Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1

2019

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program


yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat
memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang,
pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Tujuan Program :

1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan


kawan baru dalam masa yang singkat.

2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian


dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.

3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.

4. Mengurangkan masalah disipllin murid Tahun 1.

Objektif :

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran


pembelajaran yang formal.

2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan


pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.

5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan


kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu
membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam
aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam
masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan
ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian
dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-
aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap
keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan
nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk


terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan
guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari
masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga
mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang
sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses
pembelajaran mereka di Tahun Satu.

SASARAN

Semua murid Tahun 1 2019 SK2 Tengku Bendahara Azman


JANGKA MASA

3 minggu bemula 2 Januari sehingga 30 Januari 2019

Tarikh Orientasi : 28 Disember 2018

Tarikh Penutup Program Transisi : 31 Januari 2019

Tempat : Dewan Tengku Thuraya

ANJURAN

Unit Kurikulum

AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat :Pn. Suraiyah Bt Sulaiman (Guru Besar)


Pengerusi :Pn. Nor Hashimah Bt Adnan (PK Pentadbiran)
N/Pengerusi :En. Elmi Azham Shah Bin Marsom@ Abd Razak (GPK HEM)
:Tn. Hj Mohd Amirul Hakim Bin Abdullah ( PK Kokurikulum )
Penyelaras : Pn. Salena Bt Shairi
Setiausaha : Pn. Siti Halifah Binti Misni
: Pn. Kogilah a/p Thanapala
: Pn. Nor Aslina Binti Arshad
: Pn. Noor Hidayu Binti Buliami
: Pn. Zuraini Binti Samidi
: Pn. Noor Laila Bt Abdullah
: Encik Zharuddin Bin Mohd Nor

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

Semua guru Tahun 1 2019

ATURCARA MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI DAN GURU PENYAYANG


TAHUN 1 (2019)

4.00 petang : Perhimpunan Murid

4.20 petang : Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang

- Ucapan Pn. Suraiyah Binti Sulaiman (Guru Besar)

- Persembahan murid

- Penyampaian hadiah

6.00 petang : Bersurai


ANGGARAN PERBELANJAAN MAJLIS PENUTUP

KUANTITI ANGGARAN HARGA


BIL KATEGORI
(UNIT) (RM)
1. Hadiah permainan sukaneka 30 30 x 2.00 = RM 60
2. Hadiah Pertandingan mewarna 5 5 x 4.00 = RM 20
3. Banner 1 1 x 20 = RM 20
JUMLAH RM 100

PERUNTUKAN

Sumber : PIBG

PENUTUP

Program Minggu Transisi Tahun 1 ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada
guru-guru secara amnya dan murid-murid Tahun 1 secara khasnya. Semoga program ini
berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat serta mendapat
keberkatan daripada Allah S.W.T. Terima kasih kepada semua guru, dan murid-murid yang
terlibat dalam program ini.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

....................................... .....................................
( SALENA BINTI SHAIRI) (NOR HASHIMAH BINTI ADNAN)
Penyelaras Tahun 1 PK Pentadbiran

Disahkan oleh,

..................................................
( SURAIYAH BINTI SULAIMAN )
Guru Besar
SK ( 2 ) Tengku Bendahara Azman

Anda mungkin juga menyukai