Anda di halaman 1dari 6

SMK MIHARJA

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PELANCARAN SPEAKER
CORNER DAN LAMAN
INSTAGRAM
PSSMIHARJA

TARIKH:
1 APRIL 2019
Kelolaan:
Pusat Sumber SMK Miharja

1.0 PENDAHULUAN

Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud
suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam.
Sudut Pidato yang asal dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman
Hyde di London, England.

Para pemidato sewaktu ini dibenarkan untuk berucap dengan kawalan dan pemerhatian
oleh pihak polis. Meskipun dalam kawalan pihak polis, semua pemidato bebas memilih tajuk
pidato mereka. Namun begitu, ucapannya perlulah tidak bercanggah dengan undang-
undang.

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan
konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses
pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan murid-murid yang mampu menguasai kemahiran pengucapan


awam dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
2.2 Melatih murid untuk berani bercakap di khayalak ramai.
2.3 Melahirkan murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan
sebarang tugasan.
2.4 Akaun instagram dapat memastikan info berkenaan pusat sumber sekolah
dapat disalurkan kepada murid-murid melalui media massa.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Seluruh warga SMK Miharja

4.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

4.1 Tarikh : 2 April 2019

4.2 Masa : 7.45 pagi

4.3 Tempat : Tapak Perhimpunan dan Speaker’s Corner (Kantin Sekolah)

5.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT 1. Menggerakkan program dan aktiviti speaker’s corner/ sudut pidato


2. Meningkatkan keyakinan dan keberanian murid untuk bercakap di hadapan.
3. Memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran berkomunikasi.
OUTCOME Meningkatkan tahap penguasaan dan kemahiran pengucapan awam dalam diri
pelajar.

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN / BAJET

PUNCA KEWANGAN :
Bil Pendapatan Jumlah
1. Peruntukan YKS RM 465.00
Jumlah besar RM 465.00

ANGGARAN PERBELANJAAN :
Bil Perbelanjaan Harga seunit Kuantiti Jumlah

1. Bunting Speaker’s Corner RM 50 2 RM 100.00


Label Depan Speaker’s Corner RM 20 1 RM 20.00
Banner Anjung Bicara RM 150 1 RM 150.00
Banner SMK Miharja RM 100 1 RM 100.00

2. Saguhati Persembahan Murid semasa RM 5.00 3 RM 15.00


Pelancaran Speaker’s Corner

3. Followers Paling Aktif Kategori Murid RM 15.00 2 RM 30.00


dan Guru
4. 10 Kuiz IQ Instagram PSSMIHARJA RM 5.00 10 RM 50.00

Jumlah besar RM 465.00

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En Mohd Nazzri bin Mohd Desa AMW.AMP (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Hanim bt Kamari (GPK1)
Naib Pengerusi 2 : En Halim bin Ismail (GPK Hem)
En Nor Azlan bin Mohamed (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Faridah bt Othman ( Guru Kanan Bahasa )
Setiausaha : Pn Siti Rohani binti Mohd Kadri ( Guru Perpustakaan & Media )

AJK Pelaksana

Juru acara Majlis : Jurugambar :


- Cik Sarabiah binti Jusoh - Cik Zainab binti Mohamed Tahir

Siaraya : Dokumentasi :
- En Adam bin Zulkifli - En Mohd Zakuan bin Mat Salleh

Persembahan Pelancaran Susunan Pelajar di Kantin :


Speaker’s Corner: - Pn Che Guat Poh
- BM: Pn Bavani a/p Selvarajah - En Mohd Zahri Zabidi bin Zakaria
- BI: Pn Selvarani a/p Visvanathan - Cik Lin Yew Thau
Gimik Pelancaran : Bunting pelancaran :
- Pn Noraini binti Mohd Yusoff - Pn Normeezai binti Mat
- Pn Nur Hamizah binti Razali - Pn Siti Rohani binti Mohd Kadri

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN & JADUAL PELAKSANAAN


BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN
PROGRAM
1. Majlis Perasmian  Menghebahkan kepada  Majlis Pelancaran Speaker’s Corner dan
(1 April 2019 ) semua murid mengenai Akaun Instagram PSSMIHARJA akan
Speaker’s Corner dan diadakan pada 1 April 2019 di Tapak
Akaun Instagram Perhimpunan SMK Miharja dan Speaker’s
PSSMIHARJA Corner di Kantin Sekolah.
 Perhimpunan Mingguan Hari Isnin.
 Tindakan: Pn. Siti Rohani bt Mohd Kadri
 Juruacara: Cik Sarabiah binti Jusoh.
2. Pengucapan  Melahirkan murid-  3 orang murid akan memberi pengucapan
Awam Murid murid yang mampu awam dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
i) BM menguasai kemahiran Inggeris.
ii) BI pengucapan awam  Aktiviti seperti ini akan diteruskan sepanjang
dalam Bahasa Melayu tahun dengan dikendalikan oleh Persatuan
dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa
Inggeris.
 Tindakan: Pn Bavani (KP BM
Pn Selvarani (KP BI)
3. Followers  Memastikan guru-guru  Guru-guru dan murid-murid yang aktif di
Instagram Paling dan murid-murid akaun instagram pssmiharja akan
Aktif Kategori sentiasa mengikuti dikenalpasti.
Guru dan Murid perkembangan info  Hadiah akan diberi semasa majlis penutup
terkini berkenaan PSS Bulan PSS Bulan Akademik.
dan program-program
 Tindakan : Pn Siti Rohani bt Mohd Kadri
sekolah melalui akaun
instagram.
4. Kuiz IQ Instagram  Melahirkan murid yang  10 soalan kuiz akan dimasukkan di dalam
PSSMIHARJA sentiasa berfikir secara akaun instagram PSSMIHARJA. (1 soalan
kreatif dan kritis. kuiz setiap 2 minggu)
 Murid pertama yang menjawab betul akan
dikenalpasti dan diberi hadiah.
 Tindakan : Pn Siti Rohani bt Mohd Kadri

9.0 KRONOLOGI

10.1 Aluan Pengerusi Majlis


10.2 Gimik Pelancaran Speaker’s Corner
10.3 Pengucapan awam BM dan BI oleh wakil pelajar
10.4 Bersurai

10.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

11.1 Risiko : Hujan


- Payung akan disediakan di bahagian Speaker’s Corner.
11.2 Risiko : Ketidakhadiran guru yang ditugaskan untuk aktiviti tersebut
- GPM akan mengambil alih tanggungjawab tersebut.

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

Pemantauan dibuat secara berterusan sepanjang tahun . Adalah menjadi harapan


agar semua Jawatankuasa Program dapat menjalankan tugas dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.

Disediakan oleh:

……………………………………
(SITI ROHANI BT MOHD KADRI)
Guru Perpustakaan & Media
SMK MIHARJA
Tarikh : 15 Mac 2019

Disemak oleh,

………………………………..
(PN. HJH HANIM BT KAMARI )
Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum

Ulasan :

______________________________________________________________________
*Diluluskan /Tidak Diluluskan

………………………………………………
(MOHD NAZZRI BIN MOHD DESA AMW.AMP)
PENGETUA,
SMK MIHARJA

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai