Anda di halaman 1dari 20

Seminar

PERUBATAN MODEN ADALAH PERUBATAN ISLAM

5hb Januari 2011


Hall, Hostel 3
4 Petang

Buku Program
Pengenalan
Adakah apabila disebut perubatan Islam, yang bermain di fikiran anda hanyalah - habbatus sauda, madu, bomoh,
bedah batin, buang saka, halau jin, bekam, kemenyan dan lain-lain?

Dan jika disebut pula perubatan moden, yang bermain di fikiran anda hanyalah - enalapril, laser surgery,
chemotherapy, injection, physiotherapy dan lain-lain?

Seminar ini memecah stigma dan skeptik yang terdapat mengatakan bahawa perubatan Islam itu adalah satu bidang
khusus dan perubatan moden itu adalah satu bidang khusus yang lain! Sedangkan sebenarnya kedua-duanya adalah
satu dan serupa. Perubatan moden juga merupakan perubatan Islam pada prinsipnya, dan perubatan Islam adalah
perubatan moden pada prinsipnya!

Seminar ini membawa resolusi kepada kita bakal pengamal kedoktoran, apabila menghadapi tanggapan bahawa
kerjaya kita kelak sebagai pengamal perubatan adalah kerjaya yang sekular, barat dan kononnya tidak ada nilai disisi
agama. Sesungguhnya, kerjaya seorang pengamal perubatan juga merupakan ibadah!

Seminar ini dilangsungkan melalui forum Wacana Ilmiah anjuran PPIM CUCMS pada 11 Disember yang lalu.
Alhamdulillah, Biro Informasi dan Penerbitan PPIM Nizhniy Novgorod berjaya mendapatkan rakamannya yang akan
diolah menjadi seminar, khusus untuk para pelajar di Nizhniy Novgorod pula!

PANEL FORUM

Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed


Beliau merupakan graduan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia
sebelum mendapat kelulusan Membership of the Royal College of Physician
(MRCP), United Kingdom seterusnya melanjutkan pengajian spesialis dalam
bidang Kardiologi di University of Leeds.

Prof. Dr. Abdul Latiff menerajui PPIM Malaysia selaku Presidennya semenjak
dari tahun 2004 sehinggalah tahun 2008. Beliau kini berkhidmat sebagai
professor di Fakulti Perubatan, Cyberjaya University Colledge of Medical
Sciences.

.............................................................................................................

PANEL FORUM

Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Berasal dari Pulau Pinang, beliau merupakan graduan jurusan Bahasa Arab
dan Syariah dari Universiti Jordan, sebelum melanjutkan pengajian dalam
bidang Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan juga Ph.D. dalam
jurusan Pengajian Al-Quran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau dilantik sebagai mufti negeri Perlis pada tahun 2006, sebelum
menamatkan kontraknya pada tahun 2008 dan melanjutkan pengajian di
University of Wales, United Kingdom.

Beliau kini menyandang jawatan Professor Madya dan mengajar subjek


Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia 2

.............................................................................................................
Ucapan Presiden PPIM

!"#$%&‫* ا( و‬+,‫ ور‬./012 ‫م‬456‫ا‬


.0,%6‫ ا‬7+,%6‫ ا( ا‬.5&
.7896‫م ا‬:8 ;6‫ن إ‬#5,>& !?@" 7A‫ و‬، C?+D‫@! أ‬FG‫! و‬6‫; آ‬12‫ و‬9+FA #I90J ، C1J%K‫ء وا‬#0@IM‫ف ا‬%O‫; أ‬12 ‫م‬456‫ة وا‬4Q6‫ وا‬، CK#?6‫ ( رب ا‬9+F6‫ا‬

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan keizinan dan limpahan rahmat
serta hidayah dariNya jua, untuk ke sekian kalinya PPIM Nizhny Novgorod Student Chapter di bawah anjuran Biro
Informasi dan Penerbitan,dapat berkumpul mengadakan seminar “Perubatan Moden adalah Perubatan Islam” yang
julung kali diadakan di sini.

Adapun seminar perumpamaan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar bahawa perubatan
moden dan perubatan islam berkait rapat antara satu sama lain bukannya berlainan bidang.Moga seminar ini dapat
lagi memupuk semangat pelajar untuk maju ke depan menjadi doktor muslim yang berjaya.

Di kesempatan ini saya sukacita merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya
kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali Biro Penerbitan dan Informasi. Semoga amal yang berkebajikan ini
akan berterusan dan menjadi ikutan serta mendapat ganjaran
setimpal dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

*8‫ا‬9S6‫ وا‬T0U:V6‫ ( ا‬#&‫و‬


!"#$%&‫* ا( و‬+,‫ ور‬./012 ‫م‬456‫و ا‬

Ucapan Pengarah Program

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnia dan iradatNya saya dan rakan-rakan ahli
jawatankuasa lain berjaya menganjurkan seminar Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam ini. Seminar ini memang
diadakan secara khusus kepada rakan-rakan para pelajar di Nizhniy Novgorod selaku bakal pengamal perubatan,
agar kita dapat mempersiapkan diri menghadapi suasana masyarakat di tanah air kelak.

Semangat dakwah yang membara meningkatkan kuantiti mereka yang mendapat kesedaran mengenai Islam,
namun kuantiti itu hendaklah diiringi dengan kualiti. Penjernihan ilmu terutama ilmu Islam merupakan sesuatu yang
penting, kerana hanya dengan akidah yang sejahtera barulah kesan hikmahnya menerajui kehidupan umat Islam
seluruhnya.

Seminar Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam menjelaskan salah faham yang timbul akibat dari
penyalahgunaan terma-terma tertentu, serta menolak konsep sekularisma membezakan perubatan kepada “Islam”
dan “bukan Islam”, sebaliknya menerangkan kembali bahawasanya setiap yang mematuhi prinsip Islam itu pada
dasarnya adalah Islam. Seminar ini juga memecah tanggapan “eksklusif” dalam Islam, kerana sesungguhnya Islam
itu adalah agama universal, dan Muhammad itu merupakan rahmat ke seluruh alam, tidak hanya meliputi skop-skop
tertentu sahaja.

Diharap dengan seminar ini, kita akan lebih jelas kefahaman mengenai
Islam, serta mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dengan lebih efisien.
Semoga usaha yang tidak seberapa ini mendatangkan manfaat kepada para
peserta sekalian. Wallahua’lam, wassalam.

3
Apa itu Perubatan Islam?
Nota
Perkara Asas

Perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama Islam,


mengenai perbuatan Nabi s.a.w bersangkutan urusan
keduniaan
Adakah ianya dianggap sebagai wahyu atau tidak?
Jika melibatkan urusan akidah dan ibadah, maka
sememangnya ianya merupakan wahyu.
Namun persoalan-persoalan melibatkan urusan seperti
pertanian, begitu juga perubatan, adakah ianya
dianggap sebagai wahyu?

Aliran Pertama

Semua yang terbit dari mulut Nabi, sama ada urusan


akhirat mahupun urusan muamalah kehidupan,
merupakan wahyu dari Allah.
Ramai ulama’ berpandangan sedemikian, contohnya
- Ibnu Qayyum Al-Jauziah melalui kitabnya Tibb Nabawi
- Imam Bukhari ada kecenderungan ke arah aliran ini,
berikutan tulisannya dalam Sahih Bukhari terdapat Bab
“Berbekam Ketika Musafir” dan “Waktu Nabi Berbekam”

Dalil yang mereka gunakan:

Surah An-Najm
Ayat 3-4
(4) ٰ; َ,:ُ8 ٌa ْ,َ‫ و‬cِb ‫ إ‬:َ dُ ‫( إِ ْن‬3) ‫َى‬
ٰ :Sَ 6ْ ‫ِ ا‬7َ2 ُTِ]ْ^_َ8 #َA‫َو‬
(2) Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri.
(3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya.

