Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KENALI “SENI DAN BUDAYA KITA”

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP MURNI KUANTAN

1.0 PENGENALAN

Umumnya aktiviti persatuan yang diadakan semasa perjumpaan kokurikulum sedikit


hambar dan kurang mendapat sambutan di kalangan murid-murid berbanding dengan
aktiviti unit beruniform. Penglibatan murid yang sedemikian rupa menjadikan aktiviti
persatuan perlu diberi nafas baru sebagai peransang untuk mereka mengikuti aktiviti
tanpa rasa jemu. Walau bagaimanapun, hasil garapan dan idea guru-guru pemimpin
persatuan, satu program kesenian dan kebudayaan yang julung kali akan diadakan sebagai
suntikan baru dan lain dari yang lain, semasa aktiviti persatuan berlangsung.

2.0 VISI

Perancangan program kenali seni dan budaya ini adalah bertujuan untuk menjadikan
perjumpaan unit persatuan sebagai tarikan baru murid dan guru untuk mengikuti aktiviti
dwi mingguan ini. Justeru, Unit Persatuan dan Kokurikulum dengan kerjasama pihak
pengurusan sekolah akan mengadakan mengadakan program kenali “seni dan budaya
kita” SeMURNI bagi tahun 2018.

3.0 MISI

3.1 Melahirkan murid dan guru yang celik kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia.
3.2 Mengembangkan bakat keseniaan sedia ada pelajar secara meluas.
3.3 Melatih murid mematuhi disiplin sama ada secara fizikal, mental dan
emosi yang
berkesan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar di masa akan datang.
3.4 memupuk nilai pembelajaran sepanjang hayat

4.0 SASARAN

Semua murid Tingkatan 1, 2 dan 4 dan guru guru SeMURNI

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 26 September 2018


Hari : Rabu
Masa : 2.00-3.30 Petang
Tempat : Gapura Bestari,SeMURNI
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber kewangan : PIBG RM200.00 BBTP : RM200.00

BIL PERKARA JUMLAH

1 Sewa alatan kesenian RM200.00


Air Mineral pelajar
2 RM 200.00

JUMLAH RM 400.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti


26 September 2018 2.00 Petang -Murid Berkumpul Di Gapura
-Bacaan Doa
-Ceramah “Kenali Seni Dan Budaya Kita”
-Persembahan
-Bersurai

8.0 SENARAI AJK PROGRAM

Pengerusi : En. Azhar bin Daud - Pengetua


Timb. Pengerusi : Pn. Kalthom bt Zulkefli - Pk Kokurikulum
Naib Pengerusi : Pn. Ani bt Embong - PK Pentadbiran
:En. Mohd Hafiz bin Talibin - PK HEM
Setiausaha : Pn. Umi Norhidayah bt Abdul Shukor
Bendahari : Pn. Nor Ashiah bt Mohd Yusof
AJK
Persiapan Tempat : En.Mohd Faizal bin Nordin
Siaraya : En.Ibrahim Idham bin Adon
Pamplet : Pn. Noor Hazrah bt Hashim
Kawalan Pelajar : En. Ahmad Farihan bin Abdul Manan
9.0 PENUTUP

Harapan kami selaku penganjur amat memerlukan bantuan dan kerjasama yang
sewajarnya bagi menjayakan program kenali “Seni dan Budaya Kita” SeMURNI bagi tahun
2018 ini. Semoga segala tenaga dan masa yang bakal digembeleng dapat memberikan
manafaat untuk semua. Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat
dialu –alukan bagi menjayakan program ini. Semoga program ini berjalan seperti yang di
rancang.

Disediakan oleh (UMI NORHIDAYAH BT ABDUL SHUKOR)


Setiausaha Kokurikulum
SMK Sungai Isap Murni

Disediakan oleh (KALTHOM BT ZULKEFLI)


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Isap Murni

Disahkan oleh (AZHAR BIN DAUD)


Pengetua
SMK Sungai Isap Murni
KERTAS KERJA
PROGRAM KENALI SENI DAN BUDAYA KITA
SMK SUNGAI ISAP MURNI
25150 KUANTAN

TARIKH PROGRAM : 26 SEPTEMBER 2018

DISEDIAKAN OLEH :

UMI NORHIDAYAH BT ABDUL SHUKOR


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SMK SUNGAI ISAP MURNI

Anda mungkin juga menyukai