Anda di halaman 1dari 5

MUHAMMAD YUSUF BIN ISMAIL

B1420341
PUAN NOORIZDA BT EMILLIA

Pengenalan
Maksud usahawan daripada kamus dewan adalah orang yang mengusahakan sesuatu perusaan,
pengusahaan, atau keusahawanan. Manakala maksud internet daripa kamus dewan bahasa adalah
rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan penggina komputer di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan mencapai matlumat pangkalan data dari seluruh dunia,
memasukkan data, dan meyebarkan melalui internet. Jelaslah bahawa usahawan internet adalah
seseorang yang membuat perniagaan melalui jaringan internet dan menggunakan internet sebagai
sumber utama untuk melariskan perniagaannya. Menurut Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi
Abd. Rahim dalam kajiannya menyatakan bahawa kehadiran media sosial telah membawa kepada
perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara online. Penyertaan masyarakat bukan hanya
terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya.

Sejarah Evolusi Media Sosial


Perkembangan pesat media sosial pada hari ini bermula pada tahun 1971 apabila para penyelidik
ARPA (Advanced Research Project Agency) telah membuat penghantaran surat secara elektronik
dan pada tahun 1978 Ward Christensen dan Randy Suess telah menemui sistem papan buletin.
Pada tahun 1995, Kewujudan Geocities merupakan laman Web Hosting iaitu laman website yang
boleh diakses dari mana mana. Seterusnya, 1997 pula Muncul laman sosial pertama iaitu
Sixdegree.com. 1998 Friends Reunited telah wujud tetapi lenyap setelah pengaruhnya semakin
berkurangan akibat kemunculan laman sosial lain seperti Facebook. Ketika Facebook baru muncul,
laman sosial ini mempunyai 15 juta pengguna tetapi dijual akhinya apabila tidak dapat bersaing
dengan Facebook. 1999 Perkembangan media sosial semakin pesat apabila munculnya Blogger
iaitu blog peribadi dimana pengguna boleh memasukkan segala hal yang berlaku samada hal
peribadi atau lain-lain perkara. Ia juga membolehkan pengguna membuat laman web sendiri
mengikut kreativiti. 2002 pula, Friendster telah menjadi ledakan kepada media sosial pada tahun
tersebut. Ini kerana dengan laman sosial ini pengguna dapat berhubung dengan pengguna seluruh
dunia dan mempunyai 20 juta pengguna tetapi semakin berkurangan apabila konsepnya ditiru oleh
Mysspace dan Facebook.pada tahun seterusnya munculnya LinkedIn yang mempunyai fungsi lain
selain dari untuk bersosial kerana ia membolehkan pengguna mencari pekerjaan dengan media
sosial ini yang menunjukkan fungsi media sosial semakin berkembang. Pada tahun yang sama

1
juga, muncul satu lagi laman sosial dikenali MySpace yang dikatakan jaringan laman sosial
yanguser friendly. pada tahun 2004, Kemunculan facebook yang diasaskan oleh pemuda bernama
Mark Zuckerberg. Facebook bermula hanya dari jaringan antara pelajar universiti tetapi setelah ia
diperkenalkan kepada umum facebook menjadi laman sosial yang terkenal dan paling ramai
pengguna iaitu kira-kira 750 juta pengguna yang aktif pada masa kini. Ini disebabkan kepelbagaian
fungsi yang terdapat pada facebook seperti pengiklanan, jualan atas talian yang boleh dimanfaatkan
oleh pelbagai golongan terumatanya golongan peniaga. Terdapat banyak syarikat yang berminat
dengan Facebook kerana laman sosial ini merupakan fenomena pada masa kini serta mempunyai
pengguna yang biasa bertambah dari hari ke sehari. Ini menyebabkan Microsoft telah membeli 1.6
% saham facebook yang bernilai USD 15 juta untuk membolehkan Microsoft mempunyai hak
memasang iklan di laman sosial tersebut.

pada tahun 2006, Media sosial terus berkembang pesat dari tahun ke tahun, pada tahun 2006
muncul satu laman sosial atau jaringan sosial yang dikenali sebagai Twitter iaitu laman sosial yang
berbeza sama sekali dengan facebook ataupun laman sosial yang lain kerana Twitter hanya boleh
mengemaskini status dan hanya terhad kepada 140 patah perkataan. Pada tahun 2007 bersamaan
22 April dilancarkan Wiser bersempena dengan Hari Bumi. Laman sosial ini dilancarkan supaya
boleh menjadi satu direktori secara talian/online organisasi alam sekitar seluruh dunia termasuk
aktiviti berkenaan alam sekitar secara individu mahupun berkumpulan. 2011 Google + merupakan
salah satu usaha Google Inc untuk menyaingi jaringan sosial Facebook yang sehingga kini
mempunyai pengguna paling ramai berbanding dengan rangkaian sosial yang lain. Google + telah
dilancarkan pada 28 Jun 2011. Banyak ciri-ciri baru yang terdapat pada laman sosial ini
seperti Hangouts,Circles, Sparks dan Huddles. Ia juga disediakan dengan pelbagai aplikasi desktop
dan aplilasi telefon bimbit tetapi hanya pada android dan sistem operasi IOS. Sejarah dan evolusi
media sosial berkembang semakin pantas apabila semakin ramai penduduk dunia menggunakan
internet. Sehingga ini data menunjukkan pengguna internet dunia dijangka mencapai 1.97 bilion
atau hampir 30 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.

