Anda di halaman 1dari 10

NO.RUJ SKB.

600-3 / 2 / 11 ( )
NO.RUJ SKB. 700-6 / 1 / 2 ( )

SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING


17500 TANAH MERAH,
KELANTAN.

KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
JAWATANKUASA PENGAWAS DAN
PANITIA SEJARAH
SK BELIMBING 2022/2023

Lokasi Lawatan:
PUTRAJAYA , KUALA LUMPUR DAN
SELANGOR

TARIKH: 25, 26 DAN 27 JANUARI 2023


HARI: RABU-JUMAAT (3 HARI 2 MALAM)
MASA: 7.30 pagi (25 Januari. 2023) –
11.00 malam (27 Januari.2023)

Anjuran:
Jawatankuasa Pengawas dan Panitia Sejarah SK Belimbing,
Tanah Merah, Kelantan
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


JAWATANKUASA PENGAWAS DAN
PANITIA SEJARAH SK BELIMBING 2022/2023
YBrs. Tuan Guru Besar,
SK Belimbing.

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


JAWATANKUASA PENGAWAS DAN PANITIA SEJARAH SK
BELIMBING KE PUTRAJAYA , SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
SESI 2022/2023

1.0      PENGENALAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka Jawatankuasa Pengawas dengan Kerjasama Panitia Sejarah
Sekolah Kebangsaan Belimbing telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar
ke Putrajaya, Selangor, dan Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga,
diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam memimpin , mendidik dan membentuk kepimpinan murid SKB sebagai
pengawas sekolah, pengawas SPBT serta pengawas Pusat sumber secara outdoor learning
(pembelajaran luar bilik darjah) sepanjang lawatan ini berlangsung.

2.0      OBJEKTIF PROGRAM


Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain
itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka
minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
Diharapkan program lawatan ini dapat mencapai objektif berikut:

1.      Dapat dijadikan sebagai landasan kepada  murid-murid untuk membina keyakinan diri
melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
2.      Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.      Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.
4.      Dapat membentuk disiplin diri serta kepimpinan murid melalui aktiviti yang telah diatur
sepanjang lawatan sambil belajar ini.
3.0 KUMPULAN SASAR

            Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2 SK Belimbing, Pengawas sekolah,
SPBT dan Pengawas Pusat Sumber SKB seramai 38 orang
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

4.0    BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM   

LOKASI LAWATAN:

            PUTRAJAYA:
Tarikh: 25 JANUARI.2023
Hari: Rabu
 12.30 tgh hari: Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi)
 2.00 petang: Kompleks Nasyrul Quran (Muzium Alquran)

KUALA LUMPUR:
Tarikh: 26 JANUARI.2023
Hari: Khamis
 9.00 pagi: Petrosains
 2.30 petang: SOGO

SELANGOR:
Tarikh: 27 JANUARI.2023
Hari: Jumaat
 8.30 pagi: Kilang Beryls, Sri Kembangan.
 11.30 pagi: Taman Tema Air, Shah Alam

PENGINAPAN MURID:
Tarikh: 25 Januari.2022 – 27 Januari.2022
Hari: Selasa, Rabu dan Khamis (3 Hari 2 Malam)
SMKA Kuala Lumpur, Bandar Menjalara, 52200 Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

           
5.0 TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA ( RABU ) 25 JANUARI 2023
7.00 pagi Sarapan (RMT)
7.30 pagi Bertolak Ke Putrajaya
1.30 tgh/hari Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya (masjid Besi)
Makan tengah hari
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

Solat Jamak & Qasar Zuhur Asar


2.30 petang Kompleks Nasyrul Quran (Muzium AlQuran)
4.30 petang Bergerak ke tempat bermalam
SMKA Kuala Lumpur.
5.00 petang Asrama SMKA Kuala Lumpur.
Khidmat diri
6.00 petang Makan Malam
7.30 petang Solat Jamak takdim Marghrib Isyak
8.00 malam Taklimat untuk Lawatan Hari Kedua
9.00 malam Tidur

HARI KEDUA ( KHAMIS ) 26 JANUARI 2023


7.00 pagi Sarapan
7.30 pagi Bertolak Ke Petrosains
8.30 pagi Petrosains
12.30 tgh/hari Makan tengah hari
1.00 petang Solat Jamak & Qasar Zuhur Asar di Masjid
AsSyakirin, KLCC
2.00 petang Bertolak ke SOGO
2.30 petang SOGO
4.30 petang Bergerak ke tempat bermalam
5.00 petang Khidmat diri
6.00 petang Makan Malam
7.30 petang Solat Jamak takdim Marghrib Isyak
8.00 malam Taklimat untuk Lawatan Hari Ketiga
9.00 malam Tidur

HARI KETIGA ( JUMAAT ) 27 JANUARI 2023


7.00 pagi Sarapan
7.30 pagi Check Out daripada SMKA Kuala Lumpur
Bertolak Ke Kilang Beryls, Seri Kembangan.
8.30 pagi Kilang Beryls, Seri Kembangan
11.00 pagi Bertolak ke Taman Tema Air , Shah Alam
11.30 pagi Taman Tema Air, Shah Alam
Aktiviti Berenang di Taman Tema Air, Shah Alam
1.00 ptang Makan tengah hari
1.30 petang Solat Jamak & Qasar Zuhur Asar
2.00 petang Bertolak Pulang Ke Tanah Merah, Kelantan
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

6.30 petang Makan Malam di Masjid Bentong, Pahang


7.00 malam Solat Jamak takdim Marghrib Isyak
8.00 malam Sambung perjalanan pulang ke SK Belimbing.
11.00 malam Dijangka Sampai di SK Belimbing, Tanah Merah

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Induk:

Pengerusi : En Yusof B. Ismail


(Guru Besar SK Belimbing)
Naib Pengerusi :  Pn. Rohani Bt Ismail
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pengurus Program : Pn. Wan Rokiah Bt Che Wan Omar
Setiausaha : Pn Latifah Bt Suleiman
Bendahari : Pn. Siti Hajar Binti Ahmad
Ahli Jawtankuasa : Pn. Suriati Bt Ismail
En.Alwi B. Mat Zin
En.Zulkifli Bin Zakaria
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

Pengurus Program : Pn. Wan Rokiah Bt Che Wan Omar


Setiausaha : Pn Latifah Bt Suleiman
Bendahari : Pn. Siti Hajar Binti Ahmad
AJK Dokumentasi dan kebajikan : Cik Nor Shafikah Binti Md Nawi
AJK Pengangkutan dan logistik : Tn Hj Alias Bin Awang.
AJK Makanan dan Minuman : Pn.Kartini binti Johari

AJK Disiplin dan Kawalan Murid : En. Mohd Mazran bin Mohamed Naraddin
Jawatankuasa Pelaksana:

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan – Yuran Penyertaan daripada setiap murid.


7.2 Wang Kerajaan- Panitia Sejarah- SPK1/2021-RM 800.00
PERKARA JUMLAH
PENGAWAS SEKOLAH, 38 Orang murid X RM 8360.00
PENGAWAS SPBT DAN RM 220
PENGAWAS PUSTAKA

WANG KERAJAAN-
Panitia Sejarah- SPK1/2021- RM 800.00 RM 800.00
RM800.00
Jumlah Keseluruhan RM 9160.00.

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci


      

PERKARA HARI 1 HARI 2 HARI 3 RM


Sebuah Bas   RM 1200.00 RM 1200.00 RM 1200.00 RM 3600.00
***Kewangaan:
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

1.Panitia Sejarah-
RM800.00
Makan Sarapan RMT Bihun & Air Nasi Lemak
Mineral RM & Air
5.00 X 44 Mineral
=RM 220.00 RM6.00 X 44
=RM 264.00
RM 484.00
Kudapan Pagi Roti Gardenia
(Bekal atas bas) & Air Mineral - -
RM 2.00 X 44
= RM 88.00
RM 88.00
Makan tgh/hari Nasi Ayam Nasi Ayam & Nasi Putih
Pedas & Air Air Mineral Ayam Kicap
Mineral RM 8.00 X 44 & Air
RM 5.00 X 44 = RM 352.00 Mineral
= RM 220.00 RM8.00 X 44
=RM 352.00
RM 924.00
Makan Malam Nasi Ayam Nasi Putih Ayam Nasi Goreng
Paprik & Air Gulai & Air Cina& Air
Mineral Mineral Mineral
RM 8.00 X 44 RM 8.00 X 44 RM6.00 X 44
=RM 352.00 =RM 352.00 =RM264.00
RM 968.00
Kompleks Nnasyrul Free -
Quran Admission
Petrosains Murid
38 X RM 7.50
=RM 285.00
Dewasa
6 X RM 18.50 RM 396.00
=RM 111.00
SOGO Free -
Admission
Kilang Beryls Free -
Admission
Taman Tema Air Tiket Murid:
38 x RM 45
=RM
1710.00
Tiket Guru: RM 2010.00
6 x RM 50
=RM 300.00
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

Jumlah RM8443.00
Penginapan/Logistik 44 ORANG X RM15.00 RM 660.00
First Aid RM 57.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 9160.00

8.0    PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Belimbing. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh :   Disemak oleh :

……………………………… ……………………………      
(LATIFAH BT SULEIMAN) (PN WAN ROKIAH BT CHE WAN OMAR)
Setiausaha Pengurus Program
Lawatan Sambil Belajar, Lawatan Sambil Belajar,
Jawatankuasa Pengawas dan Jawatankuasa Pengawas,
Panitia Sejarah, Sek. Keb. Belimbing
Sek. Keb. Belimbing 17500 Tanah Merah
17500 Tanah Merah Kelantan.
Kelantan.
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

KERTAS CADANGAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR JAWATANKUASA
PENGAWAS DAN PANITIA SEJARAH
SK BELIMBING 2022/2023

Tarikh: 25, 26 dan 27 Januari 2023


(Selasa , Rabu dan Khamis)

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Lawatan Sambil Belajar


Jawatankuasa Pengawas dan Panitia Sejarah SK Belimbing Sesi 2022/2023

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Lawatan Sambil Belajar


Jawatankuasa Pengawas dan Panitia Sejarah
SK Belimbing Sesi 2022/2023

Ulasan:

......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................
NO.RUJ SKB. 600-3 / 2 / 11 ( )

...................................
EN. YUSOF BIN ISMAIL
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Belimbing
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai