Anda di halaman 1dari 3

Dikir Barat…

Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam


Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada
yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat
ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke
Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Baarat ini
bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika
dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat
daripada kedua=dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara
langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika
ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga
ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi
persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana
tempatan.

Elemen asas dalam kumpulan dikir barat adalah dua teraju utamanya, iaitu
Juara dan Tukang Karut. Anggota kumpulan dikir barat tidak terhad kepada
jumlah tertentu. Di Singapura, ketika berlangsungnya pertandingan, siaz
standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-awak dan empat
pemain muzik percussion.

Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan


memulakan persembahan diikuti Tukang Karut. Tidak seperti Juara, Tukang
karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya. Tukang
Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan sebagai berkesan
fungsinya sebagai penghibur. Juara pula biasanya adalah penyanyi yang
memiliki suara cukup mendayu.
Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan
menyanyi dan menari dalam keadaan duduk mengikut irama yang
didendangkan oleh dua teraju utama. Pemuzik percussion pula terdiri
daripada ibu rebana, anak rebana, maracas, trambouline, gong dan
canang.

Ibu rebana, adalah percussion paling penting. Anak rebana pula


berfungsi sebagai penyokong kepada ibu rebana dan lebih kecil dari segi
saiz namun memiliki nada lebih tinggi. Gong dan canang pula
memperkemaskan lagi tempo. Canang adalah gong tradisional Melayu
bersaiz kecil yang diletakkan di atas lantai. Maracas dan trambouline
pula biasanya digunakan untuk kesan bunyi tambahan kepada muzik itu.
Trambouline biasanya dimainkan seorang teraju utama ketika anggota
lain menyanyi.

Tarian Singa

Anda mungkin juga menyukai