Anda di halaman 1dari 34

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

PROF. DR. NAZURA ABDUL MANAP

Disediakan Oleh:

Jeryl Clement Jomatin (A187120)

Siti Aisyah binti Samat (A181422)

Nurul Nor Ashikin binti Arbain(A179926)

Tuan Nur Aqilah Nadhirah Binti Tuan Zulkifli (A179576)

Jibrail Bansiau (A186514)

Pensyarah:

Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman


PRAKATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian
laporan akademik bagi kursus GGGE3403 Fotografi. Kami, Jeryl Clement Jomatin, Siti Aisyah
binti Samat, Nurul Nor Ashikin binti Arbain, Tuan Nur Aqilah Nadhirah Binti Tuan Zulkifli dan
Jibrail Bansiau berasa amat bersyukur kerana diberi peluang dalam menjalankan kajian tokoh
akademik yang sangat hebat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Puji dan syukur kepada Allah
SWT atas segala kurniaNya sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan tokoh akademik ini.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr .Nazura Binti Abdul
Manap kerana beliau sudi meluangkan masa bersama kami dalam kajian tokoh akademik yang
kami jalankan. Sesungguhnya, kami amat bersyukur atas kesanggupan pihak Prof untuk
meluangkan masa bersama kami. Kami juga tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang telah
diberikan oleh Prof. Dr. Nazura Binti Abdul Manap.

Tidak dilupakan juga, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd
Jasmy Bin Abdul Rahman yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan tunjur ajar tanpa jemu,
tanpa mengira waktu dan juga keadaan untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Encik Jasmy disisi,
kajian tokoh ini mesti tidak dapat disiapkan sepenuhnya dan keadaan juga pasti menjadi semakin
rumit.

Akhirnya, kami juga ingin memohon keampunan dan kemaafan sekiranya terdapat
sebarang kesalahan dan kesilapan di dalam laporan penulisan tokoh akademik ini. Semoga ilmu
yang diperolehi kita boleh manfaatkan bersama.

1
ISI KANDUNGAN

PRAKATA 1

ISI KANDUNGAN 2

PENDAHULUAN 3

LATAR BELAKANG KELUARGA 6

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 7

PEMBINAAN KERJAYA 13

KEJAYAAN DAN SUMBANGAN 19

PERANCANGAN DAN HARAPAN 23

RUJUKAN 27

LAMPIRAN 31

2
PENDAHULUAN

Professor Dr Nazura Binti Abdul Manap

Sesi temu bual secara atas talian bersama beliau

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah dari
Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor iaitu Professor Dr. Nazura
Binti Abdul Manap. Beliau merupakan mantan Ketua Dekan di Fakulti Undang-Undang dan kini
mengambil keputusan menjadi professor dan pensyarah sepenuh masa di fakulti tersebut.
Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang menceritakan perihal tokoh akademik beliau yang
disusun mengikut kronologi dari awal kehidupan beliau hinggalah ke hari ini.

3
Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh
akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan. Melalui bab
ini, kita akan mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak latar belakang berkaitan dengan
asal-usul, tempat lahir tokoh, dan juga latar belakang keluarga termasuk keluarga baharu beliau
sendiri iaitu kehidupan isteri serta anak-anaknya yang berkemungkinan kurang didedahkan
kepada orang awam.

Seterusnya, bab kedua bakal menceritakan tentang tahap pendidikan beliau, bermula dari
pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu, beliau tidak
menamatkan pendidikan beliau dengan segulung ijazah sahaja, bahkan beliau bertekad untuk
meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Master
dan seterusnya sehingga ke PHD di Universiti Islam Antarabangsa. Dalam bab ini juga, kita akan
mengetahui dengan lebih banyak berkaitan dengan segala pencapaian yang telah beliau terima
sepanjang bergelar seorang mahasiswa mahupun ketika sudah berkhidmat.

Bab ketiga akan menceritakan tentang kerjaya Professor Dr Nazura Binti Abdul Manap
bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat perjalanan serta pengembaraan beliau,
bermula selepas sahaja menghabiskan pembelajaran di Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
(LLB) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengambil kos perundangan bukanlah satu hal yang
mudah, bermula dari Matriks sehingga ke PHD, beliau mengambil keputusan untuk mengambil
kos perundangan. Sehingga pada hari ini, beliau layak untuk melatih sesiapa sahaja di Malaysia
untuk menjadi seorang Mediator. Dalam hal yang sama, beliau memang dari dahulu menyimpan
hasrat untuk menjadi seorang pendidik. Oleh sebab itulah, beliau mengambil keputusan untuk
menjadi pensyarah tetap di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga ke hari ini. Dalam bab ini,
kita akan mengetahui dengan lebih teliti berkenan dengan kronologi perjalanan kehidupan beliau
selepas menjadi seorang graduan sehinggalah berkhidmat menjadi seorang pensyarah.