Aliran Kedua

Apabila Rasulullah berbicara melibatkan persoalan


agama, maka tiada pertikaian dan sepakat ulama’
bersetuju yang ianya merupakan wahyu.
Namun apabila Rasulullah menyebut mengenai urusan
keduniaan, ada kemungkinan ianya tidak tepat,
kerana ianya bukan wahyu tetapi berdasarkan sifat
“keinsanan” dan kemanusiaan Rasulullah sendiri.

4
Nota
Dalil bagi aliran kedua:

‫ َن‬#َ$ 7 َ+َU ٌ9ۖ۬ ِ,‫ـٰ ۬!ٌ وَٲ‬6َ ِ‫ إ‬.ۡ /ُ Sُ ٰ‫ـ‬6َ ِ‫ إ‬j َ+bIَ‫ أ‬b;6َ ِ‫َ ;ٰٓ إ‬,:ُ8 .ۡ /ُ 1ُ ۡ l_Am ٌ%۬ nَ
َ & ۟ #_َIَ‫ أ‬j َ+bIِ‫ۡ إ‬pُq
‫َۢا‬9 َ,َ ‫ ِ!ۦۤ أ‬m&‫ َد ِة َر‬#َ@_ ِ?ِ& ‫ ِۡك‬%nُ
ۡ 8 cََ ‫ و‬#Fً۬ ِ1_ٰ‫ـ‬G
َ ً۬4 َ+َ2 ۡp َ+ۡ?َ01ۡ َU ‫!ِۦ‬m&‫ َء َر‬jَxِ6 ْ ‫ا‬: ُDۡ%َ8
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku
bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya. (Al-Kahfi 18 : 110)

Hadis Sahih Muslim #4357


Kitab “Keutamaan”
Bab “Masalah agama yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dan perbezaan antara urusan agama dengan pendapat beliau
dalam urusan dunia”

%ُ yb
ْ ^_6‫ ا‬#َ ^_َz9b َ, ‫ا‬:ُ6#َq ‫ {ِي‬%xِ ?ْ َ ْK‫ ا‬%ٍ َ~?ْ َD 7ُ ْ& 9ُ َ+ ْ,َ ‫ {ِي َوأ‬%َ@_ْ^_َ?6ْ ‫ ِ ا‬._0•
ِ ?َ 6ْ ‫ ا‬9ِ ْ@_2َ 7ُ ْ& ‫س‬#b
ُ @_َ2‫{ َو‬aAِ # َ+َ06ْ ‫ ا‬maAِ ‫{و‬%6‫ ا‬7ُ ْ& ِb(‫ ا‬9ُ ْ@2َ #َ ^_َz9b َ,
!ِ ْ01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫{ ا‬a@ِ َI ‫ َم‬9ِ qَ َ‫ل‬#َq ٍ‚8ِ9ƒ
َ 7ُ ْ& ُ„Uِ ‫ رَا‬aِ^َz9b َ, ma ِO# َ…b ^_6‫ ا‬:ُ&َ‫ أ‬#َ ^_َz9b َ, ‫ ٍر‬# b+َ2 7ُ ْ&‫ ا‬:َ dُ ‫ ُ* َو‬Aَ %ِ /ْ 2ِ #َ ^_َz9b َ, 9ٍ b+ َFُA 7ُ ْ&
‫ا‬:ُ1?َ ْ~َ" .ْ 6َ :ْ 6َ .ْ /ُ 1b ?َ 6َ َ‫ل‬#َq !ُ ?ُ َ ^_Qَ
ْ I #b ^_ُ$ ‫ا‬:ُ6#َq ‫ َن‬:ُ?َ^_Qَ
ْ " #َA َ‫ل‬#َxَU َpْ†b^_6‫ َن ا‬: ُFmx1َ ُ8 ‫ َن‬:ُ6:ُxَ8 َpْ†b^_6‫ُو َن ا‬%ُ&ْ‡_َ8 .ْ dُ ‫_^ َ َ* َو‬89ِ َ ْK‫ ا‬.َ 1b Jَ
َ ‫و‬
!ِ &ِ ‫†ˆُوا‬
ُ َU .ْ /ُ ^ِ 8ِ‫ د‬7ْ Aِ ‫ْ ٍء‬anِ
َ & .ْ /ُ ُ"%ْ Aَ َ ‫ إِذَا أ‬%ٌ nَ
َ & #َIَ‫ أ‬# َ+bIِ‫لَ إ‬#َxَU !ُ 6َ Šَِ 6َ‫ُوا ذ‬%$َ َˆَU َ‫ل‬#َq ْ‹Qَ
َ xَ^_َU ‫‹ْ أ َ ْو‬yَ
َ ~َ^_َU ُ‫ه‬:ُ$%َ َ V_َU ‫ًا‬%ْ0ƒ
َ ‫ َن‬#َ$
Šb nَ
ُ 8 .ْ 6َ ‫‹ْ َو‬yَ
َ ~َ^_َU ‫ {ِي‬%xِ ?ْ َ ْK‫لَ ا‬#َq ‫ˆَا‬dَ :َ ْFَI ‫ ُ* أ َ ْو‬Aَ %ِ /ْ 2ِ َ‫ل‬#َq %ٌ nَ
َ & #َIَ‫ أ‬# َ+bI>ِ َU ‫ي‬
ٍ ْ ‫ َرأ‬7ْ Aِ ‫ْ ٍء‬anِ
َ & .ْ /ُ ُ"%ْ Aَ َ ‫َو إِذَا أ‬

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Ar Rumi Al Yamami dan 'Abbas bin 'Abdul 'Azhim Al 'Anbari dan
Ahmad bin Ja'far Al Ma'qiri mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami An Nadhr bin Muhammad; Telah
menceritakan kepada kami 'Ikrimah yaitu Ibnu 'Ammar; Telah menceritakan kepada kami Abu An Najasyi; Telah
menceritakan kepadaku Rafi' bin Khadij dia berkata;

Ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang ke Madinah, para penduduk Madinah sedang menyerbukkan bunga
kurma agar dapat berbuah yang hal itu biasa mereka sebut dengan 'mengawinkan', maka beliaupun bertanya: apa
yang sedang kalian kerjakan? Mereka menjawab: Dari dulu kami selalu melakukan hal ini. Beliau berkata: 'Seandainya
kalian tidak melakukannya, niscaya hal itu lebih baik.' Maka merekapun meninggalkannya, dan ternyata kurma-kurma
itu malah rontok dan berguguran. Ia berkata: lalu hal itu diadukan kepada beliau dan beliaupun berkata:
'Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, oleh karenanya apabila aku memerintahkan sesuatu dari urusan dien
(agama) kalian, maka ambillah (laksanakanlah) dan jika aku memerintahkan sesuatu kepada kalian berdasar
pendapatku semata, maka ketahuilah bahwa sungguh aku hanyalah manusia biasa.

-Ikrimah berkata: kurang lebih seperti itu.- Al Ma'qiri berkata: maka iapun berguguran, -dan dia tidak meragukan hal
itu.-

Rasulullah memberikan pandangan mengenai proses


pendebungaan pohon kurma. Sahabat tidak mendebungakan
pohon kerana menganggap ianya arahan Nabi, lalu hasil
tuaian kurma berkurangan. Namun Nabi menjelaskan,
sesungguhnya baginda juga merupakan manusia biasa.

