Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PEMBELIAN PAKAIAN TARIAN DAN AKSESORI

SK( 2 ) TENGKU BENDAHARA AZMAN 2018

1.0 PENDAHULUAN
SK2 Tengku Bendahara Azman ingin membentuk pasukan tarian sekolah .
Pasukan tarian sekolah ini adalah untuk mengadakan persembahan
di majlis-majlis rasmi sekolah. Oleh itu peruntukan amat diperlukan dari segi
pakaian dan aksesori. Ianya juga bagi melahirkan bakat dan kecemerlangan
dalam bidang kesenian. Sokongan dari PIBG amat diperlukan bagi
kelangsungan program sekolah SK2 Tengku Bendahara Azman .

2.0 RASIONAL

Pakaian dan kelengkapan persembahan tarian yang lengkap dan sempurna mampu
meningkatkan lagi semangat murid–murid untuk lebih tekun berlatih seterusnya
membuat persembahan dengan lebih menarik di majlis-majlis rasmi sekolah.
Oleh itu peruntukan amat diperlukan dari segi pakaian dan aksesori. Ianya
juga bagi melahirkan bakat dan kecemerlangan dalam bidang kesenian.
Sokongan dari PIBG amat diperlukan bagi kelangsungan program sekolah .
Selain itu, ia mampu meningkatkan lagi kecemerlangan kokurikulum di
kalangan murid-murid SK2 Tengku Bendahara Azman .

3.0 OBJEKTIF

1. Membentuk keyakinan diri dan kemahiran sosial di kalangan murid-


murid.

2. Membentuk semangat kerjasama berpasukan.

3. Meningkatkan lagi mutu persembahan dan aktiviti seni murid-murid.

4. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum SK2 Tengku Bendahara


Azman .
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Dianggarkankan sebanyak RM 1000.00 diperlukan bagi kos membeli baju


dan aksesori.

Bil Perkara Jumlah


1. 10 pasang baju tarian RM 500
2. 10 helai samping dan lapik dada RM 250
3. Set aksesori RM 250
JUMLAH RM 1000

5.0 Penutup

Diharapkan dengan pembelian peralatan aktiviti kesenian ini akan dapat

meningkatkan lagi kecemerlangan kokurikulum terutamanya dalam bidang

kesenian dikalangan murid-murid SK2 Tengku Bendahara Azman .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………………………
(SALENA BINTI SHAIRI) ( SURAIYAH BINTI SULAIMAN)
Ketua Panitia Muzik Guru Besar
SK2 Tengku Bendahara Azman SK2 Tengku Bendahara Azman

Disahkan oleh,

...…………………………………………………………
(AHMAD AZRUL NIZAM BIN MOHAMAD ZAINAL)
YDP PIBG
SK2 Tengku Bendahara Azman

Anda mungkin juga menyukai