4
Bab keempat biografi tokoh akademik ini menceritakan tentang sumbangan dan kejayaan
Prof. Dr Nazura Binti Abdul Manap sepanjang beliau bergelar sebagai pensyarah di Fakulti
Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia itu sendiri. Sesungguhnya, beliau
merupakan seorang yang sangat berdisiplin, mempunyai azam yang tinggi, sentiasa berfikiran
positif dan percaya diri. Nilai-nilai yang ada di dalam diri beliau telah membawa kepada banyak
sumbangan yang telah dicapai. Perkara ini akan dikupas dengan lebih mendalam sebentar lagi.

Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau
untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang merangkumi pelbagai
aspek. Sebelum menceritakan harapan dan perancangan, di bab ini kita juga akan mengetahui
apakah halangan dan cabaran yang pernah dialami oleh beliau. Secara personal, beliau
menyatakan bahawa cabaran yang terbesar dalam usaha untuk menghasilkan buah yang manis
ada cabaran berurusan dengan manusia. Dalam aspek pendidikan di Malaysia, secara generalnya
beliau semestinya mengharapkan sesuatu yang terbaik akan berlaku dari tahun ke tahun. Beliau
sangat mengharapkan agar institusi pendidikan di Malaysia ini harus dijaga dan bersifat neutral,
yang membawa maksud walau apa juga masalah berlaku di Malaysia seperti politik atau
ekonomi, sektor pendidikan harus dijaga dan tidak diganggu.

5
LATAR BELAKANG KELUARGA

Professor Dr. Nazura Binti Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Prof Nazura telah
dilahirkan pada 29 September 1969 di Segamat, Johor. Pada asalnya, Prof Nazura berasal di
Negeri Sembilan tetapi disebabkan tempat lahir hospital itu berdekatan, beliau telah dilahirkan di
Segamat. Beliau mempunyai 3 orang adik beradik, di mana beliau merupakan anak pertama yang
menjadi harapan keluarga.

Professor Dr Nazura juga telah berkahwin. Beliau telah dikurniakan 4 cahaya mata. Walau
bagaimanapun, anak sulung Prof lelaki telah meninggal dunia ketika usia 3 tahun 8 bulan
disebabkan serangan asma. Manakala anak kedua merupakan seorang perempuan, anak ketiga
merupakan seorang lelaki dan anak bongsu merupakan seorang perempuan.

6
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Menerusi temubual bersama Prof Nazura, beliau telah mendapat pendidikan awal dengan
memasuki sebuah tadika cina ketika berumur 5 tahun. Selepas itu, beliau pula mendapatkan
pendidikan awal di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul
Rahman di Gemas, Negeri Sembilan. Sekolah rendah beralamat di Jalan Tok Sulong, Kampung
Tiong, 73400 Gemas, Negeri Sembilan. Beliau mendapatkan pendidikan sepenuhnya daripada
darjah 1 hingga darjah 6 di sekolah berkenaan.

Logo Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan

Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan

7
Selepas itu, beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Rendah
Gemas. Beliau memasuki sekolah berkenaan kerana bapa beliau mahukan beliau untuk
mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Tidak lama selepas itu, beliau bersekolah pula
di Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sheikh Hj Mohd Said di Seremban, Negeri Sembilan.
Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sheikh Hj Mohd Said atau nama ringkasnya SMKA
SHAMS merupakan sebuah sekolah agama yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah. Sekolah ini
juga merupakan sebuah sekolah agama persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1959. Sekolah
ini merupakan antara sekolah yang berprestasi tinggi kerana telah dianugerahkan sebagai “
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)” pada tahun 2008. Antara fakta menarik mengenai
sekolah ini adalah sekolah ini merupakan salah satu sekolah kluster yang mendapat pengiktirafan
di peringkat antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah ini telah menandatangani
MOU dengan Madrasah Aliah Negeri, Bukit Tinggi, Indonesia. Objektif utama perjanjian ini
ditandatangani adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara Malaysia dan juga Indonesia.

Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban

8
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban, Negeri Sembilan

Selepas tamat pendidikan menengah, beliau telah melanjutkan pengajian di Matrikulasi


Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia selama 2 tahun iaitu dari tahun 1987 hingga
1988.

Pelajar-pelajar Matrikulasi Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1987-1988)

9
Sebaik sahaja tamat matrikulasi, beliau terus melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana
Muda Undang- undang dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga
menyatakan bahawa sepanjang beliau menjalankan ijazah pertama tersebut, beliau mendapat
tajaan sepenuhnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga telah dibiayai penuh
oleh pihak UKM sendiri.

Gambar pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian UKM

Pendidikan beliau tidak berhenti setakat itu sahaja, bahkan beliau juga telah berpeluang
menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi iaitu di peringkat Sarjana di London dalam
bidang Undang-undang Korporat pada tahun 1995 hingga 1996. Beliau juga menyatakan bahawa
sepanjang pengajiannya disana, beliau mendapat tajaan penuh daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dan juga pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada sekitar tahun 2003 dan 2004,
beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi iaitu di peringkat PHD di International
Islamic University Malaysia (IIUM) atau (UIA) dan berjaya menamatkannya pada tahun 2008
dalam bidang undang-undang.

10
International Islamic University Malaysia

Selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Perundangan atau LLB pada tahun
1993, beliau telah melakukan “chambering” atau Latihan Dalam Kamar selama 9 bulan. Seperti
yang dinyatakan pada bahagian latar belakang keluarga, Prof Nazura telah mendirikan rumah
tangga pada tahun 1993 dan telah dikurniakan rezeki zuriat dan hal ini berlaku pada 6 bulan
pertama beliau melakukan “ chambering”. Selepas melahirkan, beliau telah menghabiskan baki 3
bulan latihan tersebut.

Sebaik sahaja selesai pengajian, beliau telah mendapat tawaran untuk menjadi tutor di
Universiti Kebangsaan Malaysia selama setahun bagi Gred 41 secara kontrak. Selepas itu, beliau
telah secara rasmi menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Gred 45.

Sepanjang berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah


berjaya mendapat pelbagai anugerah. Antaranya ialah beliau telah mendapat anugerah MyRA di
peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2019, Prof Nazura telah dianugerahkan
anugerah MyRA iaitu Anugerah Pendanaan, Anugerah Penerbitan dan Anugerah Keseluruhan
dalam kategori sains sosial. Pada tahun 2020 pula, beliau turut mendapat anugerah MyRA
Pendanaan dalam kategori yang sama iaitu kategori sains sosial. Selain daripada itu, beliau juga
telah berjaya mendapat Anugerah Prestasi Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali iaitu pada tahun
2011 dan juga tahun 2015. Menurut Prof Nazura juga baru-baru ini beliau ada mendapat 5
Anugerah Khidmat Kualiti Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsan Malaysia.
Anugerah-anugerah tersebut adalah Penerbitan Jurnal Terindeks, Penyelidikan Berimpak,
Keterlibatan Industri ( MOU/MOA), Pendanaan dan Endowmen.

11
5 Anugerah Khidmat Kualiti Fakulti Undang-undang UKM

12
PEMBINAAN KERJAYA

Prof. Dr. Nazura Abdul Manap

Melalui latar belakang dan kisah beliau, kita dapat simpulkan bahawa beliau merupakan
seorang insan yang mempunyai semangat yang tinggi diiringi dengan disiplin dan tekad yang
kukuh. Nilai-nilai tersebut bukan sahaja kukuh ketika zaman belajar, tetapi masih lagi teguh
sehinggalah ke alam pekerjaan iaitu selepas bergelar sebagai graduan. Dalam bab ini, kita akan
mengetahui lebih mendalam perjalanan Prof. Dr Nazura binti Abdul Manap dalam membina
kerjaya beliau yang sangat menarik.

Demikian dimaklumkan, dari awal pengajian tinggi sehingga akhir beliau mengambil
bidang perundangan. Bermula di Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau
menghabiskan 2 tahun dalam bidang perundangan. Setelah itu, barulah beliau melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
dengan kepujian (LLB) juga di UKM. Setelah bergelar menjadi graduan, disinilah bermulanya
pembinaan kerjaya beliau.

13
Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Kejayaan beliau dalam menghabiskan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perundangan
telah memberi satu peluang kepadanya untuk melangsungkan latihan dalam kamar (Pupil in
Chambering) iaitu pada tahun 1993. Apa yang dimaksudkan dengan latihan dalam kamar ini
adalah, satu proses yang akan dilalui oleh seseorang yang berada dalam bidang perundangan
sebelum layak digelar dan dilantik sebagai peguam bela atau pendakwa raya. Untuk latihan ini,
beliau mengambil masa selama 9 bulan untuk menghabiskan latihan ini dan syukur, beliau
berjaya menghabiskannya dengan baik. Walaupun beliau sangat menyukai dengan bidang
perundangan, tetapi niat yang tersemat dalam diri beliau dari dahulu lagi adalah ingin menjadi
seorang pendidik

Oleh sebab itu, selepas sahaja mengakhiri latihan tersebut beliau telah mendapat tawaran
untuk menjadi tutor di UKM dan ahirnya mengambil keputusan untuk memulakan dunia
mendidik dengan menjadi tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menjadi tutor di
UKM selama setahun. Sesungguhnya, banyak pengalaman yang beliau peroleh daripada
pengalaman pertama tersebut. Selepas sahaja setahun menjadi tutor dengan status DS41, beliau
telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian beliau dalam Master Perundangan di
Queen Mary and Westfield College University of London pada tahun 1995. Selepas selesai
sahaja menghabiskan Master, beliau ke UKM dan akhirnya beliau telah dilantik sebagai
pensyarah universiti dengan DS45. Beliau telah menjadi pensyarah ketika itu sehingga tahun
2003, dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran beliau sehingga ke tahap PHD.
Pada tahun 2008, beliau telah berjaya menamatkan PHD beliau dan berkhidmat semula sebagai
pensyarah di UKM.

14
Queen Mary and Westfield College University of London

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pensyarah di UKM, banyak jawatan yang pernah
disandang oleh beliau. Perkara ini membuktikan bahawa, orang sekeliling dapat merasakan aura
kepimpinan beliau yang lain daripada yang lain sehingga memberi kepercayaan kepada beliau
untuk menyandang sesuatu jawatan. Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau bukan
biasa-biasa.

15
Beliau pernah mendapat pengalaman berdiri dan duduk sebaris dengan orang atasan di
UKM kerana beliau pernah memegang jawatan-jawatan barisan pentadbir. Pada tahun 2015,
beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Penyelarah Program Eksekutif Fakulti
Undang-Undang. Beralih ke tahun 2015, semakin besar amanah yang diberikan, apabila beliau
telah dilantik menjadi Timbalan Dekan Siswazah dan Penyelidikan di Fakulti Undang-Undang.
Pada tahun 2017 pula, beliau juga dipanggil untuk membantu pusat inovasi kolaboratif UKM dan
akhirnya diberi jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Kolaboratif di UKM.
Selepas 2 tahun menyandang jawatan tersebut, beliau kembali ke Fakulti Undang-Undang.

Pada tahun 2019, beliau akhirnya diberi satu jawatan yang sangat besar. Beliau telah beri
kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Undang-Undang. Semestinya
bagi beliau, itu ada satu tanggungjawab yang sangat besar dan beliau menjalankan tugas dengan
ikhlas dan dengan baik. Ketika beliau menjadi dekan, beliau juga dalam masa yang diberi satu
lagi amanah yang agak besar apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Dekan-Dekan
UKM. Dari sini kita dapat simpulkan bahawa disiplin dan aura kepimpinan beliau sangat kuat
sehingga diberi banyak kepercayaan untuk di bawa di bahu beliau. Prof. Dr. Nazura akhir
mengambil keputusan untuk berhenti menjadi dekan pada 31 Mei 2022. Banyak sumbangan
beliau terhadap fakulti undang-undang sepanjang menjadi dekan di fakulti tersebut dan
semestinya disenangi bukan sahaja warga kakiktangan di sana, tetapi disayangi dan disenangi
oleh mahasiswa di fakulti tersebut. Kini, beliau menjadi tenaga pengajar sepenuhnya sebagai
pensyarah di Fakulti Undang-Undang.

16
Poster-poster lantikan Prof. Dr Nazura Abdul Manap

17
Untuk pengetahuan, Prof. Dr. Nazura ini mempunyai banyak kelebihan atas kepakaran
yang ada dalam bidang perundangan. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tribunal
Hak Cipta Malaysia, Malaysian Intellectual Property Office di bawah Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna. Beliau juga sudah mendapat pengiktirafan daripada
Malaysian Bar Council sebagai seorang Mediator. Kelayakan ini diberikan kepada beliau kerana,
pada tahun 2014 beliau telah dilatih di Australia sebagai Mediator. Beliau telah dilatih selama 40
jam dan telah lulus dan berjaya. Kini, beliau layak untuk melatih sesiapa sahaja sebagai mediator
di peringkat Malaysia.

Poster lantikan Timbalan Pengerusi Tribunal Hak Cipta

Begitulah kronologi pembinaan kerjaya beliau yang sungguh menarik dan penuh dengan
jawatan. Kita doakan agar perjalanan beliau terus sukses dalam apa sahaja yang dilakukan oleh
beliau.

18
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Profesor Nazura telah berkecimpung dalam bidang undang-undang di Universiti


Kebangsaan Malaysia selama 14 tahun. Kini jawatan beliau merupakan seorang profesor dan
pengajar sepenuh masa di Fakulti undang-undang setelah menjadi Ketua Dekan Fakulti
Undang-undang daripada tahun 2019 hingga Mei 2022. Beliau bermula pada tahun 2008, sebagai
penyelaras program eksekutif undang-undang di UKM dan telah dinaikkan pangkat sebagai
Timbalan Dekan Siswazah Fakulti Undang-Undang pada tahun 2015 dan menjadi Dekan Fakulti
Undang-Undang sehingga tahun 2019.

Beliau turut aktif menulis kertas kerja, pembentangan dan kajian yang diterbitkan sebagai
jurnal undang-undang universiti. Antara kajian yang dijalankan oleh beliau dalam bidang
undang-undang dengan kerjasama rakan-rakan penyelidiknya ialah ‘The Malaysian Perspective
On Imposing Civil Liabilities In Road Accidents Involving Autonomous Vehicle (2021)’ dan
‘Regulating artificial intelligence in Malaysia: The two-tier approach (2020)’.

Seterusnya, Profesor Nazura juga telah ditemubual oleh akhbar Berita Harian pada tahun
2020 berkenaan kes buli yang semakin berleluasa di Malaysia. Dalam akhbar tersebut, pelajar
tahfiz yang dibuli hingga mengalami kerosakan organ dalaman, menunjukkan ia perlu dibendung
dan tidak boleh dibiarkan hingga menjadi gejala sosial lebih parah. Statistik Kementerian
Pendidikan menunjukkan sebanyak 1,054 kes dilaporkan sejak Januari hingga Jun 2018 dan
selaku Dekan Fakulti Undang-undang UKM, Prof Nazura memberi cadangan untuk mewujudkan
mekanisme mediasi di sekolah di negara kita ini. Mediasi ialah kaedah penyelesaian oleh pihak
ketiga yang berkecuali untuk membantu ke arah menyelesaikan konflik yang berlaku. Mediasi
boleh diamalkan di sekolah dengan pelajar dilatih berkomunikasi sebagai rakan pengantara untuk
mencari jalan penyelesaian apabila berlaku kes buli. Biasanya, rakan menjadi orang yang awal
mengetahui konflik sesama rakan (Suzana, 2020).

19
Akhbar Berita Harian ‘Tingkat hukuman, mekanisme cegah kes buli’ bertarikh 17 Mac 2020

Bagi sumbangan pula, sumbangan yang tidak dapat dilupakan oleh beliau adalah pada
tahun 2019. Menurut beliau, pada bulan Mei tahun itu fakulti undang-undang mengalami krisis
kewangan yang agak membimbangkan. Prasarana dan kemudahan di fakulti tersebut juga tidak
berada dalam keadaan yang bagus seperti banyak lampu rosak dan sebagainya. Oleh itu beliau
sendiri berusaha memikirkan bagaimana fakulti mereka hendak menjana pendapatan untuk
menaiktaraf kemudahan di fakulti serta membayar pelatih untuk melatih pelajar - pelajar mereka
untuk memasuki pertandingan debat. Ketika jamuan raya antara fakulti di UKM, fakulti
undang-undang menerima ‘mock cheque’ yang bernilai RM9,000. Pada ketika itu, Prof. Nazura
mengatakan yang beliau merasa kecil jika dibandingkan dengan fakulti-fakulti lain yang
menerima nilai yang lebih besar di atas anugerah yang mereka raih.

20
Prof. Nazura Menerima ‘Mock Cheque’ bernilai RM9,000 pada jamuan raya UKM 2019

Daripada saat itu, beliau sebagai ketua dekan fakulti telah bekerja keras untuk mencari
wang demi kebaikan dan masa depan fakulti undang-undang. Dengan usaha beliau berunding
dengan pihak atasan universiti, fakulti undang-undang telah menerima dana untuk menaiktaraf
keperluan mereka. Dana tersebut telah digunakan untuk memperbaiki infrastruktur fakulti
undang-undang seperti lampu, cat, perabot dan lain-lain. Fakulti undang-undang juga dapat
mengambil lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar untuk masuk ke dalam fakulti dengan dana
tersebut. Hasil daripada naik taraf itu, fakulti undang-undang telah menerima pengiktirafan
Anugerah Johan Pendanaan 2022 UKM dan menerima ‘mock cheque’ yang bernilai
RM680,832.67

21
Prof. Nazura menerima ‘mock cheque’ bernilai RM680,832.67 pada jamuan raya UKM
2022

Pada waktu lapang, beliau suka untuk melakukan aktiviti riadah seperti joging bersama
suaminya di gim mahupun luar rumah untuk mengekalkan badan yang cergas dan sihat. Selain
itu, berkebun pokok tanaman seperti sayur-sayuran juga merupakan aktiviti kegemaran beliau.
Dan seterusnya, beliau juga suka melancong bersama keluarga tercinta untuk meluaskan
pemandangan dan merasai sendiri pengalaman berada di negeri orang. Beberapa tempat yang
sudah dilawatinya adalah Itali, Australia dan Balkan.

22
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan, sudah tentu terdapat


pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Prof. Dr, Nazura Abdul Manap. Sebagai seorang pensyarah
yang pernah memegang jawatan Dekan dalam Fakulti Undang-Undang selama tiga tahun, beliau
mempunyai sikap yang gemar menyelesaikan masalah. Akan tetapi, setiap masalah pasti akan
mempunyai tahap kesukarannya tersendiri. Salah satu cabaran yang dihadapi adalah beliau
mempunyai kesukaran mencapai kesefahaman bersama dalam suasana tempat kerja. Sewaktu
beliau memegang jawatan Dekan, beliau akan berurusan dengan kebanyakannya orang yang
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan agak sukar untuk mengarah mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kebanyakkan orang yang beliau perlu hadapi adalah orang-orang
yang mempunyai pendirian tersendiri yang kukuh. Bagi beliau, disebabkan kebanyakan mereka
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, perkara ini menyebabkan mereka mempunyai
pemikiran dan pendapat yang berbeza. Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau menjadi seorang
penyelesai masalah dimana apabila berlakunya ketidaksefahaman, beliau membawa sikap neutral
dan tidak berat sebelah dalam menyelesaikan kesulitan yang dihadapi.

23
Prof. Dr. Nazura Abdul Manap turut mengalami kesukaran dalam bidang pentadbiran.
Hal ini kerana, memegang jawatan tinggi dalam bidang pentadbiran tidak pernah berada dalam
ekspektasi beliau. Jawatan Dekan merupakan suatu kedudukan yang penting dalam sesebuah
fakulti. Beliau tidak mempunyai garis panduan dan tunjuk ajar dalam memegang jawatan sebagai
seorang Dekan. Walaupun beliau menempuhi pelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri pada
kedudukan tersebut, semangat ketekunan untuk menaiktarafkan fasiliti fakulti telah membantu
beliau untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Dengan itu, beliau berjaya menerima dan
menyesuaikan diri dalam suasana beliau menjalankan tugas.

Cabaran yang terakhir adalah dari segi kekurangan kewangan dalam Fakulti
Undang-Undang. Ini merupakan cabaran yang sukar bagi beliau kerana mencari dana bukanlah
suatu perkara yang mudah. Tetapi, beliau tetap mempunyai semangat untuk menaja
pelajar-pelajar yang hendak dihantar ke pertandingan debat. Penggunaan wang bukanlah sedikit
namun boleh mengambil sebanyak belasan ribu dimana perlu membayar jurulatih, pengangkutan
pelajar serta makan dan minum mereka. Bagi mengatasi cabaran tersebut, beliau membawa
perkara tersebut ke mesyuarat untuk menarik perhatian pihak atasan untuk meminta dana bagi
membantu pelajar yang hendak bertanding pada peringkat yang lebih tinggi. Usaha ini telah
membuahkan hasil dimana Fakulti Undang-Undang dapat penjanaan dana yang lebih tinggi dari
tahun sebelumnya.

Sebagai seorang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, sudah tentu
beliau mempunyai harapan bagi menambah baik lagi sektor pendidikan di negara kita. Beliau
berhasrat agar pendidikan di negara kita bebas daripada masalah-masalah negara. Jika negara
mengalami masalah dari segi ekonomi mahupun politik yang tidak stabil, adalah lebih baik untuk
tidak mengganggu atau melibatkan bidang pendidikan. Hal ini kerana bidang pendidikanlah yang
akan mencerminkan kemajuan negara kita pada masa akan datang.

24
Beliau turut berharap agar sahsiah dalam kalangan pelajar dapat diperkukuhkan. Kini,
pembangunan negara yang semakin maju selaras dengan perkembangan teknologi yang pantas
sudah tentu memberi impak dalam sahsiah seseorang individu. Oleh hal yang demikian, beliau
berhasrat agar para pelajar sentiasa menjaga dan memperkukuhkan sahsiah mereka. Sahsiah yang
kurang baik dalam kalangan pelajar akan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dengan
anasir-anasir negatif dan memudaratkan diri mereka. Bagi beliau, negara yang mampu
membentuk sahsiah kukuh dalam kalangan pelajar merupakan negara yang lengkap dan bersedia
dalam menuju ke arus kemodenan. Beliau berkata demikian kerana, merekalah yang akan
memimpin negara kita kelak.

25
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Prof. Dr. Nazura Abdul Manap
merupakan seorang yang hebat bukan sahaja dari segi kerjanya bahkan sikap dan akhlak beliau
yang rendah diri, baik hati, prihatin dan sikap peribadinya yang lain adalah merupakan contoh
yang sepatutnya kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi jadikan sebagai pendorong untuk
berjaya. Beliau juga ada berpesan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi agar tidak mengejar
kemasyhuran, kedudukan atau ingin menjadi seorang yang terkenal dalam kerjaya semata-mata.
Sebaliknya, kita hendaklah mengejar dan mendapatkan sebanyak ilmu yang boleh agar kita
menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada para pelajar untuk meniatkan dalam diri agar
sentiasa berbuat baik dengan semua orang tidak kira siapa pun. Beliau juga ada menyebut
bahawa kita perlulah mempunyai seorang ‘role model’ atau idola yang boleh kita ikuti dalam
kehidupan kita seperti Prof Nazura yang sentiasa meletakkan ibunya sebagai idola utama dalam
kehidupannya. Di samping itu, beliau memberi kata-kata inspirasi iaitu kita seharusnya
mengambil peluang tidak kira apa jenis peluang tersebut dan kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara tersebut.

Setelah menemu bual beliau, kami terinspirasi untuk menjadi seorang yang berjaya serta
mampu untuk membantu orang di sekeliling kami walaupun sekecil-kecil bantuan. Segala
halangan dan rintangan haruslah kita harungi dengan semangat yang tinggi kerana tanpa
semangat yang tinggi, kita akan mudah untuk mengalah dan berputus asa. Akhir sekali, Prof Dr
Nazura binti Abdul Manap juga merupakan seorang yang bermotivasi tinggi serta seorang yang
berwawasan. Tidak hairanlah jika beliau sekarang telah berpangkat tinggi dan dibanggakan
masyarakat. Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, akhirnya kami berjaya untuk menghasilkan
tugasan ini dengan penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Prof.
Dr. Nazura binti Abdul Manap atas pengorbanan masanya untuk berkongsi sedikit mengenai
dirinya dan memberi tunjuk ajar kepada kami mengenai erti kehidupan Akhir kata, usaha dan
kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam
menghasilkan laporan ini.

26
RUJUKAN

Abdullah, A., & Manap, N. A. (2021). THE MALAYSIAN PERSPECTIVE ON IMPOSING

CIVIL LIABILITIES IN ROAD ACCIDENTS INVOLVING AUTONOMOUS

VEHICLE. UUM Journal of Legal Studies, 12(2), 203-228.

ATIYAH, G. A., MANAP, N. A., & ABD AZIZ, S. N. (2022). Smart Contract in Iraq: A Legal

Framework. Journal of Positive School Psychology, 6385-6392.

AZIZ, A. A., & MANAP, N. A. (2009). Aspek Undang-Undang dan Penguatkuasaan Harta

Intelek: Permasalahan-Permasalahan Yang Memberi Kesan Kepada Perlindungan

Pengguna.

Hussein, S. M., Manap, N. A., & Nor, M. Z. M. (2012). MARKET DEFINITION AND

MARKET POWER AS TOOLS FOR THE ASSESSMENT OF COMPETITION.

International Journal of Business & Society, 13(2).

Hussein, S. M., Noor, M. Z. M., & Manap, N. A. (2011). Bringing life to folklore: Problem of

definition. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 15, 163.

Ismail, R., Yusoff, S. S. A., Isa, S. M., Manap, N. A., & Mokhtar, F. S. (2018). TRADER'S

LIABILITY FOR FALSE, MISLEADING AND DECEPTIVE FOOD LABELING

UNDER THE MALAYSIAN LEGISLATIONS. International Journal of Business and

Society, 19(S3), 457-471.

Ismail, R., Zakuan, Z. Z. M., Yusoff, S. S. A., Isa, S. M., & Manap, N. A. (2018). Consumers

Basic Right to Housing: The Role of Institutional Frameworks in Malaysia. International

Journal of Asian Social Science, 8(8), 501-508.

27
Laluddin, H., Manap, N. A., Shariff, A. A. B. M., Husni, A. B. M., Kusrin, Z. M., Ibrahim, I. A.,

& Manap, N. A. (2014). The contract of marriage and its purposes from Islamic

perspective. Asian Social Science, 10(2), 139.

Manap, N. A. (2008). Enforceability of Database Licensing Agreement: A Comparatives Study

between Malaysia and the United States of America. J. Pol. & L., 1, 102.

Manap, N. A. (2008). Protection Of Database Under Actionable Torts. Jurnal Undang-Undang

Dan Masyarakat, 12, 212-236.

Manap, N. A. (2015). Alignment of Malaysia and ASEAN Agreements on Ict Laws: a Review.

Robin Margaret Fraser Warner.

Manap, N. A., & Abdullah, A. (2020). Regulating artificial intelligence in Malaysia: The two-tier

approach. UUM Journal of Legal Studies, 11(2), 183-201.

Manap, N. A., & Salleh, S. N. F. A. (2020). Tinjauan Awal terhadap Konsep Data Peribadi

Kesihatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Pemakaian Teknologi

Data Raya di Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 26, 51.

Manap, N. A., & Taji, H. (2012). Cyber crimes: Lessons from the legal position of Malaysia and

Iran. International Journal of Information and Electronics Engineering, 2(3), 404.

Manap, N. A., & Tehrani, P. M. (2012). Cyber Terrorism: Issues in its interpretation and

Enforcement. International Journal of Information and Electronics Engineering, 2(3),

410.

28
Manap, N. A., Hambali, S. N., & Tehrani, P. M. (2013). Intellectual creation in database: a

superfluous test?.

Manap, N. A., Rahim, A. A., & Taji, H. (2015). Cyberspace identity theft: An overview.

Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(4), 290-290.

Manap, N. A., Rahim, A. A., & Taji, H. (2015). Cyberspace identity theft: The conceptual

framework. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(4), 595.

Manap, N. A., Shapiee, R. B., Tehrani, P. M., & Shariff, A. A. B. M. (2016). Protecting R&D

inventions through intellectual property rights.

Rahim, A. A., Rahim, A. A., & Manap, N. A. (2012). Hukuman bagi kesalahan seksual di bawah

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992: Keperluan kepada hukuman yang lebih

berat. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 16, 29.

Rouhani, A., & Manap, N. A. (2013). Cloud Computing Technology: A powerful Engine to

Promote Economy in Islamic Societies. International Journal of Computing Academic

Research (IJCAR), 2(1), 26-30.

Samsudin, S. A., Manap, N. A., & Hussein, S. M. (2021). KESESUAIAN UNDANG-UNDANG

UNTUK PERLINDUNGAN CORAK TRADISIONAL ORANG IBAN DI SARAWAK,

MALAYSIA (THE SUITABILITY OF LAWS FOR THE PROTECTION OF

TRADITIONAL DESIGN OF ORANG IBAN IN SARAWAK). UUM Journal of Legal

Studies, 12(1), 219-245.

29
Shariff, A. A. M., Azhar, A., Rajamanickam, R., Manap, N. A., Hussein, S. M., Said, M. H. M.,

... & Markom, R. (2019). Analysis on Admissibility of DNA Evidence in Malaysian

Syariah Courts. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 8(4), 159-159.

Shukor, H. A., & Manap, N. A. (2019). Overview of Compliance with the Agreement on

Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS Agreement) in Addressing

Issues Concerning Patent which Relates with Competition Law: Malaysia Position.

International Journal of Asian Social Science, 9(12), 672-680.

Sulistio, F., & Manap, N. A. (2017). Alternatif Model Pemidanaan Tindak Pidana Pornografi

Siber. Arena Hukum, 9(3), 349-367.

Sulistyo, F., & Manap, N. A. (2018). Pornography and Sexual Crimes towards Children in

Indonesia: A Judicial Approach. Brawijaya Law Journal, 5(2), 261-270.

Suzana, M. S. (2020, March 17). Tingkat hukuman, mekanisme cegah Kes Buli. BH Online.

Retrieved June 13, 2022, from

https://origin.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/666063/tingkat-hukuman-mekanisme-c

egah-kes-buli

Tehrani, P. M., & Manap, N. A. (2013). A rational jurisdiction for cyber terrorism. Computer

Law & Security Review, 29(6), 689-701.

Tehrani, P. M., & Manap, N. A. (2013). Urgency and benefits of protecting Iranian carpets using

geographical indications.

30
LAMPIRAN

31
32
33

Anda mungkin juga menyukai