2
Kepentingan Media Sosial dalam Perniagaan

Kejayaan penglibatan dalam perniagaan atas talian bergantung kepada beberapa perkara selain
modal wang, infrastruktur serta kesediaan bekalan barangan dan perkhidmatan. Satu perkara yang
penting bersifat bukan material iaitu tingkah laku inovatif yang berupaya membentuk hubungan
perniagaan dengan pelbagai pihak dari ahli keluarga, rakan, pelanggan, agen dan pembekal kepada
pesaing. Oleh itu, hubungan jaringan sosial adalah suatu hal yang penting dalam keusahawanan
kerana ianya dapat meluaskan pemasaran produk yang ditawarkan serta mengenal pasti peluang
bagi mendapatkan sumber. Hubungan sosial turut dianggap penting dalam perniagaan atas talian
terutama dari segi pembentukan reputasi perniagaan yang baik dan hubungan perniagaan yang
dimanfaatkan dengan ejen perniagaan.

Tokoh Usahawan Internet


Irfan Khairi
016-6966644 / 014-6633311
Irfan Khairi Sdn Bhd Management Office 84A Second Floor Jalan SS 21/35 SS21 Damansara
Utama 47400 Petaling Jaya Selangor D

Latar Belakang Irfan Khairi

Pemuda kelahiran Perak, tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetap di Seremban ini
mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk
menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang
agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah berjaya duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain. Irfan Khairi merupakan seorang
jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.

Pendidikan

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire
University, United Kingdom.

3
Kronologi Peristiwa beliau

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan,
beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas
mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding
pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada
perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh
masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25
tahun. Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk
lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara
Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia.

Kejayaan Irfan Khairi

Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web
dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan
juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran. Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih
bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan
bersama isteri dan sepasang cahaya mata. Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain
menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

Pencapaian Irfan Khairi

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar
di Birmingham, Netmedia (UK). Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau
merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem
pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid.
Pada ketika ini, lebih dari lima ribu sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem
Learning Grid tersebut. kini adalah penulis segmen WANG ANDA, setiap Ahad di METRO
AHAD, majalah islamic SOLUSI terbitan Telaga Biru, serta mantan penulis segmen E-
niaga bagi Dewan Ekonomi, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, segmen motivasi MASKULIN:
Takrif Terkini Lelaki Muda, segment bisnes bagi majalah muslimah popular NUR terbitan
Karangkraf. Kini, Irfan Khairi menerbitkan majalah bulanannya tersendiri, Majalah IK - Inspirasi
Kejayaan. Pencapaian yang dicapai oleh beliau ini menjadikan beliau sebagai orang yang ternama

4
sehingga nama dan muka atau kisah hidup beliau telah dimuat naik dalam buku teks perniagaan
tingkatan empat.

Buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar oleh Iran Khairi


Dalam buku yang ditulisnya, beliau banyak memberikan tips yang terbaik untuk kita memulakan
perniagaan yang khususnya melibatkkan internet. Berikut merupakan cara - cara rahasia beliau
dalam penulisan buku tersebut. Dalam buku ini menerangkan Teknik rahsia mendapatkan
pelanggan baru melalui Twitter dalam masa 30 saat sahaja. Satu teknik ini sahaja mungkin boleh
menjana pendapatan kepada anda secara pantas.selain itu, ia juga menerangkan Cara membina
jenama peribadi anda menggunakan Twitter. Prospek perlu mengenali dan mengetahui anda
sebelum membeli. Twitter memberi peluang memperkenalkan diri anda. Dalam buku tersebut juga
Kaedah meramaikan lagi followers Twitter anda dikalangan mereka yang sedia berminat dengan
perniagaan. Untuk memantapkan lagi buku terbut, beliau telah memberi kaedah atau Cara
bagaimana menggunakan Twitter untuk mengintip pesaing dan Strategi Twitter dalam mengetahui
maklum balas orang ramai terhadap produk, industri dan jenama anda sendiri. Turut menjelaskan
Cara menghasilkan akaun Twitter perniagaan yang mempunyai ramai followers yang tertunggu-
tunggu setiap Twit daripada dan Cara menambahkan pelawat laman web jualan anda menggunakan
Twitter secara automatik.

Rujukan
Jurnal
Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim,2013, penerimaan Media Sosial; Kajian Di
Kalangan Pelajar Universiti di Palembang.Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication

Internet
http://www.irfankhairi.com/jutawaninternet2.0/
http://www.irfankhairi.com/download/bio_irfan_khairi.pdf
http://ejournal.unisba.ac.id/index.php/mediator/article/viewFile/1197/751
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?

Anda mungkin juga menyukai