranya dengan mematikan alat peranti tersebut sebelum
membuka semula Google Classroom. Panduan video boleh ditonton pada pautan
youtube ini https://youtu.be/Shcp-BXoXnU

Penyelesaian 3

Penyelesaian kepada isu kesilapan maklumat, ibu bapa hendaklan memadam akaun
DELIMa yang mengandungi kesilapan pada alat peranti dan memasukkan semula
maklumat yang tepat. Kemudian menambah akaun DELIMa murid ke dalam tetapan
1580

User Account pada alat peranti mereka. Panduan penyelesaian masalah ini boleh
ditonton di dalam pautan ini,https://youtu.be/Lby2YwNcaxo

Sebagai rumusan, ketiga-tiga isu tersebut memberikan indikasi bahawa


aplikasi DELIMa-KPM kurang mesra pengguna kerana masih terdapat halangan untuk
mengakses GC dan GM apabila menggunakan alat peranti yang berbeza. Selain itu
terikat dengan mod keselamatan alat peranti setiap kali murid menggunakannya dan
berkongsi dengan ahli keluarga yang lain. Masalah teknikal dan kurangnya
pengetahuan ibubapa mengenai isu ini dan cara penyelesaiannya menyebabkan ada
murid terpaksa mengabaikan dan tidak melakukan tugasan yang diberi oleh guru.
Perkara ini amat membimbangkan kerana PdPR atas talian dan di luar talian semasa
pandemik ini, sangat memerlukan semua pihak celik IT.. Implikasinya, sekiranya
ibubapa gagal untuk mengatasi isu-isu yang timbul dengan segera akan menyebabkan
maklumat pembelajaran yang diberikan oleh guru tidak sampai kepada murid.
Natijahnya, murid akan ketinggalan dalam pembelajaran dan menyebabkan keciciran
dalam pendidikan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunan e-pembelajaran di Malaysia ketika pandemik


ini telah direncanakan dengan sempurna namun pelaksanaannya masih di tahap yang
sederhana jika dibandingkan dengan negara lain. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi
kajian Alturise dan Mahyoob terhadap masalah penggunaan aplikasi dalam talian untuk
tujuan pembelajaran atas talian adalah disebabkan masalah teknikal. Malah dapatan
kajian Muhammad Saiful et al. (2019) menyatakan “Dalam konteks penggunaan
teknologi dan sistem, faktor kebergunaan dan mudah guna merupakan elemen yang
menentukan niat seseorang untuk menggunakan sesuatu sistem atau teknologi’. Oleh
yang demikian kajian ini jelas menunjukkan pembangunan sesuatu sistem sangat
dipengaruhi oleh elemen mesra pengguna untuk kemudahan semua pihak ( Yusoff,
Mahpol dan Sa,ad, 2019).

RUJUKAN

Airasian, P., Gay, L., dan Mills, G. 2006. Educational research: Competency for
analysis and applications (8th edition). New Jersey: Pearson Prentince Hall.
Alturise, F. (2020). Evaluation of the Blackboard Learn Learning Management
System for Full Online Courses in Western Branch Colleges of Qassim
University. International Journal of Emerging Technologies in Learning,
15(15), 33-50.
Amir, L.R., Tanti, I., Maharani, D.A. et al. Student perspective of classroom and
distance learning during COVID-19 pandemic in the undergraduate dental
study program Universitas Indonesia. BMC Med Educ 20, 392
(2020).https://doi.org/10.1186/s12909-020-02312-0
Farah Nurshahira, Zulkifli.,&Md Yusoff Daud. (2017). Transformasi pendidikan: Isu
dan cabaran pendidikan abad ke-21 melalui aplikasi massive open online
courses (MOOC) di Malaysia. In Simposium Pendidikan diPeribadikan:
1581

Perspektif Risalah An-Nur. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia di


Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).
Hanafiah, S.H.M, Majid, A.H.A., Teh. K.S.M., 2019. Gamifikasi Dalam Pendidikan:
Satu Kajian Literatur. Asian People Journal, 2(2), 31-41.
Idawati Suliman, 2019. Penggunaan FFOG-VLE Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan di Sekolah: Perbandingan antara Sekolah Rendah Bandar dan
Luar Bandar Daerah Kluang. Tesis Sarjana Pendidikan teknik dan Vokasional.
Universiti Tub Hussein Onn Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Losius Goliung, Ashly Kasin, Marcelus Johnny, Nazarius G.Yulip, 2020. Cabaran
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pejabat Pendidikan Daerah Ranau,
Sabah.
https://www.academia.edu/43147586/Cabaran_Pelaksanaan_Pengajaran_dan
_Pembelajaran_Jarak_Jauh_PDPCJJ_Semasa_Perintah_Kawalan_Pergerakan
_PKP_
Mahyoob, M. (2020). Challenges of e-Learning during the COVID-19 Pandemic
Experienced by EFL Learners. Arab World English Journal, 11 (4) 351-362.
DOI: https://dx.doi.org/10.24093/awej/vol11no4.23
Miles, M.B. dan Huberman, A.M, 1984. Qualitative Data Analysis: A Sourcebook of
New Methods. Newbury Park, CA: Sage.
Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Sharizal Mahpol dan Muhammad Luqman Ibnul
Hakim Mohd Saad. 2019. Kesediaan Pelajar Terhadap Aplikasi Kahoot!
Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. INSANIAH: Online Journal of Language,
Communication and Humanities, 2(2).
Olasile Babatunde Adedoyin & Emrah Soykan (2020) Covid-19 pandemic and online
learning: the challenges and opportunities, Interactive Learning
Environments, DOI: 10.1080/10494820.2020.1813180
Rozmi Ismail. 2017. Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Penerbit UKM :
Bangi.
Shahaimi, S & Khalid,F 2017. Percepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLE Frog di
sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan negeri Selangor. Simposium
Pendidikan, Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) (pp.226-236) Retrived
from
http://conference.ukm.my/sprin/index.php/sprin/sprin/paper/viewFile/71/30-
Shahaimi, S & Khalid,F 2015. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG)
Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia: Pelaksanaan dan Cabaran. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke-5.
Strauss, A. Dan Corbin, J. 1990. Basics of Qualitative Research : Grounded Theory
Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications, Ins.
Syed Lamsah Syed Chear (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi
Whatsapp dan Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia,
42(2):2017.
1582

Ummu Salma Mohidin & Fariza Khalid, 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah
Rendah Dalam Penggunaan VLE FROG Untuk Pengajaran & Pembelajaran.
The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)
Wan Ya Shin, 2020. Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19. 8 April 2020
https://www.ideas.org.my/pendidikan-sepanjang-krisis-covid-19/ dimuat
turun pada 3 Disember 2020
Wolfinger, S. (2016).An exploratory case study of middle school student academic
achievement in a fully online virtual school (Doctoral dissertation, Drexel
University). Drexel University
Zahiah Binti Kassim & Abdul Razak Bin Ahmad, 2005. E-Pembelajaran: Evolusi
Internet Dalam Pembelajaran Sepanjanjang Hayat. Unibversiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Abdul Razak, K. (2020). Isu dan cabaran penggunaan
MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research,
Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 10(1), 78-95.
https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol10.1.6.2020
Rujukan Online
BERNAMA. 19 Disember 2020.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566
KPM. 2020. https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/manual-
pdpdr
UNICEF,2020.
https://www.humanitarianresponse.info/sites/www.humanitarianresponse.inf
o/files/documents/files/case_study_-_malaysia_08_july_2020.pdf
UNESCO. 2020. https://en.unesco.org/covid19/educationresponse
https://youtu.be/cS_PIBH3IYQ
https://youtu.be/Shcp-BXoXnU
https://youtu.be/Lby2YwNcaxo

Anda mungkin juga menyukai