Anda di halaman 1dari 20

Pembuatan keputusan

9.1 Proses pembuatan 9.2 Alat membuat


keputusan keputusan

9.1.1 Jenis keputusan 9.2.1 Alat membuat


9.1.2 Proses pembuatan keputusan kuantitatif
keputusan -statistik deskriptif
Maksud Pembuatan
Keputusan
-Proses penyelesaian masalah dengan mengenalpasti alternatif alternatif penyelesaian
dan memilih alternatif yang terbaik serta melaksanakan alternatif tersebut
berdasarkan nilai-nilai dan keutamaan pembuatan keputusan.
-Proses yang berulang-ulang dan berterusan kerana setiap keputusan perlu dilihat
keberkesanannya. Ia juga harus disesuaikan dengan rancangan perniagaan atau
persekitaran organisasi.
-Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pengurus pengeluaran tentang pengeluaran produk
baharu, mungkin akan mempengaruhi keputusan di bahagian penyelidikan dan pembangunan.
Jenis
keputusan :
01 Keputusan Rutin

02 Keputusan Tak Rutin


2 jenis keputusan tak rutin
i. Keputusan bersifat adaptif
ii. Keputusan bersifat inovatif
Keputusan Rutin
-Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang biasa berlaku atau boleh dijangka,
masalah yang berulang-ulang dan kerap atau sering berlaku dalam sesebuah organisasi.
Contohnya,
i. Membuat keputusan dalam memesan stok baharu apabila stok sedia ada hampir habis
ii. Membuat keputusan dalam menambah pengeluaran produk apabila permintaan meningkat
iii. Alatan membuat keputusan dalam menyelaraskan kerja-kerja setiap bahagian pengeluaran dan
sebagainya

-Keputusan yang dibuat menggunakan kaedah yang telah distrukturkan, berprogram atau disediakan
-Keputusan yang dibuat adalah tidak berisiko
-Keputusan yang dibuat juga berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh organisasi seperti polisi,
prosedur dan peraturan
-Biasanya pengurus peringkat bawahan seperti penyelia diberi autoriti untuk membuat keputusan untuk rutin
Keputusan Tak Rutin
-Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak dapat dijangka akan berlaku,
jarang berlaku, berlaku sekali-sekala, pertama kali berlaku atau masalah baru dalam sesebuah
organisasi
Contohnya,
i. Membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah ramai pekerja berhenti serta merta
ii. Membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah persaingan di mana perniagaan terpaksa menghadapi
persaingan yang telah meningkatkan kempen promosi
iii. Membuat keputusan bagi menghadapi persaingan yang membuka perniagaan berhampiran dengan
syarikat

-Keputusan yang dibuat menggunakan kaedah baharu yang tidak distrukturkan atau tidak diprogramkan
-Keputusan yang dibuat adalah berisiko
-Pihak pengurusan atasan dan pertengahan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri dengan
menggunakan kreativiti, pengalaman dan komitmen untuk menyelesaikannya
2 Jenis Keputusan Tak Rutin
i. Keputusan bersifat adaptif
-Keputusan yang diubah suai daripada keputusan bersifat rutin mengikut keunikan situasi
-Contohnya, membuat keputusan mengenai seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab
melanggar peraturan syarikat kali pertama. Maka pekerjaan tersebut tidak harus diberi
hukuman yang berat seperti seorang pekerja yang malas dan kurang bertanggungjawab.

ii. Keputusan bersifat inovatif


-Keputusan berdasarkan suatu pendekatan baru hasil daripada daya tumpuan yang tinggi dan
penghasilan idea yang kreatif
-Contohnya, membuat keputusan berkaitan langkah-langkah untuk menangani kegawatan
ekonomi yang melanda secara tiba-tiba.
PROSES PEMBUATAN
KEPUTUSAN
Mengenal pasti
1 masalah 2 Mengutip data

3 Menganalisis data 4 Menjana alternatif

5 Menilai alternatif 6 Memilih alternatif


Mengenal pasti masalah
Pengurus perlu mengenal pasti masalah yang wujud dalam organisasi serta

punca berlakunya masalah tersebut.


Pengurus perlu mengenal pasti adakah masalah itu masalah utama atau

masalah sampingan .
Pengurus perlu mengkaji punca masalah yang dihadapi sama ada disebabkan

faktor dalaman atau luaran.

Cth : Jualan syarikat perabot Sonic Berhad merosot sebanyak 40% dan
beberapa kemungkinan kemerosotan ialah kualiti perabot, kualiti bahan mentah,

promosi kurang berkesan dan persaingan sengit.


Mengutip data
Pengurus perlu mengumpul seberapa banyak maklumat berkaitan dengan masalah yang
telah dikenalpasti.

Maklumat perlu dikumpul melalui sumber dalaman atau sumber luaran.


Pengurus perlu memastikan data yang dikumpul releven dengan masalah yang dikenal
pasti.

Pengurus boleh menggunakan keadah seperti soal selidik, temubual atau pemerhatian
untuk mengumpul data.

Cth : Pengurus mengumpul data melalui laporan yang disediakan oleh jabatan

pengeluaran dan jabatan pemasaran serta menemubual ejen pengedaran.


Menganalisis data
Pengurus perlu mengkaji dan mentafsir data yang dikumpul.
Pengurus perlu memastikan data yang dikumpul berkualiti, boleh dipercayai dan
mempunyai kesahihan yang tinggi serta mampu menyelesaikan masalah .
Pengurus boleh menggunakan alat kuantitatif seperti statistik deskriptif seperti min,
mod atau median.

Cth : Pengurus telah menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif dan
membina graf untuk menunjukkan kemerosotan jualan perabot.
Menjana alternatif
Pengurus perlu mencari pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Pengurus boleh mengadakan perbincangan / mesyuarat dengan subordinat atau staf


organisasi untuk mendapatkan alternatif penyelesaian.

Pengurus boleh menggunakan kaedah seperti sumbang saran atau kumpulan fokus untuk
mencari alternatif.

Cth : Pengurus telah mengadakan sesi sumbang saran bersama staf jabatan

pengeluaran dan jabatan pemasaran untuk mengenal pasti alternatif yang dapat
menyelesaikan masalah kemerosotan jualan.
Menilai alternatif
Pengurus perlu menganalisis alternatif yang dikenalpasti dengan cermat dan kriktikal.

Pengurus boleh membuang alternatif yang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
baik.

Pengurus boleh menggunakan kaedah seperti analisis tulang ikan atau pokok keputusan
untuk menentukan dan memilih alternatif terbaik.

Cth : Pengurus menggunakan kaedah pokok keputusan untuk mengenalpasti alternatif

terbaik yang boleh menyelesaikan masalah kemerosotan jualan perabot.


Memilih alternatif
Pengurus akan memilih satu jalan penyelesaian yang terbaik.
Pengurus perlu memastikan alternatif yang dipilih membawa pulangan yang terbaik
serta mampu menyelesaikan masalah.

Cth : Pengurus telah membuat keputusan untuk menggunakan strategi promosi yang
baharu untuk meningkatkan jualan perabot.
Alat Membuat Keputusan
Alat membuat keputusan kuantitatif :
Keputusan kuantitatif ialah proses membuat keputusan berdasarkan faktor-faktor yang
objektif menggunakan nombor atau angka bagi membolehkan analisis matematik atau
statistik dilakukan dalam membantu pengurus membuat keputusan.
Contoh alat keputusan kuantitatif ialah statistik deskriptif dan pokok keputusan.
Melalui kaedah ini, keputusan ditentukan melalui hasil analisis statistik seperti
kebarangkalian sesuatu perkara yang akan berlaku, purata, kekerapan dan sebagainya.
Statistik Deskriptif
Maklumat dalam bentuk angka akan dikumpul, disusun, dianalisis dan ditafsir dengan
menggunakan model statistik mudah sebelum membuat kesimpulan dan keputusan penting.
Melibatkan penggunaan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, median dan mod),
da ukuran serakan (julat, varians dan sisihan piawai).

1. Min
Diperoleh dengan menjumlahkan semua nilai data dan kemudian membahaginya dengan
data.
nilai purata semua nombor dalam sampel.

CONTOH PENGIRAAN: Data berikut merupakan bilangan barangan siap yang


dikeluarkan oleh 5 orang pekerja di sebuah kilang; 68, 70, 71, 66
Min Barangan siap = 68 + 70 + 75 + 71 + 66 = 350 = 70
5 5
2. Median
merupakan nilai data yang terletak di tengah-tengah bagi set data yang disusun secara
tertib (menaik atau menurun). (jika bilangan nombor adalah ganjil, median adalah nombor
yang berada di tengah-tengah, jika genap, median = 1/2 [ hasil tambah dua nilai tengah] )
titik tengah nombor setelah disusun secara tertib.

3. Mod
nombor yang paling kerap berulang dalam set data atau sampel.
kumpulan data dengan kekerapan yang paling tinggi

CONTOH :
Cari mod bagi kumpulan nombor berikut;
6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,9,8.
Oleh kerana nombor 8 paling kerap diulang, maka
modnya ialah 8.

4. Julat
perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam suatu set
data.
5. Varians
ukuran min kuasa dua sisihan

6. Sisihan piawai
perbezaan setiap nombor daripada min, iaitu purata jarak setiap nombor dari
min.
Hasil maklumat dalam bentuk angka membolehkan pembentangan keputusan adalah lebih
menarik iaitu boleh dibuat dalam pelbagai bentuk gambar rajah seperti histogram, carta bar,
jadual, graf, carta pai dan sebagainya.

CARTA DAN GRAF


Dilukis untuk memaparkan maklumat berangka dalam bentuk yang menarik dan mudah
difahami.
carta bar
Disediakan bagi menunjukkan perbandingan antara data berangka. 3 jenis bar
yang digunakan ialah : carta bar ringkas, carta bar beganda dan cata bar
berkomponen
carta aliran
Digunakan untuk menunjukkan satu aliran berbentuk trend. Boleh juga digunakan
untuk meramalan arah aliran pada masa depan.
carta garis
Digunakan untuk menunjukkan pergerakan naik turun atau perubahan sesuatu
perkara mengikut turutan masa tertentu.
carta pai
Digunakan untuk menunjukkan pergerakan naik turun atau perubahan sesuatu
perkara mengikut turutan masa tertentu.
histogram
Digunakan untuk menunjukkan kekerapan seusatu perkara berlaku dan bentuk
taburan data
Kekerapan diwakili ketinggian palang.
Kebaikan penggunaan alat pembuatan keputusan
dalam bentuk data dan graf
Lebih cepat kerana dapat menjelaskan
banyak perkara melaui graf atau jadual

Lebih objektif atau tepat kerana Mudah difahami kerana


keputusan dapat dibuat dengan lebih persembahan dalam bentuk grafik
tepat dan ada bukti lebih jelas.

Menjimatkan atau meminimumkan kos.


Hal ini dapat menjimatkan masa dan
tenaga.
Tamat

Anda mungkin juga menyukai