5
Nota
Hadis (tidak begitu kukuh, diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam)

Ketika Perang Badar, seorang sahabat Nabi, Hubbab Ibnu


Munzir mempersoalkan keputusan strategi perang Nabi.
Beliau bertanya kepada Nabi, “Adakah strategi itu merupakan
perintah dari Allah, atau ianya hanya strategi baginda
sendiri?” Baginda menjelaskan yang ia hanyalah dari baginda,
justeru Hubbab memberikan pandangan berlainan mengenai
strategi tersebut.

Kesilapan Nabi, tidak mencacatkan sifat kenabian yang


baginda ada. Tujuan Rasulullah s.a.w dihantar bukan untuk
mengajarkan mengenai pertanian dan lain-lain, sebaliknya
baginda diutus untuk mengajar mengenai prinsip, dan
bukannya perkara-perkara terperinci.

Hadis Sahih Bukhari #2278


Kitab "Perbuatan Zalim Dan Merompak"
Bab "Dosa seseorang yang bersengketa dalam kebatilan, padahal ia mengetahui"

%ِ ْ0َ&{•6‫ ا‬7ُ ْ& ُ‫ َوة‬%ْ 2ُ aِI%َ َ@_ƒ


ْ َ ‫لَ أ‬#َq ٍ‫ب‬#َS ِO ِ7ْ&‫ ا‬7ْ 2َ ٍŽِ6#G
َ 7ْ 2َ 9ٍ ?ْ J
َ 7ُ ْ& .ُ 0ِd‫َا‬%ْ&ِ‫ إ‬aِ^َz9b َ, َ‫ل‬#َq ِb(‫ ا‬9ِ ْ@_2َ 7ُ ْ& •ِ 8ِ•?َ 6ْ ‫ ا‬9ُ ْ@_2َ #َ ^_َz9b َ,
ِ‫ل‬:Jَ
ُ ‫ ر‬7ْ 2َ #َSْ"%َ َ@_ƒ
ْ َ ‫ أ‬.َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ma@ِ b ^_6‫ زَ ْو َج ا‬#َSْ^_2َ ُb(‫َ ا‬a‘َ
ِ ‫َ َ* ر‬+َ1J
َ ‫م‬b ُ ‫ أ‬#َSAb ُ ‫ن أ‬b َ ‫"ْ ُ! أ‬%َ َ@_ƒ
ْ َ ‫َ َ* أ‬+َ1J
َ ‫م‬m ُ ‫ْ_^ َ’َ ِ&_^ ْ‹َ أ‬8َ‫ن ز‬b َ ‫أ‬
bpَ?1َ َU .ُ Qَ
ْ †6ْ ‫ ا‬aِ^0ِ"ْ‡_َ8 !ُ bIِ‫ َو إ‬%ٌ nَ
َ & #َIَ‫ أ‬# َ+bIِ‫لَ إ‬#َxَU .ْ Sِ ْ06َ ِ‫ َج إ‬%َ †
َ َU !ِ "ِ %َ ْ… ُ, ِ‫ب‬#َ@_&ِ *ً Aَ :Qُ
ُ ƒ َ„+ِ J
َ !ُ bIَ‫ أ‬.َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫ا‬
7ْ Aِ *ٌ ?َ ْ]qِ َadِ # َ+bI>ِ َU ٍ ._ِ1_5ُ
ْ A mT َFِ& !ُ 6َ ُ‹ْ0yَ
َ q 7ْ َ+َU Šَِ 6َˆ&ِ !ُ 6َ َayْ
ِ qَ‡_َU َ‫َق‬9G
َ !ُ bIَ‫ِ ’ُ أ‬5 ْ,َ ‡_َU ”ْ
ٍ ?َ& 7ْ Aِ َ•1َ ْ&َ‫ َن أ‬:ُ/َ8 ‫ أ َ ْن‬.ْ /ُ yْ
َ ?َ&
#َS$ْ %ُ ْ V_َ01ْ َU ‫ أ َ ْو‬#َdْˆƒ
ُ ْ ‡_َ01ْ َU ‫ ِر‬#b ^_6‫ا‬

Telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Sa'ad
dari Shalih dari Ibnu Syihab berkata, telah menceritakan kepadaku 'Urwah bin Az Zubair bahwa Zainab bunti Ummu
Salamah mengabarkan kepadanya bahwa ibunya, Ummu Salamah radliallahu 'anhah, isteri Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam mengabarkan kepadanya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahwa Beliau mendengar dari balik
pintu rumah Beliau ada pertengkaran lalu Beliau keluar menemui mereka kemudian bersabda:

Aku ini hanyalah manusia biasa dan sesungguhnya pertangkaran seringkali dilaporkan kepadaku. Dan bisa salah
seorang diantara kalian lebih pandai bersilat lidah daripada lainnya, lalu aku menganggap dia benar kemudian aku
berikan kepadanya sesuai pengakuannya itu. Maka siapa yang aku putuskan menang dengan mencederai hak
seorang muslim, berarti itu adalah potongan dari api neraka. Karena itu hendaklah dia ambil atau ditinggalkannya.

Rasulullah menyuruh mereka yang berkelahi agar mencari


orang lain yang lebih petah berhujah, baginda enggan
mewakili sesiapa (menjadi peguam) kerana percaya ada
orang lebih pandai berhujah daripada baginda s.a.w.

6
Nota
Antara ulama’ yang cenderung terhadap aliran kedua ini
adalah seperti
- Waliyullah Ad-Dahlawi
- Al-Qadhi Abdul Jabar
- Al-Muktaziri
- Muhammad Abu Zahrah
- Muhammad Abdul Wahab Khallaf

Kesimpulannya, dalam aliran kedua, ulama’ bersepakat


bahawa “Nabi s.a.w dalam berbicara mengenai urusan
keduniaan, sebahagiannya mungkin dari pandangan peribadi
baginda sendiri”

Dr. Asri sendiri cenderung ke arah pandangan aliran


kedua ini.

Ibnu Khaldun mengulas mengenai Tibb Nabawi


mengatakan, bahawa Tibb Nabawi itu berasal dari
pengalaman Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah
memberikan pandangan berdasarkan suasana persekitaran
ketika itu.

Nabi bersabda dalam konteks

Kita mestilah memahami hadis-hadis Rasulullah


berdasarkan konteks.

Contohnya, hadis “sesungguhnya arak itu daripada dua


pokok (tamar dan anggur)”. Maka adakah selain dari itu, arak
seperti arak beras dan arak epal tidak dikira sebagai arak?
Rasulullah ketika itu bersabda dalam konteks penduduk
Madinah, di mana ketika itu di Madinah hanya ada dua jenis
arak tersebut.

Hadis Sahih Bukhari #141


Kitab "Wudhu'"
Bab "Tidak menghadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil melainkan dalam bangunan atau disebalik dinding"

َ‫ل‬#َq َ‫ل‬#َq ‫ِي‬m ‫ر‬#Qْ


َ IَM‫ا‬
ْ َ‫ب‬:{8َ‫ أ‬aِ&َ‫ أ‬7ْ 2َ malِ ْ01b 6‫ ا‬9َ 8ِ•َ8 ِ7ْ& ‫ ِء‬#َ]2َ 7ْ 2َ ‫ {ِي‬%dْ {•6‫ ا‬#َ ^_َz9b َ, َ‫ل‬#َq ٍ’ْ –‫ ِذ‬aِ&َ‫ أ‬7ُ ْ&‫ ا‬#َ ^_َz9b َ, َ‫ل‬#َq ‫ آ َد ُم‬#َ ^_َz9b َ,
‫ا‬:ُ&%m —َ ‫ا أ َ ْو‬:ُq%m O
َ ُ‫ه‬%َ Sْ َ˜ #َS6m :َ ُ8 cََ ‫ َ* و‬1َ ْ@_xِ 6ْ ‫ ا‬pِ@xْ َ V_5َ
ْ 8 4ََ U ™
َ –ِ #َš6ْ ‫ ا‬.ْ $ُ 9ُ َ,َ ‫ إِذَا أَ"َ; أ‬.َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫لُ ا‬:Jَ
ُ ‫ر‬

Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b berkata, telah
menceritakan kepada kami Az Zuhri dari 'Atha' bin Yazid Al Laitsi dari Abu Ayyub Al Anshari berkata, "Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Jika salah seorang dari kalian masuk ke dalam tandas untuk buang hajat, maka janganlah menghadap ke arah kiblat
membelakanginya. Hendaklah ia menghadap ke arah timurnya atau baratnya."

7
Nabi melarang membuang air menghadap kiblat, Nota
sebaliknya diperintahkan untuk menghadap timur atau barat.
Namun, ada negeri/tempat yang kiblatnya terletak di sebelah
timur, dan begitu juga adanya tempat yang kiblatnya terletak
di sebelah barat.

Sumber ilmu perubatan

Hadis riwayat Aisyah walaupun rawinya tidak kuat, Aisyah


r.a. ditanya bagaimana beliau boleh handal dalam bidang
perubatan? Aisyah r.a. menjelaskan, beliau belajar ilmu
perubatan dari para perwakilan arab ketika mereka datang
cuba merawat Nabi di saat baginda s.a.w gering.

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut mengenai tokoh


perubatan Arab bernama Al-Harith Ibnu Khaladah, bahawa
tiada riwayat/rekod menunjukkan bahawa tokoh ini pernah
memeluk Islam, namun terdapat riwayat Rasulullah s.a.w
menyuruh sahabat berubat dengannya kerana beliau handal
dalam ilmu perubatan.

Masalah Perubatan Islam Dalam Masyarakat

1. Salah faham - Perubatan Islam adalah perubatan


mengenai "hantu".
2. Setiap penyakit memerlukan kepada jampi. Jampi itu
sebahagian daripada perubatan Islam, namun bukan
keseluruhan perubatan Islam.
3. Habbatus Sauda merupakan bahan, menunjukkan Nabi
menyuruh kita memanfaatkan bahan-bahan untuk
kegunaan perubatan. Tidak semestinya hanya
habbatus sauda, kerana di zaman Arab ketika itu
habbatus sauda terkenal sebagai bahan perubatan.
4. Berbekam - menunjukkan Rasulullah menyuruh kita
berikhtiar dalam merawat. Bekam itu satu ikhtiar
dalam perubatan.

Hadis Sahih Muslim #4084


Kitab "Salam"
Bab "Setiap penyakit ada ubatnya"

9ِ ْ@_2َ 7ْ 2َ ِ‫رِث‬# َFْ6‫ ا‬7ُ ْ&‫ ا‬:َ dُ ‫ٌو َو‬% ْ+َ2 aِI%َ َ@_ƒ
ْ َ ‫ْ’ٍ أ‬d‫ َو‬7ُ ْ&‫ ا‬#َ ^_َz9b َ, ‫ا‬:ُ6#َq ;50ِ
َ 2 7ُ ْ& 9ُ َ+ ْ,َ ‫ َوأ‬%ِ dِ #b]6‫ ا‬:ُ&َ‫ُوفٍ َوأ‬%?ْ Aَ 7ُ ْ& ‫رُو ُن‬#َd #َ ^_َz9b َ,
‫ا ِء‬b96‫’َ َدوَا ُء ا‬0Gُ
ِ ‫َ ِ>ذَا أ‬U ‫ دَا ٍء َدوَا ٌء‬mpُ/ِ6 َ‫ل‬#َq !ُ bIَ‫ أ‬.َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫لِ ا‬:Jَ
ُ ‫ ر‬7ْ 2َ %ٍ &ِ # َD 7ْ 2َ %ِ ْ0َ&{•6‫ ا‬aِ&َ‫ أ‬7ْ 2َ 9ٍ 0 ِ?J
َ ِ7ْ& !ِ m&‫َر‬
bp َDَ‫ و‬b•2َ ِb(‫أ َ ِ& ِ>ذْنِ ا‬%َ َ&
Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma'ruf dan Abu Ath Thahir serta Ahmad bin 'Isa mereka berkata; Telah
menceritakan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku 'Amru yaitu Ibnu Al Harits dari 'Abdu Rabbih bin
Sa'id dari Abu Az Zubair dari Jabir dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:

"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit
itu dengan izin Allah 'azza wajalla."

8
Hadis tersebut menunjukkan, “mencari ubat yang tepat” Nota
sebagai ikhtiar, itulah perubatan Islam.

Sahih Ibnu Majah #3427


Kitab "Perubatan"
Bab "Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah juga
menurunkan ubatnya"

Rasulullah menyuruh seorang sahabat untuk berikhtiar


mendapatkan rawatan.

Masalah Hadis Palsu

Terdapat sesetengah pihak menggunakan agama untuk


melariskan barangan dan perniagaan..

9
Prinsip Asas Perubatan Moden
Nota
Panel : Prof Dr Abdul Latiff
Soalan:
• Prinsip Asas Perubatan Moden
• Sejarah Perubatan Moden
• Apa Yang Islam Pada Perubatan Moden
Zaman Sekarang?

Memahami Konsep Perubatan

Perubatan merupakan satu wasilah atau usaha (tools,


effort) untuk mengubah keadaan berpenyakit seseorang
kepada bertemunya ia dengan ubatnya, lantas sembuhnya ia
dengan izin Allah.

By default, always Islamic kecuali jika kita menggunakan


wasilah yang haram.

Jika setiap wasilah kita hendak persoalkan, maka banyak


perkara yang perlu kita persoalkan.

Secara harfiahnya, perubatan moden adalah perubatan


Islam.

Sejarah Perubatan Moden

Asas kepada perubatan moden, adalah cendekiawan-


cendekiawan Islam.

Tokoh Islam Az-Zahrawi menghasilkan kitab perubatan


yang menjadi rujukan di seluruh dunia selama 600 tahun.

Melihat Kepada Prinsip Dalam Setiap Anjuran Nabi


s.a.w

Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah bukannya spesifik


secara totok, sebaliknya ianya adalah prinsip-prinsip asas
sahaja.

Contohnya, pencegahan penyakit merupakan prinsip


Islam. Maka kaedah-kaedah konvensional seperti bersenam,
berjogging, mengelakkan makanan berkolesterol juga
merupakan prinsip perubatan Islam.

10
Nota
Begitu juga dengan madu, contohnya. Prinsipnya adalah
usaha lebah untuk mengumpulkan dan memilih nutrien-
nutrien daripada sumber alam untuk dijadikan madu.

Maka prinsip yang sama digunakan oleh ahli farmasi dan


sektor perkilangan farmaseutikal zaman sekarang yang
mengekstrak bahan-bahan tertentu untuk dijadikan ubat-
ubatan. Maka secara prinsipnya, ia juga perubatan Islam.

Begitu juga dengan bekam, prinsipnya menunjukkan


bahawa sesetengah rawatan memerlukan pendarahan.
Prinsip ini juga merupakan prinsip asas bidang pembedahan
dalam perubatan moden, justeru pembedahan juga
merupakan perubatan Islam.

Evidence-Based Medicine vs Testimonial-Based


Medicine

Prinsip perubatan dari zaman silam sehinggalah sekarang


- merupakan prinsip evidence-based.

Ianya berdasarkan kepada kajian dan statistik.

Namun yang dikesali, zaman sekarang masyarakat lebih


mudah untuk mempercayai testimonial-based medicine.

Penyakit Yang Tiada Ubat

Contohnya seperti penyakit asma dan darah tinggi.

Ini berikutan kepada limitasi pengetahuan manusia. Ia


tidak menunjukkan bahawa perubatan itu salah dan tidak
Islamik, sebaliknya ia menunjukkan bahawa pengetahuan
manusia itu terbatas.

Anjuran untuk membuat kajian.

Kerja Sebagai Ibadah

Benarkah kerja perubatan tidak mendapat pahala, hanya


mendapat gaji sahaja?

Memahami bahawa perubatan merupakan satu usaha


perubatan Islam, maka ianya juga merupakan pahala.

Contohnya hadis mengenai pelacur yang memberi minum


anjing mendapat ganjaran syurga.

Maka usaha yang dilakukan para doktor juga akan


mendapat ganjaran disisi Allah.

11
Salah Faham Masyarakat
Terhadap Perubatan Islam
Nota
Panel : Prof Dr Asri Zainul Abidin
Soalan:
• Kenapa masih berlaku salah faham definisi
perubatan Islam?
• Salah siapa?
• Peranan siapa untuk betulkan?

Salah Faham Masyarakat Terhadap Apa Yang


Dimaksudkan Sebagai “Islam”

Zaman sekarang, terdapat peningkatan kesedaran


terhadap Islam dalam masyarakat.
Maka, ia menjadi sasaran pemasaran produk untuk
perniagaan dan mendapatkan keuntungan.
Antara strategi yang digunakan termasuklah
menggunakan perkataan/istilah berbau agama/Islam atau
arab.
Imej agama digunakan untuk mendapatkan perhatian
masyarakat.

Dasar Islam Menyuruh Menjaga Kesihatan

Berdasarkan asas bahawa Islam melarang/haram


membunuh diri.

Sahih Bukhari #1832


Kitab "Puasa"
Bab "Barangsiapa bersumpah agar saudaranya mahu berbuka puasa"

{a@ِ b ^_6‫َ; ا‬ƒ‫لَ آ‬#َq !ِ 0ِ&َ‫ أ‬7ْ 2َ *َ َ~ْ0 َF ُD aِ&َ‫ِ أ‬7ْ& ِ‫ْن‬:2َ 7ْ 2َ œْ
ِ 0 َ+ُ?6ْ ‫ ا‬:ُ&َ‫ أ‬#َ ^_َz9b َ, ٍ‫ْن‬:2َ 7ُ ْ& %ُ َ~?ْ َD #َ ^_َz9b َ, ‫ ٍر‬#nَ
b & 7ُ ْ& 9ُ b+ َFُA #َ ^_َz9b َ,
ِŠُIْ‡_O
َ #َA #َS6َ َ‫ل‬#َxَU *ً 6َ mˆَ@_َV_Aُ ‫ ْردَا ِء‬9b 6‫م ا‬b ُ ‫أ َى أ‬%َ َU ‫ ْردَا ِء‬9b 6‫ ا‬#َ&َ‫ ُن أ‬# َ+ْ1J
َ ‫َ•َا َر‬U ‫ ْردَا ِء‬9b 6‫ ا‬aِ&َ‫ َن َوأ‬# َ+ْ1J
َ Cَ
َ ْ & .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ
#َA َ‫ل‬#َq .ٌ –ِ #G
َ amI>ِ َU َ‫ل‬#َq ْpُ$ َ‫ل‬#َxَU #ًA#َ?َ• !ُ 6َ َ„َ^_Qَ
َ U ‫ ْردَا ِء‬9b 6‫ ا‬:ُ&َ‫ َء أ‬# َ…َU #َ0ْI9{ 6‫ ا‬aِU *ٌ َD# َ, !ُ 6َ œْ
َ 06َ ‫ ْردَا ِء‬9b 6‫ ا‬:ُ&َ‫ك أ‬:ُ
َ ƒَ‫َ‹ْ أ‬6#َq
7ْ Aِ ‫ َن‬#َ$ # b+َ1َU .ْ َI َ‫ل‬#َxَU ‫ ُم‬:ُxَ8 َ’َdَ‫ ذ‬.b ُz ‫ َم‬#َ ^_َU .ْ َI َ‫ل‬#َq ‫ ُم‬:ُxَ8 ‫ ْردَا ِء‬9b 6‫ ا‬:ُ&َ‫َ’َ أ‬dَ‫ُ ذ‬pْ01b 6‫ َن ا‬#َ$ # b+َ1َU َpَ$َ‡_َU َ‫ل‬#َq َpُ$ْ‡_َ" ;b V_ َ, pٍ $ِ jِ& #َIَ‫أ‬
ِ™ْ2َ‡_َU #ًّx َ, Šَْ 01َ 2َ Šَِ 1_dْ َ ِMَ‫ و‬#ًّx َ, Šَْ 01َ 2َ Šَ ِ5ْ~َ^_ِ6‫ َو‬#ًّx َ, Šَْ 01َ 2َ Šmَ &%َ ِ6 ‫ن‬b ِ‫ ُن إ‬# َ+ْ1J
َ !ُ 6َ َ‫ل‬#َxَU #َ01b Qَ
َ U ‫ َن‬Ÿ‫ا‬
ْ .ْ qُ ‫ ُن‬# َ+ْ1J
َ َ‫ل‬#َq pِ ْ01b 6‫ ا‬%ِ ِƒ‫آ‬
‫ ُن‬# َ+ْ1J
َ َ‫َق‬9G
َ .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ {a@ِ b ^_6‫لَ ا‬#َxَU !ُ 6َ Šَِ 6َ‫ ذ‬%َ $َ َˆَU .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ba@ِ b ^_6‫َ_‡َ"َ; ا‬U !ُ xb َ, T َ, ‫ ذِي‬bpُ$

12
Nota

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Ja'far bin 'Aun telah
menceritakan kepada kami Abu Al 'Umais dari 'Aun bin Abu Juhaifah dari bapaknya berkata; Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam mempersaudarakan Salman dan Abu Darda'.

Suatu hari Salman mengunjungi Abu Darda', lalu ia melihat Ummu Darda' dengan baju yang kumuh, lalu ia berkata,
kepadanya; Ada apa denganmu? Dia menjawab: Saudaramu Abu Darda', dia tidak memperhatikan keperluan dunia.
Kemudian Abu Darda' datang, lalu ia membuat makanan untuk Salman. Salman berkata kepada Abu Darda':
Makanlah!. Abu Darda' menjawab: Aku sedang berpuasa. Salman berkata: Aku tidak akan makan hingga engkau
makan. Dia berkata: Lalu Abu Darda' ikut makan. Pada malam hari Abu Darda' bangun, lalu Salman berkata:
Teruskanlah tidur. Maka iapun tidur lalu bangun lagi, lalu Salman berkata: Teruskanlah tidur. Maka iapun tidur lagi. Pada
akhir malam Salman berkata: Sekarang bangunlah. Kemudian mereka berdua shalat malam. Lalu Salman berkata
kepada Abu Darda': Sesungguhnya Rabbmu mempunyai hak atasmu, dan jiwamu mempunyai hak atasmu, dan
isterimu mempunyai hak atasmu, maka berilah setiap hak kepada orang yang berhak. Kemudian Abu Darda' menemui
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu ia menceritakan hal itu. Maka Beliau bersabda: Salman benar.

Hadis ini menunjukkan setiap perkara ada hak dan


kadarnya. Tidak boleh melampaui batas dan hak.

Hukum Mendapatkan Rawatan Ketika Sakit

Para ulama’ berbeza pendapat, adakah seseorang itu jika


sakit, diberi pilihan sama ada mahu mendapatkan rawatan
atau tidak?
Adakah wajib, sunat, ataupun harus mendapatkan
rawatan?

Kesimpulan “Jika sakit itu tidak membawa kepada


mudarat yang serius, dan tidak membawa mudarat kepada
orang lain, maka sunat baginya mendapat rawatan.”
Namun jika penyakit itu membawa maut namun masih
enggan berubat, maka ia termasuk dalam golongan orang
yang membunuh diri.

َb(‫ن ٱ‬b ِ‫ۡ إ‬.ۚ /ُ 5ُ


َ ~Iَ ‫ا ْ أ‬:ٓ 1ُ ُ V_xۡ َ" cََ ‫ۡ و‬.ۚ /ُ ^mA ‫َاض‬
ٍ۬ %َ" 7َ2 ً‫ة‬%َ ٰ‫ َن "ِ…َ ـ‬:ُ/َ" ‫ أ َن‬Ÿِb ‫ إ‬pِ ]
ِ ٰ‫_@َـ‬6ۡ ¤ِ& .ُ¥َ^_ۡ0َ& .ُ/6َ ‫َٲ‬:Aۡ َ ‫ا ْ أ‬:ٓ 1ُ ُ¦ۡ‡_َ" cَ ْ ‫ا‬:ُ ^_Aَ ‫ ءَا‬7َ 8ِˆ6b ‫ ٱ‬#َS{8َ‡_ٰٓ‫َـ‬8
#+ً۬ 0 ِ,َ‫ ر‬.ۡ /ُ &ِ ‫ َن‬#َ$
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di
antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani
kamu. (An-Nisa 4:29)

Begitu juga jika penyakit itu membawa mudarat kepada


orang lain, contohnya penyakit berjangkit, maka haram bagi
seseorang untuk enggan mendapatkan rawatan.

Jika seseorang jatuh ke tahap wajib berubat, maka orang


yang mengubati (doktor) juga menunaikan tanggungjawab
yang besar.

13
Nota

Sahih Muslim #4076


Kitab "Salam"
Bab "Sunnah meruqyah dari sakit 'ain, cacar dan demam"

c:ُ
ُ xَ8 ِb(‫ ا‬9ِ ْ@_2َ 7َ ْ& %َ &ِ # َD َ„+ِ J
َ !ُ bIَ‫ أ‬%ِ ْ0َ&{•6‫ ا‬:ُ&َ‫ أ‬aِI%َ َ@_ƒ
ْ َ ‫ْ‚ٍ أ‬8%َ ُD 7ُ ْ&‫ ا‬#َ ^_َz9b َ, َ‫ َدة‬#َ@_ُ2 7ُ ْ& ‫ َر ْو ُح‬#َ ^_َz9b َ, ٍ ._ِ"# َ, 7ُ ْ& 9ُ b+ َFُA aِ^َz9b َ, ‫و‬
ْ‹َ—9َ 6َ ُ‫ل‬:ُxَ8 ِb(‫ ا‬9ِ ْ@_2َ 7َ ْ& %َ &ِ # َD ُ‹ْ?+ِ Jَ
َ ‫ و‬%ِ ْ0َ&{•6‫ ا‬:ُ&َ‫لَ أ‬#َq ‫ٍو‬% ْ+َ2 aِ^َ@_ِ6 *ِ b0 َFْ6‫َ ِ* ا‬0qْ ‫ ُر‬aِU .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ {a@ِ b ^_6‫َ¨ ا‬
َ ƒ‫أ َ ْر‬
‫ع‬
َ #َ]َV_J‫ا‬
ْ 7ْ Aَ َ‫ل‬#َq aِq‫ِ أ َ ْر‬b(‫لَ ا‬:Jَ
ُ ‫ ر‬#َ8 ٌp ُDَ‫لَ ر‬#َxَU .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫لِ ا‬:Jَ
ُ ‫„َ ر‬Aَ ‫س‬:ُ
ٌ 1 ُD 7ُ ْFَI‫َبٌ َو‬%xْ 2َ #b ^_ِA 4ً ُDَ‫ر‬
!ُ bIَ‫ أ‬%َ ْ0—َ !ُ 1َ ْ l_ِA ‫ ِد‬#َ ^_Jِ
ْ ª‫ا‬
ْ ‫ˆَا‬Sَ &ِ ٍ‚ْ8%َ ُD 7ُ ْ&‫ ا‬#َ ^_َz9b َ, aِ&َ‫ أ‬#َ ^_َz9b َ, ‫ {ِي‬:Aَ ُ M‫ا‬
ْ ;َ0 ْFَ8 7ُ ْ& 9ُ 0 ِ?J
َ aِ^َz9b َ, ‫ْ و‬pَ?ْ~َ01ْ َU ُ‫ه‬#َƒَ‫َ_^ْ~َ„َ أ‬8 ‫ أ َ ْن‬.ْ /ُ ْ ^_ِA
aِq‫ْ أ َ ْر‬pُxَ8 .ْ 6َ ‫ِ َو‬b(‫لَ ا‬:Jَ
ُ ‫ ر‬#َ8 !ِ 0ِq‫م ِ أ َ ْر‬:ْ xَ 6ْ ‫ ا‬7ْ Aِ ٌp ُDَ‫لَ ر‬#َxَU َ‫ل‬#َq

Dan telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim; Telah menceritakan kepada kami Rauh bin 'Ubadah; Telah
menceritakan kepada kami Ibnu Juraij; Telah mengabarkan kepadaku Abu Az Zubair bahwa dia telah mendengar Jabir
bin 'Abdillah berkata;

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membolehkan bagi Bani 'Amru untuk meruqyah dari gigitan ular. Kemudian Abu
Az Zubair berkata; Dan aku mendengar Jabir bin 'Abdillah berkata; seekor kalajengking menggigit seseorang di antara
kami, yang waktu itu kami sedang duduk-duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Lalu orang itu berkata; 'Ya
Rasulullah, ruqyahlah saya! Kemudian beliau bersabda: 'Barangsiapa yang mampu memberi manfaat kepada
temannya maka lakukanlah! '

Dan telah menceritakan kepadaku Sa'id bin Yahya Al Umawi Telah menceritakan kepada kami Bapakku Telah
menceritakan kepada kami Ibnu Juraij melalui sanad ini dengan Hadits yang serupa. Namun dia berkata; 'Maka salah
seorang di antara mereka berkata; 'Ruqyahlah dia ya Rasulullah.'

Hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa jua yang mampu


memberikan manfaat kepada orang lain, maka hendaklah dia
melakukannya. Justeru itu tugas para doktor memberikan
manfaat kepada pesakit juga merupakan satu sunnah.

Sahih Muslim #4164


Kitab "Salam"
Bab "Keutamaan memberi minum haiwan yang diharamkan"

7َ 8ِ%0 ِJ ِ7ْ& 9ِ b+ َFُA 7ْ 2َ maIِ #َ0Vِ †


ْ 56‫ا‬
b َ‫ب‬:{8َ‫ أ‬7ْ 2َ ٍ ‫ ِزم‬# َ, 7ُ ْ& %ُ 8ِ% َD aِI%َ َ@_ƒ
ْ َ ‫ْ’ٍ أ‬d‫ َو‬7ُ ْ& ِb(‫ ا‬9ُ ْ@_2َ #َI%َ َ@_ƒ
ْ َ ‫ أ‬%ِ dِ #b]6‫ ا‬:ُ&َ‫ أ‬aِ^َz9b َ, ‫و‬
«a ِšَ& !ُ ْ"َ‫َ¬ إِذْ َرأ‬
ُ ]?َ 6ْ ‫ ُ! ا‬1ُ ُ V_xْ َ8 ‫ َد‬#َ$ 9ْ qَ *ٍ b0$ِ %َ &ِ ُ-0ِ]ُ8 ٌ’ْ1$َ # َ+َ ^_ْ0َ& .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫لُ ا‬:Jَ
ُ ‫لَ ر‬#َq َ‫ل‬#َq َ‫ة‬%َ ْ8%َ dُ aِ&َ‫ أ‬7ْ 2َ
!ِ &ِ #َS6َ %َ ~ِ šُ َU ُ‫ه‬#b8ِ‫ ْ ُ! إ‬V_xَ 5َ
َ U !ِ &ِ !ُ 6َ ْ‹َxَV_J#َ
ْ U #َSqَ :ُA ْ‹َ2َ•َ^_َU َp0ِ–‫َا‬%Jِ
ْ ‫ إ‬aِ^َ& #َ8#َšَ& 7ْ Aِ

Dan telah menceritakan kepadaku Abu Ath Thahir; Telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah bin Wahb; Telah
mengabarkan kepadaku Jarir bin Hazim dari Ayyub As Sakhtiyani dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat
oleh seorang wanita pelacur dari bangsa Israil. Maka dia membuka sepatu botnya. Kemudian dia mencedok air dengan
kasutnya, lalu anjing itu diberi minum. Kerana hal itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengampuni dosa-dosa wanita itu."

14
Nota
Dr. Asri memetik kisah daru buku “Desperately Seeking
Paradise - Journeys of a Skeptical Muslim” tulisan Ziauddin
Sardar.

Ikhlas melakukan sebarang pekerjaan dengan rasa


rendah diri, maka inshaAllah akan diberi ganjaran syurga.

Salah Faham Terhadap Agama

Agama itu stereotaip pada penampilan dan pakaian.


Adakah memakai t-shirt atau berkemeja bertali leher itu
dikatakan tidak Islamik?

Kita seharusnya keluar daripada salah faham ini,


sebaliknya melihat kepada inti dan asas sesuatu perkara.

15
Kenapa Masyarakat Tidak Datang
Ke Perubatan Moden?
Panel : Prof Dr Abdul Latiff Nota
Soalan: Kenapa masyarakat tidak datang ke perubatan
moden?

Sikap Pengamal Perubatan Moden

What is wrong with modern medicine?


Ianya tidak ada kena mengena dengan ubat-ubatan,
bahan-bahan atau prosedur-prosedur. Sebaliknya ia adalah
masalah pengamal perubatan itu sendiri. Ramai pengamal
perubatan moden kurang berakhlak, memiliki sikap sombong
berikutan pada latihan sepanjang menjadi doktor.

Maka, komunikasi doktor-pesakit adalah komunikasi yang


dibina berdasarkan sikap superioriti seorang doktor ke atas
pesakitnya. Bagaimana pesakit boleh mempercayai doktor
sebegini?
Tiada sentuhan, tiada usaha untuk mendengar dan
empati terhadap keluhan pesakit.

Saingan yang para doktor hadapi adalah para bomoh


yang boleh meluangkan banyak masa untuk mendengar,
memahami dan mententeramkan pesakitnya.

Atas sebab itu, hubungan antara seorang doktor dan


pesakit adalah hubungan yang dibina atas dasar kebencian.

Mengambil Kesempatan Atas Ketakutan Orang Ramai


Terhadap Mati

Masyarakat sekarang, adalah masyarakat yang takut


mati. Justeru ramai doktor yang mengambil kesempatan
untuk meraih keuntungan.

Ketakutan adalah masalah psikologi, justeru setiap


tindakan doktor mestilah diselangi dengan prinsip psikologi.

Susah untuk masyarakat menerima penjelasan-


penjelasan dari doktor.

Doktor Mata Duitan

Kadar nisbah antara doktor di bandar dengan doktor di


pedalaman.

16
Impak Salah Faham Masyarakat
Mengenai Perubatan Islam
Panel : Prof Dr Asri Zainul Abidin Nota
Soalan: Apakah impak salah faham ini terhadap ibadah
dan akidah Islam.

Saranan Kepada Para Doktor

Para doktor disarankan untuk


- Mempelajari mengenai “ruqyah” disisi Islam
- Mengamalkan penggunaan “ruqyah” dalam merawat
pesakit.
- Menghafal doa-doa daripada Nabi s.a.w

Menggabungkan kedua-dua unsur, perubatan Islam dan


perubatan moden agar masyarakat tidak lagi perlu
berkunjung ke perubatan alternatif yang meragukan.

Sahih Bukhari #5301


Kitab "Perubatan"
Bab "Jampi Nabi s.a.w"

َ‫ْ •َة‬+ َ, #َ&َ‫ أ‬#َ8 ٌ‹ِ&#َz َ‫ل‬#َxَU ٍŠِ6#َA ِ7ْ& œَ


ِ Iَ‫َ; أ‬12َ ٌ‹ِ&#َz‫ َو‬#َIَ‫ْ‹ُ أ‬1ƒ
َ ‫لَ َد‬#َq •ِ 8ِ•?َ 6ْ ‫ ا‬9ِ ْ@_2َ 7ْ 2َ ِ‫َارِث‬:6ْ ‫ ا‬9ُ ْ@_2َ #َ ^_َz9b َ, ‫ ٌد‬9b 5ُ
َ A #َ ^_َz9b َ,
ِ-O‫ا‬
ْ ‫س‬#َ
ِ @_6ْ ‫ِ’َ ا‬dْˆAُ ‫س‬#b
ِ ^_6‫ ا‬b‫ رَب‬.b Sُ 1b 6‫لَ ا‬#َq ;َ1َ& َ‫ل‬#َq .َ 1b Jَ
َ ‫ْ ِ! و‬01َ 2َ ُb(‫; ا‬b1G
َ ِb(‫لِ ا‬:Jَ
ُ ‫َ ِ* ر‬0qْ %ُ &ِ Š0ِ
َ q‫ أ َ ْر‬cََ ‫ أ‬œَ
ٌ Iَ‫لَ أ‬#َxَU ُ‹ْ0/َ َ V_O‫ا‬
ْ
# ً+َxJ
َ ‫ ِد ُر‬#َšُ8 cَ ‫ ًء‬#َ~ ِO َ‹ْIَ‫ أ‬cِb ‫َ إ‬aUِ #O
َ cَ aِU#n6‫ا‬
b َ‹ْIَ‫أ‬

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Abdul Aziz dia berkata;
"Aku dan Tsabit pernah mengunjungi Anas bin Malik, lalu Tsabit berkata;

"Wahai Abu Hamzah, aku sedang menderita suatu penyakit." Maka Anas berkata; "Maukah kamu aku ruqyah dengan
ruqyah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?" dia menjawab; "Tentu." Anas berkata;

"ALLAHUMMA RABBAN NAASI MUDZHIBIL BA`SA ISYFII ANTA SYAAFI LAA SYAAFIYA ILLA ANTA SYIFAA`AN LAA
YUGHAADIRU SAQAMA

(Ya Allah Rabb manusia, dzat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,
tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau, yaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit)."

Ini adalah contoh doa ruqyah Nabi s.a.w yang boleh kita
hafal dan amalkan.

17
Nota
Sihir Didalam Islam

Didalam Islam, sihir adalah benar dan tidak boleh


dinafikan. Namun berikutan sifat sihir yang ghaib (tidak
nampak), maka ramai yang mengambil kesempatan
mengenainya. Contohnya seperti menyalahkan unsur-unsur
ghaib apabila gagal @ tidak tahu merawat sesuatu penyakit.

Sihir itu memang wujud, namun janganlah diperbesarkan


(exaggerate) akan kewujudannya ini. Di zaman sekarang, sihir
semakin berkembang dan popular berikutan banyaknya ia
dibicarakan di sana sini.

#ً۬xdَ ‫ َر‬.ۡ dُ ‫َ•َادُو‬U 7m ِ …_6ۡ ‫ ٱ‬7َ Am ‫ل‬#


ٍ ۬ َDِ%&ِ ‫ذُو َن‬:ُ?َ8 œIِ
ِ ª‫ٱ‬ۡ 7َ Am ‫ ٌ۬ل‬# َDِ‫ َن ر‬#َ$ ‫ ُ! ۥ‬bIَ‫َوأ‬
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi
dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka
menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (Al-Djinn 72:6)

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 2 sebab gangguan jin


1. Masalah psikologi
2. Rasukan jin itu sendiri.

ْ ‫ ۗا‬:ٰ َ&%m 6‫ُ ٱ‬pۡ l_ِA ُ„ۡ0َ@_6ۡ ‫ ٱ‬# َ+bIِ‫ا ْ إ‬:ٓ 6ُ #َq .ۡ Sُ bIَ‡_&ِ Šَِ 6‫ ذَٲ‬mœ
ۚ َ ۡK‫ ٱ‬7َ Aِ 7ُ ٰ‫ۡ]َـ‬0n6‫ٱ‬
b !ُ ُ]b@_َ†َV_َ8 ‫ˆِى‬6b ‫ ُم ٱ‬:ُxَ8 # َ+َ$ cِb ‫ َن إ‬:ُA:ُxَ8 cَ ْ ‫ا‬:ٰ َ&%m 6‫ َن ٱ‬:ُ1ُ¦ۡ‡_َ8 7َ 8ِˆ6b ‫ٱ‬
Šَٕ ِ±ٰٓ‫ـ‬6َ ‫َ_‡ ُ ْو‬U ‫ َد‬#َ2 7ۡ Aَ ‫ِۖ َو‬b(‫َ; ٱ‬6ِ‫هُ ۥۤ إ‬%ُ Aۡ َ ‫َ َوأ‬-َ1J
َ #َA ‫ ُ! ۥ‬1َ َU ٰ;Sَ َ V_I¤َU ‫!ِۦ‬m&‫ر‬b 7mA ٌ*۬ َ•2ِ :ۡ Aَ ‫ َءهُ ۥ‬j َD 7 َ+َU ۚ ْ‫ا‬:ٰ َ&%m 6‫ َم ٱ‬%b َ,َ‫ۡ„َ و‬0َ@_6ۡ ‫ُ ٱ‬b(‫ ٱ‬bp َ,َ ‫َوأ‬
‫ُو َن‬9ِ1_ٰ‫ـ‬ƒ
َ #َ²0ِU .ۡ dُ ‫ ِ ۖر‬#b ^_6‫َ ـٰ’ُ ٱ‬FGَۡ ‫أ‬

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang
dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual
beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:275)

Namun, para bomoh merangkumkan kedua-duanya ke


dalam rasukan jin, dan menolak faktor masalah psikologi.
“Exorcism”, semua agama ada, iaitu proses memohon
pertolongan Allah agar mengeluarkan rasukan tersebut.

Masalah yang timbul adalah, ada bomoh/exorcist yang


cuba masuk campur dalam bidang yang bukan melibatkan
rasukan jin.

18
Nota
Berusaha Untuk Berubat

Sedangkan Maryam sendiri disuruh berusaha di saat


beliau hendak melahirkan Nabi Isa a.s, walhal Allah Maha
Kuasa memberikannya makanan.

#ًّ۬0^ِ َD #ً۬@َ•‫ِ ُر‬Šۡ01َ 2َ ™


ۡ xِ ٰ‫ـ‬5ُ
َ " *ِ 1َ †
ۡ b ^_6‫ِ ِ&_…ِˆۡع ِ ٱ‬Šۡ06َ ِ‫ى إ‬mٓ •dُ ‫َو‬
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (Maryam 19:25)

Jampi (Ruqyah) merupakan sebahagian dari usaha,


namun berjumpa doktor juga merupakan usaha yang penting.

Mungkin juga, gangguan syaitan tersebut berasal dari


manusia jahat yang ingin mengambil kesempatan.

Kesimpulannya, kita jangan nafikan sihir, tetapi jelaskan


mengenai sihir tersebut kepada pesakit. Justeru itu, para
doktor perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai sihir.

19
Tentatif
TARIKH .................................................................................................. 5 Januari 2011
TEMPAT ................................................................................... Hostel 3, Dewan Aktiviti
MASA ......................................................................................................... 4.00 petang

Pendaftaran, Pembahagian Kumpulan ....................................................... 4.00 Petang


Majlis Pembukaan, Ucapan & Pengenalan ................................................ 4.10 Petang

Sesi 1 : ASAS PERUBATAN MODEN .......................................................... 4.30 Petang


Muqaddimah
Apa itu perubatan Islam?
Prinsip asas perubatan Moden

LDK 1 : Kuiz Perubatan ............................................................................... 5.15 Petang


Rehat .......................................................................................................... 6.00 Petang

Sesi 2 : PERUBATAN DAN MASYARAKAT ................................................. 6.15 Petang


Salah faham masyarakat terhadap perubatan Islam
Kenapa masyarakat tidak datang ke perubatan moden?
Impak salah faham masyarakat terhadap perubatan Islam

LDK 2 : Doktor Islam .................................................................................. 7.00 Petang

Rumusan dan Kesimpulan ......................................................................... 7.30 Petang


Majlis Penutup, Ikrar Pengamal Perubatan Islam, Penyampaian Sijil ........ 7.40 Petang
Makan Malam dan Bersurai ........................................................................8.00 Malam

AJK Seminar “Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam”


Penaung : Ezwan Suryakarta Mohd Som
Pengarah Projek : Mohd Syamirulah Rahim
Penolong Pengarah Projek : Siti Nasuha Razali

AJK Sebaran & Promosi : Jamaliza Jamal


AJK Pendaftaran : Fatin Syahirah Nahrowi
AJK Tempat & PA : Najmie Adib Azman, Rosyafatin Hassan
AJK Cenderahati & Sijil : Aqilah M. Amin & Nabilah Othman
AJK Makanan : Azizan Azfar Samiun

Serta semua ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif, PPIM Nizhniy Novgorod

20

Anda mungkin juga menyukai