Anda di halaman 1dari 4

SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

REFLEKSI MOVIE
“AVATAR: THE WAY OF WATER”

SUBJEK:
KAUNSELING INDIVIDU
(CPE5200)

NAMA:
MUHARRAM BIN ANUAR

NO. MATRIK:
GS66285

NAMA PENSYARAH:
DR. NOOR SYAMILAH BINTI ZAKARIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(UPM)
Refleksi Movie
Avatar: The Way of Water

1.0 Pengenalan
Kemahiran asas kaunseling merupakan satu set kemahiran yang diaplikasikan dalam proses
menolong antara kaunselor dan klien. Terdapat beberapa kemahiran asas kaunseling
antaranya kemahiran membuat refleksi, kemahiran menyoal, kemahiran meurumus,
kemahiran membuat interpretasi, dan kemahiran mendengar. Kemahiran kaunseling ini
digunakan bagi membentuk hubungan teraputik yang berkualiti sepanjang proses
kaunseling berlangsung. Teyber dan McClur (2011) menyatakan bahawa, penggunaan
kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran mendengar dan empati dapat dikaitkan
dengan kualiti hubungan teraputik yang baik antara kaunselor dan klien serta menyumbang
kepada keberkesanan proses kaunseling. Tanpa kita sedari, terdapat beberapa kemahiran
tersebut sering kita praktikkan di dalam kehdipuan seharian sehingga memberi kesan yang
amat baik dalam perhubungan. Oleh yang demikian, melalui filem Avatar: The Way of
Water ini, saya akan melihat bagaimana penerapan kemahiran asas kaunseling mampu
membentuk perhubungan yang mantap antara watak yang dipamerkan.

2.0 Pemikiran tentang filem berkaitan aplikasi kemahiran kaunseling


Filem ini membawakan kekuatan perhubungan kekeluargaan yang penuh dengan onak duri
serta cabaran melalui peranan watak utamanya iaitu Jake Sully yang menjadi pemimpin
bukan sahaja sebagai ketua keluarga namun juga sebagai ketua klan Omaticaya. Bukan itu
sahaja, watak isteri kepada Jake Sully iaitu Neytiri turut memainkan peranan penting dalam
keberjayaan hubungan kekeluargaan ini melalui perananya dalam memberikan sokongan
bukan sahaja dari sudut spiritual namun juga emosi dan psikologi. Sepanjang menyaksikan
filem tersebut, terdapat banyak adegan menarik yang boleh dikaitkan dengan aplikasi
kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran mendengar, berempati dan membuat refleksi.
Dalam filem tersebut, masyarakat Na’vi terbukti sangat terhubung dengan persekitaran
mereka, dan mereka juga sangat menghormati semangat alam. Watak utama iaitu Neytiri,
mewujudkan kualiti ini secara aktif dengan mendengar suara hutan dan makhluk yang
tinggal di sana. Hal tersebut dapat diaplikasikan di dalam sesi kaunseling melalui
kemahiran mendengar secara aktif. Menurut Elliott dan James (2015), kemahiran
mendengar ialah proses memahami pengalaman klien dengan mendalam dan empati.
Kemahiran ini melibatkan proses memberi perhatian yang penuh kepada klien dan fokus
kepada penceritaan, bahasa badan, dan emosi mereka bagi membantu kaunselor lebih
memahami pengalaman klien.
Seterusnya ialah empati yang merupakan salah satu tema utama dalam filem ini. Empati
dan persefahaman antara budaya yang berbeza amat penting. Masyarakat Na'vi dan
manusia mempunyai cara hidup yang sangat berbeza, tetapi mereka dapat merapatkan
jurang ini melalui sifat empati dan kesediaan untuk memahami perspektif dan perbezaan
antara satu sama lain. Empati melibatkan pemahaman perasaan dan pengalaman klien dari
perspektif mereka, dan terlibat sepenuhnya dengan emosi klien (Gentry & Cox, 2013).
Dalam proses kaunseling, empati digambarkan dengan meletakkan diri di dalam kasut klien
dan berusaha memahami pengalaman klien dari sudut pandang klien.
Selain itu, ialah kemahiran membuat refleksi. Watak-watak dalam filem tersebut
ditunjukkan dengan mencerminkan pengalaman mereka dan pelajaran yang telah mereka
pelajari. Sebagai contoh, Neytiri merenungkan prasangkanya terhadap manusia dan dia
belajar melihatnya dengan cara yang lebih berbeza. Dalam kaunseling, refleksi melibatkan
proses menolong klien meneroka pemikiran dan perasaan mereka serta mendapatkan
pandangan mengenai pengalaman mereka sendiri. Secara keseluruhan, filem Avatar: The
Way of Water dapat dilihat sebagai contoh terbaik tentang pentingnya hubungan, empati,
dan pemahaman dalam interaksi kita dengan orang lain. Hal ini kerana, kesemua kemahiran
tersebut dapat membantu kaunselor membina hubungan terapi yang kuat dengan klien dan
menyokong mereka dalam mencapai matlamat utama.

3.0 Reaksi terhadap plot penting di dalam filem


Setiap filem memiliki perubahan plot yang menarik perhatian penonton dan menjadikan
penceritaan filem tersebut lebih dramatik. Berdasarkan filem Avatar: The Way of Water,
terdapat beberapa plot penting yang saya anggap amat menarik perhatian. Antaranya ialah,
konflik yang berterusan tentang sumber alam iaitu unobtanium. RDA (Resources
Development Administration) yang menginginkan sumber alam tersebut yang banyak
terdapat di kawasan suci klan Omaticaya iaitu Hometree. Plot ini amat penting kerana, kita
dapat melihat betapa terdesaknya manusia dalam mendapatkan sesuatu perkara tanpa
memikirkan dan menghormati pantang larang dan peraturan yang diamalkan di kawasan
berkenaan. Dari perspektif kaunseling, kaunselor perlu peka dengan perbezaan budaya
antara dirinya dengan klien supaya tidak timbul sikap-sikap yang mampu memberi
kemudaratan kepada klien.
Seterusnya ialah penyatuan antara dua klan avatar yang memiliki perbezaan dari aspek
cara hidup dan persekitaran. Kerjasama antara dua klan ini telah mencetuskan fenomena
yang luar biasa dalam berhadapan dengan musuh mereka iaitu kelompok RDA. Puak
Omaticaya yang berkemahiran di hutan belajar tentang budaya serta kemahiran yang
dimiliki oleh puak Metkayina atau juga dikenali sebagai Sea Dragon yang berkemahiran
di dalam air. Penyatuan ini dapat diaplikasikan dalam proses kaunseling antara kaunselor
dan klien di mana, kaunselor berusaha memahami klien secara menyeluruh sehingga dapat
mewujudkan kerjasama yang sepadu antara keduanya dalam mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulanya, filem Avatar: The Way of Water ini banyak menyajikan nilai-nilai moral
yang boleh dicontohi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja,
terdapat banyak peristiwa yang menarik dan boleh dijadikan sebagai teladan terutama
dalam konsep kekeluargaan serta penghayatan terhadap nila-nilai budaya. Filem ini juga
sarat dengan nilai kepercayaan yang tinggi antara puak avatar dengan alam sekitar sehingga
wujud interaksi yang positif. Nilai ini boleh dijadikan sebagai sandaran oleh kaunselor
dalam berhadapan dengan klien. Nilai kepercayaan tersebut dapat menghasilkan hubungan
yang baik antara kaunselor dan klien sepanjang proses kaunseling berlangsung. Tanpa
adanya kepercayaan yang kukuh antara keduanya, sudah semsetinya proses kaunseling
tidak akan menjadi hubungan yang teraputik.
5.0 Rujukan

Elliott, R. & James, E. (2015). Varieties of client experience in psychotherapy: An analysis of


the literature. Psychotherapy Research, 51-64.
Gentry, J. E., & Cox, R. (2013). The importance of empathy as an interviewing skill in
medicine. JAMA, 2271-2272.
Teyber, E., & McClure, F. H. (2011). Interpersonal process in psychotherapy: A guide for
clinical training (2nd ed.). Singapore: Cengage Learning.

Anda mungkin juga menyukai