Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN BEKERJASAMA

Definisi kerjasama ialah bekerja bersama- sama atau saling membantu antara
dua atau beberapa pihak dari segi kewangan , tenaga , sokongan , buah fikiran
persefahaman dan sebagainya. Amalan saling membantu ini sinonim dengan
maksud peribahasa “ bagai aur dengan tebing ”. Pengertian bagai aur dengan
tebing ini dapat dijadikan amalan murni dalam kehidupan seharian kita.
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Justeru
itu , amalan bekerjasama dapat mewujudkan semangat muhibah dalam kalangan
masyarakat. Contohnya seperti menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan taman perumahan. Kerja yang berat akan menjadi ringan, perkara yang
susah akan menjadi mudah dan urusan kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan
berkesan.
Selain itu, hubungan antara manusia menjadi erat dengan bekerjasama.
Persefahaman dapat dipertingkatkan , sementara perselisihan dikurangkan.
Apabila masyarakat saling bertemu ketika melakukan sesuatu aktiviti
menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah masing-masing. Jika amalan
ini diamalkan dalam masyarakat, sudah pasti akan mengukuhkan perpaduan antara
mereka dalam jangka masa yang lama.
Seterusnya , amalan bekerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pelajar
dengan mengamalkan budaya belajar secara berkumpulan. Pelajar dapat berkongsi
buah fikiran bersama-sama rakan-rakan. Pada masa yang sama, dapat bertukar
pandangan serta idea supaya kita mempunyai pengetahuan yang luas. Oleh itu
masalah yang dihadapi dapat diselesai dengan segera, bak kata pepatah bulat air
kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.
Kesimpulannya , amalan bekerjasama merupakan salah satu elemen penting
yang membantu melahirkan masyarakat yang harmoni , mempunyai jati diri, dan
semangat cintakan negara. Demi kesejahteraan dan kemakmuran negara ,
masyarakat perlulah mengamalkan sikap bekerjasama sejak kecil lagi.
Amalan bekerjasama dan permuafakatan juga mampu menjana masyarakat yang
bertoleransi , berhemah tinggi dan bertimbang rasa.
Semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat dipupuk melalui
peranan ibu bapa yang melibatkan diri bersama-sama ahli keluarga yang terdiri
daripada anak-anak dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan dikawasan tempat
tinggal mereka..

Anda mungkin juga menyukai