Anda di halaman 1dari 4

SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

REFLEKSI MOVIE
“IMAGINUR”

SUBJEK:
KAUNSELING INDIVIDU
(CPE5200)

NAMA:
MUHARRAM BIN ANUAR

NO. MATRIK:
GS66285

NAMA PENSYARAH:
DR. NOOR SYAMILAH BINTI ZAKARIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(UPM)
Refleksi Movie
Imaginur

1.0 Pengenalan
Filem ini mengisahkan tentang kisah percintaan antara Zuhal bersama seorang gadis cantik
bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpinya. Suatu hari Zuhal terlibat dalam
kemalangan sewaktu cuba mengejar Nur yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Setelah
sedar, Zuhal berada di sebuah hospital dan berada di sisi bapanya yang menghidap
Alzheimer. Ketika itulah Zuhal diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar
hipnosis demi merawat masalah yang dialaminya. Selepas pertemuan tersebut, bermulalah
perjalanan Zuhal dalam mencari jawapan sebenar tentang semua persoalan yang muncul
dalam dirinya. Banyak peristiwa yang berlaku dalam filem tersebut dapat dikaitkan dengan
kemahiran kaunseling. Filem tersebut juga telah menunjukkan pelbagai emosi yang
tertumpu kepada perasaan cinta dan kasih antara dua insan walaupun hanya berlaku dalam
mimpi dan memori. Oleh yang demikian, kita akan melihat bagaimana filem “Imaginur”
ini boleh dikaitkan dengan kemahiran asas kaunseling.

2.0 Pemikiran tentang filem berkaitan aplikasi kemahiran kaunseling


Setiap proses kaunseling memerlukan kemahiran kaunseling yang baik bagi memastikan
proses tersebut dapat mencapai matlamat yang ditentukan. Nazir dan Khan (2021)
mendapati bahawa, kemahiran asas kaunseling seperti mendengar secara aktif, membuat
maklum balas yang efektif, dan bertanya soalan yang tepat berkait rapat dengan pencapaian
matlamat dalam proses kaunseling. Melalui filem Imaginur, analisis akan dilakukan bagi
melihat sejauh mana kemahiran asas kaunseling digunakan dan membantu setiap watak
yang terdapat dalam filem berkenaan. Antara kemahiran kaunseling asas yang digambarkan
di dalam filem tersebut ialah kemahiran konfrontasi. Kemahiran konfrontasi dalam proses
kaunseling merujuk kepada kemampuan kaunselor untuk menghadapi isu-isu yang dibawa
oleh klien secara langsung dan jujur. Norcross dan Wampold (2018) menekankan
pentingnya kemahiran konfrontasi dalam membantu klien menghadapi masalah mereka
dengan lebih efektif. Berdasarkan filem Imaginur, Zuhal telah berkonfronrasi dengan bekas
tunangnya di sebuah pasaraya ketika dia melihat bekas tunangnya itu berjalan bersama
dengan seorang lelaki lain. Zuhal berkonfrontasi dengan mengekspresikan perasaan yang
dialami secara jujur. Kemahiran ini membantu Zuhal dalam memahami dan menunjukkan
perasaan yang dialami setelah melihat kejadian tersebut.
Antara kemahiran lain yang dapat dilihat dalam filem tersebut ialah kemahiran
berempati. Sepanjang filem tersebut, kemahiran ini ditunjukkan dengan sangat jelas
melalui watak adik Zuhal iaitu Isma. Isma sangat mengambil berat tentang keadaan
kesihatan Zuhal sehingga dia membantu Dr Ramli dengan menjadi subjek untuk
mengembalikan semula memori Zuhal. Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Najafi
et al. (2020), menunjukkan empati memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasil
yang positif dalam proses kaunseling. Kajian ini turut menunjukkan bahawa, empati
membantu kaunselor dalam memahami pengalaman klien dengan lebih baik, membina
hubungan yang lebih kukuh antara kaunselor dan klien, dan membantu klien untuk merasa
didengar dan difahami. Akhir sekali, penggunakan kemahiran mendengar dengan aktif turut
digunakan dalam filem berkenaan. Kemahiran mendengar dengan aktif merujuk kepada
kemampuan kaunselor untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada klien dan
memahami dengan betul apa yang mereka cuba sampaikan. Hal ini termasuk juga
kemampuan kaunselor dalam mengeluarkan maklumat yang relevan daripada klien, seperti
emosi dan pengalaman yang dialami (Gonthier dan Gallese, 2021). Dalam filem tersebut,
kemahiran ini dapat dilihat ketika Zuhal mendengar suara Nur dan memberikan perhatian
sepenuhnya kepada apa yang Nur sampaikan. Hal ini telah membantu Zuhal sedar dari
mimpinya dan kembali mendapatkan ingatanya serta sembuh dari penyakit Alzheimer.

3.0 Reaksi terhadap plot penting di dalam filem


Plot yang penting dalam sesebuah filem akan memberi reaksi yang berbeza-beza bagi
penontonya. Berikut merupakan beberapa plot yang penting dalam filem tersebut.
Antaranya ialah, babak di mana Zuhal telah dilanggar kereta ketika mengejar Nur kemudian
tersedar berada di sebuah hospital. Babak ini penting dan menjadi permulaan kepada
wujudnya persoalan dan tanda tanya dalam filem berkenaan. Walaupun pada awalnya filem
ini sangat sukar untuk difahami, namun setelah melihat dari konteks yang berbeza, filem
ini sarat dengan maklumat tentang perhubungan kekeluargaan yang menzahirkan emosi
kasih dan cinta. Seterusnya ialah, plot di mana Zuhal muda bertemu dengan Isma dewasa
dalam sebuah hospital selepas kemalangan berlaku. Isma ketika itu memberikan kad
kepada Zuhal dan memintanya untuk bertemu dengan Dr Ramli yang merupakan pakar
dalam hipnosis. Plot ini menjadi awal mula perjalanan zuhal dalam mencari jawapan yang
dicari. Melalui wabak ini, kegigihan Isma untuk membantu Zuhal dengan memasuki
memorinya telah membuahkan hasil apabila Zuhal mahu bertemu dengan Dr Ramli dan
mendapatkan rawatan. Hal ini dapat dikaitkan dengan dunia realiti kaunseling di mana,
kebanyakkan klien takut untuk mendapatkan bantuan pakar kaunseling. Namun, dengan
sedikit galakkan dari individu tertentu, seseorang akan lebih yakin dan berani untuk
mendapatkan rawatan kaunseling. Akhir sekali, Zuhal yang secara tidak sengaja terjumpa
dengan Nur di pusat rawatan Dr Ramli juga merupakan plot penting dalam filem berkenaan.
Dalam adegan tersebut, Zuhal menjadi lebih yakin dalam mendapatkan rawatan dengan Dr
Ramli, kerana Nur juga pernah menjadi subjek kajian menggunakan alat ciptaan Dr Ramli.
Babak ini turut menunjukkan memori yang kuat antara Zuhal dan Nur dengan
menggunakan alat tersebut. Walaupun alat tersebut hanya sebagai medium perantara,
memori yang wujud antara Zuhal dan Nur terlihat sangat kuat. Perkara ini merupakan
ikatan cinta yang kukuh antara Zuhal dan Nur walaupun ianya hanya berlaku dalam sebuah
mimpi.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, filem "Imaginur" menampilkan jalan cerita yang sangat menarik dan
perlukan perhatian yang amat tinggi bagi memahami keseluruhan filem. Filem ini turut
menampilkan watak yang penuh dengan tanda tanya dan memberi kesan yang amat dahsyat
kepada emosi para penonton. Bukan itu sahaja, banyak babak dalam movie tersebut
menampilkan penggunaan kemahiran asas kaunseling seperti, kemahiran konfrontasi,
kemahiran berempati dan kemahiran mendengar dengan aktif. Pemahaman yang tinggi
amat diperlukan bagi menafsir dan mengaitkan filem tersebut dengan proses kaunseling.
5.0 Rujukan

Gonthier, C., & Gallese, F. (2021). Listening skills and counseling outcomes: A review of the
literature. Journal of Counseling & Development, 61-70.
Najafi, M., Ardabili, F. S., & Samavatiyan, H. (2020). The role of empathy in counseling
outcomes: A systematic review. Journal of Evidence-Based Psychotherapies, 225-241.
Nazir, A., & Khan, R. A. (2021). Basic counseling skills and their impact on achieving
counseling goals: A literature review. Journal of Educational Sciences & Social
Sciences Research, 101-106.
Norcross, J. C., & Wampold, B. E. (2018). The Oxford handbook of evidence-based
psychotherapy. London: Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai