Anda di halaman 1dari 7

SK SEKENDI SABAK BERNAM SELANGOR

BBA6017

KERTAS CADANGAN

PROGRAM :
Penerokaan Angkasa Balai Cerap Negeri Selangor
(Aktiviti Literasi Maklumat bagi murid-murid pasca
UPSR)
Dengan kerjasama
Panitia Pendidikan Islam SK Sekendi

TARIKH : 7 – 8 NOVEMBER 2019


TEMPAT : BALAI CERAP NEGERI SELANGOR,
SUNGAI LANG, SABAK BERNAM SELANGOR.

PROGRAM Penerokaan Angkasa Balai Cerap Negeri Selangor


(Aktiviti Literasi Maklumat bagi murid-murid pasca UPSR)
Dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sekendi

TARIKH 7-8 NOVEMBER 2019

RASIONAL Balai Cerap Negeri Selangor yang terletak di dalam Daerah Sabak Bernam merupakan
sebuah institusi di bawah pengurusan Jabatan Mufti Negeri Selangor iaitu sebuah
institusi yang dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada umum khususnya
kepada pelajar bagi mengetahui bidang falak (astronomi). Antara fungsi utama Balai
Cerap Negeri Selangor adalah mengumpul maklumat dari aktiviti cerapan angkasa untuk
digunakan oleh pihak dan agensi berkaitan seperti mengetahui status Hilal (anak bulan),
kedudukan objek angkasa seperti bulan, planet dan lain-lain. Ia turut membantu dalam
menetapkan arah kiblat yang betul (terkini) kepada institusi kerajaan, swasta dan
persendirian. Dengan fungsi-fungsi yang dinyatakan, adalah wajar program ini dijalankan
kepada pelajar agar dapat menambah pengetahuan dan membina iltizam kerjaya
sebagai ahli Sains dan Falak (astronomi).

MATLAMAT
Program ini adalah sebuah program literasi maklumat yang patut dijalankan kepada
pelajar bagi memberi informasi menyeluruh berkenaan institusi Balai Cerap Negeri
Selangor dari aspek teknologi yang ada, kemudahan yang disediakan dan kerjaya .
Program mampu mencetus minat pelajar untuk mempelajari ilmu Falaq (astronomi)
secara lebih mendalam kelak. Bidang Falak (astronomi) adalah salah satu cabang Sains
dan Teknologi dan perlu didedahkan kepada pelajar agar mereka dapat
mengimplementasi PdP teori berkaitan Sains di sekolah dengan realiti. Program ini turut
memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman membuat cerapan
angkasa dengan teknologi yang ada di situ.
OBJEKTIF
Program yang dijalankan ini akan dapat :
1. Memberi maklumat yang tepat kepada pelajar berkenaan fungsi dan operasi,
teknologi, kemudahan dan info kerjaya di Balai Cerap Negeri Selangor,
2. Memberi peluang kepada peserta untuk membuat cerapan angkasa pada waktu
malam dengan menggunakan peralatan yang disediakan di Balai Cerap Negeri
Selangor,
3. Memberi pengetahuan kepada peserta untuk membuat pengiraan menetapkan
arah kiblat dengan betul.

SASARAN Murid-murid tahun 6

PENGANGKUTAN
Kenderaan Guru
JAWATANKUASA
PENGERUSI :
PELAKSANA
Tuan Haji Ab Hamid bin Mat Arif (Guru Besar SK Sekendi)

NAIB PENGERUSI :
Pn. Ramlah binti hj Mohd Nor (GPK Pentadbiran)
En. Ayob bin Mahmudin (GPK HEM)
Pn. Norlina binti Md Ali (GPK Ko-Kurikulum)

PENYELARAS PROGRAM :
Cikgu Norliyani binti Yahaya

SETIAUSAHA :
Ustazah Norhusliana binti Hussin
.
BENDAHARI :
Ustaz Nor Azam bin Said Adui

JK :
Penginapan & Pengangkutan
Cikgu Azmiudin bin Md Nordin
Cikgu Haslina binti Ngadimin
Keselamatan & Kecemasan
Cikgu Jalaluddin bin Shahabuddin
Ustaz Mohd Nazri bin Shahrom
Pengurusan Makan Minum
Cikgu Rusnani binti Udin
Cikgu Musinah binti Yusa
Dokumentasi
Cikgu Haslina binti Hussain
Ustazah Suhana binti Shafee

ANGGARAN
PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN 1.SUMBER PENDAPATAN :

BIL SUMBER JUMLAH


1 KPM-PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM RM252.00
2 PIBG SK SEKENDI RM248.00
JUMLAH RM500.00

2. PERBELANJAAN :

BIL AKTIVITI JUMLAH


1 MAKAN MINUM PESERTA (KPM-PAI) RM252.00
2. KOS PENGANGKUTAN (PIBG) RM150.00
3. RUNCIT (PIBG) RM 98.00
JUMLAH RM500.00
TENTATIF
PROGRAM
7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)
04.00PM BERTOLAK DARI SK SEKENDI
04.30PM PENDAFTARAN PESERTA DAN JK PROGRAM
05.00PM TAKLIMAT PROGRAM
PERKONGSIAN : FUNGSI DAN PERANAN BALAI CERAP
SELANGOR ,
PENGENALAN PENCERAPAN HILAL (ANAK BULAN)
AMALI : TEKNIK MEMBACA JAM MATAHARI
06.30PM MAKAN MALAM, PENGURUSAN DIRI
SOLAT MAGHRIB DAN BACAAN YASIN
SOLAT ISYAK
09.00PM PERKONGSIAN : PENGENALAN KEPADA PERALATAN
DAN TEKNIK MENCERAP OBJEK DI ANGKASA
9.00 PM AMALI : AKTIVITI CERAPAN ANGKASA
CERAPAN BULAN DAN OBJEK ANGKASA
DENGAN APLIKASI PERALATAN CERAPAN.
8 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)
06.30AM PENGURUSAN DIRI
SENAMAN & SARAPAN PAGI
08.30AM TEORI TEKNIK MENETUKAN ARAH KIBLAT DENGAN TEPAT
09.30AM AMALI MENENTUKAN ARAH KIBLAT & SESI Q&A
11.00AM MAJLIS PENUTUP
11.30AM BERTOLAK PULANG KE SK SEKENDI DARI BALAI CERAP SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

……………………………………………….. ……………………………………………..
USTAZAH NORHUSLIANA BINTI HUSSIN
Setiausaha Program.

TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai