Anda di halaman 1dari 30

KURSUS:

GGGE 3403 FOTOGRAFI

SESI 2022/2023

TAJUK TUGASAN:

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

TOKOH:
DR. KHAIRIATUL MARDIANA BINTI JANSAR

PENSYARAH:
LT. KOL. PROF. MADYA MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN

NAMA PELAJAR DAN NO. MATRIK:

NO NAMA PELAJAR NO MATRIK

1 Muhammad Haziq Iskandar Bin Mahmud A196891

2 Muhammad Fahimi bin Amir A196122

3 Muhammad Isyraf Imran Bin Abdul Rahim A194349


Wilson

4 Ariff Amzar Bin Mohd Ghazali A194853

5 Muhammad Hafizuddin Bin Hasliezam A193113


PRAKATA

Assalamualaikum, pertama sekali kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian

tokoh akademik GGGE3403 kursus Fotografi. Kami, Muhammad Hafizuddin Bin Hasliezam,

Muhammad Fahimi bin Amir, Muhammad Haziq Iskandar Bin Mahmud, Muhammad Isyraf

Imran Bin Abdul Rahim Wilson, dan Ariff Amzar Bin Mohd Ghazali berasa bersyukur kerana

diberi peluang untuk menjalankan kajian mengenai tokoh akademik yang sangat hebat di dalam

Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah

kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Khairiatul Mardianana Binti

Jansar kerana sudi meluangkan masa beliau untuk memberikan kerjasama dalam kajian tokoh

akademik ini. Sesungguhnya kami tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Dr.

Khairiatul Mardiana Binti Jansar kerana menerima lawaan kami untuk kami menyiapkan tugasan

ini.

Tidak dilupakan juga kepada pensyarah kami iaitu Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy Bin

Abdul Rahman kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Isi Kandungan

1.0 Prakata

2.0 Pendahuluan

3.0 Latar Belakang Keluarga

4.0 Latar Belakang Pendidikan

5.0 Pembinaan kerjaya

6.0 Kejayaan Dan Sumbangan

7.0 Perancangan Dan Harapan

8.0 Penutup Dan Kesimpulan

9.0 Rujukan

10.0 Lampiran
PENDAHULUAN

Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar

Tugasan yang diberikan adalah berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan

merupakan seorang pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) di Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi iaitu Dr. Khairiatul Mardiana binti Jansar. Beliau merupakan pensyarah di

Fakulti Sains dan Teknologi yang mengajar subjek Analisis Kuantitatif dan Instrumentasi bagi

pelajar kursus Sains Sekitaran. Biografi ini mengandungi 5 Bahagian utama yang menceritakan

perihal tokoh akademik, Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar yang disusun mengikut kronologi

dari awal kehidupan beliau hingga ke hari ini.

Bahagian pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh

akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan. Melalui

bahagian ini, kita akan mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak latar belakang berkaitan
dengan asal-usul, tempat lahir tokoh, dan juga latar belakang keluarga beliau yang bermula

daripada pekerjaan ibu bapa beliau, adik-beradik, hinggalah ke kehidupan peribadi beliau.

Pelajar Kursus Citra Fotografi Universiti Kebangsaan Malaysia menemu bual Dr. Khairiatul
Mardiana Binti Jansar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tanggal 15 Jun 2023

Seterusnya, bahagian yang kedua ialah tentang tahap pendidikan beliau, bermula dari

pendidikan awal di tadika sehingga ke menara gading. Namun begitu, beliau tidak menamatkan

pendidikan beliau dengan segulung ijazah sahaja, bahkan beliau mendapat sokongan atau

cadangan daripada pensyarah beliau untuk meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke

peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu ijazah kedoktoran. Bahagian ini turut menceritakan tentang

anugerah dan jawatan yang pernah diterima. Selain itu, bahagian ini turut disertakan tentang

cita-citanya. Disini kita dapat melihat kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu.
Bahagian ketiga biografi ini ialah akan menceritakan tentang kerjaya Dr. Khairiatul Mardiana

Binti Jansar setelah bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat perjalanan serta

pengembaraan beliau, bermula dengan menjadi seorang pelajar sehingga menjadi seorang

pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Demi menjadi seorang pensyarah yang berjaya,

pelbagai usaha dan pengorbanan telah beliau curahkan. Bahagian ini juga menunjukkan peranan

beliau sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendidik anak-anak

Malaysia agar dapat membentuk mereka menjadi seorang graduan yang berkualiti dan berjaya

apabila telah tamat pengajian.

Pelajar Citra Fotografi UKM bersama Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar
Bahagian yang keempat biografi ini menceritakan tentang sumbangan dan kejayaan Dr.

Khairiatul Mardiana Binti Jansar sepanjang kehidupan beliau, dan juga sebagai seorang

pensyarah di UKM itu sendiri. Selain itu, bahagian ini juga menceritakan tentang sumbangan

beliau yang disematkan di peringkat pembelajaran. Terdapat banyak sumbangan beliau kepada

masyarakat dan negara yang akan dikupas dalam bahagian ini yang boleh membuatkan para

pembaca bahawa beliau sewajarnya dijadikan sebagai seorang tokoh kepada semua lapisan

masyarakat tanpa mengira usia. Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar juga telah menerbitkan 3

buah buku nya sendiri dan di bahagian ini kami akan menceritakan tentang buku tersebut.

Bahagian yang terakhir dalam biografi ini ialah tentang harapan dan perancangan beliau

untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang merangkumi beberapa

aspek. Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar ada menyatakan harapan beliau berharap bahawa

semoga generasi yang akan datang akan terus berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka

semampu yang mereka boleh kerana ilmu itu amat penting.


Latar Belakang Keluarga

Dr. Khairiatul Mardiana binti Jansar atau lebih dikenali sebagai Dr. MJ. Beliau telah

dilahirkan di Melaka pada tanggal 8 Februari 1982. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan

beliau merupakan anak yang yang ke-2.

Beliau atau lebih dikenali sebagai Dr. MJ telah menamatkan zaman bujangnya dengan

membina sebuah mahligai bersama suaminya dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Mereka

sekeluarga sudah hampir 13 tahun menetap di Sg. Merab, Bangi, dari tahun 2011 sehingga kini

bersama ahli keluarganya yang tercinta. Beliau mengatakan bahawa sebelum menetap di Sg.

Merab, mereka sekeluarga menetap di rumah keluarga mertuanya di Kajang. Ibu dan bapa beliau

merupakan seorang guru. Oleh itu, beliau telah menanam dalam diri beliau untuk mengikut jejak

langkah dari kedua orang tua nya untuk menjadi seorang tenaga pengajar. Beliau amat bersyukur

kerana telah dianugerahkan sebuah keluarga yang berjaya dan berpendidikan.


Latar Belakang Pendidikan

Dr. Khairiatul Mardiani telah mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan

Merlimau 1 atau nama ringkasnya SK Merlimau yang berlokasi di Jalan Batu Gajah, Merlimau,

Melaka. Beliau melanjutkan sesi persekolahan di sekolah tersebut dari awal darjah 1 sehingga

tamat darjah 6. Kemudian, beliau meneruskan pendidikan peringkat menengah di Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah yang terletak di Teluk Mas, Melaka.

Logo SK Merlimau 1 Logo SMKA Sharifah Rodziah


.; SK Merlimau 1 SMKA Sharifah Rodziah

Seusai menamatkan pelajaran di Dr. Mardiana seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej

Matrikulasi Melaka (KMM) di Londang, Alor Gajah, Melaka. Kolej ini merupakan kolej

matrikulasi yang pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dr. Mardiana

melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka pada tahun 2000. Dengan perjalanan hanya

tempoh setahun pengajian, beliau menamatkan pengajian di matrikulasi pada tahun 2001.
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)

DECTAR, UKM
Pada tahun 2002 hingga 2004, Dr. Mardiana mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian

tahap Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mengambil kursus Teknologi

Industri khusus kepada alam sekitar (Bachelor’s Degree of Technology and Environment).

Seterusnya, beliau melanjutkan lagi pelajaran ke tahap Master di Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) pada tahun 2005. Beliau meneruskan perjalanan beliau dalam bidang Alam

Sekitar iaitu Sarjana Pengurusan Persekitaran. Sebelum melanjutkan Master, Dr. Mardiana

berkata beliau telah memasuki alam pekerjaan di National Institute of Occupational Safety and

Health (NIOSH) di Bangi, berdekatan dengan UKM. Dan Dr. Marliana menamatkan pengajian

beliau di peringkat Master pada tahun 2006.

National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) di Bangi

Akhir sekali, dengan minat dan semangat Dr. Marliana, beliau melanjutkan lagi pengajian beliau

ke PHD di UKM. Beliau seperti biasa, tidak lari dari bidang beliau, sains sekitaran. Bidang
beliau secara spesifiknya kepada Environmental Analytical Chemistry, Dr. Mardiana membuat

kajian tentang behavior of pesticide in palm oil plantation di Tasik Chini, Pahang.

Pembinaan Kerjaya

Beliau merupakan seorang yang tidak kenal erti mengalah dalam melakukan sesuatu
perkara demi mencapai apa yang beliau inginkan. Ibu bapa beliau yang juga merupakan seorang
guru membuatkan beliau juga ingin mengikuti jejak langkah insan yang beliau sayang menjadi
seorang tenaga pengajar, seorang pendidik bagi meneruskan legasi ibu bapanya. Menjadi seorang
pensyarah yang namanya tidak asing lagi di kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia
merupakan hasil titik peluh beliau dari awal lagi.

Namun, pencapaian beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan


Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak semua orang mampu lakukan apa yang beliau
lakukan. Perjalanan hidup Dr. Khairiatul Mardiani dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan
rintangan. Beliau berkata “ Menyabung di peringkat PHD bukanlah jalan yang mudah ianya amat
susah”. Walaupun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan sikapnya yang
bersungguh-sungguh mencari dan menimba ilmu membuatkan beliau berjaya mengharungi
segala rintangan dengan jayanya.
Fakulti Sains & Teknologi

Beliau menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti ternama di Malaysia iaitu


Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun (2005/2006) memperoleh Sarjana Pengurusan
Persekitaran dan seterusnya mendapat sijil Doktor Falsafah (PHD) pada tahun 2017 juga di
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Environmental Analytical Chemistry.
Sebaik sahaja tamat pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau terus merebut
peluang untuk menjadi pensyarah sementara pada awalnya di Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam sektor Pengurusan Sains Sekitaran. Seterusnya, beliau memilih untuk kekal berbakti
kepada Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini iaitu sebagai seorang pensyarah.
Kejayaan Dan Sumbangan

Selain menjadi seorang pensyarah yang selalu mencurahkan keringat dan ilmu, pelbagai

kejayaan dan sumbangan Dr. Khairatul Mardiana yang beliau telah diberi sepanjang perjalanan

hidup beliau. Antara kejayaan beliau ialah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada

tahun 2022. Sebagai seorang pensyarah yang sentiasa menulis dan ingin menyebarkan ilmu

kepada masyarakat, beliau menyatakan bahawa kebiasaan pensyarah menulis kertas jurnal sahaja

kerana jurnal ini khususnya untuk bacaan ahli akademik sahaja. Namun dengan semangat beliau

untuk terus menyebarkan ilmu kepada masyarakat, beliau juga telah menerbitkan 3 buah buku

namun buku ketiga beliau masih dalam penerbitan kerana tiada geran. Ketiga-tiga buku beliau

adalah berkenaan dengan padi dan juga alelopati.

Buku pertama beliau yang berjudul “Alelopati: Rumpai dan Tumbuhan Invasif”. Buku ini

telah ditulis oleh beliau bersama dengan Nurul Ain Mohammad Bukhari serta Muhammad

Safwan Ishak. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk masyarakat lebih tahu dengan lebih

mendalam perihal alelopati. Alelopati didefinisikan sebagai suatu fenomena dunia dimana suatu

organisma memproduksi dan mengeluarkan suatu senyawa biomolekul (disebut alelokimia) ke sekeliling

yang terkait dan senyawa tersebut memengaruhi perkembangan dan pertumbuhan organisma lain di

sekitarnya. Beberapa alelopati terjadi pada tumbuhan dan dapat mengakibatkan tumbuhan di sekitar

penghasil alelopati tidak dapat tumbuh atau mati, contoh tanaman alelopati merupakan Ekaliptus . Justeru

itu, mereka memberi tumpuan kepada penggunaan racun sintetik pada masa kini yang patut digantikan

dengan racun semula jadi. Hal ini supaya keadaan alam sekitar lebih selamat kerana racun sintetik yang

digunakan dapat menjadi asbab berlakunya pencemaran tanah atau air di sekitar kawasan sawah padi

tersebut.
Alelopati : Rumpai dan Tumbuhan Invasif

Buku kedua pula ialah “Petai Belalang:Potensi Alelopati Dalam Pengawalan Rumpai”.

Buku ini telah ditulis oleh beliau bersama-sama dengan Muhammad Safwan Ishak dan Ismail

Sahid. Buku ini menceritakan bahawa tumbuhan ini boleh menghalang pertumbuhan tumbuhan

yang lain. Dari segi istilah sains petai belalang dikenali sebagai Leucaena leucocephala. Petai

belalang mempunyai sifat yang boleh mengganggu pertumbuhan tumbuhan lain yang dikenali

sebagai alelopati. Alelopati merupakan interaksi sesuatu tumbuhan yang mungkin memberi kesan

buruk atau kesan berfaedah kepada sesuatu tumbuhan yang lain. Fenomena ini berlaku kerana

kehadiran beberapa bahan kimia yang biasanya dikenali sebagai alelokimia. Penemuan dalam
alelopati telah dilakukan secara meluas kerana potensinya untuk digunakan dalam pengurusan

rumpai aktiviti pertanian. Buku ini membincangkan tentang potensi alelopati petai belalang

terhadap pertumbuhan beberapa spesies rumpai utama di Malaysia. Buku ini juga akan mengupas

mengenai potensi alelopati dua bahagian tumbuhan petai belalang iaitu daun dan bijinya terhadap

rumpai.

Petai Belalang : Potensi alelopati dalam pengawalan rumpai

Buku ketiga yang masih dalam penerbitan beliau ini bukan tentang alelopati lagi tetapi

tentang mikroplastik pula. Isu mikroplastik pada masa kini semakin meruncingkan. Hasil kajian

beliau terhadap garam bukit serta di laut, air minuman manusia, air paip, dan apa-apa yang
berkaitan dengan botol plastik boleh berkait dengan isu mikroplastik ini. Oleh hal yang

demikian, Dr. Khairatul Mardiana ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa

besarnya isu ini dapat mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Beliau juga menyatakan

bahawa beliau pernah ditemu bual oleh sebuah syarikat akhbar berkenan dengan isu mikroplastik

di Malaysia. Beliau memberi penekanan yang penuh kepada isu ini kerana isu dapat memberi

kesan kepada kesihatan manusia. Antara sumbangan beliau yang lain ialah beliau juga berjaya

menyertai Kongres Mikroplastik yang mengkhususkan kepada kesihatan manusia. Namun

begitu, kongres ini masih belum stabil kerana Malaysia baru sahaja memberi penekanan kepada

isu ini.
Perancangan dan Harapan

Sebagai seorang pensyarah yang prihatin dan telah berada dalam bidang pendidikan sejak
awal lagi, beliau amat mementingkan kebersihan dan keselamatan alam sekitar. Beliau ingin
membendung penggunaan “padi kebal” beulang-ulang kali kerana ianya boleh menjejaskan
kualiti atau mutu padi tersebut. Hal ini demikian kerana “padi kebal” hanya boleh digunakan
selama 2 musim sahaja tetapi para petani yang yang tidak endah dengan perkara tersebut telah
menggunakan “padi kebal” sehingga 6 ke 7 musim. Beliau berkata lagi, “ perkara tersebut
perlulah dicegah demi menjaga mutu kualiti padi di Malaysia.

Invasive Weeds of Malaysia


Berkenaan dengan mikroplastik pula, beliau ingin menumbuhkan satu organisasi atau
pertubuhan luar supaya dapat memberi penerangan dan pendedahan kepada orang awam tentang
bahayanya mikroplastik ini. Tidak lupa juga, pertubuhan organisasi itu bertujuan untuk
mengurangkan kadar mikroplastik yang bahaya di negara Malaysia. Beliau menasihatkan kepada
orang ramai agar tidak membuang plastik atau sisa plastik terus ke dalam tong sampah
sebaliknya hendaklah membuang ke dalam tong kitar semula kerana ianya adalah satu langkah
untuk mengurangkan penggunaan plastik yang boleh menjejaskan kualiti tanah dan ekosistem
bumi. Penggunaan plastik hendaklah dikurangkan kerana proses kitar semula plastik memakan
masa yang lama dan prosesnya agak rumit kata beliau.

Perancangan beliau pada masa akan datang ialah beliau ingin mengeluarkan sebuah lagi buku
mengenai mikroplastik. Hal ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai mikroplastik dan
memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengurangkan kadar penggunaan plastik di
Malaysia.
Kepentingan Dan Kepelbagaian Biologi Di Kawasan Penanaman Padi Malaysia

Beliau juga mengharapkan agar “Ranking” UKM akan kekal dan terus melonjak dari
tahun-tahun sebelumnya serta pencapaian visi dan misi UKM dapat dilaksanakan. Harapan
tertinggi beliau ialah lebih ramai lagi graduan UKM yang mengambil kursus sains sekitaran
dapat berjaya dengan kerjayanya.
Penutup dan Kesimpulan

Secara ringkasnya kami dapati Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar merupakan seorang

yang sangat hebat dan seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi terutamanya dalam bidang

yang dipelajarinya. Beliau juga seorang yang sangat ramah dan rendah diri membuatkan urusan

menemu bual ini berjalan lancar dan menyenangkan. Sikap seperti inilah kita patut contohi

sebagai mahasiswa/mahasiswi UKM untuk menjadi penuntut ilmu yang bukan sahaja bijak dan

pandai malah mempunyai adab dan budi pekerti yang baik.

Beliau juga ada memberikan nasihat kepada anak muda yang diluar sana jika anda

mempunyai peluang untuk belajar jangan pernah sia-siakan. Jika diperhatikan peratus pelajar

sekolah menengah yang baru sahaja selesai menghabiskan Sijil Pelajaran Malaysia banyak yang

memilih untuk bekerja terus daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata “ilmu itu mahal, ilmu membuatkan kita sebagai seorang manusia”. Beliau

menyatakan banyak khabar angin atau berita yang menyatakan kebanyakan lepasan graduan

tidak mendapat kerja selepas tamat pengajian, bagi beliau graduan-graduan seperti ini masih

kurang usaha untuk mencari kerjaya kerana rezeki itu ada dimana-mana sahaja.

Akhir sekali, genggam bara api biar sampai jadi arang, itulah yang kami dapat simpulkan

kerana beliau seorang pensyarah yang memberikan sepenuh komitmen sama ada tugas menjadi

seorang pensyarah, menerbitkan buku mahupun membantu kami menyelesaikan tugasan ini.

Kami sangat terinspirasi dengan usaha dan ketekunan beliau bagi meningkatkan lagi kemahiran

dan ilmu untuk kegunaan sendiri dan masyarakat. Akhir kata, kami sangat bersyukur dapat

menemu bual beliau justeru dapat menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Sekalung
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Khairiatul Mardiana Binti Jansar atas segala

nasihat dan menerima jemputan kami untuk menemu bual. Diharapkan segala apa yang

diperkatakan oleh beliau dapat dimanfaatkan. Tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan ini

kerana memberi kerjasama yang tinggi bagi menghasilkan laporan ini.


RUJUKAN

● Tayeb, M.A., Ismail, B.S. & Khairiatul Mardiana, J. (2017). Run-Off of the Herbicides

Triclopyr and Glufosinate Ammonium from Oil Palm Plantation Soil. Environmental

Monitoring and Assessment. 189: 551 (Q2)

● Tayeb, M.A., Ismail, B.S., Khairiatul Mardiana, J., Goh Choo Ta & Afroza, Y. M.

(2017). Triclopyr 3, 5, 6-Trichloro-2-Pyridinyl Clean-Up Procedure from Soil, Sediment

and Water Samples Using SPE-HPLC-VWD. Sains Malaysiana. 46(9): 1401-1405. (Q3)

● Khairiatul Mardiana Jansar & Ismail Bin Sahid. 2016. Residue determination and

monitoring of the levels of metsulfuron-methyl in selected rivers at Tasik Chini, Pahang,

Malaysia. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 20(1): 179-186. (Q4)

● Tayeb, M.A., Ismail, B.S. & Khairiatul Mardiana, J. 2015. Comparison of four

different solid phase extraction cartridges for sample clean-up in the analysis of

glufosinate ammonium from aqueous samples. International Journal of ChemTech

Research, 7(6): 2612-2619. (Q3)

● Tayeb, M.A., Ismail, B.S., Khairiatul-Mardiana, J. & Goh Choo Ta. 2016.

Troubleshooting and Maintenance of High-Performance Liquid Chromatography during

Herbicide Analysis: An Overview, Sains Malaysiana. 45(2): 237-245. (Q3)


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai