Anda di halaman 1dari 15

KONSEP MUZIK

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan
kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi
penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca,
menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat 7 konsep muzik yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang
tamatnya pesekolahan mereka di sekolah rendah.

  Irama

Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.
a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.
Simbol Verbal:
Irama
detik
not dan tanda rehat
meter tekanan
corak
irama,ostinato,rentak.
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak

irama.
3. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu.
4. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama.
5. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang
dimainkan/dinyanyikan/didengar

.Melodi
6. Susunan pic secara melintang.
7. a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana
8. b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan
mendatar.
9. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
10. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain
membentuk satu
11. kumpulan atau
12. rangkaian pic
13. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
14. f. Pic boleh disusun secara berurutan.
15. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk
sebuah melodi lagu.
16. Simbol Verbal :
17. Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi
sekuens nada
18. Objektif P & P:
19. Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal
pasti dan membezakan :
20. 1. Antara melodi dan iringan.
21. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar.
22. 3. Skel yang dimainkan.
23. 4. Pic yang melompat dan berulang.
24. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyika

Warna Ton
Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau
idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada
bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.
Simbol Verbal:
A lat
suara - manusia,binatang,kenderaan,alam semula jadi dll.
perkataan
deskriptif
ton - gelap , cerah , padat , garau , kasar
suara - soprano , alto , tenor dan
bes
Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofondan idiofon.
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka.
2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar,diterokai / eksperimen dll

3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang


lembut,kasar,tinggi,rendah,padatgarau dll.
4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,trumpet,gong,violin dll.

Bentuk
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.
Simbol Verbal :
Motif frasa
seksyen,koras,rangkap
ABA , berulang,kontras
intro,koda
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti :
1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan.
2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya.
3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.
5. Harmoni.
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan
serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.
Simbol Verba
Harmoni jeda triad tonik/kord round,polifoni,deskan,kaunter melodi kord iringan
homofoni
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan).
2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara.
3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter
melodi dan deskan.

Ekspresi
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu
ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara
beransur- ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.
Simbol Verbal :
Dinamik Volume cerscendo diminuendosusutain,legato,staccatocepat,lambat
mud - riang,tenang,cemas,cergas.
Objektif P & P :
Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan
lembut.
2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh
beransur-ansur menjadi kuat atau perlahan.
3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan
bunyipendek,lembut,panjang,terputus-putus dan lain-lain lagi.
Tekstur / Jalinan
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyiyang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu /teba atau
banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.
Simbol Verbal
Solo duet trio quartet orkestramonofoni homofoni polifoni
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh
seorang,dua atau lebih.
2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifon

SENI DALAM PENDIDIKAN


WAJ 3107
MENGENAL PASTI KONSEP IRAMA,
MELODI, DAN EKSPRESI DALAM
SEBUAH LAGU KANAK-KANAK
TEMPATAN PILIHAN

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN


1.1 PENGENALAN KONSEP
- perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kreativitinya.
- Matlamatnya - melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif,
inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

(a) Teori konstruktivisme -kanak-kanak membina pengetahuan


secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai
wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara
bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan
.Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana kecerdasan
minda murid dengan lebih menyeluruh.
(c) Howard Gardner (1983) Pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan
pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang
mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang
bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan
untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran
muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif ,
personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan
analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vinci- Beliau adalah seorang seniman, jurutera,
anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupannya.

Seni Dalam Pendidikan akan:


i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di
sekolah menjadi lebih seronok
ii Membantu anda memahami diri sendiri
iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah
iv Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka ,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan
menyeluruh

1.1.1 Matlamat
- untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
- meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara
- Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen
akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik
tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

1.1.2 Objektif / tujuan


- menghargai keindahan ciptaan Tuhan
- mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam
proses penghasilan
- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta
kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan .
- menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk mengekspresikan hasilan kerja
- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap
karya seni yang dibuat
- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
muridan lain
- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni
- sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan
kaitannya dengan keselesaan hidup
- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
- mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan.
- membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan

1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN


Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai
asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
- guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan diri mereka.
- guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar,
mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
ı Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri
sebagai subjek teori pembelajaran.
ı Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang
membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama.
ı Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama
dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan
sahsiah diri.

1.2.1 Teori Pembelajaran


(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi
duni sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar
sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan
dengan teori konstruktivisme?
- Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
- Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
- Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
- Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai
cara dan bentuk
- Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan
persembahan
- Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

(b) Teori Kecerdasan Pelbagai


- Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar
- Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
- Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan:
1) Verbal – linguistik
- murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan
2) Logik – Matematik
- Murid menjalankan eksprimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid
3) Visual – ruang
- Murid melukis sesuatu menggunakan stail, media atau bahan baru
4) Kinestetik
- Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama
5) Muzik
- Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar
6) Interpersonal
- Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama
7) Intrapersonal
- Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan sendiri
8) Naturalis
- Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa
Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?
1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI
selaras dengan FPN
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan
yang berbagai
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai
4. Wujudkan suasana kolaboratif
5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi
penyelidikan dalam p&p
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan
seterusnya meningkatkan potensi diri

(c) Teori Pembelajaran Sosial


Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran
manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan
sesuatu.
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud,
murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau
kepada model baru yang ditirunya
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam
situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain.
(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan
kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip
dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?
(i) Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan
idea itu
(ii) Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya sama
ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih.
(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.
(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan
Herman (1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan
penyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan
otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata
muridan disekolah.
(e) Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975)
Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya
dengan pengalaman baru,
- lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses
pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa
generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Melalui teori ini murid dapat :


- Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil
- Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau
penyampaian
- Mendapat maklum balas dari orang lain
- Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya
- Mengelak perlakuan yang tidak diingini
- Mengekalkan perlakuan yang diingin

a)
Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam
Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai
‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang
sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun
begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’
keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam
Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzikdan
Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam
Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.


Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis
sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok.
Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang
diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan
perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah
mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut
membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk
mengikuti proses pembelajaran.
(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak ddan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat
dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan
mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh
ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada
konsep perpaduan.
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompokdan pada
masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan
untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhimelalui pujian dan galakan yang diberi sebaik
sahaja mereka memersembahkanaktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang
harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap
dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(b)
TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalampendidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.
(i)
Matapelajaran
:Bahasa Melayu (Tahun 2)
Tajuk
:Mari Bertani
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
1) Muzik
:Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’
2) Pergerakan
:Membuat gaya membanting padi, merumput dan
menyemai.
3) Seni Visual
:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru
telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni
muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara
pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih
iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni
Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar
sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang
ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka
tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk
ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar
dengan melukis gambar yang berkaitan.
Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’
dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid

dapat
meng
n tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian
mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.
hubungkaitka

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu
murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui
aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat
memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai
murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai
murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.
Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik,
pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid
memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.
iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka, memperolehi
pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran danpembelajaran?
Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat
(1974) berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional
(guru, kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’
ini, gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan
tajuk tersebut.
Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam

tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-
ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni
pergerakan iaitu dengan melakukan aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba
memahami sesuatu watak denganlebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat
menjadikan muridtersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan
dapatmembina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga
dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.
Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD
Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan
pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh
dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996).
Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika,
kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya
mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan
dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang
berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.
Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru
menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid
menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu
menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri
daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu
perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan
psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak
mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana
bahan,kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut
peringkatperkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,

perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-


kanak.
Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar
itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut
dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat
bantu mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan
denganadanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.
KESIMPULAN
Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunaninsan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam KBSR konsep ini
membawa maksud bahawa penguasaan ilmupengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan
nilai-nilaimurni dilakukansecara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar
memperolehikemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan
yangdikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhanserta hubung
kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satukerangka ilmu.

BIBLIOGRAFI
Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala
Lumpur.
Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ), Aspek Kompetensi
Teras.
Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.
Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN
BHD, Selangor Darul Ehsan.
Yusup Hashim (1996), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan,
Penerbit Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.
Raja Sabaruddin Abdullah dan Suliman Miskon (1988), Panduan Teknologi
Pendidikan, Kuala Lumpur, Progressive Products Supply

Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan


Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan

kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa

kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni

pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi

jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah

untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan

kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan

lebih menyeluruh.
Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran

murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni

membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk

pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan

seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika,

holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera,

anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia

membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari

aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang

seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai